JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Wednesday, December 30, 2009

Ninie

Jawapan :

Salam ika....NiNIe pun salah sorang peminat blog ika ni walaupun dalam diam..tp setiap masa terluang pasti tgok DIARI XXL...

So...NiNIe nak pun nak try jugak masuk contest ika ni...huhuhuh..amat bererti untuk NiNIE taw...

Soalan 1.
Bagaimana saya berusaha untuk kurus?

Bermula dari membaca DIARI XXL, tercetus dihati untuk menurunkan berat badan NiNiE yang naik mendadak hanya dalam masa 9 bulan, sebanyak 30kg...NiNiE tak ade semangat nak turunkan sampai tarikh keramat 12.11.2009 yang lalu setelah membaca blog ika.. Bermula dari tarikh itu..NiNiE mengambil keputusan untuk TIDAK MAKAN MAKANAN BERAT terutama NASI selama 6 BULAN sehingga tarikh 29.04.2010 akan datang..untuk masa ni, NiNIE telah berjaya membuktikan NiNIE tidak mengambil nasi selama 48 hari sehingga tarikh ini.. apa yang NiNIe amalkan dan ushakan hanyalah :
1. Mengambil Oat untuk menurunkan kolestrol NiNIe
2. Mengambil makanan yang rendah kalori seperti buah-buahan dan sayuran
3. Memasak lauk pauk dengan hanya KUKUS/STIM, REBUS dan menggunakan OLIVE OIL untuk menggoreng
4. Tidak mengambil KAFIEN yang tinggi
5. Mendisiplinkan diri untuk bersenam setiap pagi dan petang..

Banyak pengalaman yang NINIe lalui setelah bergelar SI GEMUK dan BESAR...tibalah masanye untuk NiNIe berubah...

Soalan 2.
Apakah perkara pertama yang akan saya lakukan setelah impian mencapai berat ideal tercapai?

Selama nini gemuk, banyak anggota badan yang sakit2 terutama kaki. Disebab itu juga, ibadah ninie sering terganggu...termasuk lah sukar untuk solat berdiri kerana sakit kaki dan lutut.. Dari dulu ninie impikan untuk beribadah secara sempurna terutama semasa duduk tahiyatul awwal dan akhir..NinIe tidak dapat melakukannya dengan sempurna.. Maka, pertamanya kalau NiNIe kurus..Ninie nak belajar semula solat secara sempurna macam orang lain!! That's my BIG wish!! Semoga ninie dapat mencapai impian besar ninie tu..
Selain tu, NiNIe nak jaga kesihatan ninie sampai ke tua memandangkan sejarah keluarga yang banyak sakit kronik seperti kanser, jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang...

Soalan 3.
Saya suka baca blog DIARI XXL kerana...

ia telah menjadikan saya sebagai sumber inspirasi untuk menjadi seperti pemilik blog ini iaitu Cik Zulaikha, membuatkan saya berazam untuk terus berusaha menurunkan berat badan yang selama ini, saya hiraukan dan tidak mengambil peduli tentang kepentingan menjaga tubuh saya sendiri. Yang penting, blog ika ini telah menjadikan diri saya kembali bersinar setelah ditinggalkan orang tersayang akibat tidak boleh menerima diri saya yang gemuk!! Gemuk ini telah memusnahkan cinta saya!!

Blog ika yang simple dan mudah dibaca, dan disebalik ke'simple' an itu, ia mengandungi sumber2 yang padat dan mampu memberi pengetahuan yang berguna kepada saya bg merealisasikan impian saya untuk sihat disamping tubuh badan yang langsing...

Selamat Hari Jadi DIARI XXL.. Semoga blog ini memberi lebih bayak inspirasi kepada manusia2 diluar sana yang sama masalah nya seperti saya...Semoga ika dapat mencapai impian ika dan Gud Luck untuk ika...


***

Apa komen anda?

2 comments:

Ika Zulaikha said...

ape yg awk tulis ni, seperti bayangan diri ika jer...
1. susah nak duduk tahiyat
2. ditinggalkan org tersyg sbb gemuk
3. sjrh keluarga penyakit (2 org pakcik ika dah kene potong kaki sbb kencing manis)..

kite serupa laa yang..huhu

thank u atas penyertaan..

NiNiE AyOb said...

tu la ika...
sedih juga bile macamni...
tapi ninie lagi sedih bila kenangkan...dulu, time ninie cun,slim...org suka..bile dah gemuk..nak ajak g kenduri kawan die pun tak nak..adoiii...sedih...
Ika tahu tak sape yg buat ninie jadik camni??? ha..MY X-HUSBAND!!! jgn tak caya ika...
gemuk pon boleh hancurkan umah tangga ninie!! tu pasal..sekarang ninie nak carik org yg betol2 boleh terima diri ninie yg sebenar!!! Heppy New Year Ika.. May ur wish come true..

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.