JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Tuesday, May 19, 2009

Tidur 8 Jam Setiap Hari Rahsia Badan Kurus


Sekumpulan saintis berpendapat tidur mencukupi selama lapan jam setiap malam adalah rahsia untuk mengekalkan badan yang kurus.

Kajian itu mendapati mereka yang tidur kurang enam jam setiap malam atau lebih sembilan jam memiliki berat badan berlebihan berbanding mereka tidur selama tujuh atau lapan jam setiap malam.

Kajian disiarkan dalam Journal Sleep mendapati mereka yang tidak mendapat tidur mencukupi bertambah berat badan hampir dua kilogram (kg) berbanding mereka tidur bagi jumlah jam dicadangkan.

Mereka yang tidur berlebihan juga bertambah berat badan sebanyak 1.58 kg lebih berbanding mereka yang tidur selam enam jam yang dicadangkan.

Mereka yang tidak cukup tidur pula mempunyai 27 peratus lebih untuk menjadi obes manakala mereka yang terlebih tidur pula 21 peratus lebih berbanding golongan yang mendapat tidur yang mencukupi.

Kajian juga mendapati perkara paling buruk bagi mereka yang tidak cukup tidur ialah golongan terbabit 35 peratus akan bertambah berat badan sekurang-kurangnya 5 kg selama lebih enam tahun berbanding mereka yang cukup tidur.

Mereka yang tidur berlebihan pula 25 peratus akan mendapat kenaikan berat badan sebanyak 5 kg selama tempoh yang sama.

Alasan tidur mempengaruhi berat badan seseorang ialah kerana tidur akan menjejaskan peringkat hormon terutama membabitkan selera dan rasa kenyang selepas makan.

Kajian berkenaan dijalankan Jean-Philippe Chaput dari Universiti Laval di Quebec, Kanada.

“Kajian kami memberikan bukti tidur yang berkurangan dan berlebihan diramalkan meningkatkan risiko berat badan dan lebihan lemak di kalangan orang dewasa,” katanya.

“Tambahan keputusan ini menekankan keperluan tambahan waktu tidur dalam senarai faktor alam sekitar yang menjadi kelaziman dalam masyarakat kita dan menyumbangkan kepada penambahan berat badan dan obesiti.”

Kajian dibuat terhadap 276 orang dewasa berusia antara 21 hingga 64 tahun dan penyelidik mengambil kira berat badan mereka sejak permulaan kajian.

Pakar tidur Amerika Syarikat dan England berpendapat peluang untuk mendapatkan rehat yang baik pada waktu malam adalah sekiranya kita tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari walaupun pada hari minggu dan menetapkan rutin rehat sebelum tidur seperti mandi atau membaca.

Sumber : Rahsia Diet

2 comments:

Suhaini Saperan said...

Salam Ika.. Patutlah kak ani ni x kurus2.. kak ani ni dpt tido sehari 3-4 jam jer... hu.hu

Kaseh said...

Betul ni ika..dgn tido kita leh burn calories 55/hour....so kalau tido 8 jam..dapat hilang 440 calories..

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.