JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Wednesday, July 29, 2009

Tips Kurangkan Letih dan Penat


Saya baru balik dari kampung semalam. 2 hari dikampung, macam2 aktivti telah dilakukan. Pergi kebun, makan durian, makan rambutan, makan manggis, makan pisang dan macam2 buahan2 lagi, pergi kenduri kahwin kawan lama, cangkul tanah belakang rumah, mandi sungai dan naik motor pusing2 kampung. Pendek kata, masa 2 hari di kampung, penuh dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan….

Tapi…hari ni, badan terasa begitu lesu, penat dan meletihkan. Tambahan lagi, hari ni hari Isnin. Hari Isnin ialah hari paling sibuk saya. Pagi ni saja ada 2 meeting kena attend. Petang ni pula 1 lagi meeting nak kena masuk.

Bercakap tentang penat, letih, lesu dan masalah tidak bertenaga ni. Saya ingin kongsikan dengan anda, tips cara mengatasinya.

Antara yang boleh diamalkan ialah ;


1. Minum air limau nipis / jus oren.
Pastikan anda minum jus yang fresh. Bukan yang kordial punya. Jus oren atau limau nipis mampu menyegarkan badan. Kalau tak nak minum jus, makan buah limau pun OK.

Dalam peti ais rumah saya di kampung, pasti ada stok buah limau. Sebab apabila selesai bekerja (bertani), abah saya pasti akan makan sekurang2nya sebiji limau. Apabila saya tanya kenapa abah suka makan limau lepas balik dari kebun, abah saya kata, makan limau dapat menyegarkan badan dan mengurangkan keletihan.

Maka sejak dari hari itu, dalam peti ais rumah saya di KL ni pun, pasti ada stok buah limau. Apabila balik dari ofis, masuk saja ke dalam rumah, perkara pertama saya buat ialah, buka peti ais, ambil sebiji limau…dan ngap ngap ngap. Lepas pekena sebiji limau, memang badan terasa segar sedikit.

2. Mandi dengan air panas
Cara kedua yang saya amalkan dalam mengurangkan rasa penat dan lesu ialah mandi dengan air panas. Ramai orang lebih suka mandi air sejuk untuk menyegarkan badan. Tapi cara saya terbalik pula. Saya punya style, saya akan mandi air panas.

Saya tak tau yang mana satu lebih berkesan. Tapi saya masih ingat lagi masa saya belajar di Jepun. Kawan-kawan jepun saya selalu cakap, antara cara diorang mengurangkan lesu dan penat badan, diorang akan berendam dalam ‘ofuro’ (air panas) atau ‘bathtub’.

Kalau berendam atau mandi dengan air panas, pengaliran darah dalam badan akan jadi lancar dan sempurna. Angin dalam badan juga mampu dikeluarkan dari dalam badan. Ini membuatkan badan terasa ringan dan lebih segar. Malah, kalau mandi dengan air panas, kita akan dapat tidur lebih lena. Itulah amalan orang2 Jepun.


mandi air panas dapat meredakan ketegangan

Dan saya pun, hingga sekarang memang sangat suka mandi dengan air panas ni. Sampai isteri saya pun naik pelik, kenapa la saya suka sangat mandi air panas. Pagi petang siang malam saya akan mandi dengan air panas, sedangkan dia pulak, tak suka langsung mandi air panas. Mandi pagi pun isteri saya akan mandi dengan air sejuk. Saya tak tahu kenapa dia tak suka benar dengan air panas ni.

Tapi tu lah. Seperti yang saya katakan, mandi air panas memang boleh meredakan ketegangan, sekaligus mengurangkan rasa letih. Dan membuatkan anda dapat tidur lebih lena.

Isteri saya selalu pelik dengan saya, kenapa la saya ni mudah sangat untuk tidur. Letak jer kelapa atas bantal, tak sampai seminit pun dah boleh terlelap. Malah, tidur saya pun nampak sungguh lena, kata isteri saya.

Saya jawab mudah saja. Kalau nak tau, rahsia mudah tidur dan supaya tidur lebih lena ialah, mandi malam mesti mandi dengan air panas. InsyaAllah, kalau anda amalkan ini, anda pasti akan mudah untuk tidur, dan tidur anda pun jadi lena. Badan pun, semestinya jadi lebih segar dan tidak berasa penat sangat.

Tak percaya? Cubalah….

Sumber : Pakar How To

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.