SENAMAN
Adakah anda cepat berasa letih? Jika ya! Ini bermakna anda perlu meneliti semula rutin harian anda. Anda perlu memperuntukkan masa untuk bersenam. Ini bermakna walau sesibuk mana pun jadual harian anda, anda tidak seharusnya lupa untuk bersenam. Tidak bersenam bukan sahaja akanmembuatkan kesihatan anda terganggu, malah ia mengurangkan seri pada kulit anda, sekaligus nampak tidak bermaya. Jadi, luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk bersenam.
Kajian menunjukkan kurang senaman menambahkan risiko serangan jantung. Senaman dapat menguatkan otot, menggalakkan aliran darah, mengelak kegemukan dan memberi keceriaan dalam kehidupan. Jangan mulakan senaman yang berat jika anda tidak pernah berbuat demikian. Ini mungkin dengan sendirinya menyebabkan serangan serangan jantung. Apabila mengambil bahagian dalam sebarang program senaman jangan tergesa-gesa untuk meningkatkan aktiviti fizikal anda. Amalan yang baik patut dicontohi, misalnya janganlah menaiki kereta jika anda boleh berjalan kaki untuk ke sesuatu tempat. Ambillah bahagian di dalam sebarang aktiviti sukan yang anda gemari.
MANFAAT BERJALAN KAKI
Berjalan kaki adalah latihan yang baik untuk memulakan senaman dan dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan. Untuk memaksimumkan latihan anda, cubalah berjalan kaki sekurang-kurangnya satu jam di pagi hari. Untuk hasil yang lebih baik, awasi degup jantunganda pada 70% dari degup jantung maksimum anda (degup jantung maksimum sama dengan 90 degupan). Jalan kaki juga akan menguatkan semua otot di kaki dan dari satu jam anda berjalan dengan keadaan yang cepat akan dapat membakar sekitar 300 kalori.
UTK SENAMAN YG EFEKTIF
Senaman meningkatkan daya tahan tubuh sehingga 80%. Tetapi jika anda tidak sihat, anda tidak digalakkan melakukan senaman. Untuk senaman yang efektif, jadualkan kekerapan bersenam antara 3 hingga 5 kali seminggu. Anggarkan masa untuk bersenam, minimum antara 10 hingga 20 minit setiap sesi. Tetapi sebelum bersenam, pastikan anda mulakan dengan teknik memanaskan badan (warm up). Ketika bersenam, berikan tumpuan kepada aktiviti yang melibatkan seluruh tubuh badan seperti berlari, berjalan kaki, berbasikal, senaman aerobik, memanjat anak tangga dan berenang. Selepas tamat melakukan senaman, akhiri aktiviti anda dengan menyejukkan badan (cool down). Antara senaman ringkas yang boleh anda amalkan ialah :
MENAIKI TANGGA
Hampir setiappejabat mempunyai tangga. Jadi, apa kata jika anda menggunakan tangga berkenaan ketika bergerak kemana-mana kerana ini secara tidak lansung membantu anda menegangkan otot paha dan betis. Bagaimanapun, pastikan anda tidak memakai kasut yang bertumit tinggi kerana ia akan mendedahkan anda kepada risiko kecederaan ataupun tergelincir. Justeru, pastikan kasut yang anda pakai sesuai dan selesa dipakai selain tidak menyakitkan kaki. Selamat mencuba !
SKIPPING
‘‘Skipping’ juga adalah antara senaman ringkas dan mudah yang boleh anda lakukan pada bila-bila masa sahaja. Anda hanya memerlukan seutas tali ‘skipping’ dan ruang yang mencukupi. Walaupun agak mudah tetapi manfaat yang bakal anda perolehi daripada ‘skipping’ hampir sama dengan jogging. Ia membantu menguatkan otot-otot lengan, perut, paha dan juga boleh mengurangkan lemak dalam badan anda.
PEREGANGAN @ STRETCHING
Peregangan adalah antara perkara yang perlu anda berikan keutamaan sebelum melakukan sebarang senaman atau kerja-kerja lain. Peregangan penting untuk melegakan otot-otot anda dan bersedia untuk peringkat seterusnya. Peregangan juga dapat mengelakkan daripada berlaku kecederaan dan dapat memperbaiki ‘postur’ tubuh. Jadi luangkan antara 5 hingga 10 minit untuk melakukan regangan.
Apa Yang Perlu Ada Dalam Sebuah Senaman?
Sentiasa memulakan program senaman dengan melakukan latihan pemanasan selama 5 hingga 10 minit.
Lakukan regangan untuk memperbaiki keadaan tubuh anda agar lebih fleksibel.
Lakukan sedikit latihan aerobik bagi memperbaiki fungsi kardiovaskular.
Pilihlah senaman yang mampu menggerakkan otot dan tulang anda.
Diakhiri dengan senaman ringan selama 5 hingga 10 minit sambil menyedut nafas dalam-dalam
Sumber
Bukan sebarangan diari...
Wednesday, June 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959
No comments:
Post a Comment