SERONOK apabila mendengar ada orang terdekat di kalangan kita yang dulunya berisi, alih-alih berjaya menguruskan badan. Pasti jauh disudut hati teringin juga untuk memiliki bentuk tubuh yang menawan persis model.
Bagaimanapun, untuk menurunkan berat badan bukanlah mudah kerana memerlukan teknik yang betul. Meski pun anda berjaya mengurangkan berat badan, tetapi belum tentu ‘pengurangan’ itu tidak menjejaskan kesihatan tubuh anda. Oleh itu, sebelum memulakan ‘aktiviti’, anda perlu mengetahui rahsia pelangsingan yang betul.
UKUR BERKALA
Sebelum memulakan aktiviti, ukur dahulu fizikal anda. Bermula dengan timbang berat badan, ukur lilitan pinggang, pinggul dan lengan. Lakukan ukuran rutin secara berkala. Dengan itu, anda boleh mengetahui perkembangan sama ada aktiviti yang anda lakukan membuahkan hasil atau masih kurang.
ATUR POLA MAKAN
Selain itu, anda juga mesti mengubah pola makanan terutama kurangkan lemak, makanan yang manis dan karbohidrat. Bukannya tidak boleh makan sama sekali, tetapi sebaiknya, ambil secara minimum atau gantikan dengan versi rendah lemak. Contohnya daripada makan ais krim, cuba amalkan makan yogurt rendah lemak atau jus buah-buahan. Selain bermanfaat untuk mengurangkan berat badan, ia juga membantu menjaga kesihatan tubuh.
SEIMBANGKAN KELUAR MASUK
Jika berjaya mencapai berat badan ideal, tidak beerti anda tidak boleh makan makanan yang sedap lagi lazat. Prinsip dalam mempertahankan berat badan agar kekal stabil sebenarnya tidaklah rumit sangat. Yang penting ‘pengeluaran’ mestilah seimbang dengan kadar ‘kemasukan’. Sekiranya anda makan banyak, maka aktiviti yang perlu anda lakukan juga mesti banyak agar semua kalori yang masuk terbakar.
KAWAL PERASAAN
Rasa kenyang, lapar semuanya terletak dalam fikiran. Kalau anda yankin yang anda sudah kenyang, walaupun mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit, anda akan tetap berasa kenyang. Sebaliknya, jika anda makan banyak tapi di fikiran anda merasakan tidak cukup, maka ia akan membuat anda berasa lapar.
BUAT CATATAN
Ada baiknya sepanjang menjalani proses penurunan berat badan, anda sediakan buku harian untuk mencatat semua menu yang anda makan. Ia bertujuan memastikan anda mengikut garis panduan pemakanan yang disarankan. Dengan itu, anda akan tahu penyebab kenaikan atau perubahan berat badan sekiranya terjadi di kemudian hari.
BERSENAM
Tidak perlu melakukan senaman yang berat, yang penting teratur dan selamat untuk tubuh. Perlu diketahui bersenam mampu membuatkan tubuh anda kelihatan lebih bertenaga dan memberi ‘bentuk’ pada tubuh badan. Selain itu, dengan bersenam ia dapat meningkatkan stamina anda. Senaman mudah yang boleh anda lakukan ialah dengan berjoging di kawasan halaman rumah, mendaki tangga dan sebagainya.
LAKUKAN BERPASANGAN
Bagusnya jika kawan-kawan turut menyokong dan membantu usaha anda untuk hidup sihat. Apatah lagi apabila dapat lakukan aktiviti bersama-sama, tentu gembira bukan. Selian itu, cuba nada rancang acara keluarga yang bersifat lebih aktif dan sihat. Misalnya berenang, mendaki, menyediakan menu makanan sihat atau joging beramai-ramai, pasti menyeronokkan.
GAYA HIDUP
Jadikan hidup sihat sebagai gaya hidup anda. Apabila hidup sihat sudah menjadi gaya hidup, anda akan merasakan keperluan dalam bersenam dan mementingkan pengambilan makanan yang sihat. Tapi jangan pula terlalu ‘taksub’, bimbang nanti tersalah langkah. Sebaiknya seimbangkan di antara keperluan senaman dan juga penambilan makanan sihat.
AIR PUTIH
Kadang-kala anda tidak mampu mengawal pemakanan yang anda makan setiap hari. Lantaran tidak tahan dek godaan makanan yang enak-enak. Jangan risau anda boleh mengingkirkan makanan ‘jahat’ itu dengan banyakkan minum air putih. Air putih dapat membantu melarutkan bahan makanan yang ‘terlanjur’ masuk ke dalam perut. Ataupun anda boleh amalkan minum jus buah-buahan.
KEPENTINGAN SAYUR
Ramai orang menganggap sayur-sayuran adalah makanan sampingan sahaja. Hakikatnya, ia lebih dari itu. Amalkan makan sayur tiga hingga empat mangkuk sehari. Sayur membantu mencernakan penghadaman dan seterusnya membolehkan ia ‘bekerja’ dengan baik.
Bukan sebarangan diari...
Tuesday, June 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959
No comments:
Post a Comment