JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Friday, March 27, 2009

10 Mitos Nutrisi dan Latihan

Banyak pantang larang atau mitos mengenai makanan dan latihan. “Makanlah yang ini, yang itu tak boleh, “Jangan buat itu, kena buat macam ni” dan macam-macam lagi. Saya senaraikan 10 mitos yang selalu kita dengar:

Mitos 1: Jangan makan kalau nak kurangkan berat
Realiti: Benar, tapi ada tapinya. Tidak makan bermakna kurang kalori. Kurang kalori boleh menurunkan berat badan. Tetapi, ia akan menurunkan paras metabolisma dan tenaga dalam tubuh, menyebabkan otot tidak berkembang. Ia akan memberi masalah kepada kesihatan anda. Uruskan atau seimbangkan kalori mengikut ‘bajet’ anda.

Mitos 2: Bila semakin tua, otot bertukar menjadi lemak
Realiti: Otot dan lemak adalah dua jenis tisu badan yang berbeza. Otot tidak boleh bertukar menjadi lemak. Begitu juga sebaliknya. Mitos ini sering dikaitkan dengan ahli sukan yang menjadi gemuk apabila sudah bersara. Mereka gemuk bukan sebab usia, tetapi tidak berlatih seperti waktu aktif. Ada juga yang tidak mengawal pemakanan mereka.

Kurang bersenam akan mengecutkan otot – malahan mengurangkan kadar bakaran tenaga dalam tubuh. Ditambah pula tiada latihan, tiada pembakaran kalori. Mereka akan menjadi gemuk. Tetapi, ini tidak bermakna otot anda bertukar menjadi lemak. Ini isu lain. Tidak semestinya anda akan gemuk apabila berhenti berlatih. Anda cuma perlu kurangkan penggunaan kalori. (Apa yang paling baik ialah amalkan makanan seimbang dan bersenam.)

Mitos 3: Saya hanya perlukan aerobik sahaja
Realiti: Jika anda gabungkan latihan berat dengan aerobik atau kardio, kesan kehilangan lemak menjadi tiga kali ganda daripada senaman aerobik semata-mata.

Aerobik sangat baik untuk ketahanan kardiovaskular, tetapi ia mengurangkan kepaduan otot dan kepadatan rangka tulang sebelah atas tubuh. Otot menggunakan bahan bakar yang disimpan dalam otot. 1 kg otot menggunakan bahan bakar sama seperti kita berlari 1 km setiap hari. Selepas berumur 35 tahun, mereka yang tidak aktif akan hilang 250 g otot setahun dan menambah 700 g lemak. Latihan berat akan melambatkan proses penuaan.

Mitos 4: Semua lemak memudaratkan
Realiti: Ya lah. Banyak lemak boleh membawa kepada obesiti dan mengundang banyak penyakit. Tetapi, tubuh juga memerlukan lemak. Ia melambatkan proses penuaan dan menangani masalah kelaparan dalam jangka masa yang lama berbanding karbohidrat. Apa yang penting ialah anda harus kenal lemak ‘baik’ dan lemak ‘jahat’. Anda harus faham bahawa lemak juga satu makronutrien penting (sejumlah 15% lemak diperlukan dalam pengambilan kalori harian anda).

Mitos 5: Untuk membina tubuh langsing, perlu berlatih beberapa jam sehari
Realiti: Jangka masa latihan sebenar sepatutnya tidak melebihi sejam. Walaupun perlu bersosial, ada baiknya jangan buang masa berbual waktu di gim atau minum di lounge.

Mitos 6: Sekarang, saya sudah mula berlatih, bolehlah saya makan apa saja
Realiti: Anda sudah mula berlatih. Apa yang anda makan lagi penting. Anda perlukan makanan berkhasiat bukan yang sia-sia. Anda akan berasa lebih bertenaga, bukan saja semasa berlatih, malahan sepanjang hari. Tidur nyenyak dan mampu melawan beberapa penyakit.

Mitos 7: Kalau wanita angkat berat, tubuh mereka jadi sasa dan berketul-ketul
Realiti: Saya dah biasa sangat dengan kenyataan begini. Sebenarnya, tidak ramai wanita yang ada nisbah testosteron ke estrogen yang membawa kepada pertambahan saiz otot. Wanita yang nampak sasa itu sebenarnya menyimpan banyak lemak. Susah bagi wanita Asia membentuk tubuh yang besar dan padu. Sama ada lelaki atau wanita, kedua-duanya boleh membentuk tubuh yang tegap dengan latihan yang lebih ringan (lebih 25 kali) daripada hanya beberapa kali latihan berat.

Mitos 8: Makan banyak protein akan menambah pertumbuhan otot
Realiti: Terutama protein daripada makanan tambahan. Benar, protein membekal bahan bakar kepada otot. Cuba fikirkan – adakah dengan menambahkan petrol ke dalam tangki akan membuatkan kereta anda bergerak? Tentu tidak! Petrol tambahan digunakan hanya apabila diperlukan. Samalah macam tubuh manusia. Lebih protein tidak membina otot. Ia hanya menyediakan bahan bakar untuk otot apabila diperlukan.

Jangan keliru antara bahan bakar daripada lemak, karbohidrat atau protein. Protein digunakan untuk membina semula otot selepas latihan.

Mitos 9: Saya boleh makan semua makanan lemak sifar
Realiti: Banyak syarikat menyalahgunakan istilah makanan ‘sifar lemak’ untuk melariskan produk mereka. Apa yang mengurang atau menambahkan berat badan bukannya lemak, tetapi jumlah kalori. Ada juga minuman lemak sifar ini mengandungi kalori berbanding minuman biasa yang bergula (karbohidrat). Makanan/minuman begini memang lazat. Dikhuatiri anda terlebih makan pula nanti.

Mitos 10: Semua kalori sama sahaja
Realiti:
• Lemak menjadi lemak tubuh – 3 kali ganda lebih mudah daripada karbohidrat
• Lemak menjadi lemak tubuh – 5 kali ganda lebih mudah daripada protein
• Karbohidrat menjadi lemak tubuh – 1.67 kali lebih mudah daripada protein.

Oleh : Kevin Zahri @ Fitness on Gua.com

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.