Bukan sebarangan diari...
Wednesday, September 16, 2015
Jom Start Atkins Balik....
Tuesday, February 11, 2014
Masak sendiri VS Makan Luar Atkins Style
Seperti tajuk di atas..
Haha..
Dua2 sy rase ade kelebihan.. terpulang kpd individu sebenarnya... jom tgk senarai kebaikan nya... usah di intai yg buruk.. sbb dlm bab ni kite nak buat dua2.. terutama sekali bg mereka yg takde masa nak masak....
Masak Sendiri
1. Segala bahan kite boleh kontrol... jadi 20g carb tu senang nak kira...
2. Ikut selera kite nak makan ape... rase nak makan chicken chop, maka kite boleh buat.. tapi versi atkins...
3. Boleh tambah... hehe
4. boleh prepare utk esok... ayam atau daging perap, masuk freezer, esok atau lusa boleh masak.
Makan luar
1. Tak payah susah2 nak fikir masak ape...
2. Tak dinafikan mmg susah nak kontrol... byk lauk manis belaka...bertepung tapi perhatikan kedai makan yg ada Makanan goreng yg byk pilihan.. jadi tukar2 je... harini ayam, esok ikan , lusa daging... dan juga tambah ulam... sos bawa sendiri... beli tobasco, mustard atau kewpie botol kecik.. masuk dlm beg..
Macam sy sendiri... sy tulis atas kertas hari ni nak makan ape... sementara tunggu masa keje masuk, sy akan tulis nak rase makan ape pd haritu.. termasuk menu jika sy makan diluar...
Sy tak galakkan anda buat menu satu minggu.. sbb mood makan mase anda tulis dan masa kemudian hari adalah tidak sama!!
Maksud sy... katakan lah pada hari ni anda tulis bahawa pada hari rabu anda nak makan salmon steak versi atkins...tp bile time hari rabu, mood anda mungkin bertukar dan kebarangkalian utk anda KANTOI adalah amat besar!!
Sy cakap ikut pengalaman... hehehe
Kalau anda nak tambah, silakan komen di bawah ye.. kite boleh same2 share cerita..
Wednesday, December 4, 2013
Larangan semasa 2 minggu induction Atkins Diet
Dilarang makan Semasa 2 Minggu Induction (Permulaan diet):
Nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya. tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
Minuman bergula, jus buah-buahan, barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
Snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
Segala bentuk kekacang
Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam
Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
SOS & Kicap
Kurangkan makanan berproses walaupun rendah karbohitrat (burger, hotdog)
Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
Sate yg dibeli dikedai kebanyakkannya perap dengan gula!
Tuesday, February 5, 2013
Rancangan Diet 2013 : Atkins Diet
Sunday, February 6, 2011
7 Fastest Ways To Lose Weight
1. Drink water …
No, you don’t have to fill up like a tub, but ensure that you drink 8 to 10 glasses of water every day. Don’t substitute for juice. Your body should always be hydrated. Your kidneys will thank you as it can easily flush out the waste. With adequate water intake your body will be able to metabolize fat more effectively. And if you have a glass of water 10-15 minutes prior to your meal, you will feel full once you start eating. Another fun fact, did you know that you can lose 62 calories by drinking ice cold water? But it’s better to drink it between meals or before meals, so that your food gets digested properly.
2. Eat 5 times a day …
Start with breakfast. The more you eat for breakfast, the less food you will want to eat at night. Please, don’t skip this meal as you’ll end up devouring everything in sight for the rest of the day. You don’t need to gobble up 5 large meals, just 3 meals of a sensible size and 2 delicious yet low calorie snacks. Eat sensibly so your body doesn’t crave for food. If you treat your body right it won’t demand for more attention!
3. Use weights …
Needless to say, exercise is crucial to weight loss. You can’t expect to sit on the couch all day, sip water and lose weight. Join a good gym that lets you work with weights. It will help you build muscle and your metabolism rate will increase. You’ll soon see the fat come off and in its place muscle will develop.
4. Use smaller plates in dark colors …
The hotel industry has changed the way we look at food. Today a regular burger can feed an elephant. Well, almost! Check your portions the next time you dine out. You don’t need to finish every morsel. So, what you should do is ask your waiter to put half of your meal into a doggy bag before it even makes to the table. This way you will not be tempted and you will feel full eating less. And you will have something for breakfast too!
When eating at home, it’s better to get rid of the huge plates you usually use. Substitute them with small ones – when food starts to fall off, you’ll know it’s enough. Try to get these new plates in dark colors. Dark blue will be your best choice since it’s the #1 color that fights off the appetite (just look at the picture above, I already can’t even think about food). Avoid red, orange and yellow in your dining area – they are the ones making your appetite go sky high! (Think McDonalds’ logo and you’ll do fine – do you think the colors they use were random?)
5. Read between the lines …
Food and drink products are all out to get you. They scream ‘Buy me! Buy me!’. It could be ‘fat free’ but it could still have a lot of calories. You need to analyze the nutrition label on the cover. The number one example of this is sodas. Find out what’s good for you and what isn’t. Knowing in advance can help you stay away from products that are calorie-enriched. Oh, and when shopping for groceries, avoid the aisles with cookies, frozen pizzas and ice-cream – it’s not the best place to test your will-power.
See these 10 Tips on How to Read Food Labels …
6. Keep a journal …
It helps to document what you eat. This way you can keep track and evaluate your eating habits at the end of each week. Ask your dietician to look at your journal and suggest improvement points. I found it helpful to measure myself with a meter every morning. Every time I skipped dinner, my waist was a little bit smaller – and that’s what gave me the strength to get my appetite under control. Check out 12 Tips on How to Keep a Food Journal … for the ideas.
7. Don’t punish yourself …
Go easy on yourself at least one day in a week. If you begin to dislike your diet then there’s something wrong. Find a diet that suits your body type and your lifestyle.
You will definitely see results with these 7 fastest ways to lose weight. If you’re motivated enough to stick to the regime, you’ll get there faster than ever! Stay committed!
Source
Wednesday, April 7, 2010
Cubaan Atkins Kedua
1. EXCELERADE
Makan Tengahari
1. Setengah ekor Ikan Bawal Percik (ikan tak panggang..goreng)
2. Sebiji tomato (Potong 4 dalam kuah percik)
3. Dua pack biskut IKO..(4 keping biskut)
Saya tahu, makan biskut melanggar peraturan Atkins..Tapi, seriously saya tak boleh tahan dengan KEPENATAN yang di alami..Dua biskut ni membantu saya bertenaga dan tidak cepat letih hingga ke malam..
Makan Malam
1. Satu mangkuk kacang gajus
Saya sedar juga, sebarang kekacang tidak boleh dimakan..Karbohidrat tinggi..Tapi..tapi..tapi..Nak buat macam mana..Bukan selalu saya dapat makan...Saya suka betul dengan kacang gajus..Ayah bawa dari Langkawi..Hehehe..
Apa-apapun, kacang ini je lah dinner saya..Kenyang dowh!! =)
Hari ini..
Sunday, April 4, 2010
Cubaan Atkins Kedua : Tak sempat nak update
Sejak menjak ni, saya tak sempat nak update blog..
Atkins diet berjalan seperti biasa, kecuali pada hari minggu dan hari Khamis lepas..
Hari Khamis tersebut, saya keluar dengan kawan..hehe
Nak update makan apa, saya pun dah tak ingat...
Tapi kebanyakkannya saya makin makanan panggang dan sup..
Hehe..
Maaf ye..
Sibuk sikit...
Friday, March 26, 2010
Cubaan Atkins Kedua : Hari Kedua
Sarapan Pagi
1. EXCELERADE segelas..
2. Air suam dua gelas
Makan Tengahari
1. Omellete de formage..hehe
(dua biji telur+bawang merah dadu+satu keping keju cedar digoreng dengan butter olive oil satu sudu)
2. Ikan kembung bakar seekor..Cicah dengan kuah kicap bawang putih cili api..
P/S: Kuah kicap tu saya buat satu tupperware..Senang, nak makan,ambil sahaja..Tak perlu buat yang baru..
Makan Petang
1. satu mangkuk udang panggang..ratah je,PERGH!
2. Cicah dengan kuah kicap..
3. Satu gelas air lemon yang diperah..Tujuan : Untuk buang kolesterol udang yang banyak saya makan tadi..
Senaman
Tak pun! huhu...
Ringkasan Atkins Diet (Versi Bahasa Melayu)
Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.
Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.
Dr Atkins mula mengembangkan idea ?karbohidrat rendah dalam pemakanan? semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti ?low-fat diet? atau diet rendah lemak.
Melalui ?low-fat? diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.
Dr Atkin telah membuat kajian mengenai ?low carbohydrate diet? dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanang kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) ? 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance
Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.
Semasa 2 Minggu Induction:
1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal...
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
********************************************************
Boleh Makan:
1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun...
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet...
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!
Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)
InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu, anda boleh lihat hasilnya.
***Galadriel ***
* Mesej ini telah disunting oleh Galadriel pada 07hb Disember 2004, 11:54:01 pagi
Sumber - Lupa saya nak ambil linknya..Yang pasti, info ini daripada ruangan forum Wanita..
Wednesday, March 24, 2010
Cubaan Atkins Kedua : Hari Pertama
Alhamdulillah, hari ini saya berjaya!
Sila tepuk tangan..hehe...
Sarapan Pagi
1. Segelas EXCELERADE
(P/s : Karbohidrat dalam EXCELERADE hanya 6.96g sahaja untuk satu sachet!Saya tersenyum bangga..Sesuai betul dengan program Atkins yang saya jalani..haha..suka, suka!!)
Tengahari
1. Dua biji telur setengah masak
2. Sedikit lada sulah
Makan Petang
1. Dua ketul Ayam goreng halia
2. Satu ekor ikan kembung goreng kunyit
2. Cecah kuah kicap manis + bawah putih + cili padi
(Oops..Saya tak berapa pasti kandungan karbohidrat dalam kicap banyak ke sedikit...Yang pasti memang ada karbohidrat dalam kicap tersebut sebab ada gula..Tetapi, setakat cicah sahaja, tak mungkin lebih dari 20g karbohidrat bukan?)
Senaman
1. Tawaf PWTC mencari buku..HAHA!Tidak bersenam pun hari ini..Kepenatan!
***
Berita Tergempar..
Saya sudah beli portable sauna..
Mungkin esok atau lusa dapat..
Jangan marah ya!!
Ngee hee hee..
=P
Tuesday, March 23, 2010
Tuesday, February 23, 2010
Menu Atkins Diet Hari Pertama
1. Satu cawan excelerade
2. satu cawan air masak
Tengahari
1. dua ketul ayam panggang..ayam diperap dengan bawang putih (bahagian thigh dan drumstick)
2. cecah dgn air asam (extra pedas!)
3. sup sayur satu mangkuk besar!! (tomato dan sawi dan hirisan bawang, garam sedikit)
Petang
1. satu biji telur setengah masak, sedikit lada putih...
p/s : malam ni cuba bertahan untuk tidak makan apa2..
Initial weight : 90 kg (remain)
Monday, July 6, 2009
PEMAKANAN BERASASKAN DIET SEIMBANG
Sumber makanan boleh di dapati daripada enam kumpulan iaitu vitamin, tenaga, karbohidrat, protein, lemak dan zat besi. Kumpulan makanan ini dikenali sebagai piramid makanan seperti roti dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.
KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL DIET SEIMBANG
• Makanan yang mengandungi diet seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan badan bagi membantu mengatasi stres.
• Tiada satu kumpulan makanan yang boleh memberi semua zat yang diperlukan. Untuk memastikan badan kita mendapat semua zat, kita perlu mempelbagaikan pemilihan makanan dalam setiap kumpulan makanan seperti piramid makanan.
Scan PIRAMID MAKANAN
Lemak, Minyak dan Gula
Mengandungi kolestrol yang hanya perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
Scan Gambar Makanan memberi tenaga (karbohidrat dan lemak)
Susu, Hasil tenusu, Telur, Ikan, Daging dan Kekacang.
Mengandungi protein dan ia perlu di ambil dalam kuanatiti yang sederhana
Scan gambar Makanan membina badan (protein)
Buah-buahan dan Sayur-sayuran
Buah-buahan dan sayuran mengandungi vitamin yang diperlukan oleh tubuh dan perlu di ambil dalam kuantiti yang banyak
Scan gambar Makanan mencegah penyakit (vitamin dan mineral)
Bijiran, Nasi, Roti, Mee dan Ubi
Nilai karbohidrat amat penting kepada tubuh. Oleh itu, pengambilan jenis makanan ini perlu di ambil dalam kuantiti yang banyak.
LANGKAH PENJAGAAN DIET
1. Bagi mengelakkan berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan tenaga dan lemak yang banyak.
2. Tingkatkan penggunaan karbohidrat kompleks dan gula semulajadi dari 28% kepada 48%.
3. Kurangkan pengambilan gula yang diproses daripada 45% kepada 10% daripada keseluruhan jumlah tenaga.
4. Jumlah lemak tidak melebihi jumlah tenaga. Lemak ‘polyunsaturated’ tidak lebih 10% dan lemak ‘monounsaturated’ pada kadar 10% - 15%.
5. Kurangkan pengambilan kolesterol tidak lebih dari 30mg. sehari.
10 LANGKAH PENJAGAAN DIET SEIMBANG UNTUK MENGURANGKAN STRES DAN KEHIDUPAN SIHAT.
a. Berhati-hati dengan tabiat diet atau pemakanan
• Makanan utama harus di ambil pada waktu pagi. Kita mesti memastikan yang kita mengambil 3 hidangan dalam sehari.
a. Kekalkan diet seimbang berdasarkan 6 kumpulan makanan.
• 6 kumpulan makanan tersebut ialah roti dan bijirin, buah-buahan dan sayuran, kurangkan pengambilan daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.
a. Kurangkan kafein
• Pengambilan kafein secara berterusan boleh menyebabkan stres. Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein, banyakkan minum air mineral atau air yang telah dimasak.
a. Kurangkan pengambilan garam.
• Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kita perlu mengurangkan sebarang makanan yang mengandungi sebarang makanan yang mengandungi garam yang banyak seperti makanan segera.
a. Kurangkan gula
• Gula yang terlalu banyak akan meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan kencing manis dan kegemukan.
a. Berhenti merokok
• Nikotin yang terdapat dalam tembakau meninggalkan kesan ketagihan. Bagi mengurangkan ketagihan, sokongan rakan diperlukan, di samping menjadikan aktiviti senaman sebagai amalan dan bertekad untuk berhenti merokok.
a. Berhenti dari pengambilan alkohol
• Kurangkan pengambilan alkohol dan minuman beralkohol secara beransur-ansur agar dapat mengekalkan kesimbangan badan dan menghindarkan stres.
a. Keperluan vitamin dan mineral dalam diet pemakanan seimbang.
• Pengambilan vitamin dan mineral seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan ketahanan terhadap stres.
a. Penggunaan barang makanan semulajadi Yogurt
• Yogurt mengandungi ‘Lactobacillus acidhophitis’ yang tidak merbahaya dan dapat menghalang pembesaran bakteria ‘pathogens’ di samping menggalakkan sistem keimunan, menambahkan vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.
a. Kekalkan berat badan melalui kawalan teratur
• Kekalkan berat badan yang seimbang dengan melakukan aktiviti senaman sebanyak 3 kali seminggu selama 20 minit.
Sumber : Internet (terdelete link..hehe)
Sunday, May 3, 2009
Tips Shopping Untuk Atkins Diet

Sekiranya anda beli bahan mentah untuk dimasak di Giant / Carrefour / Tesco...
Start dengan:
Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.
Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, so tu okay, yang Ramli daging ada 3-4 gram. Jenama lain...chek dulu jumlah carb perserving
2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.
Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.
Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.
Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!
Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan, so elakkan.
3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.
Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
6.) Elakkan Thousand Island.
Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni, tak kira Maggi or apa2 sebangsa dengannya.
Thursday, April 16, 2009
Hari ke-14 Atkins
Breakfast
1. secawan kopi radix
2. satu biji telur masak mentah..letak pepper n kicap sikit..(tetibe rase muak kalu kosong jer..)
Lunch
Nak resepi tak??Senang jer...Sayur Campur Microwave Pemalas...resepi ciptaan sendiri..haha
Campak jer bahan2 berikut dlm mangkuk besar...(saiz mangkuk ikut kesukaan dan kekenyangan yeeee)
1. potongan kecil ayam
2. secubit sayur kobis
3. secubit kacang panjang
4. sikit hirisan bawang putih and bawang besar
5. secubit cendawan putih
6. satu cawan setengah air (ikut saiz mangkuk...boh 3/4 mangkuk)
7. setengah sudu teh stok ayam (cecair atau serbuk pown boleyh, kuantiti secukup rase pown boley)
8. satu biji tomato (potong cube pown boley, hiris besau2 pon boleyh, hiris setengah pun boley...ikut sesuke ati...)
Kemudian, campak mangkuk tuu dalam microwave...hahaha...
Setkan microwave 5 min ngan bilangan gelombang yg paling tinggi (tak taulaa ni panggil ape)...atau sampai air dalam mangkuk tuu mendidih....dr luar kite nampak air dalam mangkuk tuu dah menggelegak jer, kite keluarkan mangkuk tadi and kacau rata...astu masuk kan balik..set 1 minit je...astuuu dah siaplaaa utk dimakan...hehe...
kalu anda tak amalkan atkins, leh jer letak pasta (yg dah direbus) atau bihun sikit...
Siap...sedap gak rase mcm sup ayam...manis2 sayur, manis2 cendawan....masam2 tomato...wuuu...kenyaaaangg...BURP!! alhamdulillah...
Dinner
1. setengah ekor ikan bawal masak asam pedas lada
2. cecah ngan sehiris roti peranchis yg panjang tuuuu...haha...
***
hari ni hari terakhir atkins..sy dah timbang, turun 2 kilo utk 2 minggu...OK WHAT??
hehe..
sy takdelaa strict sgt ikut plan atkins..
sekadar melengkapi syarat 20 gram carb consumed sehari..
dah nak abes atkins ni, roti pown sy balun...
hahaha...
oklaa result dia..sy puas hati..
alhamdulillah...
Monday, April 13, 2009
Hari ke-11 Atkins
1. cereal oats HPA
Lunch
1. dua ketul ikan tenggiri masak kicap
2. sebiji tomato raw
Dinner
1. setengah mangkuk besar Sup ekor (beli..heh heh heh)
2. dalam sup ade sayur celery..nyum nyum
Senaman
SKIPPING!! weee..
Sunday, April 12, 2009
Langgar Lagi..
1. satu cawan cereal oats HPA
Lunch
1. sup daging setengah mangkuk (share ngan mama..)
2. 10 sudu nasi (kire tuuu...haha)
3. kailan ikan masin
4. ikan siakap masak masam manis (beberapa kerat...)
5. air tembikai
Dinner
Tak Makan...hehe...
Harini lunch kat luar...thats why terpakse langgar pantang...ayah sy beria nak bawak family makan kat luar...nak tak nak terpakse laa ikut...kami lunch kat Pantai Dalam..makanan istimewa kat kedai ni ialah kepelbagaian sup nya yg sangat kaww...ade sup tulang, ekor, ayam, and daging..hmmm...tak ingat laa ape name kedai ni...sy pown 1st time makan kat sni...
Pantang yg sy langgar :
1. nasi
2. ikan siakap masam manis (ade gulaa..)
3. air tembikai (manis..)
Maka dengan ini, hari induction di extend kan kepada 3 hari...
Hari ke-10 Atkins
1. satu cawan kopi radix
2. setengah tosei
Lunch
1. Daging goreng black pepper + tomato
2. dua ketul udang besar daripada sambal udang yg mak sy masak..hehe
Dinner
1. dua ketul ikan sardin...kuah masak sardin dihirup seperti sup..(sebenarnye lauk ni..)
Senaman
gym = mule2 buat 10 minit cardio, astu gune machine work out muscle kaki..continue ngan setengah jam atas crossramp, kemudian gune machine work out muscle tangan lak...lastly, naik atas crossramp balik buat setengah jam...habis je sesi work out, masuk sauna and relax!!yeayy..
Friday, April 10, 2009
Hari ke-9 Atkins
sory semalam tak update..
internet buat hal..geram sangat...huhu
here we go..
Breakfast
1. Herbal tea satu cawan
2. sebiji telur masak mentah
Lunch
1. 2 ketul ayam goreng
2. kacang panjang goreng campur telur
Dinner
1. cereal oats HPA
Senaman
Skipping aje..hehe..
Thursday, April 2, 2009
Diet Rendah Karbohidrat ke Diet Rendah Lemak?
Dua buah penelitian yang dimuatkan dalam New England Journal of Medicine cuba membandingkan kedua jenis diet tersebut.
Dalam penelitian pertama didapati bahwa mereka yang melakukan diet rendah karbohidrat ternyata akan mengalami penurunan berat badan lebih besar berbanding mereka yang menggunakan diet rendah lemak. Jangka waktu yang dipergunakan untuk penilaian adalah 6 bulan.
Selain itu, mereka yang melakukan diet rendah karbohidrat ternyata juga mengalami penurunan kadar lemak darah (trigliserida) yang lebih besar dan juga memperbaiki sensitiviti insulin. Pengamal diet rendah karbohidrat dalam penelitian ini memang banyak yang menderita kencing manis dan memiliki berbagai faktor risiko terhadap penyakit jantung dan pembuluh darah. Tetapi dalam hal penilaian yg dapat membaiki sensitiviti insulin hanya melibatkan mereka yang tidak menderita kencing manis.
Penelitian kedua memiliki jangka waktu penilaian yang lebih panjang yaitu 12 bulan. Dalam waktu 6 bulan, mereka yang menggunakan diet rendah karbohidrat mengalami penurunan berat badan yang lebih bermakna dibandingkan mereka yang menggunakan diet rendah lemak. Sayangnya, dalam bulan ke-12 didapati bahwa mereka yang menggunakan diet rendah karbohidrat akan kembali mengalami kenaikan berat badan dan kenaikan ini lebih besar dibanding mereka yang menjalani diet rendah lemak. Akibatnya, perbezaan kedua jenis diet ini dalam menurunkan berat badan menjadi tidak bermakna dalam jangka waktu 12 bulan.
Kesannya polemik (ape ni??sy tak tahu..huhu) yang meliputi kedua jenis diet ini masih akan terus berlanjutan. Walaupun diet rendah karbohidrat tampaknya sedang berada di atas angin, faktor kebaikannya perlu diperhitungkan. Diet rendah karbohidrat umumnya dilakukan tanpa pembatasan dalam hal kandungan lemak dan protein yang tinggi. Kerana itu, kesan kebaikan jangka panjangnya pun tentu perlu diteliti dgn lebih lanjut.
Belum diketahui secara pasti apakah rendah karbohidrat yang menjadi faktor penentu dari turunnya berat badan dan bukan akibat dari rendahnya kalori yang dipergunakan. Kerana itu berhati-hatilah dengan program penurunan berat badan Anda. Berkonsultasilah dengan ahli gizi untuk mendapatkan arahan terbaik.
Banyak orang Amerika berganti-ganti diet seolah-olah mereka sedang bermain kartu (ape ni??kad ke??), mencuba mendapatkan cara terbaik yang dapat membantu mereka menurunkan berat badan. Diantara diet terkenal pada dekad terakhir ini adalah diet Okinawa, Mediterranean, Scarsdale, LA, buah anggur, nasi, Jenny Craig, Weight Watchers dan diet rendah lemak seimbang yang sehat untuk jantung dari American Heart Association.
Semua bentuk diet itu telah dikalahkan oleh sebuah fenomena baru. Hampir 60 juta orang Amerika sedang mencuba diet rendah karbohidrat yang disebut sebagai "low-carb". Diet itu telah ada sejak lama, namun baru sekarang digemari banyak orang. Karbohidrat adalah sumber energi utama bagi tubuh. Yang disebut sebagai karbohidrat sederhana adalah gula pasir merah dan putih serta madu. Yang disebut karbohidrat kompleks adalah nasi, roti, cereal, biskut dan pasta.
Mereka yang sedang menjalani diet rendah karbohidrat makan makanan yang tinggi protein dan lemak. Mereka makan daging sapi, telur, sosis, bacon dan khinzir (tolong jgn makan..). Teorinya adalah mengurangi karbohidrat akan menyebabkan tubuh membakar lebihan lemak. Mereka yang menjalani diet ini mengatakan tidak mengalami kelaparan seperti yang mereka alami pada diet klasik rendah lemak, buah-buahan, sayur, susu dan karbohidrat. Sehingga mereka terus melakukan diet itu lebih lama.
Diet low-carb yang paling popular adalah diet Atkins, South Beach dan Zone. Buku 'Dr.Atkins New Diet Revolution", pertama kali diterbitkan tahun 1992, telah terjual 16 juta copy dan merupakan best-seller pada New York Times. Atkins meninggal dalam sebuah kecelakaan tahun lalu, namun perusahaannya meraih pendapatan kotor (kenapakah??) 100 juta dolar pada tahun 2003. Sementara buku terlaris edisi sampul tebal adalah "The South Beach Diet".
Diet Atkins, yang memungkinkan orang untuk makan daging dalam jumlah tidak terbatas, akhir-akhir ini selalu diserang oleh para ahli nutrisi dan kesehatan. The American Heart Association telah menyatakan "Mereka yang mengikuti diet ini memiliki risiko kelainan jantung, ginjal, tulang dan hati." Faktanya, tidak ada studi jangka panjang memperlihatkan apakah diet rendah karbohidrat ini baik atau efektif dalam menurunkan berat badan. Penelitian selama 2 tahun masih tengah berlangsung, mencuba mencari jawapannya.
Berbagai program rendah karbohidrat yang telah menempatkan usaha diet sebagai keutamaan, mengejutkan para pengusaha makanan, melonjakkan keuntungan pada industri daging, namun merugikan sektor lain. Penjualan roti di seluruh Amerika turun 1.1% pada tahun 2003, atau turun 66 juta dolar dibanding tahun 2002. Beberapa tahun lalu Sunrise Café di daerah Teluk San Fransisco menjual 20 nampan (apekah??) roti cinnamon setiap hari. Sekarang rata-rata hanya 1 nampan per hari. Penjualan dan harga kentang telah turun tajam di propinsi Manitoba, Kanada. Pada bulan Januari, 3 pengusaha utama kentang goreng-nya punya kelebihan pengeluaran sebanyak 500 ton. PepsiCo, perusahaan yang mengeluarkan minuman ringan Pepsi Cola dan makan camilan(huhh?) Frito-Lay, telah tergoncang. Penghasilannya tidak berubah dari pendapatan tahun 1998.
Pengusaha makanan cepat saji seperti McDonalds, Wendy's (hey, ni bukan Malaysian's fast food ker??tertipu gue..) dan Hardees menyesuaikan diri. Di Guam, Burger King telah bekerjasama dengan jaringan restoran lainnya untuk menghasilkan 'carb-wrap', iaitu cheeseburger tanpa roti yang tinggi karbohidrat. Burger ini dibungkus dengan daun selada dan ditempatkan dalam mangkuk untuk dimakan dengan pisau dan garpu.
Unilever, perusahaan raksasa Inggris-Belanda, telah terpukul keras. Unilever menanggapi dengan mencipta 18 produk baru, bernama 'carb options' atau pilihan karbohidrat. Produk ini misalnya selai kacang, spaghetti dan kuah salad rendah karbohidrat.
Tapi yang pasti orang Amerika perlu menurunkan berat badan. Negara ini telah mengalami apa yang disebut sebagai "epidemic obesity". Tidak menghairankan ketika sebuah pendapat pada bulan Januari mendapati 61% orang Amerika ingin menurunkan berat badan. Mereka ingin menurunkan kira-kira 9 kilogram. Rendah karbohidrat atau rendah lemak? Anda Boleh pilih!
Diterjemahkan ke Bahasa Malaysia dgn tak "fully" berjaya nye oleh Zulaikha...fiuhhh, letih!!
Sumber : Diet Sehat Alami

