Bukan sebarangan diari...
Monday, March 16, 2009
Aizat Hilang 4kg Seminggu
KUALA LUMPUR, 25 JUN 2008: Bintang Akademi Fantasia 5 (AF5), Aizat menyifatkan kehilangan berat badan yang dialaminya ketika ini adalah proses yang tidak dirancang.
Dia yang pernah memiliki berat badan 112 kilogram sebelum ini sudah boleh tersenyum apabila beratnya sekarang tinggal 84 kilogram. Semuanya berlaku dalam masa 3 bulan.
"Pada Januari lalu, saya mula cuba berjogging sebagai riadah untuk mengisi masa lapang. Selepas itu saya mula merasakan begitu selesa sebelum menjadikan aktiviti ini sebagai rutin dan ia mula berkesan sehinggakan saya dapat menghilangkan berat badan sebanyak 4 kilogram seminggu.
"Untuk mengekalkan kesihatan, saya mengamalkan pula pemakanan yang lebih stabil dan berkhasiat. Saya juga ada berkunjung ke gimnasium sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
"Mungkin ramai anggap saya makan ubat kurus tetapi ia tidak benar. Saya tidak pernah mengambil ubat kurus secara melampau," katanya selepas majlis pelancaran album sulungnya, Percubaan Pertama, di Pavilion Kuala Lumpur, petang tadi.
Anak ke-5 daripada enam beradik ini, memulakan langkah terbaru selepas melancarkan album solo hasil titik peluhnya dibantu ahli keluarganya. Malah Aizat bertuah kerana dikelilingi keluarga yang selalu menyokong karya seninya.
Kebanyakan lagu dalam album Percubaan Pertama adalah hasil karya adik-beradiknya iaitu Amar dan Anas. Selepas setahun keluar daripada AF5, dia sudah memiliki syarikat rakaman sendiri iaitu Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd yang diuruskan oleh ahli keluarganya sendiri.
Kini Aizat baru saja menghabiskan program asasi di Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM). Dia akan meneruskan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Bunyi di tempat yang sama. Ahad lalu, Aizat juga menjayakan pertunjukan amal di Zoo Negara, sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2008.
Info Tambahan:
Jelas Aizat, berat badannya sudah turun daripada 112 kilogram (kg) ke 88 kg. Berkat usahanya yang konsisten, alhamdulillah hasilnya cukup mengujakan. Tambahnya lagi, Jumaat umpama hari ‘pembalasan’ untuk dirinya membedal apa saja makanan yang diingini.
“Sudah empat bulan berlalu, saya nekad menguruskan badan dengan tiga langkah. Pertama, kurangkan makan. Kedua, bersenam dan cara ketiga ialah menggabungkan langkah pertama dan kedua secara konsisten. Saya akan ke gimnasium dua kali dalam seminggu ataupun berenang di rumah mengikut kesesuaian waktu. Saya juga akan berjoging selama 35 minit di mana-mana kawasan yang dirasakan sesuai."
“Saya hanya menyentuh nasi seminggu sekali. Hari Jumaat saya jadikan sebagai hari untuk saya menghayati nikmat erti sebuah makanan. Selalunya, hari itu saya akan ke rumah nenek, Norly Abdul Karim. Hari itu saya akan belasah dan bedal saja makanan yang saya rasa mahu."
“Selain itu, saya juga mengutamakan makanan berorganik, berserat dan berorientasikan sayur-sayuran seperti salad. Makanan berorganik ini berkhasiat tinggi kerana ia tidak diproses dan tidak mempunyai campuran kandungan bahan kimia,” katanya dengan penuh teruja.
tentang
Kisah Kejayaan,
Motivasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959
No comments:
Post a Comment