JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Friday, July 31, 2009

Senaman : Kesannya Terhadap Jantung



Gaya hidup yang tidak aktif merupakan faktor risiko utama bagi penyakit jantung
dan kardiovaskular, sama seperti merokok, kolesterol yang memudaratkan dan tekanan
darah tinggi. Menurut Persatuan Jantung Amerika, kekerapan orang yang kurang
aktif dan tidak begitu cergas dari segi fizikal menghidap hipertensi antara
30 hingga 50 peratus lebih tinggi. Tambahan lagi, beberapa kajian klinikal menunjukkan
bahawa senaman boleh mengurangkan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit.

Apabila anda mengalami tekanan darah tinggi, jantung terpaksa bekerja lebih
keras untuk mengepam darah ke seluruh badan, dan ini menimbulkan masalah yang
dinamakan hipertrofi, atau peningkatan jisim jantung. Hipertrofi mendedahkan
pesakit kepada masalah seperti keabnormalan denyutan jantung dan boleh menyebabkan
kegagalan jantung.

Seperti semua otot-otot lain, jantung menjadi lebih kuat menerusi senaman dan
dapat mengepam lebih banyak darah dengan setiap denyutan. Maka jantung boleh
berfungsi pada tahap maksimum dalam keadaan yang tidak membebankan. Kadar denyutan
jantung semasa rehat bagi orang yang bersenam juga lebih perlahan kerana jantung
mereka tidak perlu bekerja keras untuk mengepam darah. Orang yang bersenam lazimnya
mempunyai risiko paling rendah mengalami sakit jantung. Banyak kajian mendapati
bahawa senaman ringan hingga sederhana juga membawa manfaat kepada penghidap
sakit jantung.

Kesan senaman ke atas tekanan darah

Cara (mekanisme) senaman boleh mengurangkan tekanan darah masih tidak jelas.Namun,
ada pihak yang mencadangkan bahawa senaman yang kerap membantu mengekalkan keanjalan
arteri, walaupun di kalangan warga lanjut usia, dan ini mengekalkan kelancaran
aliran darah dan tekanan darah normal.

Namun, senaman keamatan atau intensiti tinggi mungkin tidak mengurangkan tekanan
darah seperti senaman intensiti sederhana. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit
sehari pada kebanyakan hari, atau setiap hari boleh mengawal tekanan darah.
Senaman boleh dilakukan dalam sebarang bentuk kegiatan fizikal, seperti yoga
dan tai chi. Sekiranya anda sudah menghidap hipertensi sederhana hingga teruk,
anda harus berjumpa doktor dan membincangkan program senaman yang sesuai.



Cuba elakkan minuman berkafeina kerana ia meningkatkan kadar denyut jantung
dan bebanan jantung, lantas menjejaskan tekanan darah semasa menjalankan kegiatan
fizikal. Jika anda penghidap hipertensi, anda harus bernafas secara normal sepanjang
senaman. Menahan nafas akan meningkatkan tekanan darah.Beberapa kajian klinikal
yang dijalankan di Amerika Syarikat mendedahkan manfaat senaman di kalangan
semua kumpulan pesakit.

Contohnya, kajian mendapati bahawa apabila bersenam, kumpulan penduduk kulit
hitam Amerika mencatatkan pengurangan ketara dalam tekanan darah sistolik sedangkan
individu berketurunan Asia mencatatkan pengurangan lebih besar dalam tekanan
darah diastolik berbanding peserta kulit putih. Kajian ini menunjukkan bahawa
walaupun tanpa sebarang perubahan berat badan, individu yang melakukan senaman
aerobik secara kerap dapat mengurangkan tekanan darah semasa rehat.

Pengurangan tekanan darah dilihat tidak bergantung kepada kekerapan, intensiti
atau jenis senaman. Ini menunjukkan bahawa semua bentuk senaman berkesan untuk
mengurangkan tekanan darah.

Kesan senaman terhadap kolesterol

Selain daripada manfaat senaman yang mengurangkan tekanan darah, kecergasan
fizikal juga membantu mengurangkan kadar kolesterol menerusi beberapa cara.

Pertamanya, senaman meningkatkan kandungan kolesterol HDL
(kolesterol baik) di dalam darah, sambil mengurangkan kandungan kolesterol LDL
(kolesterol jahat yang menyumbatkan arteri).

Kedua, senaman menggalakkan penurunan dan kawalan berat badan.

Ketiga, apabila anda bersenam, anda menguatkan peredaran darah
badan, membantu mengeluarkan gumpalan dalam salur darah dan menjadikan jantung
pam yang lebih kuat dan cekap.

Tahap kecergasan fizikal anda ada kaitan rapat dengan kandungan kolesterol.
Pakar-pakar telah berusaha menentukan tahap atau jumlah senaman yang diperlukan
untuk membawa manfaat kepada jantung. Pada 2002, satu kajian yang teliti telah
dijalankan ke atas sekumpulan dewasa dengan berat badan berlebihan. Keputusan
menunjukkan perubahan bermanfaat dari segi kandungan kolesterol dan lipid, termasuk
pengurangan LDL, walaupun peserta hanya melakukan sedikit senaman pada intensiti
sederhana hingga tinggi.

Namun begitu, senaman berat diperlukan untuk mengubah kandungan kolesterol
secara ketara, dan meningkatkan bilangan kolesterol HDL baik. Manfaat yang dilaporkan
dalam kajian diperoleh walaupun pengurangan berat badan peserta adalah kecil.
Ini bermakna orang yang mempunyai berat badan berlebihan yang menghadapi masalah
mengurangkan berat badan masih boleh mendapat manfaat besar untuk kesihatan
jantung dengan bersenam.

Sesetengah kajian menunjukkan bahawa untuk kesan perlindungan jantung terbaik,
tempoh sesuatu sesi senaman tidak begitu penting berbanding jumlah tenaga harian
yang digunakan.Maka cara terbaik untuk bersenam adalah menerusi senaman berat
singkat yang dilakukan selama beberapa kali, dan ini berguna bagi orang yang
lebih berumur. Latihan berbeban juga dikaitkan dengan perlindungan jantung.
Latihan sebegini mungkin menawarkan manfaat sampingan kepada senaman aerobik
dengan mengurangkan kandungan LDL.

Senaman yang melatih dan menguatkan otot dada juga penting bagi pesakit yang
menghidap angina. Sudah tiba masanya untuk mengubah gaya hidup anda hari ini.
Dalam usaha anda merawat dan mencegah hipertensi, perkara paling penting ialah
membuat perubahan dalam gaya hidup anda. Bersenam dengan kerap perlu dimasukkan
dalam senarai perubahan yang harus dilakukan, selain daripada mengawal tabiat
pemakanan, mengurangkan pengambilan garam dan berhenti merokok.

Selain itu, mengawal berat badan, mengawal pengambilan kafeina, mengawal pengambilan
makanan lemak dan mematuhi arahan pengambilan ubat preskripsi apabila diperlukan.Rencana
di atas semata-mata bertujuan menyampaikan maklumat kepada orang awam dan bukannya
hendak menggantikan perkhidmatan daripada profesional perubatan.

Berbincanglah dengan doktor atau profesional penjagaan kesihatan sebelum mengikuti
sebarang jenis rawatan atau amalan. Hanya doktor anda yang boleh memberikan
maklumat tentang perkara-perkara yang selamat dan berkesan bagi anda.

Oleh: Kiren Sharma, Ahli Fisioterapi Perkhidmatan Penasihat Awam bagi Jantung
Sihat (PASHH)

Sumber Akhbar Online

Sumber : d'rose garden

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.