JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Wednesday, June 24, 2009

Cara Sihat Untuk Awet Muda

Berita Harian

Isnin, 22/06/2009



Cara sihat untuk awet muda
Oleh Mona Ahmad

SEMAKIN meningkat usia, perubahan fizikal setiap manusia tidak dapat dielakkan. Gaya hidup yang kurang mementingkan kesihatan seperti merokok, pengambilan makanan berlemak, diet tidak seimbang, tekanan kerja dan tidak bersenam menjadikan seseorang itu kelihatan lebih tua dari usianya.

Tetepi dengan gaya hidup yang sihat, seseorang itu mampu mengekalkan keremajaan dan melambatkan proses penuaan.

Antara cara yang boleh diikut untuk melambatkan proses penuaan ialah mengamalkan pengambilan makanan secara seimbang dan teratur. Elakkan obesiti dengan mengambil makanan rendah lemak dan lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang berserat tinggi seperti lobak merah, nanas dan jambu batu.

Pengambilan makanan tambahan seperti vitamin E juga dapat melindungi kemusnahan sel membantu kesihatan sel-sel tubuh.

Herba juga dikatakan baik untuk pengaliran darah. Antara herba yang popular untuk kegunaan kesihatan seperti bawang putih, ginseng, lada hitam, misalnya, bawang putih didakwa dapat mencegah selesema, gangguan pernafasan dan penyakit usus.

Senaman berterusan boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. Ia bukan saja boleh mengurangkan berat badan, malah tekanan darah rendah, mengurangkan tekanan, mengawal tahap gula serta meningkatkan sistem imuniti.

Antara perkara yang perlu dipertimbang untuk memilih jenis senaman ialah keupayaan dan keadaan kesihatan anda. Ini penting, terutama bagi mereka yang mengalami masalah sakit sendi, sama ada disebabkan artritis, berat badan berlebihan atau penyakit lain.

Bagi kumpulan ini, pergerakan cergas boleh memburukkan lagi keadaan kerana ia memberi tekanan berlebihan kepada sendi bahagian kaki.

Untuk kes begini, jenis senaman yang ada pergerakan perlahan dan lembut seperti tai chi atau qigong lebih sesuai. Ia bukan saja boleh membakar lemak, tetapi pada masa sama membantu mengekalkan kestabilan dan memberikan ketenangan fikiran.

Bagi menguatkan daya ingatan, amalkan tidur yang mencukupi, minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, membaca al-quran setiap hari bagi umat islam, makan makanan seimbang dan melakukan latihan ingatan dengan mencatat perkara yang hendak dilakukan setiap pagi dan mengemas kini sebelum masuk tidur.

Jika ingin berbadan kurus, pastikan wajah anda tidak terlalu cengkung kerana ia boleh menyebabkan anda kelihatan lebih tua dari umur sebenar. Minum air yang mencukupi mampu mengelakkan penyakit dan kulit akan kelihatan lebih menarik.

Rajin-rajinlah ke klinik dan hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mempastikan tubuh badan dalam keadaan yang sihat.

Penampilan luaran juga memainkan peranan dalam usaha mengelakkan diri daripada dilihat lebih tua dari usia. Anda perlu bijak memilih fesyen pakaian dan aksesori. Gara yang mudah dengan merujuk pada media massa termasuk akhbar. Sesuaikan pemilihan pakaian dengan usia, kerjaya, keadaan persekitaran dan latar belakang keluarga.

Gunakan pelembab dan pelindung matahari untuk penjagaan kulit. Dapatkan produk penjagaan yang sesuai dengan anda. Jika tidak pasti anda boleh bertanyakan kepada ahli farmasi dan pakar kulit.

Sentiasa berfikiran positif dan menganggap setiap cabaran dan dugaan sebagai pendorong untuk berjaya dan melangkah ke hadapan.

Sumber : My Health Portal

2 comments:

Abu Mansur said...

byk info berguna tanx.

Anonymous said...

saya ade juga makan herbalife...tapi saya dapat tahu ade satu journal yang hasil kajian menunjukkan herbalife boleh menyebabkan hepatotoxicity...so saya dah stop amek herbalife...tapi sekarang mcm nak try s.i.y (slim it yourself)...daripada butiran yang saya baca, s.i.y memberi kesan yang lebih efektif dan selamat sebab ia adalah natural product dan kawalan ketat kualiti oleh CGMP..jom kita cuba...:)

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.