Anda mempunyai dilemma diet yang masih belum diselesaikan? Ikuti 100 tip di bawah:
Apakah yang boleh dilakukan jika saya boleh menerima 1 perubahan diet sahaja?
1. Tambahkan hanya 1 sajian buah atau sayuran sehari. Sesuaikan dahulu penerimaan tubuh, kemudian tambahkan lagi sehingga mencapai 8 hingga 10 sajian sehari.
2. Ambil sekurang-kurangnya 2 sajian buah atau sayuran setiap kali waktu makan.
3. Tanamkan tekad. Anda tidak mahu ‘membesarkan’ saiz makanan.
4. Jadikan waktu makan 1 tujuan utk menyihatkan badan.
5. Mula amalkan sarapan pagi yang lengkap.
6. Pastikan pinggan anda diisi dgn separuh sajian sayuran dan/atau buah-buahan setiap kali waktu makan tengahari dan malam.
Adakah sebarang tip mudah untuk mengurangkan kalori?
7. ketika makan di luar, makan hanya setengah dan setengah lagi bungkus bawa balik.
8. Pesan 1 saja pemanis mulut utk dikongsi bersama.
9. Gunakan pinggan salad.
10. Letakkan makanan di atas pinggan. Jangan makan terus dari balang.
11. Isikan pinggan dgn sayuran dahulu. Kemudian barulah letakkan daging dan nasi.
12. Sekiranya anda minum 8 auns susu rendah lemak sehari, berat badan anda boleh berkurang kira2 2.5 kg setahun.
13. Jus buah-buahan juga tinggi kalori. Bataskan kepada 8 auns sehari.
14. Dapatkan kalori drpd makanan bukannya minuman.
15. Simpan jurnal makanan.
16. “Makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang”
17. Gunakan sos biji sawi (mustard) berbanding mayonis.
18. Lebihkan sup. Sup jernih lebih rendah kalori.
19. Kurangkan atau elakkan terus minuman berkalori seperti soda atau teh manis.
20. Bawa bekal makanan sendiri.
21. Duduk tertib semasa makan.
22. Campurkan jus dengan air.
23. Banyakkan makan sayur-sayuran semasa makan tengahari.
24. Makan masakan sendiri di rumah.
25. Hadkan pengambilan alkohol. <—non muslim Bagaimana caranya untuk menikmati sayur-sayuran?
26. Ambil jus tomato semasa minum petang.
27. jadikan hidangan sayuran lebih menarik dan sedap.
28. Campurkan 3 jenis kekacang di dalam salad.
29. Anda perlu ingat bahawa sup sayur itu sebenarnya adalah sayur.
30. keledek juga adalah sayur.
31. Campurkan bayam ke dalam sandwich, sup, pasta dan salad.
32. Jangan lokek untuk membeli sayur yang telah sedia untuk dimakan.
33. Anda benar2 bencikan sayur?Lebihkan buah-buahan.
34. Simpan 7 jenis sayuran yg anda paling suka. Campur, hangatkan dan tambahkan sos kegemaran anda. Mudah kan!
Apakah jampi untuk kekal dgn diet yg diamalkan?
35. “Sajian terbaik makanan tinggi kalori yang jumlahnya sedikit. Sajian terbaik sayur-sayuran yang jumlahnya banyak”.
36. “Nafsu makanku hanya sementara apabila tumpuanku pada perkara yg lain”.
37. “Saya mahu nikmati hidup lebih lama”.
38. “Saya sedang bekerja keras sekarang ini”.
39. “Adalah lebih menyakitkan menjadi gemuk berbanding berhenti makan sekarang”. Saya ambil makanan berkhasiat tetapi masih gemuk.
Apakah silap saya?
40. Elak waktu makan.(Jangan elak waktu makan)
41. Tidak menganggap diri gemuk. (Diri sendri x kisah susah la beb)
42. Makan terlalu banyak. Bukanlah apa yg anda makan tetapi berapa banyak yg anda makan. (Kalau berkhasiat tapi makan banyak2 camne nak kurus beb)
43. Makan terlalu banyak biskut sebagai snek.
44. Tidak memperdulikan ’saiz sajian’ di panel fakta nutrisi.
45. Mengunyah 1 mangkuk penuh kacang sebagai snek.
46. Mengaggap ‘energy bar’ dan ‘fruit smoothie’ rendah kalori. (Tinggi kalori ni kalau makan byk2)
Apakah yang boleh saya makan sekiranya saya malas memasak?
47. ‘Smoothie’ yang dibuat drpd susu rendah lemak, buah-buahan beku dan germa gandum.
48. Burger segera paling kecil(dgn sos biji sawi dan sos tomato, bukannya mayonis) dan tanpa minuman berkalori.
49. Sandwich mentega kacang di atas roti gandum penuh bersama satu gelas susu rendah lemak dan sebiji epal.
50. Kepingan ayam dan brokoli beku (hangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro) bersama keju parmesan.
51. Salad ayam bersama segelas susu rendah lemak.
52. Telur hancur (masak di atas kuali tidak melekat)
53. Sayur beku dihangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro, tambahkan keju parmesan dan 2 sudu besar hirisan kacang.
54. Salad tuna, tomato ceri, hirisan keju rendah lemak dan sos itali rendah kalori.
55. Roti gandum penuh bersama hirisan salami, keju rendah lemak, tomato, sos biji sawi bersama lobak putih.
56. Panaskan 1 tin sup.
57. Bijirin, buah dan susu tanpa lemak.
58. Sandwich sayuran.
59. Hirisan buah-buahan bersama yogurt rendah lemak.
Apakah nasihat terbaik utk elak berat badan naik ketika bercuti?
60. Elakkan kata2 “saya sedang bercuti”
61. Makan sedikit sebelum jamuan bermula.
62. Di dalam restoran, jangan duduk dekat dgn makanan.
63. Nikmati makanan tinggi kalori di akhir sekali.
64. Sepanjang percutian, pakai baju yg agak ketat utk mengelakkan ruang pembesaran badan.
65. Jangan kasihan pada makanan.
66. Berjalan2 di sekitar pusat membeli belah sebelum mula membeli.
67. Jadikan senaman 1 keutamaan yg tidak boleh dikompromi.
68. Menari. Inilah aktiviti pembakar lemak yg paling mudah dilakukan.
Saya suka makanan manis, bagaimana hendak mengelakkannya?
69. Sekali sekala, ambil salad kosong utk makan tengahari dan makan malam untuk menikmati pemanis mulut sepenuhnya.
70. Tetapkan hati (memang sukar tetapi berbaloi)
71. Pilihlah aiskrim rendah lemak bersama buah-buahan.
72. Elakkan pemanis mulut selama 2 minggu.
73. Makan lebih banyak buah-buahan (manis juga kan)
74. Nikmati pemanis mulut tetapi hadkan pengambilannya kepada 150 kalori sehari.
75. Cuba pemanis mulut yg kurang manis ini. Koko panas tanpa gula, buah anggur beku, gula2 getah tanpa gula dan aiskrim rendah lemak. Bagaimana untuk elakkan mengunyah di tengah malam?
76. Ambil sarapan, makan tengahari dan makan malam.
77. Makan di atas meja makan dengan tertib.
78. Nikmati teh perasa raspberi sejuk tanpa gula.
79. Penuhi waktu mlam dgn aktiviti berfaedah selain makan.
80. Sekiranya anda makan malam kerana emosi, jauhi balang makanan.
81. Letakkan papan tanda ini di dapur atau peti sejuk “Tutup selepas makan malam”
82. Berus gigi selepas makan.
83. Jangan makan sambil membaca atau menonton tv.
84. Makan malam bukanlah penyebab berat badan naik tetapi berapa banyak jumlah kalori yg masuk pada waktu itu.
Apakah faedah lain yang boleh didapati drpd berdiet?
85. Bebas lemak bukanlah selalunya yg terbaik tetapi ia membantu mengurangkan kalori yg diambil.
86. Mengelak sarapan boleh membuatkan anda mengidam makanan lain. Jadi jangan tinggalkan sarapan.
87. Sekiranya anda terasa lapar pada waktu petang, nikmati segenggam kacang.
88. Belum kenyang? Nikmati secawan yogurt rendah lemak. Perut lapar menyebabkan glukos menurun. Mengambil sedikit makanan berkhasiat merangsang otak dan tubuh anda.
89. Membuat sedikit perubahan pada tabiat makan dan jenis makanan boleh mengurangkan berat badan dgn lebih cepat.
90. Sayuran dan buah-buahan beku adalah lebih baik kerana selalunya ia dibekukan sebaik sahaja dituai, ia menyimpan segala zat nutrien di dalamnya.
91. Bimbang tentang kandungan lemak trans di dalam mentega kacang? Kebanyakan mentega kacang mengandungi kurang drpd 0.5gm lemak trans. Apakah tip senaman yang boleh membantu?
92. Sebarang jenis senaman membantu menyekat selera makan.
93. Apabila anda bersenam, minum air sekerap mungkin.
94. Pasangkan muzik semasa berjalan atau berjoging, ia akan melekakan anda supaya berjalan atau berjoging lebih jauh.
95. Lakukan yoga. Ia membakar antara 250-350 kalori selama 1 jam.(bg muslims, sila ignore tips ini..tq!)
96. Dehidrasi melambatkan kadar metaboliesme sebanyak 3%.Namun, kuncinya bukanlah berapa banyak anda minum tetapi berapa kerap anda minum. Bagaimana mengendalikan makan kerana emosi?
97. Dapatkan khidmat nasihat pakar diet atau pemakanan.
98. Carilah teman untuk berbual.
99. Sertai kumpulan sokongan yg boleh membantu anda mengurangkan berat badan.
100. Melayari internet juga boleh membantu. Layari laman web yg menawarkan program diet. Anda juga boleh bersoal jawab dgn pakar atau kaunselor melaui emel.
Dipetik dari forum Carigold
Bukan sebarangan diari...
Monday, December 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959
No comments:
Post a Comment