For Makeup Service, Contact Ika 012-2604959

Wednesday, December 30, 2009

Nadia Yuna

Salam ika, Akak harap penyertaan ini masih diterima pada tarikh 30 december ini. =)

1.Bagaimana saya berusaha untuk kurus?

Saya gemuk secara mengejut setelah ditimpa kemalangan acara padang di sekolah sejak bulan februari yang lalu. Ubat yang ditelan selama dua bulan menyebabkan berat badan saya meningkat secara mendadak sebanyak 15kg dalam masa empat bulan. Berat itu (tambahan 15kg) kekal sehingga sekarang. Saya sedar saya perlu untuk bekerja kuat bagi mengembalikan semula berat saya sebelum terjadinya kemalangan itu.

Pertamanya,
Saya akan mengawal jumlah kalori pemakanan saya dengan mengawal sedikit demi sedikit pengambilan nasi dengan melebihkan lauk sahaja. Saya bermula secara perlahan untuk mengelakkan badan terkejut dengan perubahan secara drastik. Saya gusar pengambilan makanan selepas itu lebih banyak dari kebiasaannya. Harapan saya, dalam masa seminggu, badan saya mula selesa dengan jumlah pengambilan makanan yang sedikit.

Pada minggu yang kedua,
Saya akan mula mengamalkan detox diet. Saya pernah mencuba sekali kaedah ini. Dan ternyata ia berkesan untuk mengurangkan berat badan saya. Ia juga berkesan untuk melancarkan sistem penghadaman saya untuk ke tandas sekurang-kurangnya sekali sehari (kerana pada saat ini 4 hari sekali pun belum tentu ke tandas. Perut ini sangat degil untuk menghadamkan makanan) Mungkin dengan meningkatnya pengambilan buah-buahan juga sayur-sayuran di dalam menu detox diet banyak membantu memudahkan penghadaman.

Bermula pada minggu pertama lagi,
Saya akan pastikan saya membuat senaman sekurang-kurangnya 20minit sehari. Sibuk mana pun. Saya akan pastikan saya buat! Ya! Mesti! Pada awalnya (hari pertama dan kedua), saya akan mulakan dengan briskwalking sekeliling taman untuk meregangkan semula otot yang sudah terlalu lama bersenang lenang. Pada hari ketiga saya akan mula berjoging dan mengumpul stamina untuk hari-hari seterusnya. (matlamatnya, setiap hari bertambah satu pusingan).

Bermula pada minggu kedua dan seterusnya,
(setelah badan mula selesa dengan tenaga) Saya akan terus berjoging dan kemudiannya bekerja melalui CD Aerobik yang ada. Usaha akan berterusan sehingga saya berjaya mendapat berat ideal saya.

** Setiap hari jumaat adelah hari untuk mencatatkan kemajuan diri =)
** Setiap hari juga saya akan memastikan sekurang-kurangnya saya minum 2.5 liter air masak (1 botol besar)

2. Apakah perkara pertama yang akan saya lakukan setelah impian mencapai berat ideal tercapai?

Setelah saya mencapai berat ideal saya.

Pertama sekali, saya akan kembali menyarung baju-baju yang sudah lama membuang masa tergantung secara sendiri dalam almari selama 8 bulan! Akibat saya tambah 15kg. Saya tak muat nak sarung semua baju tu lagi. Maka inilah perkara pertama perlu saya buat. Membalas dendam. Menyarung baju-baju lama bersaiz S dan M. Bukan lagi L dan XL.

Keduanya, saya akan memberi hadiah (ganjaran)kepada diri sendiri dengan membelikan minyak wangi body shop (sebab saya dah lama teringin nak beli. Tapi mahal. Mungkin hadiah ini paling berharga sebagai ganjarannya). Saya akan lebih bermotivasiiiii~(^.~)

Ketiga, Saya akan memastikan saya dapat mengawal berat badan ideal dengan terus mengamalkan pemakanan serta gaya hidup yang sihat untuk tidak kembali kepada tahap berat berlebihan dan obesiti. (oh. Sangat sedih bila tidak mampu menyarung baju lama sekarang)

Keempat, Pastinya akan kembali berjumpa kawan-kawan seperjuangan yang kebanyakannya sudah tidak mengenali saya kerana terlalu SIHAT bentuk badan. Dari S jadi XL siapalah yang mampu kenal saya kan? Setelah berjaya mendapatkan berat badan ideal. Saya akan berjumpa dengan mereka. Lebih berkeyakinan dan bersemangat tinggi (tak lagi rasa macam nak jalan sambil tunduk taknak tengok orang)

Saya suka baca blog DIARI XXL kerana ....


Blog ini adalah blog pertama saya jumpa secara tidak sengaja yang memberi saya MOTIVASI untuk berjaya menurunkan berat badan! Ayat pertama keluar dari mulut saya ketika membaca blog ini pada masa itu adalah, Ya Allah, Kalau dia boleh. Kenapa aku tak boleh? Terus bersemangat untuk berusaha lebih gigih (walaupun terpaksa diberhentikan sementara waktu sehingga hujung minggu ini setelah dilarang oleh doktor akibat berlaku masalah kesihatan yang teruk. Tak boleh putus asa sekarang!)

Blog DIARI XXL juga sudah pasti memberi banyak input dan informasi berguna untuk saya gunakan sepanjang saya dalam tempoh berhibernasi mengembalikan berat badan asal. Input dan informasi blog ini banyak membantu saya bukan sahaja dari segi menu-menu diet , tetapi juga menimbulkan rasa semangat yang tinggi dan kembali BERMOTIVASI setiap kali melihat gambar tuan punya blog, dan angka penurunannya yang banyak itu.

Jika empunya blog DIARI XXL ini mampu mengurangkan hampir 40kg lebih. Apa alasan saya untuk tidak mengurangkan 15kg saya itu? Perkara inilah yang membuatkan saya terus setia melihat entri baru di blog DIARI XXL ini selain dari meneruskan penjelajahan maklumat entri-entri lama.

Kesimpulannya, blog DIARI XXL ini begitu BERMOTIVASI dan MEMOTIVASIKAN semua pembacanya. Percayalah! =)


***

Apa komen anda?


3 comments:

EasTBuLLeT ChaoTiC said...

cam kenal ke nadia yuna nih...

kakak aku ni... he3!

Zulaikha said...

eastbullet : jejak kasih pulak yee..hehe..

kak nadia : ika tak pernah try lagi detox secara semulajadi..mayb kak nadia boleh terangkan cara akak buat n ajar ika dan yg lain2..hehe..ika detox minum teh pegaga jer..

Nadia Yuna said...

ika:
nanti akak buat entri kat blog eh. insyaallah. 2 3 hari lagi. akak tengah busy sikit preparation sekolah =)

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.