For Makeup Service, Contact Ika 012-2604959

Saturday, February 14, 2009

Kenapa Impian Fitness Tidak Tercapai?



Adakah ia salah genetics? Hmmm ya dan tidak. Ok berdasarkan pengalaman saya, secara ringkas berikut adalah factor kegagalan dalam pencapaian fitness goals (weight gain, weight loss, toning etc)

1.Tak Sabar atau goal yang kurang realisitik
2.Kurang disiplin
3.Kurang Ilmu

Bergantung kepada trend dan janji2 kosong.

“Sabar kak….Sabar!”

Perubahan fitness/fizikal anda telah mengambil masa mungkin 1, 5 atau mungkin 10 tahun. Tapi ramai yang inginkan perubahan drastic dalam masa 12 minggu! Bukan tak bole, tetapi tak praktikal kerana ramai (termasuk saya) tidak mempunyai ilmu mahupun discipline untuk mencapainya.

Contoh yang paling mudah adalah crash diets! Apa hasilnya? Cepat putus asa kerana susah dan membosankan. And bagi mereka yang berjaya pun, selepas 12 minggu macamana? Hmmm ramai yang balik semula kepada cara hidup yang asal dan lama-kelamaan akan kembali ke errrrr ….“bentuk” yang asal.

…"Hmmm ramai yang balik semula kepada cara hidup yang asal dan lama-kelamaan akan kembali ke errrrr ….“bentuk” yang asal"…

Kurang ilmu juga selalu menjadi penghalang
Pernah dengar orang kata “…makan yang ini bagus untuk kesihatan…” atau “…pil ini akan menolong u…sure punya!” ? Ok kata-kata mereka mungkin benar BUT kalau anda mengambil ‘makanan yang sihat’ campur pulak dengan ‘pil kesihatan’ DAN belasah McD & nasi lemak hari-hari THEN memang tak kemana.

…"There is no magic pil or product that will magically make you look great! Percayalah, kalau ada tentunya seluruh dunia dah fit!"…

Look at it this way: Paling penting dalam usaha untuk mencapai fitness ataupun goal kesihatan adalah pengalaman asas-asas pemakanan (dan senaman) dengan baik. Anda tidak boleh lari daripada kenyataan itu. There is no magic pil or product that will magically make you look great! Percayalah, kalau ada tentunya seluruh dunia dah fit!

Problem is ramai yang kurang memahami asas2 itu tetapi tanpanya its very difficult. Seolah2 memandu dalam gelap dan cuba nasib.

Dapat asas yang kukuh
So…my advice is…sebelum anda terfikir untuk membeli product yang “advanced” pastikan basic anda dalam kawalan anda. Ok…sememangnya satu blog post ini tidak akan mengajar anda segalanya, ia merupakan satu proses pembelajaran yang berpanjangan.

Ingat, kesihatan anda merupakan satu gaya hidup. Best case, kita belajar mengawal dan memahami asas-asas over time. Apabila kita memiliki pengetahuan asas yang bernas, it’s a lot easier untuk membezakan trend2 semasa dan hype2 marketing ataupun product2 kesihatan ;)

Berapa hari perlu saya pergi ke gym atau jogging?
Sememangnya disiplin penting dalam apa jua yang kita lakukan tetapi quality usaha kita juga memainkan peranan. Kita tidak perlu menjadi perfectionist dan makan seimbang setiap kali atau bersenam setiap hari. Di sini, balance in life is important. Kalau tidak kita cepat jemu! Remember it has to be fun and percayalah fitness can be fun apabila anda 1. memahaminya dan 2. telah melalui beberapa bulan! Also, pilihlah senaman yang anda gemar. Tidak semestinya jogging! Pilihlah senaman aerobics (cardio) dan anaerobics (i.e. resistance training) yang anda gemar and make sure its FUN!

Give yourself time!
Mulakan perlahan-lahan. Tiada sesiapa yang boleh mengubah cara pemakanan dan gaya hidup dalam sekelip mata. Lebih baik kita membuat perubahan secara perlahan-lahan TETAPI secara permanent.

Contohnya nasi lemak: Kalau sekarang anda makan nasi lemak hari2, tukar kepada 5 kali seminggu untuk 2-3 minggu pertama, selepas itu, kurangkanya lagi ataupun gantikan nasi lemak (yang penuh dengan calorie) dengan nasi putih! Ia pilihan anda! Sesetengah cravings tidak sepenting yang lain tetapi inilah pilihan individu. Know yourself!

Ia adalah pilihan anda!
Akhirnya, fitness atau gaya hidup adalah pilihan sendiri, bukan orang lain. Itulah keindahan fitness dan kesihatan: Its all in your hands! Tak kisah keadaan anda hari ini, anda tetap bole mencapai impian anda….tetapi yang penting anda:

1.Set goal yang realistic
2.Mempunyai ilmu untuk menjayakan goal anda.
3.Jadikan ia satu lifestyle bukan hanya untuk 12 minggu
4.Pastikan ianya fun!
5.Hidup dalam balance supaya tak cepat bosan.
6.Give yourself time. You have your whole life ahead of you.

…"berjaya mahupun tidak adalah hasil usaha (atau tidak) kita. We have no one else to blame but ourselves"…

Akhirnya, berjaya mahupun tidak adalah hasil usaha (atau tidak) kita. We have no one else to blame but ourselves. Formulate a plan to take control of your life….one step at a time.

Oleh : Kevin Zahri

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.