JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Friday, July 31, 2009

Senaman Wajah

Tahukah anda bahawa sewaktu memulakan senaman untuk otot wajah, tisu-tisu berlebihan
akan kembali kepada bentuk asalnya dan simptom-simptom penuaan dan tekanan mulai
berkurangan. Oleh itu, rajin-rajinlah mengamalkan senaman khusus untuk wajah
dan leher setiap hari. Berikut adalah teknik-teknik senaman yang boleh anda
ikuti :

Face & Neck Warm-up exercise :

Berdiri tegak dan tolak kepala ke belakang.

Pastikan mulut tertutup dan relaks.

Pandang ke atas dan lakukan teknik mengunyah sambil mulut tertutup selama 10 saat. Seterusnya, tolak kepala ke depan. tutup mata dan relaks selama 0 saat. Ulangi langkah ini 10 kali.

Masih berdiri tegak. Tolak kepala ke depan hingga dagu mencecah dada. Pusing kepala perlahan-lahan mengikut arah jam diikuti arah lawan jam. Ulangi 3 kali.

Tubuh dibaringkan. Angkat kepala perlahan-lahan dan letakkan bantal lembut di bawahnya.

Selesakan kedudukan dan bawa dagu ke hadapan hingga mencecah dada selama 15 saat. Kembali tolak kepala ke belakang dan relaks selama 20 saat. Ulangi teknik ini 5 kali.

Lip & Cheek Exercise :

Berdiri tegak dan tolak kepala ke belakang.

Biarkan mulut tertutup dan relaks.

Pandang atas dan kerutkan mulut selama 10 saat.

Tolak kepala ke depan, tutup mata dan relaks selama 20 saat. Ulanginya 10 kali.
Berdiri tegak dan pandang depan.

Dengan mulut dan gigi tertutup, senyum selebar yang mampu seolah-olah sampai ke telinga selama 5 saat lalu segera kerutkan mulut untuk 5 saat lagi.

Relaks selama 5 saat dan ulangi 10 kali.


Eyes & Forehead Exercise :

Berdiri tegak dan tutup mata anda.

Perlahan-lahan tundukkan kepala, kemudian dongak ke atas, seterusnya ke kiri dan ke kanan. Ulangi langkah ini sebanyak 10 kali.

Berdiri tegak dengan mata masih lagi tertutup, angkat kening dan regangkan kelopak mata ke bawah sejauh yang mampu. Biarkan posisi ini selama 5 saat.

Kemudian relaks selama 10 saat dan ulangi senaman ini sebanyak 5 kali.

Berdiri tegak dengan mata tertutup. Kerutkan dahi dan gerakkan kening ke bawah hingga seolah-olah kedua-dua hujung kening akan bercantum.Biarkan pergerakan ini selama 5 saat.

Kemudian, angkat kening dan bukakan mata seluas yang anda mampu. Biarkan langkah ini selama 5 saat lagi. Ulangi langkah ini sebanyak 5 kali.

Seterusnya, berada dalam keadaan baraing dengan muka menghadap bumbung. Kemudian, angkat kening setinggi yang boleh.

seterusnya, bukakan mata anda seluas yang boleh dan biarkan pergerakan ini selama 10 saat. Pastikan wajah anda berada dalam keadaan relaks untuk 10 saat. Kemudian, ulangi langkah tadi sebanyak 10 kali.

Sumber : Majalah Rapi


Sumber : d'rose Garden

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.