Pernahkah kita terfikir satu keajaiban dalam hidup kita… mampu bangun pada pagi hari setelah hilang kesedaran pada malamnya. Jantung kembali berdegup, pemikiran kembali normal, bercakap dan bernafas seperti biasa padahal ketika dia sedang tidur, tiada siapa yang dapat menjamin semua itu kan kembali seperti biasa.
Kita juga kerapkali rasa letih pada waktu malam, namun setelah mendapat tidur yang cukup tenaga kembali terjana.
Memikirkan hal ini, kita sepatutnya berterima kasih kepada Allah s.w.t di atas kasih sayang dan penjagaan yang diberikan. Inilah kuasa Allah s.w.t seperti firmanNya yang bermaksud :
“ Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian dan tidur untuk beristirehat, dan dia jadikan siang untuk bangun berusaha”
( Al-furqan : 47)
Maka, sebagai orang yang dinobatkan sebagai intelek oleh masyarakat dan golongan yang bertuah berada di taman ilmu ini, kita harus cuba berfikir tentang hikmat kejadian alam dengan menggunakan ilmu.
“ Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan silih berganti siang dan malam, terdapat tanda bagi orang yang berakal (berfikir)”
( Al-Imran : 190)
Bangun subuh ditinjau dari pelbagai sudut, antaranya :
a) Sudut kesihatan
Rasulullah memberi contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Latihan yang diamalkan pada bulan Ramadhan iaitu kita digalakkan bangun pada waktu dinihari untuk bersahur amat sesuai dengan keadaan biologi manusia. Ini kerana pada pukul 5.00 pagi ( waktu sahur ) adalah waktu yang cukup tenang dan aman bagi seseorang memulakan fungsinya sambil menghirup udara segar kerana dari sudut sains perubatan, kita akan dapat menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam 3 pagi hingga terbit matahari yang berkesan untuk menggerakkan otot-otot dalam badan sekaligus menyegarkan badan dan melancarkan peredaran darah. Udara segar dari atmosfera bumi akan hilang selepas matahari terbit dan akan muncul semula keesokan harinya. Oleh itu, manusia yang bangun pada waktu itu sahaja dapat menikmati oksigen tersebut. Sedangkan manusia yang bangun lewat tidak akan merasa nikmat oksigen ini.
b) Sudut Sosial
Orang-orang yang sering bangun awal dan sembahyang subuh berjemaah di masjid atau surau akan menjalinkan ikatan social dan persaudaraan yang lebih kukuh, berbanding pergaulan diluar masjid. Apalagi bagi penduduk yang jarang berada pada waktu maghrib, pastinya waktu subuh masa yang terbaik untuk menjalinkan silaturrahim. Percayalah, hubungan yang terjalin pada waktu subuh akan nyaman dan lebih erat.
Waktu pagi selepas subuh juga boleh diisi dengan aktiviti yang lebih berfaedah seperti jogging bersama keluarga atau rakan-rakan sambil menikmati udara segar.Disamping baik untuk kecergasan fizikal, aktiviti seperti ini secara tidak langsung
menyemai kasih sayang sesama kita.
c) Sudut Ekonomi
Mereka yang menjual barangan atau perkhidmatan dipagi hari lebih mudah memperoleh rezeki. Contohnya, perhidmatan awam, jualan sayur-sayuran dan makanan pasti lebih menguntungkan pada waktu pagi yang permintaan terhadap barangan ini lebih tinggi.
Selain itu, kita juga dapat menjimatkan tenaga elektrik seperti lampu dan kipas apabila bangun awal pagi. Ini kerana lampu akan dipadamkan sebaik sahaja matahari menyinari alam. Berbeza dengan yang masih tidur walaupun matahari sudah naik, lampu dan kipas masih terpasang dan ini merupakan satu pembaziran.
d) Sudut emosi
Kerap kali kita dengar alasan orang yang terlepas bas ke tempat kerja atau kelas kerana bangun lewat. Hal ini mengakibatkan seluruh perancangan pada hari itu terganggu. Kalaupun tidak dimarahi majikan atau pensyarah, pasti emosi dan fikiran kita bercelaru memikirkan akibat buruk yang akan menimpa kerana kelewatan itu. Maka, jelas bangun awal dan tidak tidur semula adalah rahsia ketenangan fikiran dan perasaan dan kunci pengurusan masa berhemah.
Kebanyakan dari kita menyedari terdapat pelbagai kelebihan bangun awal pagi ini. Namun, sekarang budaya bangun pagi terutama semasa hari cuti semakin terhakis lantas mengakibatkan pelbagai masalah melanda. Justeru,bangun pagi seharusnya dijadikan budaya dalam kehidupan hari ini untuk menjamin kualiti hidup dunia dan akhirat bertepatan dengan sabda nabi Muhammad S.A.W;
“ Barang siapa yang sembahyang sunat diwaktu fajar, maka dia telah mendapat sesuatu yang lebih baik dari dunia dan isinya." - ni solat sunat dhuha kan?
Sumber : d'rose garden
Bukan sebarangan diari...
Friday, July 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959
No comments:
Post a Comment