JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Wednesday, October 28, 2009

Gejala 'Kurus Jadi Cantik' Bahaya Kesihatan


Diet tidak penuhi keperluan sistem badan boleh bantutkan perkembangan formal tubuh terutama wanita muda

BAGAIMANA menilai seseorang itu cantik? Adakah kulit bersinar dan kelihatan muda atau bertubuh langsing itu menawan?

(Sumber:www.bharian.com.my, 2007)

oleh Siti Nur Almizan Aripin

Kedua pakej itu sebenarnya datang seiringan dan boleh dianggap pelengkap hidup seorang wanita. Malah, wanita akan berasa beruntung jika mempunyai kedua-dua pakej berkenaan.

Tapi tahukah anda cara memiliki kulit yang cantik dengan tubuh yang langsing? Sebenarnya, manusia tidak memerlukan produk kecantikan tertentu untuk memiliki kulit dan badan yang cantik atau sihat kerana makanan seharian yang dimakan sudah mempunyai kandungan nutrien semula jadi mencukupi untuk kulit.

Pakar Pemakanan Persatuan Penyelidikan Obesiti Malaysia (Maso), Dr Nik Shanita Safii, berkata pengambilan makanan yang diperlukan tubuh seseorang adalah berbeza mengikut keperluan.

"Secara amnya, tubuh memerlukan sumber protein, lemak, karbohidrat, vitamin, mineral dan air secukupnya kerana setiap kategori makanan membekalkan nutrien yang penting untuk memperbaiki dan membentuk sel baru badan,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada Seminar Remaja dan Pemakanan, baru-baru ini.

Nik Shanita berkata, fenomena diet untuk kurus dan cantik di kalangan remaja dan wanita ketika ini menjadi gejala yang amat membimbangkan.

Kajian dijalankan Poh et al (2001,2002) terhadap pelajar perempuan sekolah menengah mendapati, 94 peratus tidak puas hati dengan imej tubuh sendiri manakala 23 peratus berisiko mengalami anoreksia nervosa.

Katanya, diet yang tidak dapat memenuhi keperluan sistem badan akan membantutkan pertumbuhan dan perkembangan normal badan terutama remaja.

Apa yang kerap terjadi dalam tabiat pemakanan remaja dan wanita adalah apabila mereka mengawal pemakanan sehingga tidak mampu memenuhi keperluan badan akibat kekurangan tenaga, kalsium dan ferum.

"Arus pemodenan juga menyebabkan ramai yang mengejar waktu sehingga berlaku perubahan dalam tabiat makan,” katanya.


Beliau berkata, remaja dan wanita kini lebih gemar makan di luar berbanding memasak sendiri makanan, memilih kudapan yang tidak mengandungi zat sebagai pengalas perut, melangkau waktu makan terutama sarapan pagi dan tabiat memakan makanan segera.

Pengambilan snek yang berkhasiat pada masa yang betul adalah memadai tapi perkara sebaliknya kerap berlaku. Malah, snek kebanyakannya mengandungi lemak, garam dan gula berlebihan.

“Pilihan snek yang betul akan memperbaiki diet seseorang misalnya melalui pengambilan buah-buahan, roti dan kekacang.

“Makanan segera tinggi lemak total dan lemak tepu serta mengandungi kolesterol dan natrium yang berlebihan. Menjadi keperluan bagi seseorang ketika ini untuk mengambil makanan segera yang jelas tidak baik untuk kesihatan kadangkala hampir setiap hari,” katanya.

Persoalannya, apakah caranya untuk terus kekal sihat seperti disarankan agar anda lambat dimamah usia serta memiliki tubuh kekal sempurna?

Jawapannya adalah tabiat pemakanan harian anda. Ia memberi kesan yang memberangsangkan dan menjadi diet awet muda yang mampu melambatkan proses penuaan anda.

Nik Shanita berkata, remaja dan wanita yang sihat dengan perkembangan fizikal yang baik dapat berfungsi secara berkesan dan sukar mendapat sebarang masalah kesihatan.


FAKTA:

Nutrien Untuk Kulit

Nutrien Untuk Kulit - makan banyak sayuran berdaun hijau, sayuran dan buah-buahan berwarna kuning, bijirin, kekacang, daging dan makanan laut yang mengandungi vitamin A, C dan B6, dan mineral zink.

Karbohidrat

Fungsi sebenar karbohidrat adalah menghasilkan tenaga. Karbohidrat membekalkan tenaga segera sebanyak 55 hingga 60 peratus sehari kepada tubuh. Ia juga bertindak mengekalkan aras kandungan gula dalam darah. Jika diet harian tidak membekalkan karbohidrat mencukupi, secara automatik tubuh terpaksa menggantikan protein sebagai sumber tenaga. Masalahnya, jika perkara itu dibiar berlarutan, protein yang sepatutnya dimanfaatkan untuk membina sel tisu, enzim dan hormon akan terbantut dan habis sebelum waktunya. Keadaan itu menyebabkan seseorang kelihatan tua dan tidak bermaya.

Cara Bijak Untuk Kekal Sihat

# Jadikan ia sebagai komitmen. Kekal sihat dan cergas adalah untuk selamanya bukan untuk tempoh seminggu atau sebulan.

# Pastikan tabiat pemakanan dan senaman sebagai rutin harian dan jangan hangat-hangat tahi ayam.

# Sediakan buku diet harian untuk mengawal pengambilan makanan anda.

# Bijak menyeimbangkan corak pemakanan harian dan jika anda menyukai ais krim, jangan sekat keinginan tetapi pastikan kuantiti kalori tidak melebihi jumlah sepatutnya.

# Jangan terlalu memaksa diri untuk kurus. Jika lemak pada badan anda terlalu degil, jangan putus asa. Fokus pada jenis diet dan senaman bersesuaian, cuba lagi.

# Sentiasa jadikan kejayaan sebagai ganjaran untuk memotivasikan diri.

INFO:
Tip Memilih Makanan Yang Betul

# Minum sepuluh gelas air sehari supaya kulit sihat dan lembap. Air juga bertindak sebagai bahan membantu tubuh mengepam keluar toksik dalam badan.

# Jauhi snek dan makanan segera yang sememangnya sedap kerana kandungan sodium yang tinggi di dalamnya. Namun, jika diambil dalam jumlah yang banyak, unsur kimia dalam makanan berkenaan akan menjadi racun yang boleh mengganggu organ tubuh.

# Lebihkan pengambilan protein yang bukan berasaskan haiwan misalnya kacang soya. Protein dari haiwan tidak baik kerana ia lemak tepu dan tinggi kolesterol.

# Awas dengan susu atau produk tenusu kerana bagi mereka yang berkulit sensitif, produk tenusu dipercayai berpotensi tinggi menghasilkan mukus yang memberi reaksi alergi. Semakin meningkat usia, tubuh kehilangan enzim penting yang boleh memecahkan gula dalam susu atau produk tenusu. Gantikan dengan yogurt rendah lemak kerana ia mengandungi bakteria baik yang berupaya menyerap nutrien dengan baik.

# Jangan kedekut untuk membeli sistem penapis air yang berkualiti. Air yang bersih boleh merangsang awet muda.

# Anda penggemar kopi? Tahukah anda minuman seperti kopi atau apa saja yang berkafein sebenarnya bersifat toksik kepada badan? Ia menyebabkan pengoksidaan kulit menjadikannya cepat berkedut.

# Jika anda mengimpikan berat badan ideal, jauhkan makanan berasaskan lemak tepu, berprotein tinggi dan mengandungi kolesterol dalam diet anda.

# Cuba makanan berasaskan karbohidrat kompleks. Ia bukan saja mengekalkan aras gula dalam darah tapi turut memanjangkan hayat alteri anda.

Sumber :
Jabatan Kesihatan Awam

1 comment:

Anonymous said...

best baca tips ni....akan diikuti

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.