JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959
Showing posts with label Pengalaman Hidup. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman Hidup. Show all posts

Sunday, April 19, 2009

Kurus Vs Gemuk

Entri di post oleh Ujie..


Anda pernah mengalami pertambahan berat badan? Hmm, saya pasti ia suatu keadaan yang menyiksakan kan? Berat badan saya semasa sekolah menengah lebih kurang 45kg. Setelah mula bekerja, paling berat pun sekitar 47kg sahaja.

Walau bagaimanapun, lebih kurang awal tahun lepas, saya mengalami pertambahan berat badan yang agak banyak. Berat saya mencecah 59kg!! Very the anak badaks…Masa tu tensen betul. Bila berjalan, peha bergesel (banyak lemak), nak naik tangga ke tingkat 3 pon rasa dah semput. Mintak nyawa….mintak nyawa….Dagu berlapis, jeans atau skirt jadi sendat, baju pun susah nak butang dan yang paling menghangenkan lagi bila jumpa kawan-kawan, akan keluarlah dialog ni :-

~ Gemuknya ko, Ujie…
~ Besarnya lengan ko!
~ Wahhh..vontot cam Beyonce!
~ Gile kentang!!!

Huh!! Tensen tau…Pernah la jugak guna menatang Osim la, buat sit up la..tak jalan! Saya rasa badan saya naik berpunca daripada pemakanan yang tak betul dan aktiviti yang tak berapa menyihatkan. Saya makan banyak dan lepas tu asyik duduk depan komputer. Lagi-lagi kalau kena stayback kat ofis sampai pagi esoknya. Lagilah tak banyak aktiviti.

Entah macamana, lepas dah berhenti kerja sebagai pekerja yang duduk 24 jam depan komputer dan juga berkat bulan puasa tahun lepas, berat saya turun kepada 50kg dan sekarang Alhamdulillah, 50-51kg je. Berat badan ideal saya sepatutnya 53kg tapi saya rasa, 51kg ni pun dah selesa.

Sekarang saya dah tak makan banyak. Memang saya hadkan pengambilan nasi. Kadang-kadang sampai bergaduh ngan Bakal Roomate sebab kena habiskan nasik. Hiks!

Saya berharap, lepas berkahwin dan beranak pinak nanti pun badan saya tak mengembang macam belon. Ngeri siot…Saya tak menghina mereka yang berbadan comel, tapi saya sendiri memang tidak selesa.

Nak menjadi kurus, kena kuat semangat. Kena berazam dan berpantang. Mungkin juga dengan mengikuti latihan dan program yang betul, kita akan dapat bentuk tubuh badan yang kita idamkan. Ingat lagi tak seorang wanita, Mazliwati yang mempunyai berat badan lebih daripada 200kg dan kecoh juga dalam suratkhabar ketika dia meminta pertolongan untuk membantunya menurunkan berat badan. Wanita ini, bukan saja susah nak berjalan, dunianya hanya di atas sofa saja. Makan dan minumnya juga di situ. Nak basuh punggung sendiri pun,maknya yang buat. Kesian kan?

Tetapi sekarang tidak lagi, berat badannya sudah turun sebanyak 120kg dan sekarang, hanya tinggal 88kg. Menakjubkan sebab tak sampai setahun pun. Jom kita baca kisah beliau…

Artikel berikut dipetik dari laman web News Straits Times

Mazliwati sheds 120kg and looks a winner




Mazliwati Md Shah cuts a slender figure now compared with the obese person she was a year ago.


KUALA LUMPUR: Just look at her now. Mazliwati Md Shah, 32, who weighed 208kg last year, now tips the scale at just 88kg.


Mazliwati, who is taking a beauty course at a private institution, now even harbours dreams of opening up a beauty salon and selling beauty products.

The biggest sacrifice she had to make to lose weight was to take rice out of her diet for about a year.

“I ate more vegetables and proteins, such as fish and chicken. I also took other food for nutrition.

“All of that was done under a doctor’s supervision. I also did some light exercises.
“My skin is firmer now and my cellulite problem is gone.

“The most visible change is my hip measurement, from 191cm to 86cm now.”

Mazliwati said her battle with the bulge was not yet over.

“My doctor suggests that I should reduce my weight further to 57kg, but I think 65kg is fine,” she added.

Mazliwati now has a social life.

“My confidence level has soared as before I only stayed at home.”

Her health has also improved with her high blood pressure, diabetes and breathing difficulty all gone.

So will she consider marriage? “I will marry but not at the moment as I would like to achieve my dream first,” she said.

Saturday, April 18, 2009

Hina Sangat Ke Aku Ni Rupa Macam ni...

Thursday, December 18, 2008
kata, pekik dan hamunan by tuty jaded at 1:49 AM

aku tak faham.
sungguh x paham.

korang ingat seronok ke jadi orang gemuk ni?
seronok ek tak bleh pakai baju cantik-cantik?
seronok kot bila orang mengata2.

'muda-muda lagi gemuk.dah tua ntah macam mana'

gamaknya korang ingat orang gemuk ni buta kot.
rumah dia takde cermin.
tak bleh tengok rupa sendiri.
kena dengar komen cibai dari orang lain untuk nak sedarkan diri.

aku betul-betul sakit hati.
sakit hati sampai aku nangis sebelum masuk class and continue teaching.
tak dapat dibendung.

dalam 120 minit aku mengajar, ko sempat lagi nak promote slimming programme ko yang sial tu kat aku.

'bukan apa..tanak kedekut ilmu..'

THE HELL.

I am so sick and tired of people macam ni.
They make me feel like i am a visible sinner for being fat.

Korang ingat aku x penah usaha?
Korang ingat aku duduk rumah makan 24 jam?
Apa korang tau pasal aku?

SIAL.

Takpe la. Aku diamkan aja. Sapa la aku.
Gemuk.
Kalo molek tu, cakap apa pun orang dengar.
Bodoh pun orang suka.
Ketawa mengilai lagi la orang suka.

Aku lupa.
Gemuk ni tak sedap dipandang pun.
Apatah lagi untuk didengar mahupun diakui.
Tak mengaku kenal si gemuk ni.

'Aku kawan yang kurus cantek je
Nak kawen lagi la dengan yang ada curve cantek molek.'

Tiba masa si gemuk tong ni la ko cari balik.
Cakap bende2 tak senonoh.
Mati hidup balik aku sumpah ko.
Jangan risau.
I pray that you rot in hell.

Dah la.
Sedih aku ni ntah bila boleh ubat.
Biar la.
Mengomel pun benda sama.
Biasa la. Sapa la aku.

Gemuk.

Gemuk tu Gelojoh Ke...


Wednesday, December 24, 2008
Posted by dina at 2:43 PM


Hahahaha... ini memang sensitif! Aku menulis ini hanya kerana terbaca tentang isu Gemuk ini kat satu blog yang aku follow (tima kasih cik pasa). Memang bengang kalau orang kutuk2 orang gemukkan? terutama bila kita sendiri adalah orang gemuk itu. Paling benci kalau Gemuk itu disertakan dengan gelojoh, kuat makan, dan susah nak dapat boyfriend. Macam haram!

Actually, apa yang aku nak tulis ini berkaitan dengan diri sendiri yang tidak pernah merasa kurus melengking macam model2 catwalk. berat paling ringan untuk badan aku setelah dewasa (dari umur 20-30) adalah 60kg. Berat ini sudah cukup ideal bagi aku yang berangka besar dan mempunyai ketinggian 157cm. Tak caya pegi cek BMI tu. tapi walaupun berat aku seperti itu namun ketembaman di pipi jelas menunjukkan akan ada ketembaman lain di segala sudut, peha, punggung, perut atau sebagainya.

Namun aku tidak pernah cuba untuk menguruskan badan sehingga 45kg... itu bagi aku kerja gile. Sebab aku tak mahu dilihat seperti tengkorak berjalan. Aku selesa dengan berat aku walaupun ramai yang tak puas hati. Bukan saja orang2 tak dikenali yang suka mengejek kegemukan aku, malah, sedara mara, sepupu sepapat, semua pakat kutuk aku secara berima kalau aku menghadirkan diri di majlis2 kenduri. tapi aku tak pernah ambil hati. Biarla apa yang mereka nak kata. Aku tak pernah kisah kalau orang kata aku gemuk. dan sekarang berat aku 80kg (mungkin plus2-dah lama tak timbang) dan memang gemuk. tapi aku tak pernah rasa menderita bila orang lain mengutuk aku ni macam badak, atau gajah, atau tongdrum. Ada gak suara2 sumbang yang suka membandingkan aku dengan Adibah Nor (aku bangga okey!). Kesian Adibah Nor dihina dan dibandingkan dengan aku yang tak sehebat dia. aku sangat mengkagumi wanita bernama Adibah Nor itu.

Bagi aku gemuk bukan ukuran untuk seseorang itu tidak mengecapi kehidupan yang seronok. Orang gemuk juga boleh berfesyen, punya teman lelaki/wanita/isteri/suami yang kacak/cantik dan menarik. Gemuk tidak semestinya gelojoh atau kuat makan sperti yang digambarkan dalam filem-yang-errafazira-berlakon-tu (aku tak ingat tajuknya). Macam tak masuk akal je, dia makan ayam panggang sampai sekor. Perlu ke orang gemuk dilabelkan begitu? Orang gemuk juga punya perasaan. Mahu diberi perhatian. Mahu disayangi. Paling aku menyampah kalau ada suara2 sumbang kata "Ish, sapa le nak kat kau ni kalau dah gemuk begini!" jangan letakkan ukuran itu pada si gemuk. Tidak semestinya orang gemuk itu tiada peminat. pernah ada saudara aku mengutuk aku dan kata "aku rasa adik kau semua dah kawen baru le kau akan kawen, tu pun kalau ada orang nak la" Hina la sangat, padahal dalam masa yang sama, aku sudah punya teman lelaki bernama Shahrul Ridhuan yang masa tu lebih kurus kedengking dari aku.

Aku pernah tanya Shahrul Ridhuanku atau SRK (bukan ShahRukhKhan ok!)kenapa dia suka kat aku yang gemuk ini... hehehee. Dan dia jawab, "sebab kau baik!" hehehee... (kembang hidung masa tu). Bermakna gemuk itu bukan satu kekurangan untuk mendapatkan kasih sayang. Hingga sekarang aku dan SRK hidup bahagia. Pernah ada seorang kawan aku seorang yang punya berat badan lebih kurang aku, tapi oleh kerana dia rendah, maka dia lebih kelihatan montel berbanding aku. Suatu hari ada seorang lelaki ingin berkenalan dengannya, lelaki itu juga merupakan seorang yang gemuk. Tapi malangnya, bila kawan aku ini keluar dengan lelaki itu, dia mengadu pada aku "Dia terlalu gemuk untuk aku"... aku terdiam. Kenapa dia terus melabelkan lelaki itu sedangkan lelaki itu menerima dia seadanya. Ini memang kes tak sedar diri ok! Jangan jadi seperti kawan aku.

So, jangan hina mereka kerana gemuk. Tapi selami hati mereka yang gemuk ini untuk kita tahu apa yang tersirat. Jangan kutuk mereka gelojoh, kerana orang kurus pun ada yang lebih gelojoh. Tolonglah, sesiapa yang kurus itu jangan pandang orang gemuk sebelah mata, mereka juga manusia, seperti kamu. Orang gemuk juga punya rasa untuk gembira. Jika seringkali dikutuk, dikeji dan hina, kami (orang2 gemuk) akan tertekan.

Kepada kawan2 ku yang gemuk, gempal dan gebu... Sila jaga kesihatan!

Friday, April 17, 2009

Adakah Gemuk Itu Hina..

Tersentuh sy apabila membaca luahan hati Azhar Ahmad dalam site nye...

2 November 2006 Masihi 09 Syawal 1427 Hijrah

Hari nih, aku banyak melahu. Aku surf internet. Main game internet. Sukati mak bapak aku jer, aku main internet yang UTM provide untuk pembelajaran!. Apapun, aku biol gagal untuk siapkan walau sepicing research paper pong. Mood oh mood, dimanakah kao!

Aku search internet, dan aku jumpa banyak website yang menarik. Apapun, hari nih, aku terjumpa web yang mengangkat self esteem orang yang berbadan gergasi seperti aku. Aku bukanlah chubby. Bagi aku istilah chubby tu sesuai untuk orang yang cute. Di mana, tingginya rendang2, sedap dipeluk macam teddy bear, dan comey.

Aku tak sama langsung. Aku tinggi - 175 cm, muka garang, dan bertulang besar. Bukankah aku gergasi yang dah pupus? Entahlah.

Laman web tersebut berjaya membuatkan aku rasa selesa dengan keadaan aku. Bukan sekali dua aku cuba kuruskan badan. Banyak kali. Diet, pil, segala macam benda aku test. Ala2 chimpanzee atau tikus makmal plak aku nih. Jadi bahan ujian. Berangan, toksah kiralah. Berangan nak jadi badan toughla, maskulin lah, ataupun metro seksual man. Sebelum aku baca web tu, aku menganggap, diriku umpama debu2 yang banyak di jalan. Orang tak pedulipun…

Apapun, walaupun aku gemuk, aku sangat menjaga kesihatan aku. Migrain tu aku tak tao nak buat camne. Sejak umur aku 23 tahun, aku check setiap bulan, tekanan darah aku dan kencing manis. Korunk ada buat? Mungkin korunk kurus, dan beranggapan penyakit2 tu gagal hinggap. Dr di US mencadangkan, seawal umur 20 tahun, rutin pemeriksaan kesihatan perlulah di kerapkan. Agar tidak menyesal di hari tua. Ingatlah, penyakit tu datang bila2 masa jerrr. Aku bukan hangin, tapi ingatkan je.

Apapun, ketensian aku, dengan kadar kolesterol yang gagal dicerna oleh pemeringkatan dua kali Seri Murni ini, bertitik tolak dari keadaan sekeliling aku. Aku tak salahkan keadaan, tapi itu adalah hakikat. Jadi tak mustahillah, org kurus boleh kena Anoreksia, dan orang gemuk boleh kena Bulimia ataupu Obes. Apa aku melalut nehhh. Antara contoh yang menyebabkan aku mengalami tekanan perasaan adalah pandangan serong orang. Antara yang aku ingat adalah..

“Ehh, kau larat panjat gunung ke? Tak jadi tanah runtuh ker nanti?

Aku gelak, tapi dalam hati aku sedih. Walopon aku badan cam king kong, aku ada sijil Jurulatih Rekreasi Luar Fasa I -IV taw.

“Kitaorang nak gi swimming pool. Ko tak yah ikut lah, nanti banjir plak kat situ”

Disambut oleh gelak beramai-ramai.

“Makhluk perut! Makhluk Perut!”

Seorang budak UTM panggil kat kafe. kuat2. Orang semua pandang aku…

“Ko tak yah lah pegi pasaraya beli baju, Bukan ada saiz pun”

Hampeh betul.

Apapun, kemuncak kepada kesedihan aku ialah pada kenduri tunang adik aku. Aku ada cerita pasal sorang orang tua yang tak cukup di ajar. Aku tgh makan, lapar. Dari pagi aku tak makan, pukul 3 petang barulah aku dapat rehat, masa proses penyediaan masakan kenduri.

“Kau boleh makan duduk bersila tak? Tak terlekat perut ke?”

Aku senyap, pasal dia orang tua.

“Baka mana lah ngko ni, arwah tok engkau dulu tak lah besar macam GAJAH”

Aku ketap gigi.

“Nanti kau boleh kahwin ke? Tak lepas nak dapat zuriat nanti”

Aku dah takde selera makan.

“Aku tengok ngko nih macam ada penyakit. ko ada kencing manis dengan darah tinggi kan…”

AKu tarik nafas panjang dan berkata. Tertahan tahan.

“Pakcik, walopon badan saya macam nih, tapi takdela penyakit macam pakcik, sampai koma hari tuh”

Aku bangun dan blah. pakcik tu senyap.

Pemarah kah aku, bilamana aku keluarkan perkataan camtu? Kecilkah hati aku, bilamana aku termakan kata2 orang? Rendah sangatkah keyakinan aku, sampai setiap perkataan orang aku simpan? Buruk sangatkah aku, sampai layak diguli-gulikan? Hina sangatkah menjadi orang gemuk?

Dan aku pilih satu lagu untuk self esteem aku dan korunk. Jangan pikr macam2. Jangan pandang video clip, pandanglah liriknya yang penuh semangat itu!

Artist: Christina Aguilera
Song: Beautiful

Spoken:
Don’t look at me

Every day is so wonderful
And suddenly, i saw debris
Now and then, I get insecure
From all the pain, I’m so ashamed

I am beautiful no matter what they say
Words can’t bring me down
I am beautiful in every single way
Yes, words can’t bring me down
So don’t you bring me down today

To all your friends, you’re delirious
So consumed in all your doom
Trying hard to fill the emptiness
The piece is gone left the puzzle undone
That’s the way it is

You are beautiful no matter what they say
Words can’t bring you down
You are beautiful in every single way
Yes, words can’t bring you down
Don’t you bring me down today…

No matter what we do
(no matter what we do)
No matter what they say
(no matter what they say)
When the sun is shining through
Then the clouds won’t stay

And everywhere we go
(everywhere we go)
The sun won’t always shine
(sun won’t always shine)
But tomorrow will find a way
All the other times

’cause we are beautiful no matter what they say
Yes, words won’t bring us down, oh no
We are beautiful in every single way
Yes, words can’t bring us down
Don’t you bring me down today

Don’t you bring me down today
Don’t you bring me down today


Beautiful - Christina Aguilera

Sebenarnya, aku nak kuruskan badan, tapi aku tak ada kekuatan. Dimanakah kekuatanku itu?

Wednesday, January 28, 2009

Kutukan

sy terpana sebentar apabila melihat shoutout seorang drp shbt sy di facebook...kata-kata shoutoutnye adalah seperti dibwh..sila klik gambar berkenaan utk bacaan yg lebih jelas dan terang...



(terima kasih buat faiz yg sudi memberi kebenaran)

hmm..zulfaiz ni adalah teman sekolej..dia merupekan batch sy...dan insyaALLAH, kami akan same2 konvo pd bulan 8 ni...kami bukan coursemate...beliau merupakan student undang2 dan sy ni student sains sahaja...hehe...

tak dpt dinafikan, mmg terdpt perubahan pd tubuh badan dia...die dah put on weight..nampak tembam dan agak berubah berbanding mase first year dlu..kami skrg dah 4th year...mase 1st n 2nd year dlu, mmg slalu jumpe die..exspecially mase 3rd year, kami ade "projek" bersame(kenangan!!hahaha..)...sejak sy duduk rumah dan tidak lagi menginap di kolej, sy mmg dah tak jumpe die langsung..batang hidung pon dah tak nampak dah...sedey2..rindu pon ade..hehe...

so, juz melalui friendster n facebook jelaa sy dpt melihat gmbr2 terkini beliau..mmg nmpak perubahan ketara, dan sy agak terkejut..

sbenarnye, sy bukan nak precise on isu die dah put on weight...cume sy nak highlight statement beliau yg mengatekan beliau dikutuk..padahal bg sy, beliau tidaklah segemuk mane, cume dah nampak berisi sikit...

well, badan dah berisi sikit je dah menerima pelbagai kutukan, apelagi sy yg sejak sekolah ni mmg gemuk??

then, another problem is discrimination...

these is normal for the fat buddies!!

kite tak leh elak...

kite tak leh ubah their perception on us..

we cant stop them...

ape yg bleh kite wat??
KITE MESTI UBAH DIRI KITE!!

p/s : x sempat nak menemubual beliau bagaimana atau dgn cara ape beliau menerima kutukan..one day ill get his story n insyaALLAH akan sy post..tu pon kalu beliau tak keberatan to share wif us...

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.