JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Saturday, April 23, 2016

Umrah 2016 : Menunaikan Umrah


Alhamdulillah... Allah swt beri peluang kedua pada sy utk dtg bertamu di rumahNYA dan menunaikan umrah sekali lagi... Previous visit alhamdulillah sy lakukan 3 kali... Pada kali ini juga sy lakukan 3 kali umrah... The rest sy banyak iktikaf di masjidil haram... Baca al-quran.. zikir...solat sunat... tawaf sunat dan sebagainya...

Sambungan entri yg lalu...

Selepas diberi rehat, kami berkumpul di lobi hotel dan bergerak bersama2 rombongan sebas... ada mutawwif yg jaga kami sepanjang kami berada di sana...

Mutawwif membawa kami ke masjidil haram... lebih kurang 15 minit berjalan kaki... Jarak hotel dgn masjidil haram ini sebenarnya yg menentukan harga pakej umrah kite.. semakin dekat dgn masjidil haram, semakin mahal laa pakej yg perlu kite bayar...

Sambil jalan, sambil bertakbir, "labbaikallahumma labaik.."

Ustaz mutawwif bawa sampai ke Kaabah... Perasaan tu.. hanya Allah swt yg tahu... Sy tak berapa reti nak terangkan.... Bila tgk Kaabah, ada doanya... pertama kali, ustaz akan bacakan doa.. kita amin kan saja....

Kemudian, niat tawaf... dan berjalan tawaf 7 kali keliling kaabah... ada bacaan nya... Ustaz akan baca dan kita akan ikut... ada buku diberi oleh pihak agensi..boleh baca sendiri juga jika tidak dengar suara ustaz...

Selesai sahaja tawaf, ustaz minta kami berehat sebentar sambil minum air zam2 sebelum kami teruskan dgn Sa'ie...

Tempat saie berdekatan juga dgn Kaabah..takde laa jauh mana... Ada signboard.. insyaallah boleh cari...

Niat Saie di bukit Safa, barulah mula berjalan.. Jika ternampak lampu hijau, sunat utk lelaki berlari2 anak....

Saie' ni utk org yg cepat semput mcm saya ni mmg agak mencabar laaa.. hahaha.. lagi2 suami pula jenis jalan laju...berapa kali suami kena tarik..sy minta dia perlahankan langkah..hahaha... kalau rasa letih, boleh je berhenti rehat sebentar sambil minum air zam2...

Habis saja saie tujuh kali, iaitu habis di Marwah, boleh la bertahalul...  potong sedikit rambut / bercukur.. :)

My husband just finished his very first umrah....alhamdulillah!!


Baru selesai bertahalul... Rasa seronok sangat masa ni sbb dah habis buat umrah yg pertama di tahun 2016...sangat2 dipermudahkan..alhamdulillah :)

Berehat sebentar sebelum pulang ke hotel... Cuba tgk waktu di atas.. pukul 2.45 pagi.. hehe.. Maknanya kami selesai umrah around 2 pagi :)



No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.