JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959
Showing posts with label Penyakit. Show all posts
Showing posts with label Penyakit. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

MINUM SUSU TAK GEMUK

ANTARA soalan wajib yang akan ditanya apabila membincangkan topik minum susu ialah ‘adakah susu boleh membuatkan seseorang menjadi gemuk?’. Kebimbangan wanita terhadap pertambahan berat badan menjadi antara alasan ramai tidak minum susu walaupun tahu kebaikannya.


Minum susu sebaliknya boleh menjadikan kita lebih langsing kerana untuk mendapat tulang kuat dan sihat, kita juga perlu bersenam sekurang-kurangnya berjalan cepat selama 20 hingga 30 minit sehari serta mengamalkan pemakanan seimbang.


Bermula dari umur 30 tahun, tulang kita mula mengalami kemerosotan iaitu kerosakan tulang berlaku lebih cepat berbanding proses pembentukan semula. Tulang adalah tisu hidup yang sentiasa mengalami kerosakan dan pembentukan semula sepanjang hayat.


Namun kita akan mengalami osteoporosis (tulang rapuh) jika terus membiarkan tulang merosot, sedangkan perkara ini boleh dicegah dengan mengambil makanan kaya kalsium, seimbang dan kerap bersenam, kata Pengurus Kanan Bahagian Kesihatan Fonterra Brands, Joanne Toad.


Individu dewasa memerlukan 1,000 hingga 1,200 miligram kalsium sehari dan minum susu yang diperkaya dengan mineral ini adalah cara paling mudah untuk mendapat bekalan kalsium harian.


Kajian ke atas penduduk Malaysia mendapati kita hanya mengambil 300 hingga 400 miligram kalsium sehari; kadar terlalu rendah untuk melindungi dan mengekalkan kesihatan tulang, terutama di kalangan wanita.


Oleh kerana tulang sentiasa mengalami proses kemerosotan dan pembinaan semula, isu terlewat menjaga kesihatan tulang tidak timbul. Susu boleh diambil pada semua peringkat umur — sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa atau orang tua.


Malangnya kebanyakan masyarakat kita mempunyai konsep kurang tepat kerana menganggap susu hanya untuk kanak-kanak dan pengambilan susu dihentikan apabila mencapai umur tertentu (biasanya apabila memasuki sekolah tadika). Konsep ini perlu diubah dengan terus menggalakkan anak minum susu hingga dewasa.**Ini perlu dipraktikkan...


Bagi orang dewasa dan tua, minum susu yang diperkaya kalsium dapat menguatkan tulang. Kajian ke atas 60 wanita di Filipina dan Indonesia mendapati wanita yang mengambil susu diperkaya kalsium selama empat minggu mengalami kemerosotan tulang lebih perlahan berbanding yang tidak mengambil susu.


Ini menunjukkan kita boleh memberi perlindungan segera kepada tulang dengan mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang yang kaya dengan kalsium. Pada masa sama tulang juga menjadi semakin kuat dan sihat dengan senaman seperti berjalan cepat, berjoging, melompat tali, menaiki tangga, mendaki bukit atau menari.


“Tidak ramai wanita sedar, kehilangan tulang adalah kehilangan kekal kerana apabila usia meningkat proses pembentukan semula tulang berlaku lebih perlahan dan ini membuatkan tulang semakin lemah.


“Penjagaan tulang adalah tugas sepanjang hayat yang perlu dilakukan setiap orang, terutama wanita, kerana mereka lebih berisiko mengalami osteoporosis. Amalkan gaya hidup sihat, elak merokok dan hadkan pengambilan minuman beralkohol kerana ia boleh mengurangkan kandungan kalsium dan mineral dalam tulang,” kata Joanne.


Sementara itu, duta jenama Anlene, Datuk Michelle Yeoh, berkata ramai terlepas pandang kesihatan tulang dan menganggap mereka sentiasa sihat kerana kedudukan tulang yang terlindung dalam badan.
“Mungkin ramai tidak sedar, wanita sekarang diharap menjadi ‘superwoman’ kerana bukan saja bekerja tetapi juga menjadi isteri, ibu dan pengurus rumah tangga. Ini sebabnya kita perlu mula menjaga kesihatan tulang supaya boleh terus hidup sihat dan cergas demi diri sendiri dan keluarga,” katanya pada pelancaran produk Anlene. Hadir sama, Pengurus Besar Fronterra Brands, John McKay.


Ada beberapa sebab lain mengapa kita perlu minum susu atau ambil produk tenusu iaitu:


Selain kalsium, susu dan produk tenusu juga kaya dengan protein. Satu pek yogurt rendah lemak contohnya mampu membekalkan satu pertiga daripada keperluan kalsium harian anda dan hampir 17 peratus protein.


Vitamin D — Kebanyakan susu diperkaya dengan vitamin D. Vitamin D penting untuk membolehkan tulang menyerap kalsium, malangnya ia sering dipinggirkan.


Badan kita boleh menghasilkan vitamin D jika mendapat cukup cahaya matahari (terutama pada waktu pagi). tetapi ramai antara kita seboleh-bolehnya mahu mengelak kulit terdedah kepada sinaran matahari dengan memakai krim pelindung UV, baju lengan panjang atau payung.


Cara paling mudah ialah minum susu rendah lemak yang diperkaya dengan vitamin D. Ada kajian mendapati vitamin D juga boleh mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti kanser dan tekanan darah tinggi.


Tingkatkan ketumpatan tulang — Kajian di Finland ke atas gadis remaja berusia 10 hingga 12 tahun mendapati mereka yang mengambil makanan kaya kalsium (seperti keju) mempunyai ketumpatan tulang lebih tinggi berbanding kumpulan yang tidak mengambil keju.


Tekanan darah — Kajian ke atas 5,000 orang dewasa di Sepanyol mendapati mereka yang mengambil produk tenusu rendah lemak (susu skim dan susu rendah lemak) dalam masa dua tahun kurang berisiko (54 peratus) mengalami tekanan darah tinggi.


Penyelidik berpendapat perkara ini ada kaitan dengan protein dalam susu rendah lemak (kasein dan whey) yang dikatakan mempunyai tindakan lebih kurang sama dengan ubat merendahkan tekanan darah.


Sindrom metabolik — Berdasarkan data diperoleh daripada 827 responden (lelaki dan wanita), penyelidik Iran merumuskan individu yang mengambil produk tenusu rendah lemak mempunyai ukuran pinggang lebih kecil dan kurang risiko alami sindron metabolik — iaitu sindrom yang mendekatkan kita dengan penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis.


Berat badan — Seperti disebut di atas, minum susu bukan punca kegemukan atau pertambahan berat badan. Perkara ini dibuktikan penyelidik dari Universiti Alabama di Birmingham yang mendapati kalsium mampu mengawal berat.

Sumber

Monday, February 7, 2011

GEMUK BOLEH NYANYUK?

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my



“CUBA tengok emak, kakak dan sepupu perempuan yang sudah berkahwin. Kira berapa ramai yang masih mengekalkan bentuk badan seperti ketika bujang. Ramai wanita di negara kita gemuk selepas berkahwin dan melahirkan anak kerana mereka biasanya menjadi orang yang menghabiskan saki baki makanan walaupun sudah kenyang,” kata seorang pakar kardiologi pada sidang kesihatan jantung tidak lama dulu.


Selepas melepasi 35 tahun, usaha untuk menurunkan berat badan biasanya menjadi lebih payah tetapi untuk naik dua atau tiga kilogram dalam sebulan semudah mengelip mata!


Seseorang dikatakan mempunyai berat badan berlebihan apabila kiraan Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 23 kg/m2 (bahagikan berat dalam kilogram dengan ukuran ketinggian dalam meter yang diganda dua). Ada juga pakar kesihatan yang mencadangkan setiap wanita mengekalkan ukuran pinggang supaya lebih kurang sama ketika mereka berusia 20-an.


Selain daripada itu, ramai pakar menyarankan kita mengukur nisbah saiz pinggang ke pinggul, supaya ia tidak melebihi 0.86 bagi wanita dan 0.95 bagi lelaki. Ini bertujuan menggalakkan wanita menumpukan lebih perhatian dan meletakkan keutamaan diri sendiri sebaris dengan suami dan anak-anak, khususnya dalam soal kesihatan.


Mengekalkan berat badan seimbang adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan khususnya bagi golongan pertengahan umur. Kajian menunjukkan bentuk badan buah pir (kegemukan di pinggang) memberi kesan lebih negatif terhadap kesihatan (khususnya penyakit jantung) berbanding bentuk epal (lemak berkumpul di pinggul dan paha).


Namun kini, penyelidik mendapati peningkatan berat badan juga boleh menjejaskan daya ingatan. Dalam kajian Inisiatif Kesihatan Wanita ke atas 9,000 wanita pertengahan umur yang disiarkan dalam Jurnal Persatuan Geriatrik Amerika, mendapati bagi setiap peningkatan satu mata BMI, kiraan markah untuk ujian daya ingatan menurun satu mata.
Maknanya, makin gemuk seseorang wanita itu, lebih tinggi kemungkinannya mengalami masalah daya ingatan.


Menurut Ketua Penyelidik, Sekolah Perubatan Feinberg Universiti Northwestern, Chicago, Dr Diana Kerwin, kajian berkenaan mengukuhkan lagi kepentingan untuk wanita menjaga berat badan. Malah, wanita gemuk tetapi mempunyai tekanan darah dan paras kolesterol normal juga perlu berusaha mengurangkan berat badan mereka; kerana ia akan memberi manfaat kepada kesihatan jantung dan otak.


Kajian dilakukan ke atas wanita berumur antara 65 hingga 79 tahun, 70 peratus daripada mereka alami masalah berat badan berlebihan atau obes tetapi tidak menunjukkan gejala dementia (nyanyuk) atau lain-lain ketidaknormalan pada otak.


Kajian ini juga membuktikan bahawa kegemukan dan obesiti tidak hanya mendekatkan seseorang dengan penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan strok tapi juga meningkatkan risiko nyanyuk.


Kajian lain pula mendapati orang yang alami kegemukan di pinggang terutama wanita mempunyai risiko lebih tinggi mendapat kanser pankreas. Bagi yang sudah alami masalah kegemukan, perlulah mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan berat badan secara sihat dengan mendapatkan nasihat doktor, pakar pemakanan dan senaman.


Berat badan kita tidak bertambah semalaman, ia berlaku secara perlahan-lahan dalam tempoh yang lama.


Justeru, pengurangan berat badan juga mestilah dilakukan secara perlahan dan berperingkat. Penggunaan produk untuk mengurangkan berat badan secara drastik dan cepat dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan.


Antara punca peningkatan berat badan:
Terlebih makan

Kurang bersenam

Kurang tidur - Jika kita berjaga hingga lewat malam, kita akan lebih cenderung untuk makan dan ini akan meningkatkan pengambilan kalori. Apabila kita tidur lewat, proses biologi badan akan merosot dan hormon yang memberi kesan kepada selera akan mengambil alih menyebabkan anda berasa lebih lapar pada waktu pagi. Hormon ini juga akan membuatkan kita berasa kurang kenyang selepas makan.

Tekanan - Apabila dalam keadaan terlalu tertekan, badan akan berada dalam mod berjuang dengan menghasilkan hormon kortisol (hormon tekanan) yang akan menyebabkan selera makan bertambah. Biasanya dalam keadaan tertekan, kecenderungan untuk makan juga meningkat bagi melegakan fikiran dan perasaan. Ketika inilah kita cenderung memilih makanan yang tinggi kandungan kalori - secara tidak langsung mengukuhkan asas kepada masalah berlebihan berat badan.

Pengambilan ubat antikemurungan - Antara kesan sampingan pengambilan ubat penenang ialah peningkatan berat badan yang berlaku pada kira-kira 25 peratus pengguna terutama jika ia diambil dalam jangka masa panjang. Bincanglah dengan doktor untuk menukar ubat jika anda turut mengalami perkara sama. Ada orang yang berat badannya bertambah sebaik memulakan pengambilan ubat; kerana apabila fikiran tenang, selera makan turut bertambah.

Ubat antikeradangan seperti corticosteroid - Selain mengurangkan atau menghentikan keradangan, ia juga boleh menyebabkan retensi air dan peningkatan selera. Bagaimanapun, kesannya berbeza mengikut pesakit dan dos yang diambil.

Masalah hipotiroidisme - Ia bermakna kelenjar tiroid (terletak di leher) tidak dapat menghasilkan hormon tiroid secukupnya menyebabkan anda cepat berasa letih, lemah, sejuk dan berat badan bertambah. Ketidakcukupan hormon tiroid akan memperlahankan metabolisma, membuatkan berat badan lebih cepat meningkat. Malah berat badan juga boleh bertambah walaupun paras hormon berada pada had terendah dalam julat normal.

Penuaan - Penuaan juga akan memperlahankan metabolisma dan pembakaran kalori mengambil masa yang lebih lama. Apabila usia meningkat kita juga menjadi kurang aktif. Bagi wanita menopaus, pengumpulan lemak biasanya berlaku di pinggang; dan bukannya di pinggul dan paha seperti wanita muda.

Sindrom Polisistik Ovari (PCOS) - Ini adalah masalah hormon yang lazim di kalangan wanita muda. Banyak sista kecil tumbuh pada ovari wanita yang mengalami PCOS dan ia menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang turut menjejaskan kitaran haid wanita berkenaan, pertumbuhan bulu roma berlebihan dan jerawat. Wanita PCOS juga mengalami masalah kerintangan insulin (kurang sensitif pada insulin untuk mengangkut gula daripada darah masuk ke dalam sel); mengakibatkan berat badan mereka meningkat.

Berhenti merokok - Nikotin akan menumpulkan selera dan sensitiviti deria rasa pada lidah. Apabila seseorang itu berhenti merokok, keadaan akan kembali normal dan inilah yang menyebabkan selera makan bekas perokok bertambah. Secara purata orang yang berhenti merokok mengalami pertambahan berat antara dua hingga empat kilogram. Bagaimanapun pertambahan berat badan ini boleh dikawal dengan mengawal jumlah makanan yang diambil. Janganlah ada perokok yang menjadikan perkara ini sebagai alasan untuk tidak berhenti merokok kerana di kalangan perokok tegar pun ramai yang gemuk.

Jika anda mengalami masalah berat badan:
Jangan berhenti mengambil ubat tanpa nasihat doktor. Ketahui fungsi dan kepentingan ubat yang anda ambil. Ia mungkin sangat penting untuk kesihatan anda. Biasanya apabila doktor memberikan anda ubat, dia sudah membuat pertimbangan antara manfaat dan kesan sampingan yang mungkin anda hadapi.

Jangan membandingkan diri anda dengan orang lain yang mengambil ubat sama. Setiap orang mempunyai tindak balas berbeza dan bukan semua orang akan mendapat kesan sampingan yang sama. Begitu juga dengan ubat menguruskan badan. Pada A ia mungkin berkesan tetapi tidak semestinya ia akan memberi kesan yang sama pada anda.

Jangan panik jika penambahan berat badan anda disebabkan retensi air kerana ia hanyalah sementara. Kesan ini akan hilang sebaik anda menghabiskan pengambilan ubat berkenaan.

Mulakan program mengawal makan dan bersenam. Ia bukan saja membantu mengatasi masalah anda tetapi akan meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Sumber

Monday, January 31, 2011

Adakah Semua Program Diet Berkesan?



PENGUSAHA pelbagai jenis teknik diet akan mempertahankan produk masing-masing sebagai cara terbaik untuk menurunkan berat badan.

Dan, berita baik untuk semua apabila kajian yang dijalan di luar negara baru-baru ini mendapati kebanyakan daripadanya memang benar-benar efektif!

Hasil kajian di Harvard School of Public Health, Boston membuktikan bahawa mereka yang ingin berdiet perlu memilih program paling selesa dan yang penting mestilah tinggi dengan serat, rendah kalori dan lemak tepu.

Penyelidiknya, Dr. Frank Sacks berkata, pilihan diet seharusnya memberi fokus ke arah kesihatan jantung.

"Anda juga mesti bertolak ansur terhadap pengambilan makanan ketika berdiet, jika ingin kurangkan berat badan dan penting, kurangkan makan,'' katanya.

Dalam kajian yang dilakukan itu, seramai lebih 800 sukarela yang mempunyai berat badan berlebihan dan mengalami obesiti diletakkan di bawah empat program diet berbeza.

Empat program itu ialah diet rendah lemak, tinggi kandungan lemak, tinggi protein dan paras protein sederhana dengan kadar karbohidrat antara 35 dan 65 peratus .

Kesemua peserta diminta bersenam selama 90 minit seminggu dan mengikuti sesi kaunseling diet.

Dua peserta yang mengikuti diet masing-masing selama dua tahun hanya mengalami purata penurunan berat badan sebanyak 4 kilogram (kg) dan mereka berjaya mengurangkan dua inci (5 centimeter) ukuran pinggang bagi semua program yang diikuti.

"Diet yang lebih baik ialah yang menyihatkan anda, tinggi kandungan serat dan bijirin penuh, kurang makanan ringan serta daging berlemak - program yang melibatkan variasi ini sesuai untuk menurunkan berat badan,'' kata Sacks.

Dalam semua program diet tersebut, pengurangan berat badan memuncak pada tempoh enam bulan. Namun begitu, selepas setahun, berat badan mereka mula meningkat semula.

Menurut Sacks lagi, peserta yang turun 10 peratus daripada berat badan menghadapi risiko lebih rendah diserang penyakit jantung dan masalah kesihatan lain.

Tambahnya, hasil kajian itu juga amat menggalakkan kerana 15 peratus peserta berjaya mengurangkan berat badan mereka sebanyak itu.

Namun, hasil kajian terbaru berkenaan masih tidak memberi penyelesaian kepada masalah obesiti yang semakin meningkat.

"Peserta yang paling tinggi motivasi, bijak dan dibimbing oleh pakar profesional juga tidak mampu mencapai pengurangan berat badan diperlukan untuk menterbalikkan epidemik obesiti,'' tegas pakar VU University di Amsterdam, Martijn Katan.

Sebaliknya, kata beliau, langkah yang lebih bijak adalah mengambil pendekatan berasaskan komuniti di dua pekan kecil di Perancis pada tahun 2000 membabitkan usaha besar-besaran agar murid-murid sekolah diberi makanan berkhasiat dan banyak bergerak serta bermain.

Lima tahun kemudian, peratusan kanak-kanak berlebihan berat badan didapati menurun sebanyak 8.8 peratus berbanding 17.8 peratus di pekan bersebelahannya.

"Seperti penyakit taun, obesiti mungkin masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh seorang individu tetapi memerlukan tindakan secara komuniti,'' jelas Katan.

Sumber

Tuesday, January 11, 2011

Tempat Lemak Berkumpul

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN


KETIKA menonton pertunjukan fesyen di televisyen baru-baru ini, beberapa rakan melahirkan rasa kasihan melihat badan peragawati yang kurus kering hingga nampak tulang rangka seperti kanak-kanak Somalia, seolah-olah tidak cukup makan.

Benarkah kurus itu cantik? Benarkah badan kurus boleh meningkatkan keyakinan diri? Kurus bagaimana yang diistilahkan cantik sehingga ramai orang berlumba-lumba mahu menguruskan badan sehingga mengetepikan soal kesihatan?

Apabila fikiran dikuasai keinginan meluap mahu kurus, segala usaha sanggup dicuba, termasuk menggunakan kaedah yang boleh membahayakan kesihatan.

Malah, ada yang mengaitkan bentuk badan dengan keyakinan. Soalnya, benarkah orang berbadan kurus dikatakan lebih yakin dan puas dengan kehidupan mereka?

Ini perkara subjektif kerana artis serba boleh, Adibah Noor dan Syaniza Hisham (Syanie) antara contoh individu yang selesa dan yakin dengan diri sendiri.

Bagaimanapun, bukan semua orang memiliki semangat dan keyakinan seperti Adibah dan Syanie. Ada yang mudah hilang keyakinan apabila membandingkan diri sendiri dengan orang lain.

Sedihnya, perbandingan itu tidak terhad kepada saiz badan dan kesihatan, malah pakaian juga dijadikan ukuran kerana segala yang tersalut di badan orang lain dilihat lebih molek.

Persepsi seperti ini perlu diubah kerana harta paling berharga ialah kesihatan. Apabila sihat dan memiliki berat badan seimbang, secara automatik kita berasa selesa dan lebih yakin.

Kajian mendapati berat badan sedikit sebanyak mempengaruhi keyakinan dan kepuasan hidup seseorang. Hasil ini diperoleh daripada kajian Keyakinan Diri, Kepuasan Hidup dan Pengukuran Berat yang dijalankan Frost & Sullivan ke atas 332 responden di Lembah Klang, awal tahun ini.

Menurut Pensyarah Kanan Klinik Psikologi, Unit Psikologi Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan Bersepadu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Alvin Ng, antara penemuan menarik ialah individu yang memiliki ukuran pinggang kecil lebih berpuas hati dengan kehidupan mereka.

Katanya, isu berat badan berlebihan perlu dipandang serius kerana semakin ramai rakyat negara kita gemuk dan obes.

Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006, 43.1 peratus penduduk negara ini mengalami masalah kegemukan dan 16 peratus daripada mereka adalah obes.

Peningkatan dua kali ganda berbanding 10 tahun lalu ini membimbangkan pakar perubatan kerana ia mendekatkan ramai orang dengan pelbagai penyakit gaya hidup kronik seperti diabetis, sakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan masalah mental.

“Individu gemuk sering menerima pelbagai persepsi negatif seperti malas, kurang daya kawalan diri dan keyakinan serta memiliki personaliti kurang menarik.

“Pandangan negatif, syak wasangka dan diskriminasi seperti ini boleh menyebabkan individu gemuk dan obes mengalami tekanan mental.

“Diskriminasi terhadap orang gemuk bermula dari zaman kanak-kanak apabila menjadi bahan ejekan atau usikan kawan. Beberapa kajian menunjukkan kadar kelaziman gangguan mental meningkat dengan jumlah Indeks Jisim Badan (BMI). Ini bermakna lebih ramai orang gemuk dan obes mengalami gangguan mental,” katanya ketika membentangkan hasil kajian anjuran bersama Persatuan Penyelidikan Obesiti Malaysia (MASO) dan Abbott Laboratories melalui kempen Happy Weight at 10.

Kajian yang dibuat secara bersemuka selama 15 minit itu membabitkan 120 lelaki dan 212 wanita berumur antara 25 hingga 40 tahun dan kebanyakannya mempunyai latar belakang pendidikan yang baik (74 peratus memiliki ijazah dan diploma) dengan pendapatan antara RM2,000 hingga RM4,000 sebulan.

Didapati secara purata penduduk Malaysia, terutama di Lembah Klang, mempunyai berat badan 67.8 kilogram, ketinggian 1.63 meter dan ukuran pinggang 77.8 sentimeter (31.1 inci).

Ini bermakna BMI purata ialah 25.08 - yang meletakkan kebanyakan penduduk kota termasuk dalam kumpulan berlebihan berat badan. (Untuk ukuran BMI penduduk Asia, rujuk Jadual 1).

Mengapa kajian ini dibuat mengikut ukuran BMI penduduk Asia? Dr Ng berkata, badan orang Asia berbeza dengan penduduk Barat, terutama daripada segi jumlah kandungan lemak, walaupun mempunyai ketinggian dan berat badan sama.

Secara semula jadi, pada ketinggian dan berat sama, orang Asia mempunyai lebih kandungan lemak badan. Keadaan ini menyebabkan kita lebih berisiko mendapat pelbagai penyakit kronik disebabkan kegemukan dan obesiti.

Berdasarkan kajian berkenaan, didapati tahap kepuasan hidup responden pada tahap sederhana. Namun paling menarik ialah, apabila ditanya sama ada hidup untuk makan atau makan untuk hidup, 70.5 peratus berkata mereka makan untuk hidup dan 29.5 peratus lagi memilih hidup untuk makan.

Masalah pertambahan berat badan dan saiz pinggang lebih ketara di kalangan wanita berumur (36 hingga 40 tahun) sementara rata-rata responden lelaki mampu mengekalkan ukuran pinggang mereka walaupun umur meningkat.

Badan kurus bukan isu utama di sini kerana yang lebih penting ialah memiliki berat badan dalam lingkungan sihat melalui amalan pemakanan seimbang dan kerap bersenam. Keyakinan akan datang sendiri jika kita sihat dan memiliki berat badan seimbang.

Ramai salah faham dan menganggap jika kurus, mereka tidak perlu bersenam. Tanggapan ini perlu diubah kerana ramai orang kurus juga mengalami masalah kolesterol tinggi dan diserang sakit jantung.

Perunding Endokrinologi Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr Faridah Ismail, berkata saiz pinggang besar dan berat badan berlebihan bukan sekadar masalah kosmetik.

Memang berbadan besar dan gemuk tampak kurang menarik, tetapi lebih membimbangkan ialah risiko beraneka penyakit akibat pengumpulan lemak dalam badan.

Malah, pakar perubatan mendefinisikan obesiti sebagai masalah kesihatan kronik.

Menurutnya, lemak adalah sumber tenaga terakhir yang digunakan badan, justeru kita perlu bersenam untuk menggunakan tenaga ini. Lemak paling degil dan susah dikurangkan ialah di pinggang atau dipanggil lemak viseral.

Lemak ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Risiko kesihatan obesiti dibahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu mati awal, menjalani kehidupan penuh kesakitan dan kesan psikologi.

a. Mati awal (disebabkan penyakit)

-Diabetes

-Serangan jantung. Paras kolesterol meningkat, terutama kolesterol berbahaya (LDL) dan trigliserid. Pada masa sama paras kolesterol baik (HDL) di kalangan individu obes sangat rendah. Ini sebabnya kini ramai individu semuda 30 tahun boleh mendapat serangan jantung.

-Strok.

-Gangren.

-Tekanan darah tinggi.

-Kanser (orang gemuk berisiko tinggi mendapat kanser usus, esofagus (saluran makanan), payu dara (wanita dan lelaki. Lelaki obes mengalami pembentukan tisu lemak di dada).

-Sindrom apnea tidur (berdengkur kuat, mudah penat, kualiti tidur rendah dan tidur sentiasa terganggu. Mereka juga berisiko mendapat serangan jantung ketika tidur, tekanan darah tinggi, kegagalan jantung dan strok.

-Masalah pernafasan. Ini kerana lemak viseral yang terkumpul mengambil banyak ruang dalam abdomen dan menolak paru-paru. Jadi ruang untuk paru-paru mengembang ketika anda menyedut nafas menjadi sempit.

b. Menjalani kehidupan yang menyakitkan

-Sakit sendi seperti gout, sakit belakang, sakit lutut dan buku lali serta pergelangan tangan. Sendi lutut dan buku lali sangat kecil untuk menampung berat badan keseluruhan. Sendi ini terpaksa menampung beban berlebihan yang melebihi kemampuannya jika anda obes.

-Sukar bernafas, pernafasan menjadi pendek dan tercungap-cungap selepas melakukan aktiviti ringan; pernafasan tersekat ketika tidur.

-Batu pundi hempedu (sakitnya sama seperti sakit melahirkan anak), asid refluks (pedih ulu hati).

-Inkontinens (hilang keupayaan menahan kencing). Apabila kita menjadi terlalu gemuk, otot terpaksa mengembang dan menyebabkan daya pengecutannya terjejas. Bagi orang obes, bangun daripada duduk, ketawa atau batuk kecil boleh menyebabkan mereka terkencing.

-Kesuburan merosot pada lelaki dan wanita, masalah kitaran haid dan kehamilan banyak masalah. Wanita obes berisiko tinggi dapat kencing manis ketika hamil dan tidak boleh banyak bergerak, terutama waktu sarat.

-Vena varikos (urat kaki timbul dan berselirat) menyebabkan sakit kaki.


c. Kesan psikologi

-Resah dan gelisah.

-Tertekan dan murung.

-Penurunan berat badan sekecil lima hingga 10 peratus boleh membawa perubahan besar kepada tahap kesihatan seseorang, terutama yang mengalami masalah obesiti. Antaranya ialah:

a. Penurunan kadar kematian

-Lebih 20 peratus penurunan jumlah kematian keseluruhan.
-Lebih 30 peratus penurunan kematian akibat penyakit berkaitan diabetis.
-Lebih 40 peratus penurunan kematian akibat kanser yang disebabkan obesiti.

b. Tekanan darah tinggi - tekanan sistolik menurun 10, tekanan diastolik turun 20. Maknanya jika ketika obes tekanan darah anda 150/98 mmHg, dengan penurunan berat badan lima hingga 10 peratus, tekanan darah boleh berkurang ke 140/78 mmHg.

c. Diabetis

-Menurunkan 30 hingga 50 peratus paras gula ketika puasa (tidak makan).
-Menurunkan 50 peratus risiko mendapat diabetis.

d. Kolesterol

-Penurunan 10 peratus jumlah kolesterol keseluruhan.
-Penurunan 15 peratus kolesterol LDL.
-Penurunan 30 peratus trigliserid.
-Peningkatan lapan peratus kolesterol HDL.

Bagaimana untuk mengurangkan lima hingga 10 peratus berat badan?

Dr Faridah berkata, tiada jalan pintas untuk mengurangkan berat badan kerana pertambahannya berlaku dalam satu jangka masa lama. Jadi proses pengurangan berat badan perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat dan selamat.

“Perkara utama ialah mesti ada kemahuan sendiri, bersedia dan komited. Tujuan menurunkan berat badan juga perlu jelas kerana anda mesti buat untuk diri kebaikan diri seperti mahu hidup sihat dan panjang umur.

“Jangan berusaha kerana orang lain, contohnya dipaksa isteri atau sayangkan kekasih, kerana usaha ini akan terhenti di tengah jalan.

“Usah mencuba kaedah yang tidak terbukti secara saintifik kerana boleh membahayakan kesihatan. Usah terpengaruh kata-kata manis iklan kerana tindak balas badan kita ke atas sesuatu produk tidak sama dengan orang lain.

“Paling penting ialah ambil tindakan awal. Jika berat badan bertambah, segera mulakan sesi bersenam dan kawal makan. Jangan tunggu hingga mengalami masalah berat badan berlebihan kerana usaha mengurangkannya lebih sukar.

“Jika semua langkah tidak berjaya, dapatkan bantuan doktor. Doktor akan memeriksa kesihatan terlebih dulu sebelum seseorang diberi ubat mengurangkan berat badan untuk mengelak komplikasi dan mengenal pasti risiko yang mungkin berlaku,” katanya.

Dr Faridah berkata, pencegahan adalah kaedah terbaik. Tiada orang dilahirkan dalam keadaan obes. Masalah ini berpunca daripada sikap diri sendiri dan tabiat pemakanan keluarga yang dipupuk sejak kecil. Ibu bapa perlu mendidik anak mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat serta lakukan aktiviti senaman keluarga.

Harian Metro

Sumber : My Selebriti

Wednesday, July 21, 2010

GEMUK Beri Ancaman Psikologi

Masalah gebu, gempal dan gemuk beri ancaman psikologi
Pendapat
‘MASALAH 3G’ iaitu Gebu, Gempal dan Gemuk bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan tetapi turut mempengaruhi psikologi individu.

Apabila 3G menyumbang kepada peningkatan risiko masalah kesihatan antara lainnya seperti mendapat kanser payu dara, kanser kolon, prostat, ia juga turut memberi kesan psikologi yang boleh membawa kepada konsep kendiri yang rendah, penarikan diri daripada membina hubungan, pengasingan sosial, kebimbangan dan kesankesan psikologi yang lain.

Kajian Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan menunjukkan hampir 20 peratus penduduk dewasa dan 21 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami masalah 3G.

Gejala 3G ini dikatakan menjadi masalah kesihatan yang semakin serius. Ini kerana kegemukan adalah permulaan untuk mendapat penyakit kronik seperti jantung, koronari, diabetes dan strok.

Memandangkan gejala 3G ini sudah menjadi masalah kesihatan yang semakin serius, langkah-langkah pencegahan perlu dilaksanakan oleh semua pihak.

Masalah kegemukan bukan sahaja dialami oleh penduduk negara ini. Kajian oleh American Medical Association menunjukkan peningkatan jumlah kes gemuk berlebihan dari tahun 1991 hingga 1998 di Amerika Syarikat (AS).

Seorang ahli psikologi menjelaskan bahawa masyarakat AS mempunyai wang yang lebih dan mengalami gaya hidup yang lebih sibuk.

Oleh itu, cara pemakanan turut berubah di mana mereka lebih menggemari makanan segera.

Kajian tersebut juga menunjukkan masalah kegemukan berbeza mengikut demografi. Kajian itu mendapati terlalu banyak makanan yang menyelerakan dan kurang senaman adalah juga antara punca kegemukan.

Di negara ini, 3G antara lainnya disebabkan daripada perubahan gaya hidup rakyat negara ini ekoran pertumbuhan pesat sosioekonomi yang memberangsangkan.

Seperti yang dikatakan, kesan 3G juga turut dirasai secara psikologinya. Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan berlebihan sering menerima stigma oleh rakan-rakan sebaya mereka. Menerima ejekan dan panggilan nama serta mengalami pengasingan sosial, tidak diterima oleh rakan-rakan adalah antara kesan-kesan yang boleh diterima oleh pelajar-pelajar sekolah yang menghadapi masalah kegemukan berlebihan (Strauss & Pollack, 2003).

Kesan-kesan segera kegemukan berlebihan dikaitkan pula dengan kesan psikologikal seperti mempunyai konsep kendiri yang rendah, mengalami masalah psikologikal seperti mempunyai tingkah laku untuk mengawal berat badan yang tidak sihat seperti bulimia.

Kanak-kanak yang mengalami masalah gemuk yang berlebihan juga dilaporkan lebih cenderung untuk mengamalkan diet yang berlebihan, tidak makan mengikut jadual waktu yang sepatutnya dan menghabiskan masa yang panjang di hadapan televisyen.

Kesan jangka masa panjang pula ialah mereka menerima layanan yang kurang adil di tempat kerja dan kadar perkahwinan yang rendah (Puhl & Brownell, 2003).

Bagaimanapun, tidak semua kanakkanak yang mengalami kegemukan berlebihan mengalami masalah psikologi. Kanak-kanak yang sering bercakap dengan ibu bapa mereka tentang tabiat pemakanan kurang berkemungkinan terlibat dalam tingkah laku tidak sihat.

Beberapa cadangan telah diberikan untuk mengurangkan masalah 3G ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mencadangkan dua amalan asas untuk menangani masalah 3G ini iaitu mengambil makanan berkhasiat mengikut keperluan tubuh dan melakukan aktiviti fizikal yang mencukupi.

Cadangan lain ialah media boleh menunjukkan program-program kecergasan dan cara-cara menangani kegemukan.

Melakukan senaman sekurang-kurang 30 minit sehari, tiga kali seminggu juga dikatakan dapat mengurangkan masalah kegemukan. Masalahnya ialah adakah kita cukup beriltizam untuk melakukan senaman seperti yang dicadangkan. Penggunaan makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula juga patut dikurangkan.

– SAPORA SIPON,

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Sumber

Tuesday, July 20, 2010

14 Kuasa Hebat Teh

Anda pengemar Teh? Pastinya anda tersenyum sampai ke pipi mendengar khabar berita ini. Menurut satu penelitian yang di lakukan oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Didapati teh mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang amat berguna. Antara manfaat teh sebenarnya amat banyak, Antaranya seperti yang tercatat di bawah:-

1. Teh mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang.

2. teh beruapaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati.

3. Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%

4. Minum teh dapat menghambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18kali ganda komposisinya daripada vitamin E

5. Minum teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.

6. Minum teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh.

7. Amalan minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan

8. Minum teh di percayai dapat mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka yang berusia. Tidak hanya dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk mengubati radang rongga mulut dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang pada musim panas.

9. Minum teh dapat melindungi fungsi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, Menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan anda.

10. Minum Teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.

11. Air teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida.

12. Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.

13. Daun Teh mengandungi banyak unsur mikronutrien yang amat bermanfaat untuk tubuh.

14. Daun teh berupaya mengekang pertumbuhan sel kanser

Sumber

Monday, July 5, 2010

Budaya Makan Malam Punca Obesiti

Pasti banyak bersetuju bahawa orang Malaysia makan mengikut selera. Apa sahaja makanan yang sedap akan diambil tanpa memikirkan kesan pada kesihatan.

Malah ramai juga yang berpegang pada falsafah, 'hidup hanya sekali dan makanlah selagi ada selera sebab jika sudah sakit, semuanya tidak boleh dimakan'.

Pepatah 'mencegah lebih baik daripada mengubati' tidak dihiraukan sehingga timbul falsafah baru, 'dulu orang mati tak cukup makan, sekarang mati sebab berlebih makan'.

Makan mengikut selera bukan sahaja boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit malah menjadikan ramai di kalangan rakyat Malaysia gemuk atau obesiti.

Sebab itu tidak menghairankan apabila kajian menunjukkan jumlah penduduk negara ini yang mengalami obesiti semakin membimbangkan dan menjadi punca masalah kesihatan di Malaysia.

Bukan saja di kalangan orang dewasa, malah lebih teruk menular di kalangan kanak-kanak dan remaja yang rata-rata dilanda masalah kesihatan adalah disebabkan oleh obesiti.

Akibatnya kes-kes penyakit kronik meningkat di kalangan rakyat negara ini.

Salah satu daripada sebab kepada masalah ini ialah kegemaran kanak-kanak, remaja malah dewasa terhadap makanan segera.

Makanan segera seakan-akan telah menjadi budaya dan kebanggaan mereka yang menikmatinya daripada sarapan pagi, makan tengah hari dan malam.

Budaya makan makanan segera yang sebahagian besarnya datang dari negara luar hakikatnya tidak sesuai dengan budaya kita.

Ini kerana makanan segera lazimnya berkalori tinggi yang mungkin menjadi keperluan penduduk negara sejuk tetapi bukan di Malaysia.

Ibu bapa harus memainkan peranan mendidik anak-anak agar tidak bergantung kepada makanan segera.

Nikmati makanan yang dimasak sendiri di rumah kerana kita dapat mengawal kandungan kalori, lemak dan sebagainya di dalam makanan.

Satu lagi punca obesiti tanpa disedari ialah budaya atau tabiat suka makan pada waktu malam.

Restoran dan gerai-gerai yang berselerak di Kuala Lumpur yang dibuka 24 jam membuatkan ramai yang menghabiskan waktu santai mereka makan dan minum sehingga lewat malam.

Memetik kata-kata mantan Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar yang pernah penulis temui tidak lama dulu, banyak negara yang telah dikunjunginya dan puas mengelilingi dunia, tiada negara yang restoran atau gerai makan yang dibuka 24 jam kecuali Malaysia.

Penduduk negara ini memang bertuah kerana boleh makan 24 jam atau lebih tepat jika dikatakan Malaysia sebagai syurga makanan.

Keistimewaan ini juga yang menarik ramai pelancong ke negara ini kerana mereka boleh makan sehingga lewat malam.

Lebih bertuah mereka yang sememangnya tidak boleh tidur malam lantas menghabiskan masa dengan makan-makan di restoran mamak 24 jam atau gerai yang menjual bermacam-macam jenis makanan yang enak.

Tetapi yang buruknya, kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam. Ini membuatkan lemak lebih mudah berkumpul. Kebanyakan restoran 24 jam menjual makanan yang tinggi kandungan lemak, kalori dan kolesterol.

Contohnya sekeping roti canai mengandungi 301 kalori, roti telur ( 356 kalori), capati (300 kalori), mi goreng (281 kalori) dan ayam goreng (255 kalori).

Banyak yang harus diubah seperti diet yang tidak seimbang dan tabiat makan pada waktu malam.

Pada masa lalu, kebiasaannya orang makan dua kali sehari, iaitu tengah hari dan malam. Tetapi pada hari ini, kebanyakannya makan lima hingga enam kali sehari termasuk makan lewat malam di kedai Mamak.

Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Ismail Noor berkata, gejala obesiti yang tidak dibendung boleh melemahkan struktur masyarakat kerana sebahagian besar generasi muda yang gemuk tidak aktif dan berpenyakit.

Justeru katanya, obesiti mesti ditangani secepat mungkin sebelum semakin ramai rakyat Malaysia mengalaminya.

"Obesiti boleh menyebabkan perubahan dalam sistem enzim dan hormon tubuh dan memberikan kesan negatif pada kesihatan.

"Pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit buah pinggang, jantung serta menjejaskan sistem reproduksi berpunca daripada obesiti," katanya.

Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak kepada 250 peratus pada tempoh 10 tahun lalu daripada 1996.

Sementara itu, jumlah mereka yang mengalami kegemukan turut bertambah kepada 70 peratus.

Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2006 pula menunjukkan dua daripada setiap lima orang dewasa atau 43 peratus mengalami sama ada kegemukan atau obesiti.

Lebih membimbangkan jumlah dewasa obes bertambah lebih tiga kali ganda lebih sedekad lalu, daripada empat peratus pada tahun 1996 kepada 14 peratus pada 2006.

Selain itu, kira-kira 38 peratus daripada remaja yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun diklasifikasikan sebagai terlebih berat.

Kajian yang dilakukan baru-baru ini terhadap 10,000 orang pelajar menunjukkan 24 peratus yang berumur di antara enam tahun hingga 12 tahun terlebih gemuk atau obesiti.

Bagi membendung masalah obesiti yang semakin membimbangkan di negara ini, Kementerian Kesihatan akan menempatkan kira-kira 300 pakar pemakanan di klinik kerajaan terpilih secara berperingkat bagi memberi kaunseling mengenai obesiti.

Kerajaan benar-benar memandang serius masalah obesiti di kalangan rakyat dengan menubuhkan Majlis Cegah Obesiti Malaysia (Mcom) baru-baru ini.

Dr. Mohamad berkata, masalah obesiti di Malaysia berada pada tahap membimbangkan bagi semua peringkat umur.

Terdapat dua punca utama yang dikesan menyebabkan kepada masalah obesiti, iaitu makan berlebihan dan kurang bersenam.

Terdapat juga kes kegemukan yang disebabkan oleh kes keadaan kesihatan seperti masalah endokrin dan pengambilan ubat-ubatan atau dadah tertentu.

''Kajian yang dilakukan mendapati masyarakat kita tidak suka bersenam kerana menganggap senaman tidak penting dan tidak ada alasan untuk mereka bersenam.

''Banyak faedahnya bersenam kerana badan akan menjadi sihat dan kuat serta menjauhkan daripada pelbagai penyakit.

"Dengan bersenam, kita dapat membina kekuatan otot, meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah, membantu mengawal lipid darah yang tidak normal, menguatkan tulang dan melambatkan proses osteoporosis.

''Selain itu, tidak banyak tempat untuk beriadah, kes ragut, rogol, bunuh dan sebagainya menghalang orang untuk keluar bersenam lebih-lebih lagi selepas Subuh di mana sekeliling masih gelap.

''Tidak ramai yang mampu untuk ke kelab kesihatan atau membeli peralatan untuk diletakkan di rumah.

"Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di rumah bagi mengeluarkan peluh seperti menari, mengemas rumah, berkebun dan mencuci kereta. Aktiviti seperti ini juga dapat membantu menguatkan otot-otot.

''Kerajaan mempunyai banyak perancangan untuk memberikan kemudahan kepada masyarakat seperti menyediakan lebih banyak tempat beriadah tetapi amat sukar untuk melaksanakan kerana kekurangan peruntukan.

''Sebenarnya banyak cara untuk bersenam. Berjalan kaki juga salah satu daripada jenis senaman.

"Tetapi orang kita terlalu bergantung kepada kereta, hendak pergi kedai yang dekat pun hendak naik kereta. Hendak pergi tingkat satu pun nak naik lif. Mereka tidak mahu naik tangga sedangkan itu adalah senaman yang baik, mudah dan ringkas ,'' ujar Prof Mohamad Ismail lagi.

Beliau menambah, setiap orang harus mengubah cara pemikiran mereka mengenai obesiti.

Ramai yang memandang remeh dan tidak takut pada obesiti kerana pada mereka obesiti tidak membunuh. Tetapi H1n1 membunuh dan mereka amat takut kepada penyakit-penyakit seperti ini.

Bagaimanapun katanya, jika seseorang itu telah obesiti maka ia akan selama-lamanya begitu. Banyak kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat dan Eropah mengenai obesiti namun tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menanganinya.

Oleh MERAN ABU BAKAR

Sumber

Monday, June 21, 2010

Khasiat Buah-buahan Kepada Kesihatan Manusia

Buah adalah salah satu jenis makanan yang memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang pada umumnya sangat baik untuk dikonsumsi setiap hari. Dibandingkan dengan suplemen obat-obatan kimia yang dijual di toko-toko, buah jauh lebih aman tanpa efek samping yang berbahaya serta dari sisi harga umumnya jauh lebih murah dibanding suplemen yang memiliki fungsi yang sama.

Di bawah ini kita dapat melihat kandungan, khasiat dan manfaat sehat dari beberapa jenis buah yang ada di bumi :

1. BUAH TOMAT (TOMATO)
- tomat mengandung vitamin A, B1 dan C.
- tomat dapat membantu membersihkan hati hati dan darah kita.
- tomat dapat mencegah beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti :
a. gusi berdarah.
b. rabun senja / kotok ayam.
c. penggumpalan darah.
d. usus buntu.
e. kanker prostat dan kanker payudara.

2. BUAH PEPAYA (PAPAYA)
- pepaya mengandung vitamin C dan provitamin A.
- pepaya dapat membantu memecah serat makanan dalam sistem pencernaan.
- pepaya dapat mebuat lancar saluran pencernaan makanan.
- pepaya dapat menanggulangi atau mengobati beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti :
a. menyembuhkan luka.
b. menghilangkan infeksi.
c. menghilangkan alergi

3. BUAH PISANG (BANANA)
- pisang mengandung vitamin A, B1, B2 dan C.
- pisang dapat membantu mengurangi asam lambung.
- pisang bisa membantu menjaga keseimbangan air dalam tubuh.
- pisang dapat menanggulangi atau mengobati beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti :
a. gangguan pada lambung.
b. penyakit jantung dan stroke
c. stress
d. menurunkan kadar koleterol dalam darah.

4. BUAH MANGGA (MANGO)
- mangga mengandung vitamin A, E dan C.
- mangga dapat bertindak sebagai disinfektan.
- mangga dapat membersihkan darah.
- mangga dapat menanggulangi atau mengobati beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti :
a. bau badan / bb / bau tubuh yang tidak enak.
b. menurunkan panas tubuh saat demam.

5. BUAH STRAWBERRY (STRAWBERRY)
- stoberi mengandung provitamin A, vitamin B1, B dan C.
- stobery mengandung antioksidan untuk melawan zat radikal bebas.
- strawbery memiliki kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
a. mengobati gangguan kesehatan pada kandung kemih.
b. menjadi anti virus
c. menjadi anti kanker

6. BUAH APEL (APPLE)
- apel mengandung vitamin A, B dan C.
- aple dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
- apel mempunyai kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
a. menjadi zat anti kanker.
b. mengurangi nafsu makan yang terlalu besar.

7. BUAH JERUK (ORANGE)
- jeruk mengandung vitamin A, B1, B2 dan C.
- jeruk mengandung antikanker bagi tubuh.
- jeruk dapat mencegah dan mengobati beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti :
a. mengobati sariawan.
b. menurunkan resiko terkena kardiovaskuler, kanker, dan katarak.

8. BUAH PEAR / PIR (PEAR)
- pear mengandung vitamin C dan provitamin A.
- pear mengandung anti oksidan yang baik untuk menjaga kesehatan.
- pear dapat mencegah beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti :
a. menurunkan demam / panas tubuh.
b. mengencerkan dan menhilangkan dahak pada batuk berdahak.

9. BUAH JAMBU BIJI MERAH / JAMBU MERAH (GUAVA)
- jambu merah mengandung vitamin C yang sangat banyak.
- jambu merah mengandung zat antioxidan dan antikanker.
- jambu merah mempunyai kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
a. menurunkan kadar kolesterol darah
b. mengobati infeksi.
c. menjaga mengobati sariawan.
d. memperlancar peredaran darah.
e. melancarkan saluran pencernaan.
f. mencegah konstipasi.

10. BUAH SEMANGKA (WATERMELON)
- semangka mengandung vitamin C dan provitamin A.
- semangka dapat menjadi antialergi.
- semangka mempunyai kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
seperti :
a. menurunkan kadar kolesterol.
b. mencegah dan menahan serangan jantung.

11. BUAH MELON (HONEYDEW)
- melon mengandung vitamin C dan provitamin A.
- melon mengandung zat anti kanker dan anti oksidan.
- melon mempunyai kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
a. mencegah darah menggumpal.
b. membersihkan kulit.
c. menlancarkan saluran pencernaan.
d. menurunkan kadar kolestrerol.

12. BUAH WORTEL (CARROT)
- wortel kaya akan vitamin A.
- wortel baik untuk menjaga kesehatan mata.
- wortel mempunyai kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
a. meningkatkan kekebalan dan ketahanan tubuh jasmani.
b. menjaga hati tetap sehat.

13. BUAH BELIMBING (STAR FRUIT)
- belimbing mengandung vitamin C dan provitamin A.
- belimbing dapat membantu memperlancar pencernaan makanan.
- belimbing mempunyai kegunaan / fungsi kesehatan lain seperti :
a. menurunkan tekanan darah.
b. menurunkan kadar / tingkat kolesterol dalam tubuh.

14. BUAH NANAS (PINEAPPLE)
- nanas mengandung vitamin B dan C.
- nanas dapat mencegah terkena serangan jantung dan stroke / struk.
- nenas dapat mengobati beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti :
a. menyembuhkan luka.
b. menyembuhkan infeksi pada saluran pencernaan.

Untuk menjadi sehat alami tanpa bahan kimia makanlah berbagai buah secukupnya setiap hari demi kesehatan badan kita yang sangat berharga.

Sumber

Saturday, May 1, 2010

Kandungan Natrium Dan Lemak Dalam Makanan Terproses: Kesan Penggunaannya Ke Atas Pengguna

Pengenalan

Lemak dan natrium merupakan nutrien penting kepada tubuh manusia. Lemak berfungsi sebagai sumber tenaga tubuh. Ianya penting kepada bayi dan kanak-kanak di mana lemak membekalkan sembilan kalori tenaga per gram berbanding dengan karbohidrat (4 kalori) (Sanders, 1994). Natrium pula berfungsi di dalam keseimbangan cecair tubuh, tekanan osmotik, keseimbangan asid-bes serta aktiviti elektrofisiologi otot dan sistem saraf (IFST, 1999).

Di dalam pemprosesan makanan, natrium di dalam garam digunakan sebagai bahan perasa dan pengawet makanan (IFST, 1999). Lemak pula digunakan sebagai atribut rasa dan tekstur makanan (Pszczola, 2000). Penggunaan secara banyak kedua-dua nutrien ini di dalam industri makanan telah menimbulkan kebimbangan kepada pengguna terhadap kandungan nutrien di dalam makanan terproses ini. Di Malaysia, pengguna lebih memahami keperluan pemakanan, cuba memaksimumkan fungsi makanan untuk memperbaiki kesihatan serta berkehendakkan makanan yang mudah dan cepat disediakan (Leong, 2000). Pengguna kini lebih mementingkan produk makanan yang berkhasiat, rendah kandungan lemak, gula dan garam, tinggi kandungan karbohidrat kompleks serta fiber (Keuning, 1990).

Fungsi Natrium

Garam atau natrium klorida (NaCl) merupakan bahan yang diperlukan di dalam diet dan fungsinya di dalam tubuh adalah penting. Natrium klorida (NaCl) adalah bahan kimia yang diberikan untuk garam biasa dan merupakan elemen yang berpotensi untuk memudaratkan kesihatan jika diambil terlalu banyak. Fungsi utama nutrien di dalam tubuh adalah untuk mengekalkan keseimbangan cecair tubuh terutamanya untuk keseimbangan osmosis dan pergerakan cecair sel (Stare dan McWilliams, 1990; Gibson et al. 2000).

Keperluan natrium bagi orang dewasa adalah sebanyak 10-20 mmol (230-460 mg)/hari (IFST, 1999). Keperluan nutrien ini dianggap selamat bagi keperluan tubuh. Di United Kingdom, pihak kerajaan mencadangkan pengambilan garam maksimum dikalangan penduduknya adalah sebanyak 6 g/hari bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung koronari. Manakala pihak berkuasa Amerika Syarikat mencadangkan pengambilan natrium maksimum sebanyak 100 mmol (2.3g) sehari. Jumlah ini bersamaan dengan 6g garam (IFST, 199). Di Malaysia pula, keperluan pengambilan natrium adalah berdasarkan kepada keperluan nutrien yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kandungan Natrium Dalam Makanan

Garam merupakan komoditi yang bernilai dan digunakan secara meluas di dalam pemprosesan makanan. Dianggarkan sebanyak 10% natrium terdapat dalam makanan dalam bentuk semulajadi, 15% ditambah semasa memasak atau semasa menjamu selera dan 75% digunakan semasa penghasilan dan pemprosesan makanan (IFST, 1999). Garam digunakan secara meluas dalam pemprosesan makanan kerana ianya murah dan boleh dipelbagaigunakan. Dalam industri makanan, garam berperanan sebagai ciri-ciri berfungsi (contoh: pengawetan daging dan ikan) dan sebagai bahan perasa (IFST, 1999; Gibson et al. 2000). Selain itu garam juga digunakan dalam proses pengetinan makanan, industri bakeri, penghasilan tepung dan makanan lain, pengawetan daging, penjerukan ikan dan dalam industri tenusu (Mannar dan Dunn, 1995). Penggunaan garam dalam pemprosesan makanan telah lama digunakan terutamnya dalam industri makanan dan juga disebabkan oleh kesukaan pengguna.

Dalam pemprosesan makanan, garam digunakan sebagai bahan pengawet, mengurangkan aktiviti air dan mengekalkan keselamatan makanan. Ini menyumbang kepada penghasilan produk yang banyak dan sekaligus meningkatkan jualan serta keuntungan (Gibson et al. 2000). Kesedapan makanan telah lama dikaitkan dengan ciri-ciri perasa garam dan kebolehan garam juga adalah meningkatkan rasa yang lain terhadap makanan yang sama. Garam penting kepada makanan terproses di mana ianya boleh menggantikan perasa lain yang mana telah hilang semasa pemprosesan (Gibson et al. 2000)

Pengambilan Natrium dan Kesan Terhadap Kesihatan

Telah diketahui bahawa pengambilan natrium terutamanya daripada makanan terproses kini adalah melebihi daripada yang dicadangkan. Kebanyakan pengguna tidak menyedari bahawa pengambilan natrium yang diambil adalah berlebihan. Pengguna juga tidak sedar bahawa kebanyakan makanan yang diambil turut menyumbang kepada masalah kelebihan penggunaan garam ini (Gibson 2000; Leeds, 2000).

Pengambilan natrium yang berlebihan disumbangkan oleh peningkatan penggunaan makanan terproses terutamanya sekali makanan mudah sedia (convenience food). Bagi penduduk Amerika Syarikat, kebanyakannnya mengambil banyak natrium disebabkan penggunaan makanan terproses. Penggunaan kicap dan mononatrium glutamat dikalangan penduduk Asia menjadikan diet Asia juga tinggi kandungan natrium (Leeds, 2000). Kandungan natrium di dalam makanan terproses melebihi keperluan untuk keselamatan makanan dan perasa makanan.

Pengambilan natrium yang berlebihan boleh menyebabkan hipertensi. Didapati bahawa peningkatan pengambilan natrium meningkatkan tekanan darah. Banyak kajian yang menunjukkan bahawa terdapat kaitan yang signifikan diantara hipertensi dan risiko mendapat penyakit jantung koronari. Hasil kajian Stamler (1997) mendapati bahawa pengambilan natrium yang banyak merupakan faktor utama risiko mendapat penyakit jantung dan faktor ini pula boleh dicegah. IFST (1999) melaporkan terdapat perkaitan yang signifikan diantara pengambilan natrium yang berlebihan dengan kegagalan jantung, sirosis hati, sindrom nefrotik dan idiopatik serta kitaran edema.

Fungsi Lemak Dalam Makanan

Lemak memainkan peranan di dalam penyediaan makanan dan pemakanan. Lemak memberikan rasa dan tekstur kepada makanan dan berkait rapat dengan kelembapan dan menyumbang kepada kesedapan serta kenikmatan apabila makan (Drewnowski, 1997; Dunford, 2001). Sumber utama lemak di dalam diet, iaitu sebanyak 80% pengambilan didapati daripada masakan, daging dan hasilannya, produk bijirin (termasuk kek, pastri dan biskut) serta susu dan produk tenusu (Mela, 1994). Lemak juga merupakan sumber penting vitamin larut lemak iaitu vitamin A, D, E dan K, dimana pencernaan lemak dan minyak akan memperbaiki penyerapan vitamin-vitamin ini (Sanders, 1994; Dunford, 2001).
Dalam diet manusia, lemak menyediakan asid lemak perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh iaitu asid linolenik dan linolik (Dunford, 2001). Asid lemak ini penting kerana ianya diperlukan untuk membentuk struktur lemak dalam tisu tubuh serta membentuk hormon eikosanoid (prostaglandin, prostasiklin, tromboksin, lipoksin dan leukotrinin) yang terlibat di dalam beberapa fungsi tubuh seperti pembekuan darah dan mencegah keradagangan (Sanders, 1994).

Walaupun begitu, pengambilan lemak daripada makanan adalah perlu diberi perhatian. Banyak kajian yang menunjukkan kesan pengambilan lemak yang berlebihan boleh meningkatkan lagi risiko mendapat penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, kanser dan obesiti (Mela, 1994).

Pengambilan Lemak dan Kesan Terhadap Kesihatan

Lemak dan minyak merupakan nutrien perlu untuk tubuh. Walau bagaimanapun, pengambilan yang berlebihan boleh menjejaskan kesihatan penggna. Di akhir tahun 80-an hingga pertengahan tahun 90-an, majoriti aktiviti penyelidikan dan pembangunan makanan memfokuskan terhadap penghasilan makanan rendah lemak dan kurang lemak (Ohr, 2000). Sejak beberapa dekad yang lalu, lebihan lemak didalam diet telah membuktikan terdapat perkaitan dengan beberapa penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, obesiti dan beberapa penyakit kanser (Cotton dan Blundell, 1994). Pengambilan lemak yang dicadangkan oleh United States Department of Agriculture (USDA) dan Human and Health Services (HHS) adalah sebanyak 30% daripada keseluruhan pengambilan tenaga manakala bagi lemak tepu adalah sebanyak 10% untuk rakyat Amerika Syarikat seperti yang dilaporkan oleh Dunford (2001).

Manakala pengambilan lemak yang dicadangkan untuk rakyat Malaysia adalah sebanyak 25-30% daripada pengambilan tenaga. Pengambilan lemak yang berlebihan juga dikaitkan dengan peningkatan kolestrol di dalam darah. Pengambilan lemak berlebihan boleh menambah berat badan sehingga menjadi obes. Norhasmah (1999) mendapati 35.7% wanita dan 28% lelaki dewasa mengalami kelebihan berat badan (overweight) dan obes, dan 34.5% wanita mengalami obesiti berbanding lelaki di dalam kajian beliau terhadap penduduk dewasa Malayu yang tinggal di rumah pangsa, Bangsar, Kuala Lumpur.

Masalah berlebihan berat badan dan obesiti ini lebih ketara terutamnya dikalangan individu yang tinggal di bandar. Perubahan tingkah laku dan cara gaya hidup sedentari mungkin menggalakkan masalah berlebihan berat badan ini terutamanya sekali dikalangan golongan berpendapatan sederhana dan tinggi yang tinggal di bandar (Ismail et al. 1995). Walaupun begitu, masalah ini akan dapat diatasi jika lemak dan minyak diambil secara sederhana dan seimbang. Ini juga turut memberi faedah kepada kesihatan (Dunford, 2001). Di Amerika Syarikat, di sebalik pertambahan produk-produk makanan diet, kebanyakan rakyatnya mengalami masalah berlebihan berat badan (IFT Research Needs Report, 2001).

Selain obesiti, masalah yang timbul akibat pengambilan lemak yang berlebihan adalah meningkatnya risiko mendapat penyakit kardiovaskular. Norhasmah (1999) mendapati kira-kira 16.4% lelaki dewasa Melayu dan 23.1% perempuan dewasa Melayu mendapat tenaga daripada lemak yang melebihi 30% manakala 42.2% responden lelaki dan 48.7% responden perempuan mengambil kolestrol melebihi 300 mg/hari. Ini menunjukkan kebanyakan pengguna tidak menghiraukan pengambilan lemak daripada diet dan ini akan meningkatkan lagi faktor risiko penyakit kardiovaskular. Wiseman (1994) pula mendapati diet penduduk New Zealand juga tinggi kandungan lemak (37% daripada tenaga) dan rendah fiber serta karbohidrat kompleks. Walau bagaimanapun, didalam pasaran bebas kini, pengguna lebih suka mengambil makanan yang disukai dan faktor kesihatan menjadi faktor kedua di dalam pemilihan makanan (Stubbs, 1998).

Beberapa perkara yang tidak menggalakkan pengguna menurunkan pengambilan lemak dalam diet ialah pengguna tidak prihatin terhadap komposisi diet yang diambil dan kebanyakkannya tidak merasakan diet yang diambil perlu diubah. Pengguna juga gagal mengenalpasti apakah kesan yang baik kepada mereka jika perubahan diet dilakukan (Stubbs, 1998).

Lloyd et al., (1995) telah mengkaji faktor penghalang yang dikenalpasti oleh pengguna untuk mengubah diet mereka. Hasil kajian mendapati faktor penghalang yang penting adalah kehilangan kualiti rasa di dalam makanan. Selain itu, masalah lain yang timbul adalah peningkatan kos, mengurangkan kemudahan penyediaan makanan, kurang sokongan keluarga dan ketidakupayaan untuk menilai kandungan lemak di dalam makanan. Pengurangan pengambilan makanan berlemak di dalam diet harian dapat mengurangkan kandungan lemak di dalam diet pengguna (Hamilton et a. 2000). Walau bagaimanapun, sesetengah pengguna menganggap pengambilan makanan rendah lemak akan menyebabkan rasa makanan tawar dan kurang pilihan (Lichtenstein et al. 1998). Terdapat perkaitan di antara makanan rendah lemak dengan rasa makanan yang tidak sedap (Porter et al. 1998).

Beberapa kajian membuktikan bahawa pengguna masih lagi ragu-ragu terhadap dakwaan pemakanan dan kesihatan pada label sesuatu produk makanan. Williams (1991) di dalam kajiannya ke atas dakwaan pemakanan dan kesihatan pada label makanan mendapati pengguna masih meragui sesetengah dakwaan pada label produk makanan rendah lemak. Beliau mendapati produk makanan tersebut mengandungi kandungan lemak yang sama banyak dengan produk makanan yang biasa. Walau bagaimanapun, dakwaan kesihatan yang tertera pada sesuatu produk boleh memberi kesan positif terhadap corak pembelian (Mazis dan Raymond, 1997).

Kesimpulan

Natrium dan lemak adalah penting kepada manusia terutamanya di dalam industri makanan terproses. Walau bagaimanapun, penggunaannya perlulah di dalam kadar yang sederhana. Penggunaan natrium dan lemak yang tinggi boleh mengakibatkan meningkatnya risiko kejadian obesiti, hipertensi dan penyakit jantung. Oleh itu, pihak pengusaha makanan perlu mencari alternatif bagi mengurangkan penggunaan kedua-dua nutrien ini di dalam produk-produk makanan terproses. Selain itu, adalah digalakkan agar pelabelan pemakanan disediakan bagi setiap makanan terproses untuk memberi maklumat kepada pengguna mengetahui kandungan nutrient yang terdapat di dalam produk-produk makanan sebegini.

Sumber

Friday, April 16, 2010

Khasiat Kekacang




PENYAKIT kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu di negara ini. Justeru, ramai pakar jantung menyokong perubahan gaya hidup dan pengambilan makanan berserat tinggi sebagai salah satu langkah untuk menentang penyakit berkenaan.


PENYAKIT kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu di negara ini. Justeru, ramai pakar jantung menyokong perubahan gaya hidup dan pengambilan makanan berserat tinggi sebagai salah satu langkah untuk menentang penyakit berkenaan.

Apabila memperkatakan soal kesihatan jantung, jenis serat yang diperlukan ialah serat larut air terutama serat larut viskos yang melarut dalam air dan membentuk sejenis gel yang dapat mengurangkan kolesterol 'jahat', kolesterol lipoprotein rendah (LDL).

Serat larut viskos itu juga dipercayai membantu penghidap diabetes mengawal kadar glukos dalam darah.

Namun, hanya sebilangan kecil makanan mengandungi serat larut viskos ini dan salah satu sumber paling mudah serta murah untuk didapati ialah kekacang.

Kekacang adalah salah satu daripada makanan yang kaya dengan protein. Bagi pengamal hidangan berasaskan sayuran atau mereka yang menjaga diet, kacang panggang sering menjadi pilihan kerana keenakan rasanya.

Begitupun, masih ramai tidak tahu bahawa protein sayuran seperti kekacang sebenarnya mengandungi banyak serat, vitamin, mineral dan lemak tidak tepu.

Ia turut dikenali sebagai makanan pelbagai fungsi yang diperlukan untuk memastikan tubuh sentiasa berada dalam keadaan baik.

Pakar pemakanan yang juga penulis buku Cholesterol Down - 10 Simple Steps to Lower Your Cholestrol in 4 Weks, Dr Janet Brill, berkata kekacang seharusnya menjadi 'teman baik' setiap orang kerana ia adalah makanan hebat yang mengandungi serat, mineral dan vitamin.

Perunding Pemakanan, Institut Jantung Negara, Mary Easaw-John, berkata kacang kering, bijian, kekacang dan kacang panggang adalah salah satu sumber protein serta serat yang baik untuk kesihatan.

Menurutnya, serat terbahagi kepada dua jenis utama iaitu serat mudah larut serta tidak mudah larut.

"Pengambilan antara 20 hingga 25 gram serat larut setiap hari membantu mengurangkan tahap kolesterol manakala jika jumlahnya ditingkatkan kepada 25 gram daripada jumlah keseluruhan pengambilan serat (50 gram), ia akan turut membantu mengurangkan tekanan darah serta risiko penyakit diabetes," katanya.

Menurutnya, kandungan serat biasanya boleh berubah bergantung kepada cara ia dimasak atau diproses. Sebagai contoh, sebiji kentang mengandungi lebih banyak serat berbanding kentang lenyek manakala jus epal mempunyai kandungan serat lebih rendah jika dibandingkan dengan sebiji epal.

"Secara asasnya, lelaki yang berumur 50 tahun ke bawah perlu mengambil 38 gram serat setiap hari berbanding hanya 30 gram untuk mereka yang berada dalam lingkungan usia 50 tahun ke atas.

"Wanita berusia 50 tahun ke bawah pula perlu mengambil 25 gram serat berbanding 21 gram untuk wanita berusia 50 tahun ke atas," katanya.

Dalam pada itu, Mary berkata, untuk mendapatkan serat yang cukup dan seimbang dalam pelan pemakanan harian, ia sebenarnya amat mudah jika masyarakat tahu mengenai kandungan sesuatu makanan.

"Memilih makanan seperti roti gandum penuh, buah-buahan kering, oat, beras perang, bijirin gandum penuh, buah-buahan segar bersama kulit, makanan berasaskan kekacang serta sayuran mampu memberi jumlah serat diperlukan badan terutama dengan pengambilan lima hidangan sayuran dan buah-buahan sehari.

"Berdasarkan data yang diperoleh daripada Kajian Kesihatan dan Pemeriksaan Kebangsaan (NHANES), 1999 hingga 2002, didapati individu yang mengambil makanan kekacang dalam menu harian mereka mempunyai berat badan berkurangan serta pengecilan saiz ukuran pinggang berbanding mereka yang tidak mengambil hidangan berkenaan," katanya.

Setengah cawan kekacang mengandungi:

# Folat - Mengurangkan risiko kecacatan ketika kelahiran dan melambatkan proses penuaan.

# Mangan - Menguatkan tulang serta metabolisme protein, lemak dan karbohidrat.

# Magnesium - Membina tulang serta menstabilkan tekanan darah yang penting untuk jantung.

# Zat besi - Membawa oksigen ke dalam darah.


# Selenium - Mengatur fungsi tiroid serta menghalang kerosakan sel akibat proses pengoksidaan.

# Zink - Membantu sistem pertahanan, sintesis DNA serta mengekalkan deria rasa dan deria bau.

# Serat - Serat larut mampu membantu mengurangkan tahap kolesterol dan mengekalkan keseimbangan bakteria baik.

# Protein - Membantu fungsi badan dalam proses tumbesaran.

# Tembaga - Kunci untuk penyerapan zat besi dan membantu menentang radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel.

# Potasium - Mengawal tekanan darah.

# Karbohidrat - Kanji kompleks yang bagus untuk tenaga dan mempunyai fungsi penting dalam pengurusan berat badan.

# Kalsium - Membina tulang, baik untuk kanak-kanak dan mengurangkan tulang daripada mengecil.

Sumber

Tuesday, March 30, 2010

Oats Kaya Khasiat



Namun, serat yang berasal dari makanan atau serat alami, nyatanya tetap tak kalah pamor dari serat-serat buatan ini. Para ahli nutrisi pun lebih menyarankan pengkonsumsian serat alami.

Salah satu makanan yang kandungan serat alaminya tinggi adalah oats. Dalam 100 gr oats terkandung 5 - 7,2 gr serat larut dan 9,9 -14,9 total serat (larut dan tak larut). Oats juga mengandung lebih banyak lemak tak jenuh, termasuk asam linoleat. Yang membuat oats lebih unik adalah kandungan antioksidan khas yang disebut avenathramides, yang juga dikenal sebagai komponen yang mirip dengan vitamin E dan tocopherol.

Karena kandungan positifnya yang beragam, oats sangat bermanfaat untuk memerangi :
- Kolesterol darah yang tinggi
Secara signifikan, oats memiliki kemampuan untuk menurunkan kolesterol darah (hypocholesterolemic). Penelitian menunjukkan bahwa oats mampu mengurangi kadar LDL (kolesterol ’jahat’) sebanyak 2 - 23%. Hasil ini diperoleh dengan pengkonsumsian 35 - 120 gr oats per hari pada wanita dan pria berusia 20 - 70 tahun yang mempunyai kolesterol normal atau tinggi. Bahkan, pada pasien dengan kadar kolesterol ’jahat’ yang lebih tinggi, terjadi penurunan yang sangat jelas.

- Diabetes
Sebuah penelitian yang dilakukan selama 10 tahun membuktikan bahwa makanan dari whole grain (termasuk oats) dapat melindungi penderita diabetes dari efek-efek yang merugikan. Analisis kasus perorangan juga menunjukkan bahwa pengkonsumsian oats saja dapat mengurangi risiko kenaikan kadar gula darah pada penderita diabetes.

- Tekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi ditentukan oleh angka tekanan darah sistolik yang lebih besar dari 140 mm Hg atau tekanan darah diastolik yang lebih besar dari 90 mm Hg. Penelitian DASH (Dietary Approaches to Stop Hypertension) menunjukkan bahwa diet yang mengandung banyak whole grain, buah, sayur, dan produk susu rendah lemak akan menurunkan kadar tekanan darah. Dalam dua penelitian besar lainnya, mereka yang mengkonsumsi 6 - 10 gr serat per hari memiliki tekanan darah sistolik dan diastolik yang lebih rendah dibanding mereka yang mengkonsumsi serat 2 - 4 gr per hari. Penelitian juga menunjukkan bahwa asupan serat lebih dari 24 gr per hari dihubungkan dengan berkurangnya kenaikan tekanan darah sampai 57%.

- Obesitas
Obesitas dapat meningkatkan penyakit jantung koroner. Penelitian telah membuktikan bahwa risiko penyakit jantung koroner akan menurun pada pasien yang mengalami penurunan berat badan. Dalam menjaga berat badan dan mencegah kenaikan berat badan, serat dalam oats memiliki peran yang cukup penting. Dari beberapa penelitian disimpulkan bahwa pengkonsumsian serat larut atau tidak larut setiap hari dapat secara efektif mengurangi asupan makanan dan atau rasa lapar serta mendorong terjadinya penurunan berat badan yang bisa bertahan sampai 52 minggu.


Sumber

Tuesday, March 16, 2010

7 Penyakit yang Mengintai Si Gemuk

KOMPAS.com — Gemuk itu sehat? Bisa ya, bisa benar. Benar jika gemuk dianggap sebagai tercukupinya kebutuhan gizi, dibanding jika seseorang kurus kering. Tapi pendapat ini bisa jadi salah bila gemuk menjadi berlebihan, hingga menjadi kegemukan atau lazim pula disebut obesitas.

Kenapa? Karena orang yang mengidap obesitas biasanya mengalami peningkatan risiko terserang berbagai penyakit dan gangguan kesehatan. Inilah beberapa di antaranya yang paling sering jadi ancaman.

1. GANGGUAN JANTUNG DAN PEMBULUH DARAH
Obesitas merupakan penyebab utama terjadinya penyakit jantung dan pembuluh darah (kardiovaskuler). Pasalnya, obesitas menyebabkan peningkatan beban kerja jantung, karena dengan bertambah besar tubuh seseorang maka jantung harus bekerja lebih keras memompakan darah ke seluruh jaringan tubuh. Bila kemampuan kerja jantung sudah terlampaui, terjadilah yang disebut gagal jantung. Tanda-tandanya, napas sesak dan timbulnya bengkak pada tungkai.

Pengidap obesitas juga sering mengalami tekanan darah tinggi (hipertensi) karena pembuluh darah menyempit akibat jepitan timbunan lemak. Kombinasi obesitas dan hipertensi ini tentu saja memperberat kerja jantung. Akibatnya, timbul penebalan pada dinding bilik jantung disertai kekurangan oksigen. Keadaan ini akan mempercepat timbulnya gagal jantung.

2. GANGGUAN FUNGSI PARU-PARU.
Lagi-lagi timbunan lemak menjadi pemicu masalah. Pada pengidap obesitas, timbunan ini dapat menekan saluran pernapasan. Ini bisa menyebabkan terjadinya henti napas saat tidur (sleep apnea). Gangguan seperti ini lama-lama dapat menyebabkan gagal jantung juga dan berujung dengan kematian.

3. MENYEBABKAN DIABETES DAN PENINGKATAN KOLESTEROL
Obesitas dapat menyebabkan terjadinya penyakit kencing manis (diabetes melitus). Ini disebabkan timbulnya gangguan fungsi insulin pada pengidapnya.

Insulin adalah hormon yang diproduksi oleh tubuh. Fungsinya antara lain memasukkan gula dari dalam darah ke dalam sel-sel tubuh untuk digunakan sebagai sumber energi. Akibat gangguan fungsi insulin, gula tidak dapat masuk ke dalam sel, sehingga tetap beredar dalam darah. Ini dapat diketahui dari kadar gula darah yang meningkat.

Gangguan fungsi insulin ternyata juga mengakibatkan gangguan metabolisme lemak (dislipidemia). Ini dapat dilihat dari terjadinya peningkatan kadar kolesterol total, kolesterol LDL (kolesterol jahat), trigliserida, namun disertai penurunan kolesterol HDL (kolesterol baik).

Peningkatan kadar kolesterol jahat disertai penurunan kadar kolesterol berujung terbentuknya kerak dalam pembuluh darah (arterosklerosis). Arterosklerosis akan memperkecil diameter pembuluh darah, sehingga menyebabkan penyakit jantung koroner dan serangan stroke.

4. GANGGUAN PERSENDIAN
Obesitas akan menyebabkan peningkatan beban pada persendian penyangga berat. Misalnya persendian lutut sehingga lama-lama dapat menimbulkan peradangan persendian (osteoartritis). Gejala-gejalanya antara lain, nyeri pada sendi, diikuti dengan pembengkakan. Sendi juga menjadi kaku tak bisa digerakkan. Yang terparah, penderita tidak sanggup berjalan lagi.

5. GANGGUAN SISTEM HORMONAL
Obesitas ternyata juga mempengaruhi sistem hormonal dalam tubuh. Pada anak gadis, obesitas menyebabkan haid pertama (menarkhe) datang lebih awal. Pada wanita dewasa, obesitas dapat menyebabkan gangguan keseimbangan hormonal (hiperandrogenisme, hirsutisme), dan gangguan siklus menstruasi.

Hiperandrogenisme berarti jumlah hormon androgen (lelaki) meningkat. Akibatnya terjadi hirsutisme (tanda maskulinisasi). Misalnya jerawatan, distribusi bulu-bulu di wajah dan badan, bahkan mungkin perubahan suara menjadi berat seperti suara lelaki.

Pada wanita, obesitas juga peningkatan risiko timbulnya batu empedu. Ini terjadi karena cairan empedu menjadi lebih kental.

6. MENINGKATKAN RISIKO PENYAKIT GANAS
Hasil penelitian menunjukkan, pada wanita yang sudah mengalami menopause, obesitas meningkatkan risiko timbulnya kanker rahim (endometrium) dan kanker payudara. Sedangkan pada pria, kegemukan dapat meningkatkan risiko terserang kanker prostat dan kanker usus besar (kolorektal).

7. GANGGUAN PSIKOLOGIS
Orang dengan obesitas juga sering kali mengalami gangguan psikologis berupa rasa rendah diri, keadaan depresi, bahkan bisa terkucil dari pergaulan sosial. Terlebih lagi bila lingkungan di sekitarnya tidak memberi dukungan, melainkan lebih banyak memperolok-olok kegemukannya.

Sumber

Friday, March 12, 2010

Avoid McDonalds For Breakfast!!


With such breakfast items as scrambled eggs, hash browns, sausages, pancakes and dressing and syrup, this deluxe breakfast contains a shocking 1,120 kcal and 61 grams of fat! With that much fat, it is like swallowing 13 teaspoons of vegetable oil in one setting! What is more shockingis that this breakfast item at McDonald's contains 11 g of trans fat, that is is 5 times more than the daily recommended amount of trans fat!

Source

Wednesday, March 10, 2010

Cara-cara Detoksifikasi



Singkir toksin dalam tujuh hari

Adakah anda terlalu ghairah makan ketika cuti sehingga melupakan kesihatan diri? Pengambilan makanan secara berlebihan bukan sahaja membebankan sistem pencernaan, ia juga boleh menjejaskan kesihatan seperti tahap kecergasan. Adakah anda berasa letih dan kurang bertenaga baru-baru ini? Tidur tidak lena dan badan rasa lenguh dan sakit? Penyelesaian untuk maslah anda adalah mudah, iaitu membersihkan tubuh atau detoksifikasi untuk mengeluarkan toksin dalam badan.

Mengapa ia penting untuk membersihkan tubuh?

Tubuh anda terdedah kepada pelbagai jenis bahan cemar dan toksin setiap masa. Ini termasuklah tekanan daripada aktiviti harian, pengambilan makanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat. Akibatnya, hati dan saluran pencernaan anda perlu bekerja lebih gigih untuk melancarkan fungsi tubuh.

Jika tubuh terus dibebani toksin maka fungsi organ akan terjejas dan menimbulkan masalah kesihatan. Anda mungkin akan berasa letih sepanjang masa, mengalami kesukaran untuk menurunkan berat badan, sering sakit kepala dan masalah kesihatan yang lain.

Oleh itu, program detoksifikasi adalah penting untuk menjaga kesihatan saluran pencernaan dan menyokong mekanisma ketahanan semula jadi tubuh.

Apakah detoksifikasi?

Detoksifikasi adalah cara untuk membersihkan tubuh anda dengan menyeluruh dan ia perlu dilaksanakan dengan cara yang betul. Ia seharusnya dapat melaksanakan fungsi perkumuhan semula jadi tubuh, terutama apabila digabungkan bersama perubahan gaya hidup seperti mengambil makanan yang berkhasiat, meminum air dengan secukupnya, melakukan senaman secara kerap serta mempunyai tidur dan rehat yang mencukupi.

Selain pengamalan gaya hidup sihat ini, pengambilan herba yang kaya dengan anti oksidan dan nutrien yang khusus dapat melancarkan proses pembersihan dan perkumuhan semulajadi tubuh. Ia juga berupaya membantu hati memproses toksin supaya ia dapat dikumuhkan dengan sempuna daripada tubuh melaui buah pinggang dan usus.

Seorang individu yang melakukan program detoksifikasi secara tetap akan rasa lebih bertenaga, kurang masalah alergi, mempunyai daya ketahanan yang lebih baik dan seterusnya menjadikan badan lebih sihat.

Bagaimana cara untuk menyahtoksin?

A) Tetapkan azam untuk mengikuti program nyahtoksin dan pembersihan tubuh tujuh hari untuk meringankan beban toksin.

B) Pilih program nyahtoksin yang mengandungi herba pembersih hati seperti milk thistle, dandelion dan grapeseed untuk menyokong fungsi hati serta serat dan probiotik untuk menyokong fungsi sistem pencernaan. Banyak kajian menunjukkan ekstrak milk thistle berupaya melindungi sel hati dengan menghalang kemasukan toksin yang berbahaya dan membantu untuk menyingkirkan toksin ini daripada sel hati.

Dandelion pula dapat meningkatkan penghasilan hempedu yang membantu dalam proses pencernaan. Serat tidak larut membantu menolak makanan menerusi saluran pencernaan dengan cepat, manakala serat larut bertindak seperti perangkap dalam usus kecil untuk mengumpul sisa buangan seterusnya menyingkirkan sisa ini daripada tubuh badan.

Probiotik membantu memulihara dan mengekalkan kesihatan dan keseimbangan flora bermanfaat di dalam saluran pencernaan.

C) Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari. Air adalah komponen penting di dalam apa-apa juga program pembersihan.

Ikuti program nyahtoksin dan pembersihan tubuh yang lengkap dalam tujuh hari!

Selepas menikmati manfaat kesihatan dari program pembersihan dan detoksifikasi dalaman tujuh hari, anda perlu ingat bahawa ini bukan program yang hanya diamalkan sekali. Detoksifikasi dalaman secara kerap, dua hingga tiga kali setahun membantu mengekalkan kesihatan hati dan sistem pencernaan, selain daripada mengelakkan toksin yang terkumpul diserap balik oleh badan.

Dengarlah rintihan tubuh anda dan hentikan pengumpulan toksin sekarang juga. Kunjungilah farmasi anda dan mulakan program detok anda hari ini untuk tubuh lebih sihat.

Sumber

Friday, January 8, 2010

Senaman Ringan

Adakah anda cepat berasa letih? Jika ya! Ini bermakna anda perlu meneliti semula rutin harian anda. Anda perlu memperuntukkan masa untuk bersenam. Ini bermakna walau sesibuk mana pun jadual harian anda, anda tidak seharusnya lupa untuk bersenam. Tidak bersenam bukan sahaja akanmembuatkan kesihatan anda terganggu, malah ia mengurangkan seri pada kulit anda, sekaligus nampak tidak bermaya. Jadi, luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk bersenam.

Kajian menunjukkan kurang senaman menambahkan risiko serangan jantung. Senaman dapat menguatkan otot, menggalakkan aliran darah, mengelak kegemukan dan memberi keceriaan dalam kehidupan. Jangan mulakan senaman yang berat jika anda tidak pernah berbuat demikian. Ini mungkin dengan sendirinya menyebabkan serangan serangan jantung. Apabila mengambil bahagian dalam sebarang program senaman jangan tergesa-gesa untuk meningkatkan aktiviti fizikal anda. Amalan yang baik patut dicontohi, misalnya janganlah menaiki kereta jika anda boleh berjalan kaki untuk ke sesuatu tempat. Ambillah bahagian di dalam sebarang aktiviti sukan yang anda gemari.

MANFAAT BERJALAN KAKI
Berjalan kaki adalah latihan yang baik untuk memulakan senaman dan dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan. Untuk memaksimumkan latihan anda, cubalah berjalan kaki sekurang-kurangnya satu jam di pagi hari. Untuk hasil yang lebih baik, awasi degup jantunganda pada 70% dari degup jantung maksimum anda (degup jantung maksimum sama dengan 90 degupan). Jalan kaki juga akan menguatkan semua otot di kaki dan dari satu jam anda berjalan dengan keadaan yang cepat akan dapat membakar sekitar 300 kalori.

UTK SENAMAN YG EFEKTIF
Senaman meningkatkan daya tahan tubuh sehingga 80%. Tetapi jika anda tidak sihat, anda tidak digalakkan melakukan senaman. Untuk senaman yang efektif, jadualkan kekerapan bersenam antara 3 hingga 5 kali seminggu. Anggarkan masa untuk bersenam, minimum antara 10 hingga 20 minit setiap sesi. Tetapi sebelum bersenam, pastikan anda mulakan dengan teknik memanaskan badan (warm up). Ketika bersenam, berikan tumpuan kepada aktiviti yang melibatkan seluruh tubuh badan seperti berlari, berjalan kaki, berbasikal, senaman aerobik, memanjat anak tangga dan berenang. Selepas tamat melakukan senaman, akhiri aktiviti anda dengan menyejukkan badan (cool down). Antara senaman ringkas yang boleh anda amalkan ialah :

MENAIKI TANGGA
Hampir setiappejabat mempunyai tangga. Jadi, apa kata jika anda menggunakan tangga berkenaan ketika bergerak kemana-mana kerana ini secara tidak lansung membantu anda menegangkan otot paha dan betis. Bagaimanapun, pastikan anda tidak memakai kasut yang bertumit tinggi kerana ia akan mendedahkan anda kepada risiko kecederaan ataupun tergelincir. Justeru, pastikan kasut yang anda pakai sesuai dan selesa dipakai selain tidak menyakitkan kaki. Selamat mencuba !

SKIPPING
‘‘Skipping’ juga adalah antara senaman ringkas dan mudah yang boleh anda lakukan pada bila-bila masa sahaja. Anda hanya memerlukan seutas tali ‘skipping’ dan ruang yang mencukupi. Walaupun agak mudah tetapi manfaat yang bakal anda perolehi daripada ‘skipping’ hampir sama dengan jogging. Ia membantu menguatkan otot-otot lengan, perut, paha dan juga boleh mengurangkan lemak dalam badan anda.

PEREGANGAN @ STRETCHING
Peregangan adalah antara perkara yang perlu anda berikan keutamaan sebelum melakukan sebarang senaman atau kerja-kerja lain. Peregangan penting untuk melegakan otot-otot anda dan bersedia untuk peringkat seterusnya. Peregangan juga dapat mengelakkan daripada berlaku kecederaan dan dapat memperbaiki ‘postur’ tubuh. Jadi luangkan antara 5 hingga 10 minit untuk melakukan regangan.

Apa Yang Perlu Ada Dalam Sebuah Senaman?

Sentiasa memulakan program senaman dengan melakukan latihan pemanasan selama 5 hingga 10 minit.

Lakukan regangan untuk memperbaiki keadaan tubuh anda agar lebih fleksibel.

Lakukan sedikit latihan aerobik bagi memperbaiki fungsi kardiovaskular.

Pilihlah senaman yang mampu menggerakkan otot dan tulang anda.

Diakhiri dengan senaman ringan selama 5 hingga 10 minit sambil menyedut nafas dalam-dalam.

Sumber : Petua dan Panduan

Wednesday, January 6, 2010

GULA - Toksin TERbesar

Rasanya tidak ada selain gula yang sangat kritikal untuk kesihatan manusia. Gula atau lebih sebenarnya glukos, adalah punca tenaga dan darinya kita membuat tenaga. Dengan itu, keupayaan mengawal keseimbangan glukos dalam badan dan melepaskan potensi tenaganya memastikan tahap tenaga fizikal dan mental kita. Otak, yang menggunakan ¼ tenaga yang diperolehi dari makanan, memerlukan paling banyak glukos, diikuti oleh hati dan otot- otot skeletal. Selainnya digunakan oleh jantung, system imun dan organ-organ lain.


Di samping menjadi nutrien paling penting dari segala nutrien lain, gula adalah tersangat toksik. Ia adalah OKSIDAN – dalam perkataan lain ia merosakkan sesetengah bahan, terutamanya protin. Hasilan toksik glukos dikenali sebagai AGE (advanced glycosylation end products ). Jika terlalu banyak glukos beredar dalam darah dan badan ia merosakkan sel-sel dan membuat mereka cepat tua. AGE juga merosakkan lemak dalam darah, melemahkan kemampuan badan mengumuh kolestrol yang tidak dikehendakki dan merosakkan kolagen menjadikan kulit kurang elastik (anjal).

Sedang semua sel-sel memerlukan insulin bagi mengutip masuk glukos, terdapat 3 yang tidak demikian – buah pinggang, mata dan saraf-saraf. Dalam kedua-dua kes, rintangan insulin dan diabetes, mereka menjadi terlebihmuat dengan glukos dan inilah sebab dimana komplikasi penyakit kedua-dua tersebut selalunya melibatkan buta, penyakit buah pinggang dan kerosakan saraf.


Insulin adalah bahan kimia badan yang sangat kuat dan kita tidak mahu ia dalam kuantiti yang terlalu banyak dalam darah; ia menggalakkan pembentukan hormon-hormon stres dari kelenjar-kelenjar adrenal dan pada masa sama menekan pembentukan DHEA, hormon yang membantu melindungi dari stres. Jadi, hasil dari terlalu banyak insulin dalam darah ialah kurang kemampuan menangani stres. Insulin berlebihan juga meransang pembentukan testosterone yang mengganggu keseimbangan hormon-hormon sex yang boleh menyebabkan kenaikan lemak pada bahagian atas badan dan abdomen.


Individu yang mengalami rintangan insulin – dikenali juga dengan sindrom X, akan mengalami;

. radangan pada arteri yang boleh mengakibatkan serangan jantung dan strok.

. peningkatan tekanan darah.

. peningkatan trigliserid – satu jenis lemak dalam darah disamping kolestrol.

. penurunan HDL.

. peningkatan LDL.

. peningkatan kecenderungan membentuk darah beku.


Langkah-langkah baik mengekalkan tahap tenaga yang tinggi disamping menggalakkan kawalan glukos yang konsisten termasuklah;

mengelak atau mengurangkan menggunakan stimulan dan depresan seperti kopi, teh, coklat, rokok dan alkohol.

makan beras takgilap, beraskuning, roti gandum kuning dan makanan takdiproses seperti kacang, bijirin umpama lenga, sayur dan buah.

pastikan kabohidrat yang dimakan terdiri dari yang index glaisimik rendah – yang melepaskan kandungan glukos dengan lambat, seperti nasi, pulut dan gandum( semuanya jenis bijirin tak ‘polished’), oat, nut, kekacang, tofu dan ulam.


suplemen vit C dan B kompleks yang perlu untuk metabolisma tenaga (dos tinggi B kompleks campur 2g vit C sehari).


suplemen antioksidan untuk mencegah kerosakan sel akibat pembentukan hasilan glukos yang tinggi. Antaranya ialah Ultrahydrate, Mega H, vit A, beta karotin, vit C, vit E, selenium dan zink.

suplemen 200mcg chromium sehari dan jika ada gejala dysglycemia elok ditambah 90mg koenzim Q10, 7mg vanadyl SO4 dan 100mg asid lipoik.

Oleh : MAHADI BIN ARIFIN, R.Ph.

Thursday, December 3, 2009

Diet Elak Barah Payudara




1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
2) Hindari makanan ringan yang masam
3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser

1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon
yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen!
Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah
anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan
mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. “Bah Kut Teh” (daging babi)
Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan
tunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana.
Fakta diperolehi dari “Health Corporation of Singapore “.

4. Barah akibat penggunaan bahan dalam shampoo.
Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau
ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang
panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive,
Paul Mitchell, L’Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature
Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol’s Herbal Essence adalah
satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.

Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari
mereka ialah, “Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh
melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa
yang banyak”. Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak)
turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)

Ulasan saya:

Saya simpulkan disini bahawa, faktor utama adalah makanan. Tahukah anda bahawa badan kita terdiri daripada sel? Jika makanan yang kita makan mengandungi semua nutrien yang diperlukan badan, sel-sel dalam badan kita juga kan sihat dan tidak akan “mengganas“. Jika sel-sel ini mengganas atau tidak stabil, dari sinilah kanser akan wujud. Oleh itu, makanlah makanan yang bukan sahaja mengenyangkan kita, malahan sel juga.

Sumber : Rahsia Langsing

Tuesday, November 24, 2009

Cara Elak Selulit

1.Hindari stress kerana boleh menyebabkan otot tertekan sehingga menghalang kelenjar pembuangan racun tubuh.

2. Bersenam
untuk melancarkan aliran darah.

3. Berhenti merokok kerana rokok melemahkan kulit iaitu denga cara menyumbat kapilari pembuluh darah.

4. Minum air 8 gelas sehari untuk melancarkan pembuangan toksin dalam tubuh.

5. Bagi mereka yang mengambil alkohol, kurangkan minum minuman beralkohol, kafein dan makana pedas kerana toksin yang dikeluarkan oleh minuman dan makanan tersebut akan berkumpul di kelenjar lemak dan akhirnya menyebabkan terjadinya selulit.

Sumber : shvOOng

Friday, November 20, 2009

Makanlah Budu Sebelum Terlambat

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Pantai Timur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Trg dan Klate ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”. Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi . Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang
menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.





Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya,kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu,vitamin larut air(vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2(riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6
dan vitamin 12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneum! oniae dan Citrobacter frundiin – yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia
perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikrodalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9,39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan didalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon! (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara . Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak.Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat(dietary fiber) yang baik.

Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.

Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan. so minumlah budu mcm minum air mineral ……..he he

Carian pemilik Teratak menjumpai kajian yang dibuat oleh Dr. Iichiro Ohira, Professor dari Okayama University, Jepun. Bukan sahaja budu sahaja yang dikaji, malah tosei, belacan, cencalok, kicap dan tempe juga dikaji. Jika anda berminat, anda boleh muat turun kertas kerja kajiannya di –> DISTRIBUTION AND BIOCHEMICAL PROPERTIES OF LACTIC ACID BACTERIA FROM TRADITIONAL FERMENTED FOODS IN SOUTHEAST ASIA.

Sumber : Teratak Nurani
Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.