JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959
Showing posts with label Cobaan. Show all posts
Showing posts with label Cobaan. Show all posts

Thursday, December 9, 2010

5 Sebab Pelan Diet Anda Gagal

Ramai yang menderita setelah mengikuti program diet segera. Jika berjaya pun, paling lama bertahan antara tiga hingga lima tahun. Selepas itu, berat badan kembali seperti asal. That’s called mengamalkan diet yo-yo.

Pada awal tahun, saya ada sebut mengenai kegagalan pelan fitness secara keseluruhan. Kali ini, let’s look at reasons kenapa pelan diet atau pemakanan anda gagal.

1. Kebanyakan diet mengehadkan penggunaan kalori. Akibatnya, metabolisma anda menjadi perlahan.

2. Makanan yang lazat sepatutnya dinikmati, tetapi diet yang tidak enak, melemahkan mood kita, semakin turunlah berat badan.

3. Kebanyakan diet tidak menggalakkan kita mengubah gaya hidup. Sebaik sahaja pelan diet anda tamat, anda kembali semula ke tabiat lama. Berat badan akan naik semula.

4. Dengan diet yang berkalori rendah, bukan lemak yang dibuang, tetapi otot berdaging yang hilang, membuatkan kita lemah dan lesu.

5. Tidak memasukkan senaman dalam program. Pengurusan berat badan bukan hanya mengenai penyerapan kalori (melalui makanan), tetapi juga yang keluar (melalui senaman).

Untuk pengingatan, pastikan pelan pemakanan anda dibina berdasarkan ilmu pengetahuan yang bernas. Apa2 pun...pastikan anda dapat melakukannya untuk jangka masa berterusan so that your weight tidak turun naik secara mendadak.

Oleh : Kevin Zahri @ Fitness On Gua.com

Thursday, August 6, 2009

Baju Idaman Sesudah Selim Melim












Klik gambar utk view yg lebih jelas...

raye dah nak dekat..
so, perasaan ingin membeli baju membuak2...
google punye google...
sy terjumpe dgn satu blog ni...
MasyaALLAH, tak tahulaaa nak kate mcm mane perasaan itu..
TERKILAN kowt...
sbb dapat tengok jer tak dapat pakai...
uhuk uhuk uhuk...

TEKANAN HOKAY!!

teringin sgt nak pakai...
post jelaa kat sni buat pembakar semangat...


suke design2 baju ni..
nampak mcm blouse, tp tshirt sbenarnye...
muslimah nye, so labuh sket...
sesuai ar nak tutup spare tyre kat peha n punggung...hahaha..

saket hati, size sampai L je..
design yg kureng2 ade plak sampai 4XL...
fiuhhh, terkilan terkilan..
ni laa naseb org gumuk...
isk isk isk...

but, insyaALLAH, next year raya haruslaa muat baju2 tersebut..
kalu tak, bunuh diri!!hahaha..

ingat nak start beli..
jadi koleksi satu almari..
buat pemangkin diri...
agar tidak kecundang nanti...


ecewahhh,siap berpantun tak leh blaaahhh...
kuang kuang kuang...

yg selim2 tuuu, leh laa lawat TSHIRT LABUH utk skodeng2 n memborong...hehe...lepas beli jangan kamu tunjuk pada ku, nescaya meraung laa daku nanti...uhuk3...

Wednesday, July 1, 2009

Budaya Asal Sedap

ADA yang berasa sarapannya tidak lengkap tanpa hidangan nasi lemak.

Ada juga yang hanya terbuka selera apabila roti canai atau roti 'banjir' di depan mata.

Tidak kurang yang berasa hidupnya lebih ceria dengan hanya menjamah burger dan kentang goreng.

Mahu diakui atau tidak, kebanyakan makanan kegemaran rakyat negara ini boleh dikategorikan sebagai makanan yang mempunyai kandungan khasiat tidak seimbang.





Tetapi tidak ramai yang mengendahkan kandungan kalori makanan kegemaran mereka asalkan ia mampu memuaskan keinginan masing-masing atau lebih tepat dipanggil budaya asal sedap.

"Makanan kegemaran ini biasanya mengandungi kandungan kalori dan lemak yang tinggi manakala kandungan serat daripada sayur-sayuran pula sangat kurang.

"Bayangkan sebungkus nasi lemak berserta telur goreng, ikan bilis dan sambal saja sudah mencecah hampir 500 kalori. Itu belum ditambah lauk-pauk lain seperti ayam rendang, ayam goreng, sambal sotong atau sambal udang.

"Timun dalam sajian nasi lemak pula tidak seberapa yang biasanya hanya ada beberapa keping sedangkan satu sajian sayuran disarankan pengambilannya sebanyak satu cawan sayuran segar atau setengah cawan sayuran masak," kata Pakar Pemakanan Kanan Pusat Maklumat Pengurusan Berat Badan (WMIC), Premila Muthukumaran.

Jika tergerak hati untuk bersenam bagi menghapuskan sejumlah 500 kalori itu pula berlari setengah jam pun tidak memadai kerana ia memerlukan seseorang itu untuk berjoging lebih satu jam bagi mengurangkan jumlah kalori berkenaan.

Sekeping roti canai kosong pula sudah menjangkau 300 kalori dengan kandungan 31 peratus lemak. Itu belum roti 'banjir' yang mempunyai kalori lebih tinggi.

"Roti canai memang mengenyangkan apatah lagi ia murah. Untuk penggemar roti pisang, ia juga tidak begitu menyihatkan walaupun rasanya enak.

"Tambahan pisang saja boleh mencecah 80 kalori. Berserta tambahan gula atau susu pekat, sekeping roti pisang boleh menjangkau sehingga 400 kalori. Capati lebih berkhasiat, tetapi apabila membuat pesanan, mintalah capati tanpa sapuan minyak sapi," katanya ketika ditemui di pejabat WMIC di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Lambakan kalori dalam makanan berkenaan mungkin menakutkan namun, menurutnya, pengubahsuaian terhadap makanan boleh dilakukan untuk mengurangkan kandungan kurang menyihatkan terutama bagi mereka yang mementingkan pemakanan seimbang.

Beliau tidak menafikan lebih mudah melakukan pengubahsuaian makanan jika memasak sendiri, tetapi ia tetap boleh dilakukan sewaktu makan di luar.

"Roti canai misalnya, jika biasa makan dua keping, tidak salah jika mengurangkannya kepada sekeping saja. Selain itu, lebih bijak jika kekerapan pengambilan makanan ini dikurangkan dalam diet seharian," katanya.

Makanan segera yang ramai penggemarnya, malah penghantarannya boleh dilakukan ke pejabat atau rumah, juga seakan sudah sebati dengan masyarakat kini.

"Mengehadkan pengambilannya antara cara yang baik di samping beberapa kaedah lain. Contohnya, pilih saiz hidangan kecil (bermakna kurang kalori) berbanding hidangan bersaiz besar dan tidak salah memilih hidangan kanak-kanak yang bersaiz kecil.

"Ada kajian saintifik melaporkan, jika seseorang itu diberi banyak makanan sekalipun, ia tetap habis, tetapi jika diberi kuantiti makanan yang sedikit, ia tetap mencukupi," katanya.

Ayam goreng yang sering menjadi pilihan di restoran makanan segera boleh dimakan dengan membuang kulitnya manakala pilihan ayam yang dipanggang lebih digalakkan.

Hidangan yang mengandungi lebihan keju pula boleh dielakkan, begitu juga dengan minuman berkarbonat yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

"Kentang goreng dan nuget cukup digemari kanak-kanak serta orang dewasa kerana ia dianggap makanan yang begitu ringkas. Ramai juga yang menjadikannya sajian ringan di rumah sedangkan 50 peratus kandungan makanan itu terdiri daripada lemak.

"Memang sukar menghalang pengambilan makanan sebegini kerana rata-rata, tiada siapa menyatakan ia tidak elok untuk kesihatan apatah lagi ia mudah didapati. Tetapi atas kesedaran masing-masing, pengambilannya boleh dikurangkan untuk manfaat kesihatan jangka panjang," katanya.

Santan memang tidak dapat dipisahkan daripada makanan orang Asia, malah ada yang beranggapan makanan jadi hambar jika tidak bersantan.

Apa sekalipun yang diperkatakan mengenai kandungan santan yang kurang menyihatkan, memang sukar untuk mengurangkan apatah lagi menggantikan ramuan ini.

"Santan kelapa perahan pertama yang pekat memang tinggi kalori dengan lemak setinggi 90 peratus. Jika perlu menggunakan santan, pastikan perahan kedua dicairkan dan kemudian dipekatkan semula menggunakan susu rendah lemak.

"Selain itu, lebihkan bahan seperti daun pandan, serai, halia dan bawang untuk meningkatkan bau masakan kerana rata-rata, santan menjadi pilihan kerana aromanya," katanya.

Pilihan susu untuk menggantikan santan termasuk susu penuh krim, separa skim (susu tanpa lemak) atau skim. Susu tanpa lemak antara pilihan sangat sesuai kerana ia rata-rata mengandungi lima peratus lemak berbanding susu penuh krim yang mencapai 35 peratus lemak untuk kandungan serupa.

Untuk mereka yang inginkan nasihat pemakanan lanjut, WMIC menyediakan laman web yang boleh dilayari di www.weightmanagement.org.my.

Berikut antara kandungan kalori dan lemak dalam beberapa makanan kegemaran rakyat Malaysia:

# Nasi lemak (210 gram berserta nasi dengan santan, telur goreng, ikan bilis dan sambal) - 494 kalori

# Roti canai (95 gram) - 301 kalori, 31 peratus lemak

# Mi kari (410 gram) - 529 kalori, 63 peratus lemak

# Laksa lemak (540 gram) - 591 kalori, 54 peratus lemak

# Nasi ayam tanpa lauk (230 gram) - 278 kalori, 10 peratus lemak

# Mi goreng (325 gram) - 598 kalori, 44 peratus lemak

# Kuetiau goreng (170 gram) - 312 kalori, 43 peratus lemak

# Kentang goreng (349 gram) - 1,124 kalori, 50 peratus lemak

# Burger daging (194 gram) - 496 kalori, 32 peratus lemak

Sumber : My Metro

Sunday, June 7, 2009

Tak Lalu Makan vs Emosi

salam u ol..

smpena TBL, sy tak pernah lagi hapdet menu..
sbenarnye sepanjang minggu ni sy tak berapa nak makan sgt...
masalah kehidupan yg melanda, kali ni tahap kronik...haha..
buat julung2 kalinya, time depress sy tak makan...


tak dpt dinafikan, ke'depress'an itu berpunca dr sedikit rase kebencian pada diri sendiri...
kali ni depression yg lain...bukan sebarang depress...

almost a week tak makan dinner...
thats y turun byk gak laa dlm seminggu...
even tak exercise...

anda mesti terkejut ape yg sy makan tadi (6 Jun 2009)

Breakfast
1. a sach of excelerade drink

Lunch
1. a cup of hazelnut white coffee (old town)
2. a quarter of ham & cheez polo bun ( '' )

Dinner
-mama masak spagh...makan secubit spagh and satu senduk kuah (pecah rekod makan sikit yg amat, fave food ni mane bleh makan sikit...) dah makan, tetibe rase benci ngan diri sndiri, at last sy jolok tekak, muntah semua balik...
-last2, telan 2 biji VCO jer and minum air dua cawan besar...

kalu hari2 mcmni, alamatnye mmg selim melim ngan jayanye..
tapi confom tak sehat...

tadi timbang, jarum tuu mcm cecah tepat2 ke angka 100...
tergezut giler, tapi mcm tak caye jer takut penimbang rosak...
esok kene timbang kat gym...huhu

last week menu mcm ni laa...brekpes minum excelerade ajeee...mkn roti sapu butter jer for lunch...n dinner tak makan...
tak exercise sbb dah mule rase punggung ni berat a.k.a malas...

i dont feel like to eat...im a bit depress and kecewa ngan diri sendiri...rase tak gune...macam2 lah rase...

psssst, frens, pliz help me!! lecture me ke bebel ke kutuk ke...suke ati laaa...janji i dengar okies...

thank u...

kiss in advance, muahh!!


Sunday, April 12, 2009

Langgar Lagi..

Breakfast
1. satu cawan cereal oats HPA

Lunch
1. sup daging setengah mangkuk (share ngan mama..)
2. 10 sudu nasi (kire tuuu...haha)
3. kailan ikan masin
4. ikan siakap masak masam manis (beberapa kerat...)
5. air tembikai

Dinner
Tak Makan...hehe...

Harini lunch kat luar...thats why terpakse langgar pantang...ayah sy beria nak bawak family makan kat luar...nak tak nak terpakse laa ikut...kami lunch kat Pantai Dalam..makanan istimewa kat kedai ni ialah kepelbagaian sup nya yg sangat kaww...ade sup tulang, ekor, ayam, and daging..hmmm...tak ingat laa ape name kedai ni...sy pown 1st time makan kat sni...

Pantang yg sy langgar :
1. nasi
2. ikan siakap masam manis (ade gulaa..)
3. air tembikai (manis..)

Maka dengan ini, hari induction di extend kan kepada 3 hari...

Thursday, April 2, 2009

Fuyoooo...

hahahaha...pagi tadi gatal timbang...saje nak tengok ade perubahan tak...

initial berat before buat Atkins ialah 110kg...

pagi td timbang (selepas 2 hari beratkins) ialah 109kg...

turun 1 kilo...pheeeewiiiiiitt!!

hehe...

kalu 1 hari turun 1 kilo, 14 hari atkins turun 14kg ker??????

hmmmmm, jangan syok sendiri laaa...

kite tengok nanti.......

***

dah 2 hari atkins, tak rase ape2 lagi..
cume pening nak fikir nak makan ape..
check kat internet resipi atkins, semua mat salleh style mesti letak rum or alcohol and byk brg2 takde kat Malaysia ataupun mahal...
menu yg sy postkan tuu resipi sendiri, bantai jer asalkan sedap and bleh dimakan...
hehehe..

***

aduh, nak mengaku ker tak ni?
mengaku jelaaa eh...takowt effect pd berat badan nanti...isk3...
sebenarnye malam td sy dah langgar pantang...
sy makan kek lapis Sarawak Cheeze....OOOPPSS!!!
sekeping jer sy makan and makan agak lambat laa dlm pkul 9.30 malam tadi...
bukan melantak yeee, merase...hee hee...
ayah sy bawak balik, kawan dia belikan...kek kegemaran sy tuuuuuuu....
tuuu yg tak tahan....uwaaaaaaa!!!
hrp2 carbs dia tak byk laaaa...(tp mcm byk je sbb berasaskan tepung...isk3)
tp dah turun 1kilo, jadilaaaaa...tuu yg takowt sgt smpai timbang berat pagi tadi...
rase bersalah...
weeeeeeeeeeee....

sape lagi beratkins??
jomlaa kongsi cite anda ngan kami disini....

Wednesday, January 28, 2009

Kenduri

aduhh...sedih sungguh...dalam seminggu dah 2 kali makan besar!!adoihh..haha..mmg tak leh nak elak...

2-2 tuu sebab ade kenduri...satu di Melaka pd hari ahad lepas, rumah mak ngah sy dia wat house-warming...and lg satu ialah pada petang td, di Senawang, N9, rumah pak lang sy wat kenduri selamat utk anak beliau yg akan fly ke UK utk sambung pengajian penghujung bulan ni...

dua-dua buah rumah mempunyai menu yg same iaitu nasi minyak (sort of nasi briyani tp x berempah) dan lauk2nye seperti biase ; ayam masak merah, arca, daging kurma....dan pelbagai jenis kuih-muih (org melaka kaya dgn kuih tradisional nye) juga tidak dilupakan pencuci mulut ; bubur kacang n bubur pulut hitam (respectively)...

dan juga utk 2 hari dlm mase sminggu sy skip dr pergi ke gym...haish...ape nak jadi ni??

makanan kat kenduri ni mmg tak leh elak laa...dah lame tak pekene nasi, ape lg nasi minyak??hahaha...dah ade depan mata, ape lg belasah jelaa...tp alhmdulillah, sy bleh kurangkan sikit jumlah pengambilan nasi...sy amik lauk je byk...

dah kat kenduri, takkan lah kite still nak elak makan nasi lg kan...malu org tgk pon ade terase jugak...tp sy dpt cover laa nasi yg sikit tuuu ngan lauk2 yg byk..so, nmpak mcm kite amik nasi byk...

bukan ape, public ni kalu tahu kite tgh diet, lagi mahu diperlinyee kite..bukannye nak bagi semangat...betul x??

sepatutnye kita kene sabar n pedulikan ape yg org nak kata...
Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.