KACANG PANJANG KAYA DENGAN ANTI-OKSIDA
Kacang panjang , sayur yang boleh dipelbagaikan dalam masakan…terutamanya nak raya…
Yalah, nak masak sayur lodeh, kena ada kacang panjang kan.
Tapi kebanyakan kita kurang tahu, bahawa kacang panjang mempunyai
anti-oksida yang tinggi dan berfungsi sebagai anti-bakteria, anti-virus dan anti-kanser, terutamanya kanser yang paling ditakuti kaum wanita iaitu kanser payudara.
Kacang ini juga bermanfaat dalam menyembuhkan masalah gangguan saluran kencing, batu ginjal, demam berdarah, kurang darah, sakit pinggang dan pembengkakan.
Selain itu, ia juga mampu mencegah kelainan antibodi serta meningkatkan fungsi limpa dan sel darah merah. Buat individu yang selalu tidak berselera dan bermasalah dalam membuang air besar disarankan memakan kacang panjang kerana khasiat yang terkandung di dalamnya dapat mengatasi masalah-masalah tersebut.
Sumber : Sihat dan Cantik di Alam Maya
Bukan sebarangan diari...
Thursday, June 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959
2 comments:
suke gak makan kacang panjang ni...apapun, suke kan la kte makan sayur banyak2 ye..hehe
tak leh makan byk ngat...nanti kena gout...hehe
Post a Comment