JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Sunday, November 8, 2009

Nasi LEBIH TERUK dari Gula!!

Sesudah perincian dibuat dan beberapa banyak penyangkalan diketengahkan, pakar-pakar makanan dan pemakanan telah secara senyap-senyap memperakui keburukan gula. Gula memberikan banyak kalori tanpa nutrien yang penting yang menolong menghadam dan menyerapnya.



Gula dirujuk sebagai kalori kosong. Satu gram membekalkan 4 kalori dengan nilai nutrisi sifar. Anda memperolehi apa disifatkan sebagai “api besar dengan asap yang banyak”. Asap itu adalah radikal-radikal bebas yang kemudiannya menyerang sel-sel lain menyebabkan degenerasi, penyakit dan penuaan.



Walaupun anda memerlukan glukos untuk menjadi bahanapi bagi metabolisma dan ‘peruntukan’ untuk tumbesaran dan kesihatan, anda memerlukannya bersama-sama antioksidan – galian dan vitamin antioksidan dan nutrien-phyto seperti klorofil, betakarotin dan astaxanthin.



Terdapat banyak asas dalam menyatakan kelemahan nasi seperti:



nasi menjadi gula – kebanyakkannya.


Fakta ini tidak dapat disangkal oleh mana-mana perunding pemakanan. Nasi adalah kalori. Satu mangkuk nasi memiliki kalori bersamaan 10 sudu teh gula. 10 sudu teh! Tidak kira samada nasi putih, nasi perang atau nasi herba. Ia masih persaman kalori dalam 10 sudu kecil gula. Untuk mendapatkan 10 sudu teh gula yang sama, anda perlu memakan 10 mangkuk kangkong.



nasi, sesudah dimakan mudah dan cepat dihadamkan menjadi gula.


Beras tidak dapat dihadamkan sebelum dimasak menjadi nasi. Bagaimanapun, selepas dimasak dan diserap ia menjadi gula dan mempengaruhi gula yang beredar dalam darah; dalamasa ½ jam seakan-akan sepantas yang berlaku sesudah anda memakan gula-gula.



nasi tidak mengandungi banyak antioksidan.


Antioksidan adalah penting untuk penggunaan, pengendalian gula yang berkesan. Buah memiliki gula bergelar fruktos. Bagaimanapun buah-buahan tidaklah kosong kalari kerana mereka sarat dengan segala nutrien. Dengan itu, buah dan sayur atau ulam adalah makanan asli sebenar.



nasi tidak mengandungi serat.


Serat kangkong memenuhi perut anda jauh lebih awal sebelum tahap gula naik dalam darah. Ini adalah disebabkan serat mengembang menjadi ‘ketulan’ besar memenuhi perut anda. Oleh sebab nasi tiada serat, anda menjadi penyumbat kalori kerana terpaksa makan banyak nasi sebelum ia mampu memenuhi perut anda.



nasi tiada rasa/perisa.


Gula adalah manis. Ada had pada memakannya. Berapa sudu gula mampu anda makan sebelum menjadi loya dan memuntahkannya? Bolehkah anda bayangkan memakan 10 sudu teh gula dalam sekaligus? Berapa mangkuk nasi anda makan pada makan malam?



nasi sentiasa menjadi sebahagian’ makan’ anda.


Sementara gula memenuhi makanan ringan sarapan dan minum petang atau pemanis dalam kopi anda, ia tidak menjadi sebahagian daripada ‘makan’ anda. Anda mampu mengambil 2-3 sudu kecil gula pada satu makan. Bagaimanapun anda mampu makan nilai bersamaan 2-3 mangkuk (20-30 sudu kecil) gula dalam satu makan. Saya selalu merasa hairan bila melihat seseorang biasanya memakan 4 mangkuk nasi (bersamaan 40 sudu kecil gula) di kedai ataupun warung dan kemudian semasa memesan teh tarik,”kurang manis! “.



MAHADI BIN ARIFIN, R Ph











“dalam menokok membuang homeostasis badan, kelebihan gula dalam darah menghasilkan akibat-akibat seperti:

menekan sistem imun dan mengganggugugat pertahanan badan terhadap jangkitan penyakit.
mengalih dan merusakkan pertalian galian-galian dalam badan; menyebabkan defisiensi kromiumdan kuprum dan mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium.
gula ‘dimakan’ sebagai makanan utama sel-sel kanser dan telah dihubungkan dengan kejadian kanser payudara, ovari, prostat, usus besar, pankreas, saluran biliari, peparu, perut dan hempedu.”


NANCY APPLETON, Ph D

Sumber : 100% Nutrisyen

3 comments:

Anonymous said...

boleh makan nasi...tapi sedikit cuma...ramai org slh fhm...pi melantak...sape suruh.

eynda said...

Rasanyer kalau sukatan secawan or mangkuk kecik masih ok kan...

cinta juliet zainal abidin said...

hye. blog walking. from 122.5kg skrg 97.5kg? gile la..waaa. awk leh jadi sumber penguat semangat saya la..huaaa..how did u do it? tabik spring!

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.