JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Friday, July 31, 2009

Senaman

Jantung Cergas - Jantung Sihat

Senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung

Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan pada jantung anda.

Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung.

Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung yang dikenali sebagai ‘high density lipo’ proteins (HDL).

Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang ada.

Ia menugurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.

Ia mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan.

Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.

Bagaimana Hendak Bersenam?

Jadikan senaman sebagai amalan hidup anda.

Senaman perlu dibuat mengikut kehendak dan kesenangan anda.

Bila melakukan senaman, jarakkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, untuk sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali.

Senaman yang tidak berkala tidak memberi apa-apa manfaat.

Panaskan badan dengan melakukan regangan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum sessi senaman dan sejukkan badan melalui regangan selepas aktiviti senaman.

Senaman hendaklah bersungguh-sungguh tetapi tidaklah memudaratkan.

Kemantapan senaman seharusnya boleh menggerakkan denyutan nadi anda lebih kurang 120-150 denyutan seminit.

Mulakan program senaman anda perlahan-lahan dan kemudian tingkatkannya dari masa ke masa.

Jenis-jenis Senaman

Senamrobik

Ia menguatkan ketahanan fizikal dan jantung.

Mengekalkan aktiviti kumpulan otot-otot besar boleh menambah keperluan oksigen di dalam badan.

Ini melatih jantung, paru-paru dan otot-otot untuk menjadi lebih cergas.

Kalestenik

Ia memperbaiki kelembutan atau kelenturan sendi dan otot.

Ia melonggarkan otot-otot dan menyediakan badan untuk aktiviti senamrobik.

Ia membantu mengelakkan dari pening dan sakit-sakit otot selepas senamrobik. Contohnya: regangan dan tai-chi.

Senaman janganlah disalah tafsirkan sebagai sukan untuk pertandingan. Oleh itu, ianya hendaklan dilakukan mengikut keupayaan seseorang individu supaya ianya menjadi cergas. Dan, pilihlah jenis senaman yang dapat memberi keseronokan pada anda dan boleh dijadikan sebagai sebahagian dari kehidupan seharian anda.

Patuhilah Syarat-syarat Bersenam

Lakukan senaman dengan betul bagi mengelakkan kecederaan.

Jangan bersenam ketika sakit atau cedera.

Pastikan anda memanaskan badan sebelum bersenam dan menyejukkannya selepas bersenam.

Pakailah pakaian yang selesa dan tidak terlampau ketat.

Gunakan kasut yang sesuai dengan lapisan tapak yang cukup apabila berjalan, berjogging atau berlari.



Diterbitkan oleh Unit Pelajaran Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia 200,000/C, 10/92

Sumber : Sabah.org

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.