Oleh BRO AHMAD
Salam semua,
Semua orang nak nampak menarik dan cantik, Bro ahmad nak bagi Tips nak kurus cara mudah dan sangat berkesan bagi yang berat badan melebihi kapasiti, Korang rasa kalau dah masalah terlampau gemuk dan susah nak turunkan berat badan, jadi itu pandangan lemah semangat korang je.Boleh nak kuruskan berat badan tapi dengan satu syarat paling utama ialah keinginan untuk berubah nak jadi kurus dan sebelum tu ni tips yang sangat mudah korang cuba.Kalau nak cara susah pun ada hahaa korang nak cuba.
Tips yang pertama
Bangun tidur pagi-pagi tu buat senaman renggang badan,macam mana nak buat tu mudah sangat, berdiri tegak kedua tangan angkat hingga terkena kuping telingga dan jari silangkan dan selepas tu jengketkan kaki perlahan-lahan sambil tarik nafas dan buat berulang-ulang, sebenarnya sangat untuk jantung korang jugak.Tips ni Bro ahmad Ikut Kursus CPR ituhari dan baik untuk jantung dan cara nak kuruskan badan cara mudah.
Tips yang kedua
Sarapan pagi sebab ia sangat penting untuk metabolisma badan korang sebab nak jalankan rutin harian perlukan tenaga dan guna tenaga untuk pembakaran lemak,tapi patut-patut kalau nak sarapan tu bukan suruh melantak banyak,Cukup untuk tenaga seharian kita bekerja hahh senangkan nak kurus.
Tips yang ketiga
Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari,tapi bukan air kopi atau perisa dan manis gila-gila hahh air kosong je.Salah satu tips untuk kurus dan jimat wang poket belanja ialah order air kosong je bila berada kat restorant hehee biar kawan kata korang kedekut tapi dari segi kesihatan ia mampu menyahtoksin sistem perkumuhan dan pencernaan yang baik dan bermula dari itu cara terbaik dan cepat dan penawar ialah air kosong.
Tips yang keempat
Bila nak pergi kerja cari jalan susah nak ketempat kerja hmm caranya jalan kaki huhh kalau tak berapa jauh la, kalau jauh terpaksa mengunakan kenderaan korang parking kereta tu jauh sikit jadi perjalanan kaki korang dah kira senaman hahaa ni tips cara mudah ke cara susah ape dah, masalah nak kurus ke taknak.
Tips yang kelima
Bab makan tengahari boleh ambil nasi tapi kadar dan kuantiti yang berpatutan? berpatutan dari segi saiz ke? kalau macam tu orang gemuk kuantiti berpatutan dia tiga pinggan la! ohh tidak semua sama je dan elak makananan berminyak dan lemak serta ikut piramid makanan yang diajar kat sekolah tadika dulu huhh korang dah lupa ke,err macam susah je tahan dugaan dan nafsu hahaa takkan makan rebus-rebus je, korang nak kurus tak.
Tips yang keenam
Makan tu bila kunyah kalau boleh sampai lumat kat mulut baru perut kerja lebih mudah sebab air liur ni ada enzim untuk sistem pencernaan dan proses lagi mudah untuk kebaikkan.Memang makan gelojoh buat perut korang akan maju kehadapan.Lepas ni kira berapa kali korang kunyah baru telan makanan tu, jangan gelojoh masa makan dikuatiri tercekik dan perut anda boroi selulit akibat pencernaan yang rumit.
Tips yang ketujuh
Kalau nak makan buah seeloknya didahulukan sebelum menjamah makanan berat tapi kita buat terbalik kot.Sebab buah tu ada serat untuk dinding usus serta memudahkan pencernaan dan ingat pesanan cara nak kurus mudah bermula dari mulut baru ke perut apekah.
Tips yang kelapan
Minum air kultur macam nestle bliss tu dan rasanya ada buat entri tentang boleh aku nak kurus kena minum ni selalu serius ia baik untuk penghadaman korang ia mengandungi inulin dan bakteria baik dan sesuai untuk kebaikan usus korang,tips kurus bermula dari usus dan perut korang semua ni.Lagi pun ia ada banyak perisa yang sedap-sedap tau.
Tips yang kesembilan
Jangan kerap minum air yang bergas serta berais memang sangat tak elok untuk kesihatan badan dan kalau cara yang terbaik minum air suam lebih elok dan paling mujarab untuk kempiskan perut dari lebih boroi dan maju kedepan.
Tips yang kesepuluh
Cari pakaian yang sendat dan tak selesa atau korang beli pakaian bukan saiz korang dengan harapan akan datang korang teringin nak cuba pakaian idaman yang sebelum ni tak muat kat tubuh korang tu hmm.
Tips yang kesebelas
Elak dari makan malam apetah lagi tengah malam sebab memang kajian menunjukkan yang kerap makan tengah malam ni salah satu golongan obesiti atau berat terlampau akibat selera makan yang berlebihan tak kira waktu dan masa.
Inilah tips yang Bro ahmad nak kongsikan dan bukan cerita seposen biasa adalah tema jadi harap korang boleh amalkan tips nak kurus cara mudah macam yang disaran kat atas ni semoga perkongsian ni bermanfaat untuk kebaikan bersama.Perkara paling utama ialah disiplin dan semangat korang sendiri untuk kuruskan badan, Semoga berjaya.
psst : teka berat badan Bro ahmad berapa? kurus ke gemuk
wassalam,
Bukan sebarangan diari...
Tuesday, February 21, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959
1 comment:
bese dah tips camni....
Post a Comment