JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959
Showing posts with label Tips dan Petua. Show all posts
Showing posts with label Tips dan Petua. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

5 Cara Tingkatkan Metabolisma

Metabolisme adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan untuk mendapatkan tenaga. Apa pun yang kita lakukan, badan memerlukan tenaga untuk bergerak.

Kita tidur pun badan masih memerlukan tenaga.

Menarik! kita boleh kurus dengan meningkatkan kadar metabolisme kita. Di artikel ini saya akan senaraikan 5 cara meningkatkan metabolisme.

1. Pastikan kita mengambil sarapan pagi

Jika kita tidak sarapan pagi, badan kita akan mengeluarkan isyarat untuk menurunkan kadar metabolisme untuk menjimatkan tenaga sehingga anda mula makan. Jadi, jangan tak sarapan ya :)

2. Jangan menahan lapar

Sama seperti sarapan pagi, jika kita menahan lapar badan akan lebih kepada mood menyimpan tenaga daripada menggunakan tenaga.

3. Makan sedikit tetapi kerap

Makan dengan kerap dalam kuantiti sedikit akan menstabilkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan metabolisme. Saranan saya, makan 5-6 kali sehari.

4. Lakukan senaman yang secukupnya

Lebih banyak kita bersenam lebih tinggi kadar metabolisme kita meningkat. 
Waktu senaman yang terbaik adalah pada waktu pagi.

5. Minum air secukupnya

Anda mesti selalu dengar kan? Minum 8 gelas air kosong sehari dapat membantu metabolisme berkerja dengan lancar.

Apabila sistem metabolisme berjalan lancar, kadar metabolisme kita akan meningkat dan pembakaran kalori dan lemak di dalam badan kita juga akan meningkat.

Saturday, February 16, 2013

Snek Waktu Malam




Wednesday, February 13, 2013

Dah takde tips diet baru dan best...huuu

hmm...

harini dok mengoogle mane tahu ade artikel baru pasal diet/pemakanan seimbang...
tapi dok belek2, takde pun... yg ade semua sudah di pos... 
semua keluar produk diet... tension pun ade....

kalau korg ade tips yg baru dan best atau dari idea korg sendiri, drop kat komen yee... nanti ika publish.... thank u!

Wednesday, February 29, 2012

TIPS HILANGKAN DOUBLE CHIN

Sesetengah anda memiliki saiz badan yang sedang-sedang saja. Tapi, ada satu masalah yang timbul. Iaitu pada bahagian dagu. Dagu berlapis. Bila tengok cermin, rasa macam dah gemuk pun ada. Padahal indeks jisim tubuh anda berada pada julat yang normal.

Baiklah, bagi mengatasi dagu berlapis ataupun lemak di bawah dagu, anda perlu;

1. Melakukan senaman secara rutin

2. Mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang

3. Elakkan diet yang melampau

Justeru itu, senaman yang boleh anda amalkan;

1. Kunyah gula-gula getah

Cara ini baik untuk otot rahang dan dagu anda.

2. Percikan air

~ Letakkan beberapa ketul ais dalam segelas air.
~ Percikkan air sejuk tadi ke kawasan bawah dagu dan leher anda.
~ Ulangi cara ini sebanyak 15 kali.

3. Menjulurkan lidah

~ Pertama sekali, buka mulut dan keluarkan lidah anda.
~ Cuba sentuh hidung anda dengan lidah (kalau boleh arr). =)
~ Ataupun cukup sekadar keluarkan lidah anda sejauh yang termampu.
~ Ulangi cara ini sebanyak 30 kali tau.

4. Tepukan @ tamparan ehh… bertepuk tampar la plak

~ Letakkan sedikit krim sejuk bawah dagu anda.
~ Pukul @ tampar secara perlahan bahagian bawah leher anda.
Mulakan dari bahagian bawah leher dan berakhir pada bawah dagu.
~ Lakukan tepukan @ tamparan yang lembut tapi dalam gerakan yang cepat.
~ Ulangi kaedah ini hingga 40 kali.

5. Mendongak

~ Dongak muka anda ke atas sambil membuka mulut seolah-olah seperti hendak menggigit sesuatu.
~ Lakukan cara ini antara 10 ke 15 kali sehari.

Selamat Mempraktikkannya!

Sumber

Tuesday, February 28, 2012

TIPS BUAT YG KUAT MAKAN =P

Kali ini aku nak jadi penasihat kesihatan dengan memberi tips untuk menurunkan berat badan lalu mencapai berat badan yang ideal. Seperti yang kita tahu, semakin ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap obesiti.

Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.

Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.

Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak.

Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.

Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.

Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.

Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.

Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.

Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.

Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.

Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.

Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.

Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.

Monday, February 27, 2012

TIPS MAKAN MALAM

Adakah anda tahu bahawa pengambilan makan malam juga adalah sama pentingnya seperti pengambilan sarapan pagi? Ini adalah kerana tubuh badan juga memerlukan sumber tenaga daripada makanan ketika tidur. Jika makan malam tidak diambil, ia akan merendahkan metabolisma badan. Ianya pasti tidak akan membantu untuk anda menurunkan berat badan.



Kepentingan makan malam dengan cara yang sihat

Jika anda tidak mengambil makan malam, perut anda akan kosong. Ini akan menyebabkan hormon ketegangan akan meningkat dan badan mudah menjadi letih. Oleh itu keesokan harinya anda akan bangun dengan keadaan yang lemah dan kurang ceria.
Jika anda tidak mengambil makan malam, kadar metabolisma badan akan berkurang. Ini akan menyebabkan badan akan menyimpan lebihan kalori yang akan menyumbang kepada peningkatan berat badan.
Pastikan anda mengambil makan malam pada waktu yang betul iaitu sebelum pukul lapan malam. Ini akan dapat mengurangkan risiko untuk anda mendapat batu karang pada saluran uretra. Ini kerana proses penyingkiran kalsium berlebihan akan berlaku dengan optimum empat hingga lima jam selepas makan melalui proses pembuangan air kecil.
Pastikan anda mengambil makan malam dalam kuantiti yang kurang dan lebih ringan dari makan tengahari. Kuantitinya harus sederhana dan berkhasiat. Ini adalah kerana tenaga yang diperlukan pada waktu malam adalah kurang dari tenaga yang diperlukan pada waktu siang.
Pada waktu makan malam, lebihkan hidangan yang mengandungi sayur-sayuran dan kurangkan makanan yang mengandungi protein dan lemak.
Pastikan anda tidak mengambil makanan ringan selepas makan malam kerana ia akan menyumbang kepada peningkatan berat badan. Jika anda terasa lapar pada waktu malam, pilihlah buah-buahan.


Sumber

Wednesday, February 22, 2012

10 TIPS RINGKAS KURUSKAN BADAN

Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.

Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.


Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:


1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.


6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)


Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.


Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.


10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.


Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.


Selamat Mencuba!

Sumber

Tuesday, February 21, 2012

TIPS KURUS BRO AHMAD

Oleh BRO AHMAD


Salam semua,


Semua orang nak nampak menarik dan cantik, Bro ahmad nak bagi Tips nak kurus cara mudah dan sangat berkesan bagi yang berat badan melebihi kapasiti, Korang rasa kalau dah masalah terlampau gemuk dan susah nak turunkan berat badan, jadi itu pandangan lemah semangat korang je.Boleh nak kuruskan berat badan tapi dengan satu syarat paling utama ialah keinginan untuk berubah nak jadi kurus dan sebelum tu ni tips yang sangat mudah korang cuba.Kalau nak cara susah pun ada hahaa korang nak cuba.


Tips yang pertama
Bangun tidur pagi-pagi tu buat senaman renggang badan,macam mana nak buat tu mudah sangat, berdiri tegak kedua tangan angkat hingga terkena kuping telingga dan jari silangkan dan selepas tu jengketkan kaki perlahan-lahan sambil tarik nafas dan buat berulang-ulang, sebenarnya sangat untuk jantung korang jugak.Tips ni Bro ahmad Ikut Kursus CPR ituhari dan baik untuk jantung dan cara nak kuruskan badan cara mudah.


Tips yang kedua
Sarapan pagi sebab ia sangat penting untuk metabolisma badan korang sebab nak jalankan rutin harian perlukan tenaga dan guna tenaga untuk pembakaran lemak,tapi patut-patut kalau nak sarapan tu bukan suruh melantak banyak,Cukup untuk tenaga seharian kita bekerja hahh senangkan nak kurus.


Tips yang ketiga
Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari,tapi bukan air kopi atau perisa dan manis gila-gila hahh air kosong je.Salah satu tips untuk kurus dan jimat wang poket belanja ialah order air kosong je bila berada kat restorant hehee biar kawan kata korang kedekut tapi dari segi kesihatan ia mampu menyahtoksin sistem perkumuhan dan pencernaan yang baik dan bermula dari itu cara terbaik dan cepat dan penawar ialah air kosong.


Tips yang keempat
Bila nak pergi kerja cari jalan susah nak ketempat kerja hmm caranya jalan kaki huhh kalau tak berapa jauh la, kalau jauh terpaksa mengunakan kenderaan korang parking kereta tu jauh sikit jadi perjalanan kaki korang dah kira senaman hahaa ni tips cara mudah ke cara susah ape dah, masalah nak kurus ke taknak.


Tips yang kelima
Bab makan tengahari boleh ambil nasi tapi kadar dan kuantiti yang berpatutan? berpatutan dari segi saiz ke? kalau macam tu orang gemuk kuantiti berpatutan dia tiga pinggan la! ohh tidak semua sama je dan elak makananan berminyak dan lemak serta ikut piramid makanan yang diajar kat sekolah tadika dulu huhh korang dah lupa ke,err macam susah je tahan dugaan dan nafsu hahaa takkan makan rebus-rebus je, korang nak kurus tak.


Tips yang keenam
Makan tu bila kunyah kalau boleh sampai lumat kat mulut baru perut kerja lebih mudah sebab air liur ni ada enzim untuk sistem pencernaan dan proses lagi mudah untuk kebaikkan.Memang makan gelojoh buat perut korang akan maju kehadapan.Lepas ni kira berapa kali korang kunyah baru telan makanan tu, jangan gelojoh masa makan dikuatiri tercekik dan perut anda boroi selulit akibat pencernaan yang rumit.


Tips yang ketujuh
Kalau nak makan buah seeloknya didahulukan sebelum menjamah makanan berat tapi kita buat terbalik kot.Sebab buah tu ada serat untuk dinding usus serta memudahkan pencernaan dan ingat pesanan cara nak kurus mudah bermula dari mulut baru ke perut apekah.


Tips yang kelapan
Minum air kultur macam nestle bliss tu dan rasanya ada buat entri tentang boleh aku nak kurus kena minum ni selalu serius ia baik untuk penghadaman korang ia mengandungi inulin dan bakteria baik dan sesuai untuk kebaikan usus korang,tips kurus bermula dari usus dan perut korang semua ni.Lagi pun ia ada banyak perisa yang sedap-sedap tau.


Tips yang kesembilan
Jangan kerap minum air yang bergas serta berais memang sangat tak elok untuk kesihatan badan dan kalau cara yang terbaik minum air suam lebih elok dan paling mujarab untuk kempiskan perut dari lebih boroi dan maju kedepan.


Tips yang kesepuluh
Cari pakaian yang sendat dan tak selesa atau korang beli pakaian bukan saiz korang dengan harapan akan datang korang teringin nak cuba pakaian idaman yang sebelum ni tak muat kat tubuh korang tu hmm.


Tips yang kesebelas
Elak dari makan malam apetah lagi tengah malam sebab memang kajian menunjukkan yang kerap makan tengah malam ni salah satu golongan obesiti atau berat terlampau akibat selera makan yang berlebihan tak kira waktu dan masa.




Inilah tips yang Bro ahmad nak kongsikan dan bukan cerita seposen biasa adalah tema jadi harap korang boleh amalkan tips nak kurus cara mudah macam yang disaran kat atas ni semoga perkongsian ni bermanfaat untuk kebaikan bersama.Perkara paling utama ialah disiplin dan semangat korang sendiri untuk kuruskan badan, Semoga berjaya.


psst : teka berat badan Bro ahmad berapa? kurus ke gemuk


wassalam,

Monday, February 20, 2012

100 TIPS DIET TERBAIK

Anda mempunyai dilema diet yang masih belum diselesaikan?Ikuti 100 tip di bawah:

Apakah yang boleh dilakukan jika saya boleh menerima 1 perubahan diet sahaja?

1. Tambahkan hanya 1 sajian buah atau sayuran sehari. Sesuaikan dahulu penerimaan tubuh, kemudian tambahkan lagi sehingga mencapai 8 hingga 10 sajian sehari.

2. Ambil sekurang-kurangnya 2 sajian buah atau sayuran setiap kali waktu makan.

3. Tanamkan tekad. Anda tidak mahu 'membesarkan' saiz makanan.

4. Jadikan waktu makan 1 tujuan utk menyihatkan badan.

5. Mula amalkan sarapan pagi yang lengkap.

6. Pastikan pinggan anda diisi dgn separuh sajian sayuran dan/atau buah-buahan setiap kali waktu makan tengahari dan malam.

Adakah sebarang tip mudah untuk mengurangkan kalori?

7. ketika makan di luar, makan hanya setengah dan setengah lagi bungkus bawa balik.

8. Pesan 1 saja pemanis mulut utk dikongsi bersama.

9. Gunakan pinggan salad.

10. Letakkan makanan di atas pinggan. Jangan makan terus dari balang.

11. Isikan pinggan dgn sayuran dahulu. Kemudian barulah letakkan daging dan nasi.

12. Sekiranya anda minum 8 auns susu rendah lemak sehari, berat badan anda boleh berkurang kira2 2.5 kg setahun.

13. Jus buah-buahan juga tinggi kalori. Bataskan kepada 8 auns sehari.

14. Dapatkan kalori drpd makanan bukannya minuman.

15. Simpan jurnal makanan.

16. "Makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang"

17. Gunakan sos biji sawi (mustard) berbanding mayonis.

18. Lebihkan sup. Sup jernih lebih rendah kalori.

19. Kurangkan atau elakkan terus minuman berkalori seperti soda atau teh manis.

20. Bawa bekal makanan sendiri.

21. Duduk tertib semasa makan.

22. Campurkan jus dengan air.

23. Banyakkan makan sayur-sayuran semasa makan tengahari.

24. Makan masakan sendiri di rumah.

25. Hadkan pengambilan alkohol. <---non muslim

Bagaimana caranya untuk menikmati sayur-sayuran?

26. Ambil jus tomato semasa minum petang.

27. jadikan hidangan sayuran lebih menarik dan sedap.

28. Campurkan 3 jenis kekacang di dalam salad.

29. Anda perlu ingat bahawa sup sayur itu sebenarnya adalah sayur.

30. keledek juga adalah sayur.

31. Campurkan bayam ke dalam sandwich, sup, pasta dan salad.

32. Jangan lokek untuk membeli sayur yang telah sedia untuk dimakan.

33. Anda benar2 bencikan sayur?Lebihkan buah-buahan.

34. Simpan 7 jenis sayuran yg anda paling suka. Campur, hangatkan dan tambahkan sos kegemaran anda. Mudah kan!

Apakah jampi untuk kekal dgn diet yg diamalkan?

35. "Sajian terbaik makanan tinggi kalori yang jumlahnya sedikit. Sajian terbaik sayur-sayuran yang jumlahnya banyak".

36. "Nafsu makanku hanya sementara apabila tumpuanku pada perkara yg lain".

37. "Saya mahu nikmati hidup lebih lama".

38. "Saya sedang bekerja keras sekarang ini".

39. "Adalah lebih menyakitkan menjadi gemuk berbanding berhenti makan sekarang".

Saya ambil makanan berkhasiat tetapi masih gemuk. Apakah silap saya?

40. Elak waktu makan.(Jangan elak waktu makan)

41. Tidak menganggap diri gemuk. (Diri sendri x kisah susah la beb)

42. Makan terlalu banyak. Bukanlah apa yg anda makan tetapi berapa banyak yg anda makan. (Kalau berkhasiat tapi makan banyak2 camne nak kurus beb)

43. Makan terlalu banyak biskut sebagai snek.

44. Tidak memperdulikan 'saiz sajian' di panel fakta nutrisi.

45. Mengunyah 1 mangkuk penuh kacang sebagai snek.

46. Mengaggap 'energy bar' dan 'fruit smoothie' rendah kalori. (Tinggi kalori ni kalau makan byk2)

Apakah yang boleh saya makan sekiranya saya malas memasak?

47. 'Smoothie' yang dibuat drpd susu rendah lemak, buah-buahan beku dan germa gandum.

48. Burger segera paling kecil(dgn sos biji sawi dan sos tomato, bukannya mayonis) dan tanpa minuman berkalori.

49. Sandwich mentega kacang di atas roti gandum penuh bersama satu gelas susu rendah lemak dan sebiji epal.

50. Kepingan ayam dan brokoli beku (hangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro) bersama keju parmesan.

51. Salad ayam bersama segelas susu rendah lemak.

52. Telur hancur (masak di atas kuali tidak melekat)

53. Sayur beku dihangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro, tambahkan keju parmesan dan 2 sudu besar hirisan kacang.

54. Salad tuna, tomato ceri, hirisan keju rendah lemak dan sos itali rendah kalori.

55. Roti gandum penuh bersama hirisan salami, keju rendah lemak, tomato, sos biji sawi bersama lobak putih.

56. Panaskan 1 tin sup.

57. Bijirin, buah dan susu tanpa lemak.

58. Sandwich sayuran.

59. Hirisan buah-buahan bersama yogurt rendah lemak.

Apakah nasihat terbaik utk elak berat badan naik ketika bercuti?

60. Elakkan kata2 "saya sedang bercuti"

61. Makan sedikit sebelum jamuan bermula.

62. Di dalam restoran, jangan duduk dekat dgn makanan.

63. Nikmati makanan tinggi kalori di akhir sekali.

64. Sepanjang percutian, pakai baju yg agak ketat utk mengelakkan ruang pembesaran badan.

65. Jangan kasihan pada makanan.

66. Berjalan2 di sekitar pusat membeli belah sebelum mula membeli.

67. Jadikan senaman 1 keutamaan yg tidak boleh dikompromi.

68. Menari. Inilah aktiviti pembakar lemak yg paling mudah dilakukan.

Saya suka makanan manis, bagaimana hendak mengelakkannya?

69. Sekali sekala, ambil salad kosong utk makan tengahari dan makan malam untuk menikmati pemanis mulut sepenuhnya.

70. Tetapkan hati (memang sukar tetapi berbaloi)

71. Pilihlah aiskrim rendah lemak bersama buah-buahan.

72. Elakkan pemanis mulut selama 2 minggu.

73. Makan lebih banyak buah-buahan (manis juga kan)

74. Nikmati pemanis mulut tetapi hadkan pengambilannya kepada 150 kalori sehari.

75. Cuba pemanis mulut yg kurang manis ini. Koko panas tanpa gula, buah anggur beku, gula2 getah tanpa gula dan aiskrim rendah lemak.

Bagaimana untuk elakkan mengunyah di tengah malam?

76. Ambil sarapan, makan tengahari dan makan malam.

77. Makan di atas meja makan dengan tertib.

78. Nikmati teh perasa raspberi sejuk tanpa gula.

79. Penuhi waktu mlam dgn aktiviti berfaedah selain makan.

80. Sekiranya anda makan malam kerana emosi, jauhi balang makanan.

81. Letakkan papan tanda ini di dapur atau peti sejuk "Tutup selepas makan malam"

82. Berus gigi selepas makan.

83. Jangan makan sambil membaca atau menonton tv.

84. Makan malam bukanlah penyebab berat badan naik tetapi berapa banyak jumlah kalori yg masuk pada waktu itu.

Apakah faedah lain yang boleh didapati drpd berdiet?

85. Bebas lemak bukanlah selalunya yg terbaik tetapi ia membantu mengurangkan kalori yg diambil.

86. Mengelak sarapan boleh membuatkan anda mengidam makanan lain. Jadi jangan tinggalkan sarapan.

87. Sekiranya anda terasa lapar pada waktu petang, nikmati segenggam kacang.

88. Belum kenyang? Nikmati secawan yogurt rendah lemak. Perut lapar menyebabkan glukos menurun. Mengambil sedikit makanan berkhasiat merangsang otak dan tubuh anda.

89. Membuat sedikit perubahan pada tabiat makan dan jenis makanan boleh mengurangkan berat badan dgn lebih cepat.

90. Sayuran dan buah-buahan beku adalah lebih baik kerana selalunya ia dibekukan sebaik sahaja dituai, ia menyimpan segala zat nutrien di dalamnya.

91. Bimbang tentang kandungan lemak trans di dalam mentega kacang? Kebanyakan mentega kacang mengandungi kurang drpd 0.5gm lemak trans.

Apakah tip senaman yang boleh membantu?

92. Sebarang jenis senaman membantu menyekat selera makan.

93. Apabila anda bersenam, minum air sekerap mungkin.

94. Pasangkan muzik semasa berjalan atau berjoging, ia akan melekakan anda supaya berjalan atau berjoging lebih jauh.

95. Lakukan yoga. Ia membakar antara 250-350 kalori selama 1 jam.

96. Dehidrasi melambatkan kadar metaboliesme sebanyak 3%.Namun, kuncinya bukanlah berapa banyak anda minum tetapi berapa kerap anda minum.

Bagaimana mengendalikan makan kerana emosi?97. Dapatkan khidmat nasihat pakar diet atau pemakanan.

98. Carilah teman untuk berbual.

99. Sertai kumpulan sokongan yg boleh membantu anda mengurangkan berat badan.

100. Melayari internet juga boleh membantu. Layari laman web yg menawarkan program diet. Anda juga boleh bersoal jawab dgn pakar atau kaunselor melaui emel.

Friday, February 17, 2012

SARAPAN MUDAH DAN SIHAT

Sarapan merupakan hidangan terpenting dalam diet harian. Persoalannya mengapa sarapan sangat penting kepada kita?

Sarapan amat penting kerana setelah semalaman anda menghabiskan masa dengan tidur, sudah pasti perut menjadi kosong dan tubuh badan kekurangan air. Ini bermakna anda telah terhidrat, kandungan gula di dalam darah juga menjadi rendah dan ini bermakna tubuh badan mempunyai tenaga yang sedikit.

Mengambil sarapan pagi sebenarnya membantu untuk mengurangkan berat badan kerana ia mengelakkan seseorang itu daripada mengambil makanan ringan atau snek sebelum tiba waktu makan tengahari. Bagaimanapun, untuk memastikan tubuh badan mendapat tenaga yang mencukupi sebelum tiba waktu makan tengahari, sarapan yang diambil perlulah sihat dan berkhasiat. Bukannya berlemak dan tinggi kolesterolnya.

Hidangan ini bukan sahaja enak malah menyihatkan dan mudah untuk disediakan.

1. Sediakan semangkuk salad sebelum anda masuk tidur. Keesokan harinya, hidangan ini boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak.

2. Roti bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya. Gunakan roti tinggi serat, bukannya roti putih. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.

3. Muffin juga pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah-buahan. Bagi menjimatkan masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali untuk membakar hidangan ini. Muffin boleh disimpan lama, tidak lebih dari dua minggu.

4. Jika ingin cepat, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan baik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengahari.

5. Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan sajian sarapan sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan. Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi.

6. Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun seleri, atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.

7. Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium.

CARA ELAK TERLEBIH MAKAN

Sekiranya anda perhatikan, negara-negara yang mempunyai masalah obesiti adalah daripada negara yang berpendapatan tinggi seperti USA dan bahagian eropah. Ini disebabkan oleh kerana mereka tidak mempunyai halangan untuk menikmati makanan. Jadi, bagaimanakah cara terbaik untuk mengelakkan anda daripada terlebih makan?

(1) Dapatkan zat yang secukupnya dalam satu hidangan- Tubuh manusia memerlukan protein, karbohidrat dan lemak yang secukupnya untuk memberikan tenaga kepada badan. Dapatkan pakej lengkap ini dalam satu hidangan terutamanya pada waktu makan tengahari untuk mengelakkan anda daripada cepat berasa lapar.

(2) Kurangkan membeli atau menyimpan stok makanan ringan- Nafsu makan anda akan meningkat sekiranya melihat makanan yang terhidang. Makanan ringan yang hanya memerlukan penyediaan yang amat mudah akan lebih mempengaruhi anda untuk makan.

(3) Minum air- Pada waktu petang terutamanya selepas makan tengahhari, kebiasaannya anda akan berasa lebih cepat lapar. Ini disebabkan oleh tenaga anda telah banyak digunakan. Minum air suam atau teh panas untuk mengelakkan tubuh daripada terhidrasi dan secara tidak langsung akan membekalkan tenaga kepada anda.

(4) Makan mengikut masa- Rancang masa yang perlu anda makan. Ini secara tidak langsung akan melatih tubuh anda untuk mendapatkan makanan hanya pada waktu yang sepatutnya dan akan mengelakkan anda daripada terlebih makan.

Sumber

Thursday, September 8, 2011

CARA-CARA BAKAR KALORI DAN LEMAK

SELAIN banyak bergerak dan rajin berolah raga sebenarnya ada banyak cara yang dapat dilakukan untuk membantu mempercepat pembakaran kalori dan mengikis lemak yang menumpuk dalam tubuh Anda.
Kini memang banyak produk ditawarkan yang mengklaim dapat membantu membakar kalori dalam tubuh. Tetapi pada kenyataannya, menurut para ahli, hanya ada satu cara yang paling efektif, yaitu dengan banyak beraktivitas atau bergerak.

“Pada dasarnya, kita tidak mengetahui cara lain untuk membakar lebih banyak kalori atau meningkatkan metabolisme tubuh selain dengan lebih banyak bergerak,” ungkap Barry M Popkin, PhD, Direktur Program Interdisipliner Obesitas di Universitas North Carolina.

Namun begitu, bukan berarti tak ada cara lain untuk mempercepat pembakaran kalori. Nah, berikut adalah delapan tip yang dapat Anda tempuh untuk mempercepat pembakaran kalori dan mengikis lemak dalam tubuh:

1. Olahraga
Cara yang satu ini adalah cara paling kuno, tapi populer murah dan efektif. “Semakin sering menghabiskan waktu berolah raga dan semakin semangat melakukannya, kian banyak kalori yang akan dibakar,” kata Christopher Wharton, PhD, peneliti dan pelatih profesional dari Rudd Center for Food Policy and Obesity di Universitas Yale.

Selain itu, menurut pakar obesitas, George Bray MD dari Pennington Biomedical Research Center di Baton Rouge, aktivitas jalan cepat setiap hari adalah jenis latihan yang paling disarankan bagi mereka yang ingin membakar banyak kalori.

Ketika berolahraga, tubuh Anda akan membakar kalori untuk menyediakan tenaga. Namun begitu, olahraga sangat menguntungkan karena meski latihan Anda sudah selesai tubuh masih akan terus membakar banyak kalori. Walau sulit menentukan berapa lama efek ini akan berlangsung (bervariasi tergantung komposisi tubuh dan tingkat latihan), Wharton memperkirakan bahwa rata-rata metabolisme tubuh akan meningkat sedikitnya dalam 24 jam.

Jika Anda ingin memperpanjang efek pembakaran kalori ini, Wharton menyarankan untuk berolahraga dengan durasi atau waktu yang cukup lama. “Sejumlah riset menunjukkan bahwa dengan menambah durasi olahraga peningkatan rata-rata metabolisme keseluruhan menjadi panjang,” ujarnya.

2. Latihan kekuatan untuk membentuk otot
Ketika berolahraga, Anda menggerakkan otot. Ini akan membantu membangun massa otot, dan jaringan otot akan membakar lebih banyak kalori ketimbang lemak tubuh, bahkan saat Anda sedang istirahat sekali pun. Menurut Wharton, 10 pon otot tubuh dapat membakar 50 kalori dalam sehari saat tubuh diam, dan 10 pon lemak akan membakar 20 kalori.

“Cara paling efektif meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar banyak kalori adalah latihan aerobik dan latihan kekuatan (strength training), keduanya sangat penting,” ungkap Megan A McCrory, PhD, peneliti dari School of Nutrition and Exercise Science di Universitas Bastyr.

Strength training adalah penggunaan resistensi kontraksi otot untuk membangun kekuatan, daya tahan anaerobik, serta ukuran otot rangka. Latihan kekuatan menjadi penting artinya ketika kita beranjak tua di mana metabolisme cenderung mulai menurun. Salah satu cara untuk memelihara metabolisme adalah memasukkan latihan kekuatan pada program olahraga Anda sedikitnya dua kali seminggu.

3. Minum Teh Hijau dan Teh Hitam
Teh adalah minuman menyehatkan mengandung kafein, yakni stimulan yang dapat meningkatkan jumlah kalori yang dibakar. Salah satu yang dapat dirasakan dalam sesaat adalah Anda seperti mendapat banyak energi, yang berarti Anda akan lebih banyak bergerak. Kafein juga dapat menimbulkan perubahan metabolisme tubuh yang membuat lebih banyak kalori terbakar.

Beberapa riset mengindikasikan, teh hijau atau hitam memilih manfaat yang lebih besar ketimbang kafein yang dikandungnya. Sebuah penelitian mencatat adanya penurunan asupan makanan pada tikus yang diberi polifenol yang ditemukan dalam teh hijau.

Riset lain pada manusia oleh peneliti Universitas Lausanne di Swiss menunjukkan bahwa teh hijau memiliki senyawa penghasil panas dan pembakar lemak melebihi kafein. Ketika 31 pria dan wanita sehat diberi minuman mengandung catechin, kafein dan kalsium selama tiga hari, penggunaan energi mereka selama 24 jam meningkat 4,6 persen.

Dalam American Journal of Clinical Nutrition edisi September 2006, peneliti mengungkapkan bahwa minum teh saat makan juga memberikan pengaruh. Ekstrak teh dapat mengganggu absorpsi karbohidrat dalam tubuh ketika keduanya dikonsumsi bersamaan.

4. Makan sedikit-sedikit, tapi sering
Setiap kali Anda makan atau sekedar mengudap, sistem pencernaan akan bekerja dan mencerna makanan kemudian menyerap nutrisi. Untuk menghidupkan mesin pencernaan dan melakukan proses ini tentu juga dibutuhkan kalori . Oleh sebab itu, masuk akal bila semakin sedikit makan Anda namun sering, makin banyak kalori yang dibakar.

Untuk mekanisme tersebut, ada peneliti yang berpendapat bahwa buktinya belum terlalu kuat. Meski begitu, banyak ahli yang percaya bahwa makan sedikit-sedikit tapi sering adalah cara yang menyehatkan dibanding makan besar satu atau dua kali dalam sehari.

5. Jangan tunda sarapan
Banyak bukti penelitian mendukung adanya hubungan sarapan dengan peningkatan berat badan. Orang yang menunda sarapan cenderung lebih banyak mengonsumsi kalori pada siang, sore, atau malam harinya. Riset juga mengindikasikan, menunda sarapan berkaitan dengan tingginya indeks masa tubuh pada kalangan remaja.

6.Mengonsumsi produk susu rendah lemak.
Kalsium yang terkandung dalam susu rendah lemak diklaim membantu membakar lebih banyak kalori, namun mekanisme ini akan berfungsi dalam dua cara berbeda. Yang pertama, riset di Denmark menunjukkan tubuh akan menyerap lebih sedikit kalori dan lemak dari makanan ketika mengonsumi kalsium dari produk susu rendah lemak. Kedua, riset lain menyatakan, sering mengonsumsi makanan berkalsium tinggi- termasuk produk susu rendah lemak – dapat menurunkan lemak perut terutama pada remaja pria kulit putih.

7. Minum delapan gelas sehari
Minum hampir delapan gelas air (2 liter) dalam sehari dapat membantu membakar ekstra 100 kalori, berdasar penelitian kecil Jerman. Kedengarannya tidak terlalu besar, namun bila dihitung dalam seminggu bisa mencapai 700 kali atau hingga 2.800 sebulan. Namun begitu peneliti juga mengingatkan jangan pernah minum air secara berlebihan karena bisa mengancam kesehatan (Kutipan compas).

Sumber : Balai Olahraga

Wednesday, August 3, 2011

Petua Berpuasa

Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:

Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.

Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:

(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter) .

(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan

(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang…

(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa

(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.

(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum. Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

Cara berpuasa yang tidak berkesan:

(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)

(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam

(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.

(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.

(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan

(vi) Tidur selepas kenyang makan

Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:

(i) Kopi dan teh.

(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.

(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.

(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)

(v) Merokok

Fasa-fasa puasa yang berjaya:

Fasa pertama (2-3hari):
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah

Fasa kedua (3-14 hari):
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.

Fasa ketiga(14-akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum
supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:

(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)
(ii) Makan kerap
(iii) Kuih-muih yang payah dihadam
(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan

Manfaat puasa yang berkekalan:

(i) Kurang makan kerana perut dah kecut
(ii) Kesihatan bertambah baik

Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:
“Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala).”
‘Selamat Berpuasa & Selamat Berjuang’

Artikel contributed by Hairol

Thursday, July 28, 2011

PANDUAN SENAMAN DAN PEMAKANAN DI BULAN RAMADHAN

Kevin Zahri

1.
Boleh bersenam ketika berpuasa?
Yes bole tetapi ia bergantung kepada bentuk senaman.

2.
Bila boleh bersenam cardio?
Yup bole, especially if you are looking to bakar lemak, senaman cardio 30-45 minit sebelum berbuka adalah sesuai kerana selepas itu, anda dapat mengembalikan tenaga ketika berbuka.

3.
Intensiti senaman pulak?
Well, take it easy la….you are not training untuk performance tetapi untuk pembakaran lemak. Kalau anda berasa pening etc..than stop. Exercising tanpa bekalan air aint easy.

4.
Latihan pemberat (weight training) camane?
Dont do weight training sebelum berbuka. Selepas berbuka its ok.

5.
Kalau buat weight training while fasting?
If you degil jugak and do weight training ketika berpuasa, first of all your body will have no energy for a quality workout dan yang kedua, your body akan memecahkan otot untuk sumber tenaga – so you rugi je!

6.
Untuk berbuka, nak makan apa?
A balanced meal ataupun makanan seimbang. Obviously you should enjoy yourself but makan perlahan-lahan, ia mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk berasa kenyang.

7.
Kurma menggemukkan tak?
I love kurmas but yeah, they are loaded with sugar so dont eat too many. The exact number of calories would depends on the type, size etc.

8.
Will you lose weight during puasa?
Yeah most probably….no matter how much you eat during puasa, most of us will lose weight during puasa.

9.
Imsak nak makan apa?
Depends on how much time you have la. For me, I look for something quick, easy dan makanan yang membekalkan tenaga yang berterusan – complex foods. Jadi saya biasanya makan, wholewheat cereal, susu dan banyak minum air.

10.
I will train during ramadhan?
Yup. Biasanya I’ll stop training to rest etc, tetapi tahun ini saya akan terus workout dan main futsal tetapi not as much la….probably 1-2 kali seminggu.

P/S : Selamat berpuasa semua!~Ika

Friday, July 22, 2011

TIPS MUDAH KURUSKAN LENGAN


KEVIN ZAHRI



Semua orang mahukan lengan yang kurus, tetapi ia seakan-akan susah dicapai dengan meningkatnya usia bagi sesetengah orang.

Di bawah ini akan dikongsikan tips yang anda perlu ambil perhatian untuk mendapatkan lengan yang kurus dan cantik.

1.
Boleh dikatakan setiap gim menyediakan alat mengangkat berat dari beban yang paling ringan sehingga beban yang paling berat mengikut keperluan individu. Jika anda mahukan lengan yang kurus, anda perlu mengamalkan latihan angkat berat ini sebaik-baiknya 3 kali seminggu. Selain di gim, anda juga boleh melakukannya di rumah. Anda boleh membeli dumbbell di mana-mana kedai peralatan senaman yang berdekatan ! Selain itu, anda boleh mencuba alternatif lain seperti mengangkat tin atau botol berisi air di rumah. Cuba lakukan seberapa banyak set yang anda mampu.

Anda mestilah tahu apa yang anda makan dan bijak mengawal pemakanan harian anda. Anda perlu bijak menggabungkan kumpulan makanan supaya dapat membantu anda untuk mendapatkan badan yang langsing dan lengan yang kurus. Makanan yang anda perlu utamakan ialah sayur-sayuran, buah-buahan, daging, kekacang dan bijirin, makanan rendah karbohidrat, dan makanan berasaskan tenusu. Jika anda makan makanan dari kumpulan ini, anda akan mendapat hasil keputusan yang lebih baik dan lebih cepat daripada jika anda mengamalkan tradisional diet seperti berlapar setiap hari.

Air adalah medium yang paling penting untuk mengeluarkan toksin-toksin dalam badan. Tapi anda perlu berhati-hati kerana minum air secara berlebihan juga boleh memberi kesan buruk kepada anda. Oleh itu secara optimumnya, minum air sebanyak 8 gelas sehari adalah yang paling baik.

Aerobik merupakan antara cara yang paling baik untuk menggerakkan keseluruhan tubuh badan anda. Lengan yang kurus juga boleh dicapai dengan latihan ‘windmill’ atau kincir angin. Angkat kedua belah tangan anda seperti kedudukan kincir angin dan tangan kanan cuba mencapai hadapan kaki kiri dan bangun semula dan ulang pergerakan dengan menggunakan tangan kiri untuk mencapai lantai hadapan kaki kanan anda seperti gambarajah di bawah.




Anda juga boleh melakukan latihan menumbuk dengan membayangkan yang anda sedang menumbuk sesuatu untuk mendapatkan lengan yang pejal dan cantik.

Boxing merupakan salah satu cara yang popular di kalangan mereka yang menjalani kehidupan sihat untuk mendapatkan lengan yang kurus dan cantik. Melakukan boxing dengan menumbuk ‘punching bag’ ini akan membantu membantu koordinasi dan keseimbangan badan anda serta boleh membentuk lengan yang cantik.

Push-up dapat membantu mendapatkan lengan yang kurus kerana ia boleh membentuk lengan anda dan mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan anda. Dengan menjadikan push-up sebagai salah satu rutin harian yang anda perlu lakukan, anda akan memperolehi lengan yang cantik dan kurus sepertimana yang anda inginkan.


Pergi ke gim setiap hari bukanlah tiket untuk kelihatan cantik dan hebat. Ia bergantung kepada aktiviti harian anda samada anda mengamalkan rutin harian yang sihat atau tidak tanpa mengira tempat tertentu. Sekiranya anda mengamalkan aktiviti sihat, anda tidak boleh tergopoh-gapah untuk melihat hasilnya. Anda perlu bersabar kerana kadang-kadang ia boleh menunjukkan hasil dengan pantas, dan kadang-kadang sebaliknya.

Apa sekalipun, anda janganlah mudah berputus asa. Anda perlu berusaha dengan gigih ke arah apa yang anda impikan dan lengan yang kurus dan cantik adalah salah satu impian yang mesti dicapai ! It’s okay jika anda kata anda akan mulakan esok atau lain masa. Tapi anda perlu ingat, you reap what you sow!

Monday, June 20, 2011

AIR DAN DIET

Oleh : Muhd Hazrie

Saya ada terbaca artikel tentang khasiat air dalam berdiet. Menurut artikel tersebut, air mampu mengurangkan berat badan.

Pakar gizi makanan telah sepakat, bahawa air memegang peranan utama dalam sebahagian besar program pengurangan berat badan. Kerana air sangat berperanan dalam membantu tubuh untuk menghilangkan lemak melalui faedah-faedah berikut :-

Air dapat menurunkan selera makan dan mengurangkan rasa lapar.
Membantu tubuh dalam proses pembakaran lemak yang menggumpal.Kerana hati akan mengalami kesulitan dalam menjalankan fungsinya ketika buah pinggang tidak mendapatkan air yang mencukupi.
Mengurangkan lebihan lemak dibadan.
Mengatasi masalah penyumbatan air pada saat tubuh menahan air yang ada didalamnya agar tidak kehabisan.
Mengurangi tumpukan sodium didalam tubuh.
Membantu memelihara kesihatan otot dan kelenturannya.
Mebersihkan kotoran-kotoran dan zat-zat beracun didalam tubuh.
Mengatasi kesulitan buang air besar.
Oleh itu para pakar menyarankan kita untuk minum 1-5 liter air sehari, ditambah lagi dengan 250ml sehari apabila berat badan kita bertambah 10kg.

Sedikit tips dari Kakak Ipar saya ;
Bangun pagi sebelum breakfast , amalkan minum air suam, elok untuk jaga badan. Cubalah amalkan.

Tuesday, June 14, 2011

Cara Mudah Bakar Kalori

* Lakukan kerja rumah seperti menyapu lantai, mengelap pintu atau tingkap, membersihkan tandas dan membuang sampah setiap hari

* Anda boleh berkebun seperti menanam bunga, sayuran, memotong ranting pokok dan berkaitannya untuk beberapa minit

* Berdiri untuk beberapa minit sebaik saja selepas makan dengan melakukan kerja membasuh pinggang mangkuk

* Jika ada tangga di rumah, mulakan naik dan turun tangga sekerap yang mungkin dalam tempoh sehari

* Membasuh pakaian tanpa menggunakan mesin pencuci

* Keluar berjalan ke pusat beli-belah untuk beberapa jam

* Beli beg penumbuk dan lepaskan geram menumbuk di beg itu

* Mandikan haiwan peliharaan di rumah

* Lakukan sedikit senaman ringan setiap pagi dan tengah hari bersama keluarga

* Berkayuh basikal membantu mengurangkan kalori

* Menunggang kuda

* Manjakan diri dengan mandi jacuzzi beberapa jam

* Lakukan urutan sama ada tradisional atau teknik lain

* Mengecat rumah

Sumber

Monday, June 13, 2011

Petua Buang Lemak

Ambil 3 batang serai. Rebus bersama 2 cawan air. Biar mendidih sehingga tinggal satu cawan air. Minum semasa masih panas.

Ambil segenggam ketumbar dan seinci halia. Rebus bersama 2 cawan air. Biar mendidih sehingga tinggal satu cawan air. Minum semasa masih panas.

Amalkan utk membuang lemak degil dan buang angin.

Sumber

Sunday, June 12, 2011

Tips Buang Dagu Berlapis atau Double Chin



Ramai yang tidak suka akan kewujudan ‘dagu berlapis’ kerana ia membawa maksud seseorang itu gemuk atau obese. Bagi perempuan yang mengenakan tudung, kewujudan dagu berlapis pasti akan menjadi semakin ketara kerana pemakaian tudung itu sendiri akan ‘mencekak’ dan menolak kulit di bahagian yang berkenaan ke hadapan, membuatkan mereka seolah-olah memiliki “dua dagu”.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Dagu Berlapis’ atau ‘Double Chin’? Dagu berlapis merupakan istilah ‘pasar’ yang merujuk kepada lebihan lemak bawah kulit yang wujud dan terkumpul di antara dagu dan leher. Secara umumnya, untuk menyingkirkan Dagu berlapis ini, seseorang itu perlu menurunkan paras lemak badan secara keseluruhan.

Walaubagaimanapun, 5 langkah-langkah berikut boleh diamalkan untuk menyingkirkan dagu berlapis yang dimiliki dengan lebih efektif.

1.

Kawal pengambilan kalori (defisit kalori). Untuk menurunkan paras Body Fat, kita kena memastikan yang body fat itu digunakan sebagai sumber tenaga alternatif secara optimum dan bukannya otot (catabolism). Dan untuk menjadikannya sebagai sumber tenaga alternatif, kita kena memastikan yang bekalan tenaga harian (Daily Calorie Requirement) adalah kurang dari yang sepatutnya, namun janganlah terlalu rendah. Pastikan juga pengambilan makanan (macronutrien) adalah seimbang.
2.

Kardio, bersukan, bersenam. Apabila badan kekurangan sumber tenaga yang sepatutnya (muscle glycogen) badan akan mula menggunakan lemak badan sebagai sumber tenaga alternatif. Sumber tenaga ini (lemak) tidak terhad diambil dari satu-satu bahagian sahaja kerana apabila badan membakar lemak, ia akan mengambil lemak dari seluruh badan. Boleh jadi ia adalah lemak dari bahagian tangan, kaki, dada dan bawah dagu. Perut (bagi lelaki) dan punggung (perempuan) adalah 2 tempat terakhir (paling liat) di mana badan akan ‘mengorek’ lemak badan. Maka, anda masih mempunyai peluang untuk menyingkirkan lemak di bawah dagu dengan sedikit mudah.
3.

Kunyah gula-gula getah. Otot muka perlu dilatih untuk menjadi ‘kuat’ agar boleh membakar kalori secara teratur. Salah satu daripadanya ialah dengan mengunyah gula-gula getah (pilih yang sugarfree). Ubah mentaliti bahawa mengunyah gula-gula getah adalah kerana manisnya. Jika boleh, sebiji gula-gula getah hendaklah dikunyah berjam-jam lamanya, sehingga muka menjadi kebas (baru berhenti). Namun janganlah disalah anggap kerana ketika mengunyah gula-gula getah, otot muka sebenarnya TIDAK MEMBAKAR LEMAK, tetapi hanya membakar kalori. Lemak badan hanya dibakar secara intensif dengan banyaknya ketika kardio.
4.

Senaman muka. Berdiri di hadapan cermin dan sebut A – E – I – O – U, gerakkan secara perlahan, namun cuba cekangkan otot muka (platysma) ketika menyebutnya. Kemudian masamkan muka (mencebik) untuk beberapa saat, sambil diselang selikan dengan senyum yang amat lebar. Ulangi ketiga-tiga langkah di atas selama 3-5 kali di hadapan cermin, setiap pagi, selepas menggosok gigi.
5.

Senyum dan ketawalah selalu. Selain dari mewujudkan suasana yang lebih ceria dan harmoni bersama orang-orang sekeliling, senyum dan ketawa juga sebenarnya merupakan senaman-senaman kecil muka yang boleh dilakukan setiap hari. Tahukah anda, sekurang-kurangnya 15 otot terutamanya di bahagian muka akan bekerja sekiranya anda ketawa?

Semoga tip-tip ini membantu anda dalam meningkatkan lagi keyakinan diri, disamping tidak perlu lagi gusar akan kewujudan dagu berlapis yang mungkin akan mempengaruhi imej anda. Selamat mencuba!

Sumber

13 Tips Seronok Bersenam



Bosan dengan rutin senaman anda? Rasa terpaksa melakukannya? Kecewa dengan hasilnya?

Di sini saya ingin kongsikan tips untuk membantu menjadikan masa bersenam dan melakukan workout di gim dengan lebih berkesan dan seronok.

1) Berhenti memberi alasan.

Perkara paling penting untuk menjadi sihat adalah berhenti memberi alasan. Secara tidak sedar, hidup kita sudah banyak dirosakkan dengan 1001 alasan untuk memulakan sesuatu yang sihat. Sebagai contoh jika anda ditanya, bila anda hendak memulakan rutin senaman, pasti terdengar jawapan seperti ‘nantilah’, ‘esoklah’, atau ‘mula minggu depanlah’. Alasan sebegini seolah-olah menipu diri anda sendiri kerana anda tidak berasa bersalah terhadap diri sendiri disebabkan alasan tersebut.

Tetapi tahukah anda bahawa suatu hari nanti anda akan menyesal dengan alasan dan sikap bertangguh-tangguh anda itu? Oleh itu, berhenti memberi alasan, dan mulakan rutin sihat untuk kebaikan yang tidak ternilai di kemudian hari.

2) Fleksibel.

Anda tidak perlu melakukan semua jenis senaman dalam satu-satu masa untuk memperolehi hasil yang cepat. Sekiranya perlu, cuba bahagikannya kepada dua atau lebih banyak sesi untuk sepanjang hari. Dengan itu, ada akan mempunyai masa untuk merehatkan diri sendiri di samping melakukan aktiviti kecergasan.

3) Curi masa.

Jika anda tidak mempunyai masa yang banyak untuk melakukan senaman disebabkan tuntutan kerja harian, anda bolehlah mencuri masa 20 minit setiap hari untuk bersenam. Itu pun sudah boleh memberi perbezaan yang besar berbanding jika anda tidak melakukannya langsung. Something is always better than nothing!

4) Jadikan rutin.

Kesihatan yang baik adalah keperluan untuk hidup. Dengan memikirkan dan menetapkan bahawa bersenam adalah sesuatu rutin yang penting seperti rutin sihat yang lain, lama kelamaan secara automatik anda ingin melakukan senaman sama seperti rutin anda menggosok gigi. Sehari tak bersenam, gelisah satu badan!

5) Set gol anda.

Apabila anda mula bersenam, memotivasikan diri adalah kunci untuk anda terus bersemnagat melakukannya. Tulis gol atau target anda dan lekatkannya di tempat yang anda mudah lihat seperti cermin di bilik air.

Samada anda ingin mengurangkan kolesterol atau ingin muat dengan seluar jeans size 6 tanpa perlu menahan nafas, mengejar gol dan target anda itu akan membantu anda mencapai impian anda itu.

Anda juga boleh set mini gol atau mini target. Seperti mengurangkan 1.5kg berat badan dalam masa tiga hari melakukan senaman di gim. Apabila anda mencapai target anda itu walaupun dalam jumlah yang kecil, anda pasti tetap berpuas hati dan tidak sabar-sabar untuk meneruskan untuk sesi senaman pada keesokan harinya.

6) Konsisten.

Anda tahu kenapa hari terakhir anda lakukan senaman sudah pun berbulan-bulan yang lalu? Itu disebabkan anda tidak konsisten melakukan senaman dan kecergasan badan anda pun sudah keluar dari radar yang sepatutnya.

Untuk menjadi konsisten, anda perlu mencipta jadual senaman anda untuk sekurang-kurang tiga hari dalam seminggu. Dengan cara itu, anda boleh check samada anda patuh atau tidak dengan jadual yang anda sendiri cipta itu. Jika anda patuh dengan jadual anda, anda sendiri akan berpuas hati dan sekiranya tidak, anda tahu yang anda hanya menipu diri anda sendiri.

Anda juga boleh memvariasikan aktiviti dalam jadual anda itu untuk mengelakkan rasa bosan. Contohnya Isnin minggu ini anda buat aktiviti kardio, Isnin minggu depan anda boleh cuba lakukan yoga pula! Mencuba sesuatu yang baru juga boleh menaikkan semangat anda untuk bersenam!

7) Gabungkan aktiviti.

Sesekali mesti anda berasa bosan berlari di atas treadmill. Kalau dah bosan, anda akan mudah berhenti melakukannya. Anda boleh cuba berlari atau berjalan di atas treadmill sambil menonton televisyen ke, berborak di telefon dengan pasangan anda, mendengar lagu kegemaran, atau membaca majalah kesukaan anda!

8) Mulakan dengan perlahan.

Jika anda memulakan rutin senaman dengan terlalu cepat, anda akan mudah hilang semangat dan bosan untuk terus bersenam. Cuba memulakan aktiviti ini secara perlahan-lahan dan terus develop senaman anda dan menambah level dalam senaman anda. Anda akan terasa challenged dengan senaman anda itu dan itu yang akan terus memotivasikan diri anda untuk terus bersenam dan cuba membuat peningkatan dari satu level ke level yang lain.

9) Buat nota.

Tulis senaman harian yang anda lakukan – berapa km anda berlari atau berjalan, berapa kg dumbbell yang anda angkat. Anda akan dapat melihat perkembangan senaman anda sebelum anda nampak hasilnya. Sekiranya anda tidak nampak hasil, anda tahu apa yang anda perlu buat untuk menambah aktiviti senaman anda. Selain itu, anda akan dapat tahu apakah aktiviti yang paling berkesan mengikut keperluan badan anda sendiri!

10) Jangan obses.

Penting bagi setiap orang untuk komited terhadap rutin senaman mereka. Tapi jika anda pergi ke gim untuk berjam-jam setiap hari, dikhuatiri anda mungkin overtraining.

Jika anda bersenam, otot anda mungkin akan terkoyak sedikit. Otot anda akan membina tisu-tisu baru untuk menggantikan otot yang terkoyak. Tetapi itu akan sukar berlaku sekiranya otot anda tidak mempunyai masa yang cukup membinanya kerana anda telah melakukan aktiviti yang lain pula.

Jadi caranya? Berhenti rehat seketika sebelum anda memulakan semula sesi senaman yang anda lakukan. Beri masa kepada otot anda untuk membina semula otot baru. Dengan cara ini, anda boleh bersenam setiap hari dan dalam masa yang sama memberi rehat yang cukup kepada badan anda.

11) Beri hadiah kepada diri sendiri.

Raikan kejayaan anda dengan sesuatu yang sihat! Sebagai contoh, beli sebuah elliptical baru daripada anda membeli sebuah tv baru! :D

12) Cari seorang kawan.

Bersenam bersendirian memang akan menjadi bosan.Cuba cari seorang kawan yang akan menjadi teman anda bersenam dan membuat anda komited dengan aktiviti kecergasan yang anda lakukan. Anda juga boleh membincangkan perkembangan dan hasil yang anda perolehi sepanjang anda melakukan senaman. Selain itu, anda juga boleh membincangkan apa yang menghalang anda dari menjadi sihat bersama rakan anda. Anda juga boleh merancang aktiviti yang pelbagai bersama rakan anda itu.

13) Have fun!

Tak kira berapa banyak pun strategi yang anda cuba atur, ianya tak akan terhasil jika anda sendiri tidak gembira melakukannya. Mungkin kalau anda bosan melakukan aktiviti senaman yang sama, cuba bersukan pula. Anda juga boleh mencuba cara baru seperti menari, yoga, kickboxing dan pilates!

Sumber
Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.