Bukan sebarangan diari...
Saturday, April 18, 2009
Gemuk tu Gelojoh Ke...
Wednesday, December 24, 2008
Posted by dina at 2:43 PM
Hahahaha... ini memang sensitif! Aku menulis ini hanya kerana terbaca tentang isu Gemuk ini kat satu blog yang aku follow (tima kasih cik pasa). Memang bengang kalau orang kutuk2 orang gemukkan? terutama bila kita sendiri adalah orang gemuk itu. Paling benci kalau Gemuk itu disertakan dengan gelojoh, kuat makan, dan susah nak dapat boyfriend. Macam haram!
Actually, apa yang aku nak tulis ini berkaitan dengan diri sendiri yang tidak pernah merasa kurus melengking macam model2 catwalk. berat paling ringan untuk badan aku setelah dewasa (dari umur 20-30) adalah 60kg. Berat ini sudah cukup ideal bagi aku yang berangka besar dan mempunyai ketinggian 157cm. Tak caya pegi cek BMI tu. tapi walaupun berat aku seperti itu namun ketembaman di pipi jelas menunjukkan akan ada ketembaman lain di segala sudut, peha, punggung, perut atau sebagainya.
Namun aku tidak pernah cuba untuk menguruskan badan sehingga 45kg... itu bagi aku kerja gile. Sebab aku tak mahu dilihat seperti tengkorak berjalan. Aku selesa dengan berat aku walaupun ramai yang tak puas hati. Bukan saja orang2 tak dikenali yang suka mengejek kegemukan aku, malah, sedara mara, sepupu sepapat, semua pakat kutuk aku secara berima kalau aku menghadirkan diri di majlis2 kenduri. tapi aku tak pernah ambil hati. Biarla apa yang mereka nak kata. Aku tak pernah kisah kalau orang kata aku gemuk. dan sekarang berat aku 80kg (mungkin plus2-dah lama tak timbang) dan memang gemuk. tapi aku tak pernah rasa menderita bila orang lain mengutuk aku ni macam badak, atau gajah, atau tongdrum. Ada gak suara2 sumbang yang suka membandingkan aku dengan Adibah Nor (aku bangga okey!). Kesian Adibah Nor dihina dan dibandingkan dengan aku yang tak sehebat dia. aku sangat mengkagumi wanita bernama Adibah Nor itu.
Bagi aku gemuk bukan ukuran untuk seseorang itu tidak mengecapi kehidupan yang seronok. Orang gemuk juga boleh berfesyen, punya teman lelaki/wanita/isteri/suami yang kacak/cantik dan menarik. Gemuk tidak semestinya gelojoh atau kuat makan sperti yang digambarkan dalam filem-yang-errafazira-berlakon-tu (aku tak ingat tajuknya). Macam tak masuk akal je, dia makan ayam panggang sampai sekor. Perlu ke orang gemuk dilabelkan begitu? Orang gemuk juga punya perasaan. Mahu diberi perhatian. Mahu disayangi. Paling aku menyampah kalau ada suara2 sumbang kata "Ish, sapa le nak kat kau ni kalau dah gemuk begini!" jangan letakkan ukuran itu pada si gemuk. Tidak semestinya orang gemuk itu tiada peminat. pernah ada saudara aku mengutuk aku dan kata "aku rasa adik kau semua dah kawen baru le kau akan kawen, tu pun kalau ada orang nak la" Hina la sangat, padahal dalam masa yang sama, aku sudah punya teman lelaki bernama Shahrul Ridhuan yang masa tu lebih kurus kedengking dari aku.
Aku pernah tanya Shahrul Ridhuanku atau SRK (bukan ShahRukhKhan ok!)kenapa dia suka kat aku yang gemuk ini... hehehee. Dan dia jawab, "sebab kau baik!" hehehee... (kembang hidung masa tu). Bermakna gemuk itu bukan satu kekurangan untuk mendapatkan kasih sayang. Hingga sekarang aku dan SRK hidup bahagia. Pernah ada seorang kawan aku seorang yang punya berat badan lebih kurang aku, tapi oleh kerana dia rendah, maka dia lebih kelihatan montel berbanding aku. Suatu hari ada seorang lelaki ingin berkenalan dengannya, lelaki itu juga merupakan seorang yang gemuk. Tapi malangnya, bila kawan aku ini keluar dengan lelaki itu, dia mengadu pada aku "Dia terlalu gemuk untuk aku"... aku terdiam. Kenapa dia terus melabelkan lelaki itu sedangkan lelaki itu menerima dia seadanya. Ini memang kes tak sedar diri ok! Jangan jadi seperti kawan aku.
So, jangan hina mereka kerana gemuk. Tapi selami hati mereka yang gemuk ini untuk kita tahu apa yang tersirat. Jangan kutuk mereka gelojoh, kerana orang kurus pun ada yang lebih gelojoh. Tolonglah, sesiapa yang kurus itu jangan pandang orang gemuk sebelah mata, mereka juga manusia, seperti kamu. Orang gemuk juga punya rasa untuk gembira. Jika seringkali dikutuk, dikeji dan hina, kami (orang2 gemuk) akan tertekan.
Kepada kawan2 ku yang gemuk, gempal dan gebu... Sila jaga kesihatan!
tentang
Pengalaman Hidup
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959
No comments:
Post a Comment