Atas permintaan rakan sy Azwa, maka senarai menu ni sy post kan...thanx to her sbb remind utk post menu ni..sy ada niat nak postkan, cuma terlupa..hehe..
Sy dapat menu ni dr gym..Mamat gagah perkasa yg bagi..hehe..anda boleh ikut menu ni utk pemakanan yg teratur and tak perlu sakit kepala nak makan ape..
oklaa...selamat mencuba..
*Amalkan selama 6 hari berturut2 dan beri anda kelonggaran pada hari ketujuh.Kemudian, ikut semula diet ini bersama program senaman yang konsisten.
8.00 PAGI
-2 keping roti bakar
-sapu dengan mentega rendah lemak atau jem buah2an
-1 cawan susu rendah lemak
-1 gelas air suam
atau
-2 biji telur rebus (ambil putih sahaja)
-1 mangkuk quacker oats or cornflakes bersama susu skim atau rendah lemak
-1 cawan kopi atau teh (1 sudu kecil gula atau susu tanpa lemak sebagai krimer)
-1 gelas air suam
10.00 PAGI
-1 biji epal / limau / jambu batu
-1 gelas air
1.00 TENGAHARI
-1 gelas air suam (minum setengah jam sebelum makan)
-setengah cawan atau 4 sudu besar nasi putih atau 1 cawan nasi beras merah
-sup sayuran (tanpa minyak n kurang garam)
-1 ekor ikan (bakar atau kukus sahaja)
atau
-1 gelas air suam
-2 biji ubi kentang rebus
-sepotong ayam bakar atau kukus (buang kulit)
-sayuran (boleh digoreng dengan separuh sudu besar minyak sahaja)
3.00 PETANG
-1 gelas susu atau milo (gunakan susu rendah lemak) *Jangan guna gula dalam minuman
-1 biji pisang atau 2 keping biskut (tanpa krim)
6.30 PETANG
-2 keping roti gandum (wholewheat) dibuat sandwich
-inti tuna atau sardin tambah cili
-timun dan mentega rendah lemak
(Jangan letak mayonis atau butter)
atau
-Salad sayuran (jangan bubuh dressing..kalau nak jugak, letak separuh sudu sahaja dan perah limau atau lemon) atau KFC GARDEN SALAD
-1 gelas air suam
8.00 MALAM
-1 mangkuk sup cendawan / sup ayam / sup sayur
atau
-1 keping biskut dan susu rendah lemak
-2 gelas air suam
Bukan sebarangan diari...
Monday, March 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959
1 comment:
woi..
nama aku!
hhahaa
Post a Comment