For Makeup Service, Contact Ika 012-2604959

Monday, November 9, 2009

Cara Mengamalkan Diet Sihat

Tubuh badan adalah aset yg penting.Kita perlu berusaha menjaga dan memperbaiki aset kita.Melabur dlm diet yg berkhasiat dan seimbang penting untuk menjaga aset kita yg paling berharga iaitu kesihatan kita.Berikut adalah beberapa langkah mudah utk merancang pengambilan makan kita sambil memastikan ia sesuai dgn usia dan keadaan fizikal kita.

Kurangkan Lemak dan Kolesterol
Lemak dan kolesterol adalah punca utama sekatan arteri yang menigkatkan risiko serangan jantung dan strok.Oleh itu,usaha mengehadkan lemak tepu yang anda makan merupakan langkah paling penting yang boleh diambil utk mengurangkan kolesterol darah dan menurunkan risiko penyakit arteri koronari.
Cara terbaik utk mengurangkan pengambilan lemak tepu ialah dengan mengehadkan jumlah lemak pejal seperti mentega ,marjerin dan lelemak apabila memasak makanan.Jika boleh,gunalah gantian yg rendah lemak.
Apabila anda menggunakan lemak,pilih lemak mono x tepu seperti minyak zaitun atau minyak jagung.Ini kerana lemak mono x tepu dan poli x tepu boleh membantu mengurangkan kolesterol darah anda secara keseluruhan.Bagaimanapun,kesederhanaan adalah sangat penting.Segala jenis lemak mempunyai nilai kalori yg tinggi dan hendaklah diguna secara sederhana.

Cara Mudah Untuk Kurangkan Pengambilan Lemak dan Kolesterol
#Membakar,memanggang atau menyalai makanan.Dan jika boleh,elakkan menggoreng makanan.
#Pilih daging yang rendah lemak seperti ayam,ikan,daging tanpa lemak yang boleh dilihat dan tanpa kulit.
#Hadkan daging yg mengandungi terlalu banyak lemak seperti sosej,salami,pepperoni,lamb chop dan daging goreng.
#Banyakkan makan buah-buahan dan sayur2an segar.Gunakan buah-buahan sebagai pencuci mulut untuk menggantikan manisan tinggi lemak dan gula seperti aiskrim,kek dan kuih-muih.
#Gunakan produk tenusu rendah lemak seperti susu rendah lemak,keju rendah lemak tau tanpa lemak,krim masam rendah lemak atau keju krim.

Pilih Protein Rendah Lemak
Daging,ayam,itik,ikan, susu dan telur adalah antara sumber protein yang terbaik.Tetapi anda perlu berhati2 memilih sumber protein yg rendah lemak seperti susu skim,bukan susu penuh dada ayam tanpa kulit,bukan kepak dan bahagian2 lain yg banyak lemak dan kulit.
Ikan adalah satu lagi pilihan yang lebih baik daripada daging tinggi lemak.Sesetengah jenis ikan seperti bass laut,bawal putih,kod dan tuna lebih rendah lemak keseluruhan lemak tepu dan kolesterol jika dibandingkan dengan daging,ayam dan itik.
Kekacang seperti kacang pis dan dal juga merupakan sumber protein yang baik.Ia bukan sahaja tidak mengandungi kolesterol tetapi juga rendah lemak.Kacang soya juga salah satu jenis lagi kekacang yang sangat baik untuk jantung.Ini menjadikannya pilihan yang lebih baik untuk menggantikan daging.

Tambah Sayur-sayuran dan Buah-buahan Dalam Diet Anda
Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah rendah kalori,kaya dengan serat makanan,vitamin dan zat galian yang baik.Serat larut yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu menurunkan kolesterol darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung serta membantu mencegah penyakit kardiovaskular.
Pengambilan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan ke dalam diet boleh mengenyangkan dan membantu mengelakkan pengambilan makanan snek yang tidak sihat.
Bila makan di luar,pilih resepi yang mengandungi sayur-sayuran atau buah-buahan sebagai ramuan utama.Jangan mencicah sayur-sayuran atau buah-buahan dalam kuah,santan,sos pekat atau krim.

Pilih Bijirin Penuh
Bijirin penuh adalah sumber serat,vitamin dan zat galian seperti tiamina,riboflavin,niasin,vitamin E dan magnesium,fosforus,selenium,zink dan zat besi.
Pelbagai nutrien yang terdapat dalam bijirin penuh memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah dan kesihatan jantung.Anda boleh menambah pengambilan bijirin penuh dalam diet anda dengan membuat penggantian yang mudah.
Pilih roti bijirin penuh bagi menggantikan roti putih.Pasta gandum penuh untuk menggantikan pasta biasa dan beras perang untuk menggantikan beras putih biasa.
Pilih bijirin tinggi serat untuk sarapan seperti emping bran atau gandum pecah untuk menggantikan mufin dan donat.Dan gunakan tepung gandum penuh bagi menggantikan tepung putih biasa bila membuat kuih.

Amalkan Kesederhanaan
Mengetahui jenis makanan yang boleh dimakan dapat membantu anda mengamalkan diet yang sihat.Tetapi anda juga perlu tahu berapa banyak makanan yang boleh diambil.
Mengisi pinggan hingga penuh,mengambil tambahan kedua dan memilih sajian bufet boleh menyebabkan anda mengambil kalori,lemak dan kolesterol secara berlebihan.
Sajian yang disediakan di restoran biasanya jauh lebih banyak daripada yang anda perlukan.Sentiasa pastikan yang anda mengambil sedikit sahaja daging,ayam dan ikan supaya anda mempunyai ruang untuk mengambil banyak sayur-sayuran,buah-buahan dan bijirin penuh.

Perancangan Adalah Penting
Adakah anda sudah bersedia untuk memberi komitmen kepada kesihatan anda?Jika anda sudah bersedia,bermakna anda juga sudah bersedia untuk melaksanakan rancangan tindakan anda.
Pilih makanan untuk setiap waktu makan dan snek dengan mengutamakan sayur-sayuran,buah-buahan dan bijirin penuh,Hadkan pengambilan daging dan makanan berlemak.
Awasi jumlah makanan yang anda ambil dan pelbagaikan pilihan menu anda.Pilih segala jenis makanan tetapi makanlah secara berpatutan.Sesetengah makan mengandungi lebih banyak lemak secara semula jadi.
Jangan ketepikan makanan berkhasiat daripada diet anda disebabkan kandungan lemaknya.Ambillah dalam jumlah berpatutan.
Sebaliknya,cuba kurangkan sajian makanan yang disediakan dengan lemak tambahan seperti makanan bergoreng dan kek.Sebagai contoh,sepotong keju lebih sihat daripada kentang goreng atau French fries.
Mungkin terdapat beratus-ratus lagi petua lain yang boleh membantu anda membaiki kesihatan anda.
Walau siapapun diri anda dan tahap kecergasan anda,amalan diet yang lebih sihat dan usaha menurunkan berat badan adalah lebih mudah daripada yang disangkakan.Penting untuk anda menggunakan akal fikiran dan kebijaksanaan untuk mengamalkan diet yang sihat.
Menahan diri daripada makan makanan kegemaran anda boleh mendatangkan kesan yang sebaliknya dalam usaha menukar diet atau tabiat makan anda dalam jangka panjang.Ia boleh menimbulkan keinginan yang meluap-luap dan mencetuskan pelbagai kitaran yang tidak diingini dalam pengurusan diet anda.
Sebaik-baiknya,anggaplah taniat makan yang sihat sebagai larian maraton dan bukannya larian pecut.Hanya dengan melakukan perubahan-perubahan yang boleh anda amalkan sepanjang hayat,anda dapat menikmati diet yang sihat.

Sumber : MyMesra

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK..zukawaii at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.