JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Wednesday, December 8, 2010

Tips Diet: Bijak Pilih Makanan, Badan Sihat

Selalunya kalau pergi mana2 shopping komplek dan ternampak alat timbang, kita mesti tergerak hati nak timbang berat badan. Dan bila jarum timbangan menunjukkan angka melebihi berat biasa, alahai....lemah lutut dibuatnya. Antara percaya dgn tidak dan macam2 yg berlegar di fikiran kita. Masa tu, terasa segala yg telah dimakan hendak dimuntahkan semula. Tiba2 juga rasa menyesal dan menyumpah diri sendiri kerana makan berlebihan2 dan tak menentu. Bila ini berlaku, mulalah sibuk hendak berdiet. Bila waktu tengahari, kawan ajak makan pasti kita menolak dgn alasan dah kenyang. Sebenarnya saja menahan diri utk kurus.

Sebenarnya bukan kita tak boleh makan tetapi biarlah berpada2. Makan apa saja yg teringin tetapi jgn berlebihan terutamanya makanan berlemak dan manis. Makan pada waktunya. Jangan mengudap makanan ringan di antara waktu makan utama.

Mengamalkan gaya hidup sihat adalah langkah awal ke arah kesejahteraan kehidupan. Pemakanan seimbang serta berkhasiat seperti kurang pengambilan gula, mengurangkan makanan berkabohidrat & berkalori tinggi, selain membanyakkan sayur-sayuran & buah-buahan segar, perlu dalam menu harian kita.

Ramai di antara kita yg tidak mengambil sarapan pagi tetapi makan tengahari dgn jumlah yg banyak kerana terlalu lapar. Sebenarnya ini sikap yg tidak elok diamalkan. Sarapan penting kerana selepas kita bangun pagi, perut kosong. Pilih sarapan berkhasiat dan tidak menggemukkan. Roti bersama telur dadar atau roti bakar disapu dgn jem bersama secawan teh atau kopi. Bijirin bersama susu rendah lemak, buah-buahan spt oren & pisang boleh juga.

Makan tengahari, pilih makanan seimbang. Semangkuk nasi, ikan, ayam tanpa kulit, sayur dikukus atau direbus, daging merah seberat 80gm, tauhu satu setengah keping dan tempe dua keping. Cuci mulut dgn buah-buahan. Kalau teringin nak makan kari atau nasi lemak, jangan makan terlalu banyak. Begitu juga makan malam. Kalau tak mahu makan nasi, ambil roti, biskut atau bijirin berkhasiat dan mengenyangkan. Jangan biar perut terlalu kosong ataupun berlapar semata-mata hendak kurus. Kurus saja kalau badan tak sihat, tak guna juga.

Pengambilan dan juga pemilihan makanan bergantung kpd jenis pekerjaan dan tenaga yg digunakan. Kalau memerlukan tenaga yg banyak, boleh ditambah nasi dan makanan lain. Namun tetap jauhi makanan berlemak. Banyak lemak badan tidak segar dan tidak cergas.

Makanan berlemak hendaklah diambil dlm kuantiti yg sedikit dlm setiap hidangan kita. Diet yg banyak lemak akan menambah risiko kencing manis, masalah jantung dan bermacam2 penyakit lain. Makan sederhana daging merah tanpa lemak, ayam tanpa kulit, keju, krim, mayonis, makanan bergoreng, kuetiau, mee, bihun, kari, nasi lemak, rendang, kari, kek, aiskrim dan roti canai. Manakala majerin, mentega dan minyak adalah lemak 100 peratus.

Lebihkan makan buah-buahan, sayur-sayuran, jagung, ubi kentang, roti putih dan ubi kayu. Kalau sebelum ini kari dan nasi lemak adalah menu utama kita, tukar menu dan juga cara memasak. Rebus atau masak tanpa menggunakan lemak atau minyak spt masak pindang. Bakar tanpa menggunakan lemak atau minyak dgn memerapnya terlebih dulu menggunakan bahan lain. Boleh juga kukus ayam, daging dan ikan dgn rempah, perahan limau nipis atau perasa rendah kalori. Teringin sangat nak makan kari, masak menggunakan santan cair atau susu rendah lemak. Pekatkan kuah dgn kentang lecek. Keluarkan lemak berlebihan dpd sup sebelum memasukkan sayur segar.

Andainya makan di luar, jangan ambil mudah. Kalau di rumah terpaksa kawal makan, kita mula lepas dendam pesan itu ini bila menjamu selera di gerai, restoran ataupun hotel. Kononnya, sekali sekala 'makan besar' tak apalah. Sekalipun makan di luar, patuhilah diet yg sesuai.

Jauhkan makanan bergula tinggi. Bila lebih gula, kita akan mudah mengalami masalah berat badan. Ini juga akan memudahkan kita dihinggapi penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan bermacam lagi.

Minuman berkarbonat mengandungi 9 camca besar gula, aiskrim pula 4 camca besar, sekeping pai epal mengandungi 9 camca besar gula dan kuih koci koci - 2 camca besar gula. Gula juga ada dlm kandungan makanan spt sukros, glukos, fruktos, laktos, sirap jagung dan madu. Pilih makanan dgn bijak demi kesihatan. Lebih selamat minum banyak air kosong dan kurangkan mengambil pencuci mulut yg manis. Gantikan dgn buah-buahan. Yang penting, kurangkan gula dlm masakan.

Seimbangkan makanan dan kecergasan badan dgn senaman. Bersenam 20-30 minit setiap kali dan 3 - 4 hari dlm seminggu dpt mengurangkan paras gula dlm darah, meningkatkan pengedaran darah, mengawal berat badan, menguatkan jantung dan mengatasi tekanan perasaan. Perlu diingat, sebelum bersenam minta nasihat doktor mengenai senaman yg bersesuaian dgn umur dan keupayaan terutamanya bagi mereka yg berumur melebihi 35 tahun.

Sumber : Forum eKPKM

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.