JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Tuesday, April 19, 2016

Umrah 2016 : Mekah Al-Mukarramah

4 hari 3 malam di Madinah Al-Munawwarah... Kemudian kami berangkat ke Mekah Al-Mukarramah...

Selepas solat Zuhur di Masjid Nabawi, kami melakukan ziarah wida' dahulu... Paling afdal ziarah masuk ke Raudhah... Tetapi atas kesuntukan masa, sy ziarah di luar saja...Berdekatan kubah hijau dimana dibawahnya terletak makam Rasulullah saw... Kemudian, sy dan keluarga ke perkuburan baqi'... sebelah masjid nabawi... Tinjau dr luar je... Bacakan al-fatihah buat arwah datuk (my mom's father) sy yg meninggal dan dikebumikan di Baqi' semasa mama berumur 12 tahun...Ketika itu arwah datuk dtg untuk menunaikan haji...

Selesai sahaja, balik ke hotel... Check out dan rombongan kami bergerak ke Mekah Al-Mukarramah...Kami dah bersiap sedia dgn pakaian ihram...

Kemudian, kami ke Bir Ali utk bermiqat iaitu melafazkan niat ihram / niat utk menunaikan umrah... dr hotel madinah ke Bir Ali dekat je.. tak sampai stgh jam pun.... di Bir Ali, tunaikan solat sunat ihram dan lafaz niat ihram....kebetulan waktu asar masuk... solat asar terus....

Madinah ke Mekah perjalanannya lebih kurang 5 jam.... Kami berhenti di RNR utk solat maghrib dan isyak (jama' qasar).. Kemudian makan malam juga di RNR.. nasi bungkus je..hehehe... tp nasi bungkus dekat arab pakai bekas aluminium tauuuu...hehehe

Kami sampai di Mekah lebih kurang jam 9 malam... check in hotel.... makan diberi... rehat sebentar...
kemudian ready for umrah!!!

first umrah kite akan dibawa oleh mutawwif (ustaz).... whole rombongan (satu bas) buat umrah sama2...

pergerakan umrah sy , sy akan ceritakan di next post yeee... hehehe

Hotel di Madinah... Tgh tunggu bas.. Dah nak berangkat ke Mekah Al-Mukarramah...

Di Masjid Bir Ali... Tempat Bermiqat...

My husband... His first Ihram :)

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.