9 April 2008
Makanan memang memainkan peranan yang sangat penting kepada kesihatan tubuh badan. Pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan anda berhadapan dengan pelbagai risiko penyakit seperti diabetes, obesiti, darah tinggi, jantung dan kanser. Ada di antara penyakit-penyakit ini boleh membawa maut. Oleh itu, lebih baik ambil tahu khasiat sesuatu makanan itu sebelum anda menikmatinya. Berikut merupakan 10 jenis makanan yang mempunyai pelbagai kebaikan untuk tubuh badan.
1. Coklat
Melalui kajian yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik. Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria. Kasein di dalam coklat susu pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid. Selain itu, ia juga membantu dalam pertumbuhan gigi.
2. Cendawan Shitake
Cendawan shitake kaya dengan vitamin B dan serat. Malah, ia rendah kalori, membantu mengurangkan kolesterol dan menghindari masalah saluran darah yang mengeras. Shitake digunakan untuk semua jenis penyakit membabitkan fungsi ketahanan yang lemah seperti barah, AIDS, alahan persekitaran, serta demam dan selesema yang kerap.
3. Buah-buahan Kering
Selain daripada enak dimakan begitu sahaja, buah-buahan kering juga sangat lazat apabila dicampur ke dalam kek, ais krim dan bijirin sarapan pagi. Malah, buah kering mengandungi 4-5 kali ganda lebih banyak tenaga dibandingkan buah segar dalam berat yang sama. Ini bermakna ia merupakan makanan penghasil tenaga yang baik. Satu kajian yang dilakukan oleh Gene Spiller, ahli nutrisi dan pengarah Health Research and Studies Centerdi Los Altos, California mendapati kismis mengandungi sebatian untuk menurunkan kadar kolesterol.
4. Ubi Merah
Hasil daripada beberapa kajian yang pernah dilakukan, ubi merah ternyata memiliki pelbagai khasiat yang sangat baik kepada tubuh badan. Antara kebaikannya, ia mampu menurunkan kadar gula dalam darah, mengurangkan risiko diserang penyakit jantung dan meningkatkan daya ingatan. Selain itu, ubi merah juga merupakan agen antioksidan yang sangat baik memandangkan ia mengandungi trio antioksidan yang terdiri daripada vitamin C, E dan betakarotena. Dengan tingginya kadar antioksidan pada makanan ini, maka ia mampu mencegah radikal bebas, mengurangkan risiko serangan jantung dan juga anti kanser. Bagi penderita diabetes, ubi merah yang kaya dengan kandungan serat dan rendah kalori sangat menguntungkan kerana ia berupaya mengawal dan memperlambatkan peningkatan gula dalam darah.
5. Epal
Menurut kajian yang telah dilakukan oleh US Apple Association pada tahun 1992, epal mengandungi boron yang dapat membantu tubuh wanita mempertahankan kadar estrogen ketika menopous. Malah gangguan penyakit yang sering terjadi akibat kekurangan estrogen seperti sakit jantung dan tulang rapuh dapat dicegah dengan bantuan boron. Seperti buah-buahan lain, epal juga kaya dengan serat, fitokimia dan flavanoid. Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Kanser Nasional Amerika Syarikat mendapati, kandungan flavanoid yang terdapat pada epal mampu mengurangkan risiko terkena kanser paru-paru sehingga 50 peratus. Tidak hanya itu, zat fitokimia yang terdapat pada kulit epal juga bermanfaat untuk mencegah pertumbuhan sel kanser usus sehingga 43 peratus.
6. Sup Ayam
Beberapa kajian mendapati, sup ayam mampu memecahkan kahak dan melancarkan pernafasan tersumbat. Ini kerana daging ayam mengandungi asid amino yang dikenali sebagai ‘cysteine’ yang dibebaskan semasa anda menyediakan supnya. Asid amino ini mempunyai kesan yang sama seperti ‘acetylcysteine’, sejenis ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat saki kerongkong. Wap panas sup ayam terbukti lebih berkesan berbanding wap air panas untuk melancarkan hidung tersumbat akibat selesema.
7. Kerang-kerangan
Banyak orang beranggapan, kerang-kerangan seperti udang karang , tiram dan kepah mengandungi kolesterol dan natrium yang tinggi, sehingga boleh menyebabkan penyakit jantung, strok dan beberapa penyakit merbahaya yang lain. Namun begitu, sebenarnya makanan ini juga mengandung vitamin dan mineral serta bahan lain yang sangat baik untuk kesihatan. Misalnya, kandungan lemak omega 3 daripada makanan ini dapat mengurangkan risiko terkena serangan jantung. Lebih istimewa, lemak omega 3 daripada kerang-kerangan berfungsi melancarkan otot jantung, menurunkan tekanan darah, mengurangkan penggumpalan darah, dan tidak meningkatkan kolesterol. Di samping melindungi jantung, makanan ini juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral. Ada vitamin B12 yang bermanfaat dalam pembentukan sel darah merah, memperkuatkan daya ingatan, dan meningkatkan stamina.
8. Pasta
Makanan ini boleh menggantikan nasi kerana ia berasaskan bijirin yang tinggi serat dan karbohidrat kompleks. Bagi setiap 240 gram pasta yang telah dimasak, ia bebas daripada kolesterol dan sodium (jika air rebusan tidak ditambah dengan garam) serta rendah lemak dan kalori. Pasta juga merupakan sumber thiamin, zat besi, riboflavin, dan niasin yang baik. Satu hidangan pasta menyumbang dua gram serat diet dan tujuh gram protein. Setiap120 gram pasta kering mengandungi kira-kira 100 mikrogram asid folik; 25 peratus daripada keperluan harian yang disyorkan. Oleh kerana ia mengandungi nilai karbohidrat yang tinggi, ini menjadikan pasta sebagai salah satu sumber tenaga yang baik untuk tubuh badan dan otak. Jika mahu menurunkan berat badan, jangan takut untuk menikmati pasta, ia tidak menggemukkan. Secawan pasta yang telah dimasak (1/2 cawan bagi yang belum dimasak) hanya mengandungi 200 kalori dan bebas daripada kolesterol.
9. Kurma
Jean Carper dalam bukunya ‘Food, Your Miracle Medicine’ menyatakan, kurma mempunyai fungsi seperti aspirin. Kurma kering, katanya, mengandungi aspirin semulajadi yang sangat tinggi. Kurma juga mampu menurunkan risiko serangan strok. Ini kerana kandungan kaliumnya yang tinggi. Kandungan lemak yang ada pada kurma juga boleh diabaikan. Dengan karbohidrat yang tinggi, ia membuatkan buah ini mampu menyumbangkan tenaga yang tinggi. Kurma mengandung zat gizi penting bagi fungsi tubuh, terutama pada jantung dan pembuluh darah, iaitu kalium. Fungsi mineral ini membuat denyut jantung makin teratur, mengaktifkan pergerakan otot, serta membantu mengatur tekanan darah. Itulah sebabnya kurma menjadi istimewa.
10. Tuna
Jika ingin meningkatkan tahap konsentrasi, pilihlah menu sarapan yang boleh membantu. Makanlah ikan tuna yang kaya dengan protein dan rendah lemak. Kombinasi dua gizi makanan ini sangat baik untuk meningkatkan konsentrasi. Sebagai bonus, omega 3 yang terkandung di dalam tuna baik untuk kesihatan otak dan jantung.
Sumber : Gua.com
Bukan sebarangan diari...
Wednesday, July 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959
No comments:
Post a Comment