For Makeup Service, Contact Ika 012-2604959

Thursday, June 19, 2014

Resepi Onion Ring

Ai ialah hantu onion ring... kalau pergi burger king ke A&W ke, mesti nak order..
Tapi kat Pekan ni takdelaa pulak burger king or A&W.. kena pergi Kuantan yg jauhnya 30 minit...

Kat KFC skrg ada cuma mcm tak berbaloi laa kan... setakat 5 keping tp harga 5 hengget lebih, tak yah laa kot...

Maka, segalanya dihujung jari je, marilah google resepi onion ring...
Mak aihhh..senang aje..semua bahan ade kat dapur kecuali bawang holland / bawang kuning...

Sebiji bawang kuning yg besar boleh dapat satu mangkuk... ku makan sorg2 kenyang sampai malam.. hehe...

Kos nya? Kira sendiri laaa.. 50 sen pun tak sampai.. heh...

Ok.. ni nisbah batter (adunan) ye.. bilangan bawang tu ikutlaa berapa banyak nak buat...kalau tak cukup adunan, buat laa lagi.. hehehe...

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
Setengah sudu baking powder
Secubit garam
Stgh cawan air sejuk (sama cawan dgn tepung gandum)

Gaul semua sehingga sebati...

Terus celup bawang dalam adunan dan goreng tenggelam dalam minyak panas...

Take note:
1. masukkan bawang satu2 dalam adunan..jangan masuk banyak2..nanti adunan tak melekat kat bawang dan adunan akan jadi berair....

2. Lepas bancuh adunan jangan biar lama2 atau simpan adunan ... sbb nanti ada satu rasa yg tak sedap..mcm rasa kapur tengik..seelok2 nya lepas buat adunan terus celup bawang n goreng...

3. Lepas goreng toskan dan lapik dgn tisu serap minyak..baru hidang...

4. Potong bawang nipis2.. kalau tebal tak sedap...

Onion ring resepi ni tak kan lemau tau..dia masih ranggup walaupun dah sejuk...
Selamat mencuba...

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.