JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959
Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts

Sunday, October 9, 2016

Cameron 2016 : Pasar KEA Farm


Untuk cenderamata, boleh la membeli-belah di Pasar KEA Farm.. Harga mmg murah..
Strawberry pun byk dijual disini.. Lebih murah laa dari yg masuk ladang petik sendiri..
Bekas kecik RM4, beli 3 dpt RM10.. Yg bekas besar RM10.. Mmg puas hati laa byk dan buahnya bulat2 besar... Rasa pula ada manis ada masam... Haha.. Oklaa tu kan.. hehe...

Selain itu, byk juga jual sayur2an, buah pun ada, pokok2 bunga , coklat, strawberry kering asam dan byk lagi...

Dua kali juga kami singgah disini.. Hari pertama dan hari kedua sebelum gerak pulang...

Hari pertama ke sini kami beli Strawberry, umi keledek madu rebus dan tempura (cendawan, water cress, brokoli) utk dibawa pulang ke chalet dan makan di beranda Ros Chalet yg menghadap sungai.. Romantik gituuu... Sy akan cerita di next post yee... hehehe

tgk ni... geramm jee tengok..montel2 strawberry.. Yg ni RM10 sebekas....

Suasana di tengah2 Pasar KEA Farm...

Hari kedua... dah nak balik dah :(


Cameron 2016 : Cameron Tea Valley


Dalam 10 minit perjalanan dr our homestay ke arah Ringlet, kite akan jumpa Cameron Tea Valley..
Tepi jalan je boleh nampak..Pemandangan ladang teh yg sangatlah menakjubkan..
Anda boleh turun utk ambil gambar.. Tapi sy tak berani nak ke bawah kerana mengalami masalah gayat.. Jadi posing kat atas je laaa...hehehe

ada juga cafe disediakan utk anda menjamu selera.. Tapi sy tak pasti apakah makanan yg disediakan.. Ketika ini cafe mmg penuh dan sy tidak berpeluang masuk ke dalam...Al-maklum lah hari Ahad kan..

Sambil menjamu selera anda juga dihidangkan dgn pemandangan yg sgt menakjubkan masyaallah...
Ada juga kedai serbaguna dan cenderahati... Husband sempat membeli sehelai baju Cameron.. Manakala sy cuba aiskrim Malaysia berperisa strawberry dan beberapa kotak Teh berperisa Strawberry (Jenama Cameron Valley)..

Cenderamata kami tidak beli disini... Ikut kata blogger, pasar KEA Farm jauh lebih murah..Ternyata benar :)
Belakang kami itulah cafe nye...

Ramai yg turun.. Kami di atas sahaja..
Great view...

Aiskrim Malaysia perisa strawberry.. Sangat lah masam!!


Cameron 2016 : The 200 Seeds Cafe


Cafe yg sgt selesa dan cantik utk dine in.. Menu pun byk pilihan.. we tried Nasi Lemak Sambal Strawberry.. Mmg sedap.. My husband suka sgt sampai 2 kali kami makan di sini..

The price worth it laa.. makan dua org dalam Rm30+ .. Nasi Lemak Sambal Strawberry with ayam berempah and telur rebus sebiji Rm9.00 tak silap :)

So convenience sbb terletak berhampiran Ros Chalet.. Jalan kaki je sambil menghirup udara yg segar dan nyaman :)

Belakang cafe ada Strawberry Farm.. Boleh masuk dan petik.. Tak pasti harga berapa sbb kami tak masuk pun.. Just jalan2 n ambil gambar.. Kemudian, ada kedai jual Sambal Strawberry and other strawberry product by Abg Strawberry
Ni laa Nasi Lemak Sambal Strawberry.. Sedap juga sambal dia.. Telur rebus sebiji dan ayam goreng rempag yg ohsem!

Sedap katanyaa sampai dua kali dine in dan order menu yg sama!

Tgk deco atas tuuu... yg best kat pintu masuk dia tergantung pasu bunga yg ada pokok strawberry..Strawberry berjurai2..Lupa amek gambar..huuu...

My fave Strawberry Tea!

Husband layan Chocolate Shake...

Jalan2 bahagian belakang...
                                         
aisehhh ada org tutup mata la!
                           
                                                2nd time dine in... sy cuba nasi goreng... husband still dgn nasi lemak dia..hehe


  


Saturday, October 8, 2016

Cameron 2016 : Penginapan


    A month before, saya dah start survey berkenaan penginapan di Cameron Highlands (CH). Kebanyakan bloggers yg pernah visit CH mencadangkan supaya menginap di Ros Chalet, Taman Sedia. Oleh kerana pertama kali bermalam di CH, sy tidak berani mengambil sebarang risiko. Jadi, sy terus call Puan Ros untuk tempahan bilik. Bilik utk 2 org RM100 per night. Untuk yg lain sy tak berapa pasti. Boleh contact owner utk maklumat lanjut.

Alhamdulillah.. Persekitaran chalet sangat lah cantik. Dgn bunga nya, ada kolam ikan dan paling best ada beranda di tepi sungai. Boleh lepak2 sambil minum air panas atau makan makanan ringan. Kettle air panas disediakan. Siap ada pinggan, cawan, sudu dan juga sinki... Sy ada nampak juga BBQ pit. Mungkin kena sewa la kan.. Hehe..

ada juga disediakan seterika dan iron board. Tp ada di luar bilik.. Kena seterika luar bilik depan corridor. Masa ni sy berpengalaman laa menggosok baju di kala suasana sejuk dan kabus menyelubungi...hahaha

Bilik ok la.. Takde la mcm hotel 5 bintang.. Hehe.. Asalkan selesa itu sudah memadai. Ada kipas dan tv. Kipas tu tak berguna pun sebab sebelah malam terlalu sejuk.. Huhuhu..

sgt convenience tinggal sini sbb dekat dgn kedai makan (The 200 Seeds Cafe) ada kedai dessert jual ice cream, waffles dan sebagainya.. Berdepan dgn chalet.. jalan kaki je...

The 200 Seeds Cafe terkenal dgn Nasi Lemak Sambal Strawberry nyeee... My husband suka sgt sampai makan dua kali!


Corridor bilik..

Corridor dr depan ke bilik penuh dgn bunga... Sgt romantik..haha

Orked la!

Jalan kaki je ke The 200 Seeds Cafe by Abang Strawberry
Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.