JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Friday, January 8, 2010

Panduan ke Arah Keluarga Sihat

Keluarga sihat terdiri daripada ahli-ahli keluarga yang sihat dari segi fizikal, psikologi, social dan kerohanian

Ciri-ciri keluarga sihat

Menginap dalam rumah yang selamat dan sempurna
Mempunyai pendidikan yang sewajarnya/mencukupi
Mengamalkan cara hidup sihat sepert makan secara sihat, bersenam secara tetap, tidak merokok dan mengamalkan kesihatan pergigian yang baik
Mengamalkan kesihatan reproduktif dan seksual yang optima
Memupuk keselamat emosi
Berkomunikasi dan berinteraksi secara positif
Menunaikan peranan dan tanggungjawab masing-masing
Beriadah bersama
Mempunyai sumber/pendapatan yang mencukupi
Mengamalkan nilai agama dan moral
Memupuk sokongan sosial
Kepentingan keluarga sihat

Keluarga sihat adalah asas bagi pembentukan sebuah negara yang sihat.sebuah keluarga yang sihat dapat memnuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, social dan psikologi secara optima disamping menutamakan kesihatan ahli-ahlinya dan masyarakat setempat

Amalan keluarga sihat

Makan secara sihat
Bersenam selalu
Mengamalkan kesihatan pergigian
Menjauhi daripada merokok
Mengamalkan kesihatan mental yang baik
Mengamalkan kesihatan reproduktif dan seksual yangoptima
Memastikan rumah yang selamat
Mengamalkan nilai agama dan moral
Memupuk sokongan sosial
Makan secara sihat

Pupuk amalan secara sihat bersama keluarga

Mulakan hari anda dengan sarapan pagi
Sarapan pagi memberikan anda tenaga dan nutrien untuk membolehkan anda berfungsi sepanjang hari
Pastikan ahli keluarga anda makan mengikut waktunya
Makan snek bila perlu. Pilihlah snek yang mengandingi kandungan lemak, gula dan garam yang rendah
Makan bersama boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mendidik ahli keluarga makan secara sihat
Ketika menyediakan hidangan keluarga, ambil perhatian terhadap keperluan pemakanan semua ahli keluarga terutama yang muda, yang tua dan juga mereka yang mempunyai keperluan pemakanan khas

Gunakan garis panduan makan secara sihat

Makan pelbagai jenis makanan
Makan lebih bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran
Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti-aktiviti fizikal
Pilih makanan yang kurang kandungan lemak, kolestrol, garam dan gula
Minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas air sehari
Sedia, hidang dan makan makanan yang bersih dan selamat
Bersenam selalu

Setiap ahli keluarga perlu bersenam - bukan sahaja ahli sukan. Anda akan mendapat faedah dari aktiviti fizikal dan senaman yang tetap

Faedah-faedah bersenam

Menjadi cergas
Mengawal berat badan
Membina stamina dan kekuatan
Meningkatkan kelenturan sendi, gerakan badan dan mencegah kecederaan
Menuatkan otot, tulang dan sendi
Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dna peredaran darah
Memperbaiki postur badan
Menyerikan wajah dan meningkatkan ketrampilan diri
Mengurangkan tekanan mental
Melambatkan proses penuaan seperti osteoporosis di kalangan wanita menopos
Meningkatkan interaksi dan hubungan kekeluargaan
Senaman bersama keluarga adalah menyeronokkan

Libatkan ahli keluarga dan kawan-kawan bila melakukan senaman
Ketahuilah bahawa terdapat pelbagai senaman, permainan dan sukan dimana anda dan keluarga boleh lakukan bersama seperti :-
Berjalan kaki
Lompat tali
Berbasikal
Berjoging
Berenang
Bersenamrobik
Bermain badminton
Pilihlah permainan atau sukan yang digemari dan menggembirakan semua ahli keluarga.

Tiada masa, tiada tempat untuk bersenam ?

Kebanyakkan kita terlalu sibuk untuk bersenam. Walaubagaimanapun kita masih boleh menikmati cara hidup sihat yang cergas dengan mengamalkan petua-petua berikut :-

Semasa perjalanan ke tempat kerja

Sekiranya menggunakan lif, keluarlah 2 tingkat lebih awal dan seterusnya gunakan tangga
Turun LRT/bas satu perhentian lebih awal dan seterusnya ke pejabat
Sekiranya anda memandu ke pejabat, bersenamlah 15 minit sebelum ke pejabat
Semasa di pejabat

Lakukan senaman ringan atau rengangan selepas lama bekerja
Lagihkan penggunaan tangga dan kurangkan pengunaan lif
Lakukan senaman di waktu rehat semasa menghadiri mesyuarat panjang
Libatkan rakan sekerja untuk sesi bersenam waktu rehat tengah hari
Semasa di rumah

Lakukan rengangan atau senaman ringan semasa menonton televisyen
Ikut serta anak-anak anda ke taman permainan dan bersenam selepas waktu bekerja
Berkebun adalah sejenis aktiviti fizikal yang baik
Semasa membeli- belah

Letakkan kereta jauh sedikit dari tempat membeli belah kerana berkalan kaki ke tempat tersebut merupakan satu bentuk senaman yang baik untuk anda
Bersenamlah secara tetap sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk 20 - 30 minit setiap kali.

Amalkan kesihatan pergigian yang baik

Kesihatan pergigian yang baik bermaksud mempunyai set gigi penuh dan gusi sihat yang boleh berfungsi serta bebas dari masalah pergigian.

Kesihatan pergigian adalah penting untuk membolehkan seseorang:

Mengunyah makanan dengan sempurna bagi membantu proses penghadaman.
Bercakap dengan jelas.
Memberikan senyuman dan paras rupa menawan yang dapat meningkatkan keyakinan diri.
Mencegah masalah pergigian seperti karies dan penyakit gusi.
Memelihara gigi yang baik seumur hidup.
Bagaimanakah keluarga dapat menjaga kesihatan pergigian yang baik?

Setiap ahli keluarga seharusnya mengamalkan kesihatan pergigian yang baik semenjak usia muda.
Berus gigi anda dengan berkesan untuk menanggalkan plak.
Gunakan berus gigi yang sesuai dan ubat gigi berfluorida.
Flos gigi anda selalu untuk membuang sisa makan.
Berkumur setiap kali selepas makan.
Kurangkan gula dalam makanan dan minuman.
Pilih makanan dan minuman yang kurang kandungan gula.
Dapatkan permeriksaan gigi secara tetap sekurang-kurangnya sekali setahun.
Jauhi daripada merokok

Merokok adalah satu amalan yang merbahaya dan telah dibuktikan sebagai salah satu penyebab utama kanser paru-paru. Merokok juga boleh meningkatkan risiko :

Penyakit-penyakit kronik seperti bronchitis dan emfisema
Serangan sakit jantung
Atherosklerosis (penyempitan saluran darah)
Penyakit darah tinggi dan strok (angin ahmar)
Diabetes
Ulser dalam perut dan usus
Mati pucuk dn kemandulan
Osteoporosis (tulang rapuh)
Merokok boleh menyebabkan:

Kerap batuk dan selsema.
Mengurangkan stamina dan kekuatan fizikal
Mulut berbau busuk dan muka berkedut pada usia lebih awal.
Merokok memberi kesan buruk kepada keluarga dan orang sekeliling. Sebanyak 85% hingga 90% asap dari sebatang rokok yang dilepaskan ke udara akan disedit oleh orang di sekitar. Mereka juga akan mendapat :

Serangan sakit jantung
Kanser paru-paru
Memburukkan lagi penyakit yang sedia ada
Iritasi (gangguan) kepada mata, hidung dan tekak
Ibu yang mengandung yang merokok atau terdedah kepada asap rokok boleh menyebabkan bayi lahir tidak cukup bulan, rendah berat badan atau mati

Kanak-kanak yang kerap terdedah kepada asap rokok akan :

Selalu megalami batuk, selesema, jangkitan telinga, hidung dan tekak
Mengalami perkembagan paru-paru yang lambat
Berisiko mendapat serangan asma
Jadilah seorang yang tidak merokok

Keluarga yang tidak merokok akan menjadi lebih sihat
Setiap ahli keluarga berhak menikmati udara yang bersih dan bebas dari asap rokok
Asap rokok mengandungi bahan beracun yang boleh menyebabkan kanser
Wang yang dibelanjakan untuk membeli rokok boleh digunakan untuk kebaikan ahli keluarga
Merokok adalah dilarang oleh kebanyakkan agama
Lindungi keluarga anda di rumah. Jangan galakkan tetamu anda meokok dengan tidak menyediakan bekas abu rokok dan rokok di rumah
Bebaskan diri anda daripada merokok

Kebaikan berhenti merokok

Tubuh badan anda akan pulih kembali seperti sediakala
Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan penyakit lain
Kesihatan orang yang anda sayang tidak lagi terancam
Jika anda mahu berhenti merokok

Buat keputusan untuk berhenti merokok dan maklumkan kepada ahli keluarga dan sahabat anda
Tetapkan bila hendak berhenti merokok
Buang semua rokok dan bekas abu rokok
Dapatkan sokongan ahli keluarga dan rakan
Bergaullah dengan rakan-rakan yang tidak merokok
Libatkan diri dalam kumpulan sokongan berhenti merokok
Belum terlewat jika anda ingin berhenti merokok.

Amalkan kesihatan mental yang baik

Ahli keluarga yang mempunyai kesihatan mental yang baik sentiasa :

Menerima satu sama lain ;

Menerima kekuatan dan kelemahan
Saling hormat menghormati
Mampu menerima kekecewaan
Bersikap reslistik
Berasa selesa dengan orang lain

Saling percaya mempercayai
Berkerjasama
Bertanggungjawab
Memahami dan menerima perbezaan
Bina ikatan yang berkekalan
Mampu menghadapi cabaran hidup sebagai satu keluarga

Tumpu perhatian dalam menyelesaikan masalah keluarga
Rancang masa hadapan
Terima pengetahuan dan pengalaman secara terbuka
Tentukan matlamat yang realistik
Buat keputusan bersama
Langkah-langkah ke arah kesiihatan mental yang baik dalam keluarga

Ketahuilah kekuatan dan kelemahan ahli
Tetapkan matlamat yang realistik
Berfikir secara positif
Berkongsi masalah
Belajar menyayangi diri
Bina ikatan kekeluargaan yang berkekalan
Berbuat baik, sayang menyayangi dan bersopan santun
Bersedia untuk menerima teguran
Rancang masa depan dengan baik
Luangkan masa untuk keluarga
Jarakkan perubahan dalam hidup
Amalkan nilai agama dan moral
Memupuk keselamatan emosi

Keselamatan emosi bermaksud mempercayai diri sendiri, berupaya berdikari dan mempunyai kestabilan emosi. Ini dibina dalam keluarga

Cirri-ciri seseorang mempunyai keselamatan sosial

Tenang
Boleh mengawal diri
Yakin diri
Berdikari
Peka dan prihatin
Dapat menjalin hubunganbaik dengan orang lain
Berani untuk meminta bantuan
Cara-cara memupuk keselamatan sosial dalam keluarga

Tunjukkan minat dan saling bertanya khabar serta mengambil bahagian dalam aktiviti keluarga
Tunjukkan kasih sayang secara fizikal seperti sentuhan dan pelukan
Berikan pujian dan penghormatan secara lisan dan bukan lisan seperti memuji kejayaan anak, meminta maaf bila bersalah dan murah dengan senyuman
Hormati hal-hal peribadi keluarga seperti mengetuk pintu sebelum masuk atau meminta kebenaran menggunakan barang persendirian
Berikan ruang untuk memajukan potensi seperti belajar dari kesalahan, menerima idea baru dan bertolak ansur
Luangkan masa bersama-sama ahli keluarga seperti makan dan beriadah bersama
Amalkan kesihatan reproduktif yang baik

Kesihatan reproduktif adalah kesejahteraan fizikal, mental serta sosial dan bukan hanya ketiadaan penyakit berkaitan dengan sistem reproduktif serta proses dan fungsinya

Kepentingan kesihatan reproduktif yang baik dalam keluarga

Untuk perkembangan keluarga sihat dan interaksi positif
Untuk mencegah kehamilan yang tidak dikehendaki, penyakit kelamin dan penderaan seks
Untuk memastikan hubungan seksual yang bertanggungjawab dan memuaskan antara pasangan
Bagaimana keluarga boleh membina kesihatan reproduktif yang baik ?

Suami/isteri mestilah secara aktif mendorong peningkatan tahap kesihatan pasangan masing-masing
Pasangan suami/isteri sepatutnya saling hormat menghormati dan menjalin persefahaman untuk mencapai kepuasan hubungan seksual
Setiap kehamilan perlu dirancang, dikehendaki dan selamat
Setiap ahli keluarga seharusnya memastikan bahawa ibu yang hamil perlu menerima penjagaan kesihataan yang baik semasa hamil dan bersalin serta selepas bersalin
Ibu bapa seharusnya membimbing dan memupuk harga diri anak-anak serta menanam nilai-nilai murni khususnya berhubug tanggungjawab perilaku seks
Ibu bapa patut mengetahui bahawa anak remaja mempunyai keperluan reproduktif yang khusus
Ibu bapa mesti melindungi anak-anak mereka dari penderaan seksual
Setiap ahli keluarga seharusnya mengetahui bahawa tingkah laku seksual berisiko boleh menyebabkan penyakit kelamin termasuk AIDS
Memastikan rumah selamat

Rumah yang selamat boleh mencegah kemalangan di kalangan ahli keluarga. Kemalangan kerap berlaku di dapur, bilik air dan ruang tamu dan biasanya melibatkan kanak-kanak dan orang tua

Pastikan rumah anda selamat

Dapur

Pastikan semua bahan kimia, ubat-ubatan dan benda-benda tajam seperti pisau, disimpan di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak
Pastikan alas meja tidak terjuntai dan tidak boleh ditarik
Pastikan lantai dapur kering
Bilik air

Pastikan lantai bilik air tidak licin
Bahan-bahan pencuci disimpan di tempat khas yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak
Semua bekas takungan air hendaklah sentiasa ditutup
Ruang tamu

Pilih perabot yang tidak berbucu tajam dan bukan diperbuat daripada kaca
Susun atur perabot tidak menghalang pergerakan
Pastikan permaidani tidak mudah bergerak dan permukaan rata
Pastikan tiada barang seperti permainan, buku dan surat khabar bersepah di lantai
Tutup semua soket dinding dan pastikan tiada wayar yang berjuntai
Amalkan nilai agama dan moral

Keluarga sihat dibina atas asas dan amalan agama yang kukuh, kasih sayang, hormat menghormati, bersefahaman, tolak ansur dan tanggungjawab. Nilai agama dan moral adalah penting untuk kehidupan berkeluarga yang sejahtera

Bagaimana mengamalkan nilai agama dan moral dalam keluarga?

Tetapkan matlamat yang jelas sebelum berkahwin kerana ia adalah satu komitmen dan pelaburan sepanjang hayat
Pilih pasangan hidup dengan bijaksana
Lakukan perubahan dalam keluarga dengan bijaksana
Hormati ibu bapa anda kerana restu mereka menjamin keredaan Tuhan dalam kehidupan berkeluarga
Berkongsi tanggungjawab dan saling bekerjasama dalam keluarga
Memperakui dan menghargai sumbangan ahli keluarga
Jadikan diri anda sahabat dan contoh yang baik kepada keluarga anda
Didiklah anak anda mengikut zamannya
Amalkan kesederhanaan dalam kehidupan seharian
Jadikan rumah anda sebagai syurga yang penuh dengan kasih sayang dan kedamaian.

Memupuk sokongan sosial

Keluarga sihat sentiasa prihatin dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan masyarakat. Masyarakat yang bertanggung jawab dan bersikap sivik bermula dari keluarga yang sihat.

Amalan-amalan yang memupuk sokongan sosial

Membantu ahli keluarga dan kawan dalam kesusahan
Memupuk semangat kejiranan
Bersama menyeru kepada kebajikan dan mencegah kejahatan dalam masyarakat
Menghargai dan tidak merosakkan harta awam
Setiap keluarga berperanan mengawasi ahli keluarga dari pengaruh negatif
Setiap keluarga turut berperanan mempengaruhi media massa ke arah lebih positif

Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.