Melakukan sesuatu atau memakan sesuatu
selepas menjamu selera makan tengah hari atau malam anda, akan menyebabkan
berlakunya beberapa tindakbalas di dalam tubuh anda. Tindakbalas ini akan
mempengaruhi kesihatan tubuh anda. Berikut adalah 7 perkara yang tidak
dibenarkan selepas makan:
1. Jangan merokok: Kajian mendapati merokok sebatang rokok selepas
makan adalah bersamaan dengan merokok 10 batang rokok. Ini sekaligus
meningkatkan risiko menghidap kanser.
2. Jangan makan buah-buahan: Memakan buah-buahan sebaik habis makan,
akan menyebabkan perut anda dipenuhi udara (kembung). Oleh itu, makan buah
hanya selepas 1-2 jam atau 1 jam sebelum makan.
3. Jangan minum teh: Daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Ia dapat mengakibatkan protein dari makanan anda mengeras dan sukar untuk dihadam dan dicerna.
4. Jangan longgarkan tali pinggang anda: Melonggarkan tali pinggang
selepas makan hanya akan menyebabkan usus anda bermasalah seperti terbelit atau tersumbat.
5. Jangan mandi: Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar
pengaliran darah ke kawasan perut anda. Ini adalah kerana darah akan lebih
cenderung mengalir ke bahagian tangan, kaki dan kawasan tubuh yang lain. Ini akan melemahkan sistem pencernaan anda.
6. Jangan berjalan-jalan: Berjalan-jalan selepas makan hanya akan
menyebabkan kesukaran sistem pencernaan anda untuk menyerap nutrisi daripada makanan yang anda telah telan.
7. Jangan tidur: Jangan tidur
sebaik menghabiskan hidangan anda. Makanan yang anda ambil itu tidak dapat
dicerna dengan baik. Ini boleh mendatangkan masalah seperti gastrik dan
jangkitan kepada usus anda.
Sumber
Bukan sebarangan diari...
Wednesday, March 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959
1 comment:
sume apa yang diperkatakan ada kebenarannya...
Alhamdulillah ada juga yang saya ikuti...
hehehehehe...
tanx for the info =)
Post a Comment