JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Sunday, March 15, 2009

Mek Salam Pantai Timur: Dulu XXL kini M



KISAH pelakon Salam Pantai Timur, Mek atau nama sebenarnya Nik Sayyidah Fatiha menjadi kurus heboh di akhbar-akhbar sepanjang minggu lalu.

Masakan tidak kecoh, siapa tak kenal dengan Mek yang cukup montel dalam rancangan tersebut.

Bukan sekilo dua yang kurang, ‘che mek molek Klate’ ini khabarnya berjaya mengurangkan berat badan dari 103 kilogram ke 59 kilogram dalam masa lapan bulan.

Sebagai artis, tentu perubahan mendadak Mek menjadi perbualan ramai. Ada yang kata, “Mek mesti buat liposuction (sedut lemak), kalau tak, mustahil boleh kurus dengan cepat.” Ada pula yang mengusik, “anak dara kalau sibuk-sibuk nak kurus ni mesti ada perangsang.”

Kerana tertarik dengan kisah Mek, Kesihatan menghubungi Mek untuk mendapatkan cerita menarik tentang perubahan dirinya.

Jom ikuti perbualan dengan Mek yang sempat berkunjung ke studio Utusan baru-baru ini walaupun sibuk dengan urusan sehariannya.

Apa perasaan Mek sekarang?

Rasa lebih yakin dan saya berjaya membuktikan kepada semua orang bahawa tiada perkara yang mustahil dalam dunia ini kalau kita mahu.

Boleh ceritakan sedikit apa yang Mek lakukan untuk kurus?

Saya tak makan nasi, daging, ayam, benda-benda yang manis dan juga bergula. Dah lapan bulan saya tak makan nasi.

Tak rasa lapar?

Memanglah rasa. Tapi kena kuatkan semangat dan saya akan buat benda lain supaya lupa seperti main game atau baca novel. Setiap hari sarapan cuma sebiji epal hijau dan secawan kopi. Tengah hari tak makan dan petang sikit baru makan mihun atau kuetiau tomyam. Saya juga banyakkan minum air mineral sekurang-kurangnya empat botol kecil sehari dan minum teh herba yang mama buat.

Cukupkah dengan menjaga pemakanan?

Memang tak cukup. Setiap hari saya akan bersenam selama dua jam iaitu dengan berlari atas threadmill. Kalau balik ke Kelantan, saya ikut kelas aerobik yang mama buat. Mama saya guru aerobik.

Ada yang tak percaya Mek kurus kerana diet dan bersenam. Ada yang kata Mek mesti buat liposuction.

Tak adalah. Saya ni jenis yang takut sangat dengan jarum dan benda-benda yang ada di hospital.

Ubat-ubatan lain?

Saya tak percaya ada ubat boleh kurus. Kalau tak, dah lama saya kurus.

Apa teman-teman dan saudara cakap bila tengok Mek begini?

Mereka bagi sokongan supaya Mek terus kekal macam ni.

Nasihat Mek untuk mereka yang ingin kurus?

Kalau saya boleh buat, anda juga tentu boleh. Saya dah buktikan bahawa apa juga masalah boleh kita atasi. Macam saya, saya ada masalah kegemukan yang teruk kerana mewarisi bentuk badan yang besar dari keluarga dan juga tabiat suka makan. Doktor juga pernah kata metabolisme saya terlalu rendah. Jadi saya dah berjaya buktikan.

Gembira tak dengan perubahan ini?

Macam tak percaya. Tapi, saya bersyukur kerana saya belum terlambat. Maksudnya, saya bernasib baik kerana saya terselamat dari sebarang penyakit ketika gemuk dulu.

Betul ke Mek kurus sebab ada ‘perangsang’?

Tak adalah. Saya kurus sebab saya sendiri mahu kurus. Memang belum ada. Kalau ada saya akan beritahu nanti.

Projek terkini Mek?

Saya akan muncul dalam filem pertama berjudul Brain Scan 21. Insya-Allah, saya juga akan menghasilkan album solo pertama sendiri tak lama lagi.

Itulah ceritanya Mek, yang sibuk bukan sahaja sebagai pelakon tetapi juga pemilik salun kecantikan di Klang. Khabarnya beliau bakal memiliki sebuah lagi salun kecantikan di Shah Alam tak lama lagi. Kepada Mek, teruskan usaha anda dan semoga berjaya ya.

Sumber: utusan malaysia 23 Januari 2008

4 comments:

wawa pucca said...

jgn lupa diri bila da kurus
hahaha
dia ni da tak pakai tudung
pakai pon seksi

tapi kita amek yg positif

i.n.a.a.m.i said...

contoh satu lagi...
AIZAT AF.
next post wat pasal die ah...
nk tau gak ape die buat.
my request~
lalala

Ika Zulaikha said...

eh wa, bukan die mmg x pkai tudung ke?
mase die gemuk, free hair kan?
hmmm, psl die seksi, no komen..
lum lg tgk die pakai baju nampak dada or ade lurah dendam...

ina, ur request telah ditunaikan..hehe..
bukan aizat jer, ramai lg laa selebriti yg dh kurus..skrg aku hope sgt syanie yg akan kurus...tp x tahulaa dia ade try ke x..tp aku x mo tgk dina kurus..dia sgt cute laa..suka tgk dia skrg..hehe

wawa pucca said...

dia pakai tudung mula2
pastu pakai mcm kii tu (tak tahu eja)
dalam salam pantai timur

aku kan org timur

hehehehe

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.