Anda suka makanan Jepun? Suka pergi sushi king? Mesti pernah makan miso soup kan...? Rencah sup ni susah nak cari dan kalau jumpa pun rencah miso sup yang dijual mengandungi campuran arak dan bahan-bahan yang kita kurang pasti.
Di sini ada resepi yang rasanya seakan-akan miso sup. Halal dan amat senang disediakan. dan yang paling penting.. Sedap!
Sup Cendawan Shiitake dan Brokoli
Bahan -Bahan :
cendawan shiitake (tak kisah banyak mana, lagi banyak laagi sedap)
brokoli
1/2 biji tomato segar
bawang putih (3 ulas)
bawang besar (sebiji)
3 batang filamen berperisa ketam
3 batang sosej ayam
stok ayam (secukup rasa)
daun sup
Caranya :
Rebus brokoli beserta bawang putih dan bawang besar yang dicincang halus. Bila
brokoli dah lembut sikit, masukkan cendawan dan diikuti sosej dan filamen ketam.
Last sekali, masukkan stok ayam, tomato dan daun sup. Tak payah bubuh garam atau perasa.
Tapi kena balancekan rasa stok ayam tu. Dah, renehkan dan sedia untuk dihirup...
:)
Masa cari gambar cendawan Shiitake ni, jumpa satu artikel kat cendawanglobal.blogspot
pasal cendawan shiitake ni. Rupanya memang orang jepun guna cendawan ni dalam
miso sup! Berikut saya amik skit artikel dari blog tu. (credited to cendawanglobal.blogspot.com)
Penggunaan Cendawan Shiitake Dalam Masakan
Cendawan shiitake segar atau dalam bentuk kering sering digunakan dalam berbagai
masakan di banyak negara. Shiitake segar biasanya dimakan sebelum payung bahagian
bawah berubah warna. Batang shiitake agak keras dan umumnya tidak digunakan
dalam masakan.
Sebahagian orang lebih menyukai shiitake kering dibandingkan shiitake segar
kerana shiitake kering mempunyai aroma yang lebih kuat. Shiitake kering diproses
dengan cara dijemur di bawah sinar matahari dan perlu direndam di dalam air
sebelum dimasak. Asas masakan Jepun yang disebut dashi didapati dengan merendam
shiitake kering di dalam air.
Di Jepun, shiitake merupakan isi sup miso, digoreng sebagai tempura,
campuran chawanmushi, udon dan berbagai jenis masakan lain. Shiitake
juga digoreng hingga garing dan dijual sebagai keropok shiitake. Rusia juga
menghasilkan shiitake dalam jumlah yang banyak dan dijual sebagai acar dalam
bungkusan botol.
Sumber : d'rose garden
Bukan sebarangan diari...
Friday, July 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959
No comments:
Post a Comment