JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Monday, June 28, 2010

20 Jenis Makanan Bantu Anda Langsing

Selalunya makanan adalah musuh bagi mereka yang berdiet. Namun kebiasaannya juga rasa lapar yang hadir ketika berdiet mampu mematahkan semangat anda. Jadi, jangan lari dari makanan. Sebaliknya, cubalah bersahabat dengan mereka.

Keju
Keju dikatakan dapat membantu keberkesanan diet anda kerana ia mengandungi sejenis protein(whey protein). Protein ini akan merembeskan sejenis hormon untuk dihantar keotak sebagai 'signal' pemberitahuan anda sudah makan dengan secukupnya.

Putih Telur
Asid amino yang terkandung di dalam putih telur dapat membantu membina otot tubuh. Apabila proses ini berlaku, secara tidak langsung proses metabolisma badan anda juga akan meningka.

Bijirin Oat
Bijirin oat asli tidak mengandungi gula tambahan dan ia juga membantu mengekalkan kelancaran aliran darah.

Sayuran dan kekacang
Setengah cawan sayuran atau kekacang mengandungi hanya kira-kira 150 kalori dan kaya dengan serat, protein dan antioksidan.

Sushi
Sebiji sushi hanya mengandungi kira-kira 30 hingga 40 kalori sahaja. Namun ingat, jauhi sushi yang digoreng atau mengandungi mayonis.

Yogurt tanpa lemak
Pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan kerana ia hanya mengandungi kurang dari 10 kalori bagi satu sudu besar yogurt (yogurt asli). Boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan sebagai bahan tambahan di dalam salad atau sandwich sebagai pengganti kepada mayonis.

Limau nipis atau Lemon
Jus lemon atau limau nipis juga mampu membantu membuang lemak dalam tubuh. Haruman sitrusnya juga secara psikologi akan membuatkan anda terasa lebih segar untuk menikmati makanan sihat dan brkhasiat.

Energy bars
Pilihan terbaik sebagai snek atau minum petang kerana ia hanya mengandungi separuh lemak dan kalori berbanding mee goreng atau aiskrim.

Lobak merah
Lobak merah adalah makanan diet yang dijadikan pilihan sejak dahulu lagi. Ini kerana ia sangat rendah kalori iaitu hanya 52 kalori untuk satu cawan. Ia juga kaya dengan serat dan bagus untuk penghadaman.

Kerepek Soya
Biji soya yang dikering dan dibakar amat sesuai dijadikan snek ringan berbanding dengan kerepek lain. 1.3 auns kerepek soya mengandungi 140 kalori. Anda juga akan mendapat kira-kira 9gm protein untuk satu hidangan.

Buah-buahan kering
Ia kaya dengan serat dan tidak memiliki lemak tepu. Bagaimanapun kandungan kalori agak tinggi didalam buah-buahan kering. Jadi hadkan pengambilannya kepada 1/4 cawan sahaja.

Udang
Udang hanya mengandungi 84 kalori bagi 3 auns hidangan iaitu 2/3 daripada kalori yang terkandung di dalam daging ayam. Anda hanya perlu rebus udang yang telah dibuang kulit dan campurkan ia bersama sedikit minyak zaiton, kacang pis, garam dan lada sulah.

Pizza
Anda masih mampu menikmati pizza ketika berdiet tetapi hanya yang dimasak sendiri. Ini kerana dengan memasak sendiri anda mampu untuk mengawal kalori yang perlu ada dalam makanan anda.

Tofu
Tofu hanya mengandungi kira-kira 50 kalori bagi setiap 3 auns. Anda boleh jadikan tofu sebagai ramuan utama didalam sup atau dibakar.

Ayam panggang
Daging ayam berada dalam golongan daging putih. Anda boleh memanggang daging ayam (tanpa kulit) ini begitu sahaja atau hanya perap ia bersama lada dan herba tanpa sos dan sebagainya. Dengan ini, anda mampu menyelamatkan kira-kira 240 kalori dari masuk ke tubuh anda.

Ubi kentang manis
Satu biji ubi kentang sersaiz sederhana mengandungi kira-kira 115 kalori dan ia tidak akan menaikkan kandungan gula dalam darah anda berbanding dengan ubi kentang biasa. Tetapi, ia haruslah dibakar atau dipanggang dan bukannya digoreng.

Sos salsa
Sos salsa terdiri dari tomato segar, bawang dan cili yang ditumis bersama minyak zaiton. Dua sudu sos salsa yang digunakan adalah 50 kalori lebih rendah dan kurang 5 gram lemak berbanding krim sos.

Coklat panas rendah lemak
Campuran koko didalan secawan susu panas mampu memberi rasa kenyang pada anda dan sesuai diminum ketika bersarapan. Secawan minuman susu bercoklat panas tanpa gula mengandungi kira-kira 50 kalori.

Halia dan oren
Satu gelas minuman ini mengandungi 55 kalori. Halia juga berperanan untuk membuang angin dalam badan dan oren pula membekalkan sumber vitamin C terbaik dan dapat membantu penghadaman anda ketika berdiet.

Teh herba
Secawan teh herba sebagai minum petang mampu membantu meredakan ketegangan dan tekanan yang dialami sepanjang hari. Ia juga dapat membantu menghindarkan anda dari mengambil makanan yang banyak akibat tekanan.

Sumber

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.