JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Wednesday, December 29, 2010

14 Cara Mudah Melakukan Senaman Setiap Hari

Kita memang sedia maklum tentang senaman. Dengan bersenam, anda mampu membakar kalori dengan lebih baik dan menjadikan diri anda lebih sihat. Namun begitu, adakah anda merasakan tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan senaman setiap hari? Ia sebenarnya tidaklah sesukar anda bayangkan. Apa kata anda mencuba tip di bawah ini :

1.Bangun dari tidur 30 minit lebih awal, tarik nafas sedalam-dalamnya. Rasai nikmat anugerah Tuhan di sekeliling anda. Jalanlah di persekitaran rumah anda untuk menikmati udara pagi dengan penuh ketenangan. Di samping itu anda boleh melakukan sedikit aktiviti regangan.

2.Kereta anda kotor? Jangan terus membawanya ke kedai, bersihkan sendiri kereta anda. Ini bukan sahaja menyihatkan badan malah mampu menjimatkan wanng!

3.Jika anda tinggal di kondominium atau pangsapuri, sudah tentunya anda menggunakan lif untuk sampai ke rumah anda. Apa kata anda mengubah situasi ini. Gunakan tangga. Anda tidak semestinya naik menggunakan tangga sepenuhnya tetapi anda boleh menaiki lif separuh perjalanan sahaja. Ini merupakan senaman yang baik untuk jantung, membakar kalori dan membina otot.

4.Letakkan kereta di tempat agak jauh daripada tempat yang ingin ditujui. Ini akan menyebabkan anda berjalan untuk sampai ke destinasi tersebut. Dengan cara ini, anda telah melakukan sedikit senaman.

5.Jangan hanya duduk sepanjang masa di pejabat. Anda boleh berjalan di sekeliling bangunan tempat kerja anda ketika waktu makan tengah hari atau masa rehat. Ini akan membantu bakar kalori berbanding jika anda duduk menikmati snek semata-mata.

6.Ketika berada di rumah, bermainlah sepuas-puasnya dengan anak anda atau pun binatang peliharaan anda. Ini juga merupakan salah satu cara untuk mengeluarkan peluh.

7.Sebelum dan selepas maka, dukunglah bayi anda, jangan guna “stroller”. Ini bukan sahaja dapat membantu membakar kalori anda, malah ia juga akan merapatkan kasih sayang anda dengannya.

8.Anda juga boleh melakukan aktiviti berkebun di rumah anda. Tanamlah pokok bunga yang anda sukai. Ataupun, anda boleh juga menanam sayur-sayuran, ulam-ulaman atau buah-buahan. Anda bukan sahaja dapat memakan hasil tersebut, malah anda juga akan menjadi semakin sihat.

9.Berbasikal jika ingin pergi ke rumah rakan anda (untuk kawasan yang berhampiran rumah anda). Anda bukan sahaja dapat menikmati udara segar di sekeliling, malah dapat mengeluarkan peluh. Lakukan aktiviti ini pada waktu petang. Tentu menarik, bukan?

10.Semasa menonton tv, anda tidak semestinya terpaku di kaca tv sahaja sambil menikmati makanan ringan. Harus diingat, makanan ringan akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit. Sebaliknya, anda boleh melakukan kerja rumah seperti menyapu sampah, mencuci lantai atau mencuci perabut di rumah anda.

11.Amalan membersih tingkap, permaidani, ruang tamu dan sebagainya juga membantu membakar kalori anda. Oleh itu, lakukan amalan ini setiap hari.

12.Anda juga boleh memasak sendiri di rumah. Untuk mengadun doh roti misalnya, lakukan sendiri dengan menggunakan tangan, jangan menggunakan alat pengadun. Anda bukan sahaja menyediakan makanan yang bersih dan sihat untuk keluarga anda, malah rasa makanan tentunya lebih mengikut citarasa dan selera anda. Tentunya anda akan berpuas hati apabila mendapat pujian daripada ahli keluarga kelak.

13.Rancang aktiviti hari minggu anda bersama keluarga. Tidak semestinya pergi ke pantai atau keluar berjalan-jalan, sebaliknya anda boleh lakukan sesuatu di rumah misalnya membersihkan kawasan rumah bersama-sama ahli keluarga anda. Tentunya amat seronok bersama-sama melakukan aktiviti ini, di samping itu tekankan pentingnya menjaga kebersihan kepada anak-anak. Ini sudah pasti akan mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga anda.

14. Jika anda memiliki alat senaman di rumah, jangan berlengah lagi! Anda boleh membaca bacaan ringan di samping melakukan senaman dengan menggunakan alat senaman ini. In tentunya menjadikan anda lebih tenang.

Sudah temui cara melakukan senaman yang ringkas? Ubahlah gaya hidup anda hari ini. Lalui hidup anda dengan penuh keceriaan…

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.