Sebelum ini saya pernah berhenti melakukan senaman kerana merasakan bahawa ianya tidak mendatangkan sebarang kesan terhadap penurunan berat badan saya.
Namun begitu sekarang saya telah memulakan semula aktiviti bersenam kerana berdasarkan kajian yang saya lakukan saya telah mendapati bahawa:
Bersenam adalah satu-satunya cara yang paling murah dan berkesan untuk menurunkan dan mengawal berat badan!
Selain itu, berdasarkan pengalaman peribadi saya mendapati bahawa penurunan berat badan disebabkan senaman adalah berkekalan dan tidak mudah naik semula berbanding dengan cara diet yang lain.
Memandangkan saya pernah berhenti bersenam dan telah merasa betapa susahnya untuk memulakan semula aktiviti senaman setelah berhenti (walaupun untuk tempoh yang singkat), jadi hari ini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk membantu anda melakukan senaman secara berterusan.
a. Bersederhana dalam melakukan senaman terutamanya di peringkat permulaan.
Ini kerana, jika anda melakukan senaman dengan terlalu drastik (contohnya berlari selama sejam pada hari pertama), kebarangkalian untuk anda terus berhenti bersenam adalah sangat tinggi. Namun jika anda mulakan dengan berjalan dan diselangkan dengan berjogging selama 10-20 minit, ianya lebih menyeronokkan dan boleh meransang anda untuk melakukan senaman secara berterusan.
b. Bersenam secara berkumpulan.
Jika anda bersenam seorang diri, anda akan cepat merasa bosan dan tension. Tetapi jika anda bersenam secara berkumpulan, rakan anda boleh membantu memotivasikan anda. Anda juga akan merasa lebih malu untuk berhenti bersenam.
c. Membuat exercise plan dan membuat jurnal senaman.
Apabila anda mempunyai plan yang ditulis, secara tidak langsung anda akan merasa lebih komited untuk melakukan senaman. Jurnal senaman pula dapat membantu anda memantau aktiviti senaman anda dan melihat penurunan berat badan berbanding aktiviti senaman yang dilakukan.
d. Bawa anak ke taman permainan.
Salah satu cara untuk bersenam secara tidak langsung adalah dengan membawa anak-anak anda ke taman permainan. Di samping mengeratkan lagi hubungan dengan anak-anak, aktiviti ini juga dapat membakar kalori terutamanya jika anak anda agak nakal dan anda perlu sentiasa mengawal dan kadangkala mengejar mereka, seperti anak-anak saya..
Sumber
Bukan sebarangan diari...
Wednesday, February 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959
No comments:
Post a Comment