JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Tuesday, August 11, 2009

Ibu Mengandung dan Minyak Kelapa Dara



Susu ibu secara semulajadi mengandungi komposisi fatty asid yang sangat menakjubkan. Ia terdiri dari 45-50% ‘saturated’, sekitar 35% ‘monounsaturated ’ dan 15-20% ‘polyunsaturated’. Daripada keseluruhan jumlah saturated fatty acid tersebut, sekitar 18% daripadanya adalah antimokrobial fatty acid yang terdiri dari lauric acid dan capric acid. Kedua-dua antimicrobial fatty acid tersebut memberikan bayi yang disusukan perlindungan daripada berbagai jenis virus, seperti HIV dan herpes, bacteria seumpama Chlamydia dan Heliocobater, serta protozoa seperti Giardia lamblia.

Paras kandungan antimikrobial fatty acids tersebut mungkin serendah 3-4% Namun apabila sesaorang ibu yang menyusukan anak mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, paras lauric acid dan capric acid akan bertambah dengan ketara dalam air susu mereka.

Mutakhir ini kajian telah menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala kandungan capric acid akan bertambah sekitar dua kali ganda. Bagi sesetengah ibu di beberapa negara, paras kandungan lauric acid dan capric acid didalam susu mereka boleh mencecah sekitar 21% (bagi lauric acid) dan 6% (bagi capric acid). Keadaan ini akan memberikan bayi mereka lebih perlindungan terhadap virus, bacteria dan protozoa. (lihat hasil kajian dalam The American Journal of Clinical Nutrition – diterbitkan pada tahun 1998).

Disamping khasiat terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, mereka juga akan mendapat khasiat tambahan , kerana ‘saturated fat’ yang merupakan ‘medium chain fatty acid’ dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkam dan ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid.

Terdapat beberapa perakuan pengguna bahawa minyak kelapa dara membantu memudahkan mereka melahirkan anak dan dapat membantu memulihkan kesan kulit retak (pada perut) selepas bersalin.

Sumber :
Minyak Kelapa Dara BioAsli
http://darabiz.blogspot.com

Tips Kurus Dengan Cepat Dan Sehat

Di zaman modern ini banyak sekali orang yang begitu mengkhawatirkan masalah berat badan mereka. Mengurangi berat badan dan berupaya nampak lebih muda sepertinya sudah jadi bagian kehidupan banyak orang saat ini. Banyak sekali produk diet yang ditawarkan untuk menyesuaikan diri dengan kebutuhan masa kini, sangking banyaknya pilihan malah bikin bingung produk mana yang paling baik dan cocok.

Sebenarnya, ada cara lain untuk melakukan diet dan mengurangi berat badan dengan mudah tanpa bantuan pil diet. Dan dengan cara ini Anda dapat mengurangi berat badan dengan cara sehat sekaligus cepat. Simak tips berikut:

Kontrol Porsi

Tetapkan porsi Anda, lebih baik buat Anda untuk makan sesuai dengan porsi Anda dari pada menyantap makanan secara berlebihan. Saat Anda makan dengan porsi lebih sedikit, Anda dapat makan secara teratur sepanjang hari. Contohnya, untuk membuat metabolisme lebih tinggi Anda dapat menyantap 5 ukuran kecil makanan dalam sehari dengan jarak waktu 2-3 jam. Cara ini dapat membantu metabolisme Anda dan juga membuat tetap kenyang sepanjang hari.

Hindari Makanan Manis

Gula adalah musuh besar saat diet dimulai. Untuk beberapa alasan saat Anda mulai menyantap makanan sehat dan menjalani diet, biasanya kerap ingin menyantap makanan manis. Cara terbaik untuk menghindari masalah ini adalah makan buah favorit Anda atau agar-agar, saat keinginan itu muncul.

Air

Untuk mengurangi kelebihan air di tubuh, Anda malah harus minum banyak air untuk melepaskan air yang disimpan oleh tubuh. Tubuh kita menahan air untuk memastikan agar tidak mengalami dehidrasi. Saat Anda minum lebih banyak air sepanjang hari dan setiap harinya, justru akan membantu melepas air berlebih di tubuh.

Aktif

Usahakan untuk tetap aktif dengan kegiatan menyenangkan, aktivitas yang membuat rileks untuk hari bebas kerja Anda. Bersenang-senanglah dengan anak Anda, lakukan yoga, jalan-jalan atau lakukan permainan yang bersifat olahraga.

Menjalani diet memang tak mudah, tapi kunci untuk kesuksesan menurunkan berat badan adalah komitmen. Keteguhan difikiran kitalah.

Sumber : Filem Pendek

Minyak Kelapa Dara, HIV AIDS dan H1N1

Setelah sekian lame dgn BIOASLI, baru sy tersedar akan artikel dibawah..selama ni, sy hanye tumpukan pada Psoriasis..yelaaa, dah seronok skrg ni sbb sakit sy dah tak seteruk dulu..

terkejut sebentar,
BETUL KE MINYAK KELAPA DARA (MKD) boleh merawat HIV AIDS??

sy sendiri seorang pelajar jurusan Mikrobiologi, tak penah plak tahu pasal kePOWERFULLan MKD ni...lebih2 lagi melibatkan virus...virus ni susah nak mati wooo..

Untuk artikel mengenai Minyak Kelapa Dara dan HIV AIDS, klik sini...

recently, bala baru plak menimpa seluruh dunia..
scary the merry betul...

lepas bace artikel HIV & MKD tuu, tetibe satu persoalan timbul...

Boleh ke Minyak Kelapa Dara dijadikan sebagai anti-viral (bunuh virus) utk H1N1??
Rasenye boleh, kalau virus H1N1 ni ialah coated virus..
hmmmm...

Sila bace artikel dibawah pule..

kepada pakar saintis sekalian, sila wat kajian..hehe...

P/s : lepas amik MKD, sy dah jarang sakit (demam, selsema,batuk)..tahun lepas, masyaALLAH..sebulan sekali sakit..org2 psoriasis ni kan pertahanan badan dia lemah sikit...huhu

InsyaALLAH,
Setiap penyakit ada ubatnya, kecuali mati..

Bala yg menimpa pada ketika ni merupakan suatu peringatan kepada diri kita bahawa tiada yg LEBIH BERKUASA melainkan ALLAH SWT.. ^_^




***

MINYAK KELAPA DARA PEMUSNAH VIRUS, BAKTERIA DAN PROTOZOA

Kandungan Lauric asid dalam minyak kelapa dara adalah 'medium chain fatty asid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin didalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal. Monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan berperanan memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia.

Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.
Tindakan antiviral yang dikaitkan dengan monolaurin ialah ia mampu mencairkan lapisan lipid dan phospholipid pada kelongsong atau envelope virus yang menyebabkan kerosakan pada envelope virus berkenaan. Secara mudah, fatty asid dan monoglycerides menghasilkan kesan pemusnahan ialah dengan menghancurkan dua lapisan plasma membrane pada organism berkenaan.Kebanyakan daripada organisma pathogen yang dilapurkan tidak aktif dan musnah dengan tindakan antimicrobial lipids adalah di ketahui organisma yang bertanggungjawab sebagai 'opportunustic infections’ bagi individu yang HIV positif.

Dari beberapa kajian dan penyelidikan mutakhir ini, telah membuktikan bahawa kesan antimikrobial monolaurin adalah berhubung kait dengan gangguan terhadap sebarang isyarat ke atas mekanisma cell organisma berkenaan untuk replikasi (replication)..

Baik Buruk Diet Sesuka Hati

Tanya mana-mana wanita, semuanya pasti mengatakan tubuh yang langsing menambah daya tarikah pada diri mereka. Jesteru, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat kelihatan cantik dan langsing termasuklah mengamalkan diet. Ada yang mementingkan kesihatan diri selain daripada mahu dilihat langsing, tetapi membuat program diet sendiri mengikut kesukaan. Apa yang penting berat badan turun dan tubuh kekal langsing. Ikuti buruk baik diet sesuka hati begini.



Diet epal dan detoks.
Makan hanya epal manis (selalunya epal merah) selama 7 hari berturut-turut. Setiap kali makan dua hingga tiga biji dan dalam sehari menjadi sampai lima hingga enam biji. Selain epal, hanya minum air dan mengambil suplemen untuk detoksifikasi. Tujuannya untuk menjadikan tubuh lebih segar dan pencernaan lebih lancar. Seminggu boleh turun sehingga 2 kilogram(kg).



Fakta: Buah-buahan hanya mengandungi vitamin dan karbohidrat. Tidak ada protein dan lemak seperti yang diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalankan fungsinya setiap hari.



Komen Pakar : Menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penurunan berat badan yang sihat adalah 1 hingga 1.5 kg/minggu dengan pengurangan makanan sebanyak 500 kalori/hari. Dalam setiap penurunan berat badan, sebaik-baiknya kurangkan jumlah lemak di dalam badan. Pengambilan buah-buahan untuk menurunkan berat badan bukan hanya menyebabkan jumlah lemak di dalam tubuh menurun, tetapi juga kandungan protein otot dan jumlah cairan di dalam tubuh berkurang. Kehilangan air yang terlalu banyak dapat membahayakan ginjal. Bila berat badan kembali naik, kemungkinan lemak semakin meningkat. Sebenarnya tubuh kita mampu mendetoksifikasikan bahan-bahan beracun dan yang tidak diperlukan tubuh secara semulajadi. Proses detoksifikasi berlaku di hati. Jadi, pengambilan suplemen untuk detoksifikasi bukanlah satu keperluan.



Diet elak nasi.
Langsung tidak menyentuh nasi dan hanya sesekali makan roti atau mi, selebihnya makan sayur dan buah-buahan. Malah, makanan bergoreng, terus dielakkan. Minuman seperti kopi dan gula juga tiada di dalam menu seharian. Makan selepas jam 7 malam? Tidak sesekali!



Fakta: Makanan seperti nasi, roti dan mi semuanya mengandungi karbohidrat. Nasi yang berasal daripada beras merah sebenarnya lebih menyihatkan kerana ia bukan sahaja mengandungi karbohidrat tetapi juga kaya dengan protein dan serat.



Komen Pakar : Beras merah, kentang (dengan kulitnya), roti dari biji-bijian dan bijirin amat disarankan sebagai pengganti sumber karbohidrat. Karbohidrat yang mengandungi banyak serat dapat digunakan untuk mengendalikan kadar gula rendah, kadar lemak darah, dan juga berat badan. Jangan terus ‘bermusuh’ dengan nasi. Cara terbaik, kurangkan saja kuantitinya. Ikut pola pemakanan sihat mengikut piramid makanan Asia bermula seperti hasil beras, tepung dan bijiran, diikuti dengan sayur dan buah-buahan. Seterusnya protein haiwan dan tumbuhan seperti susu rendah lemak, daging tanpa lemak dan kekacang dan akhir sekali makanan yang paling sedikit diambil seperti lemak atau minyak dan gula.



Makan tiga sudu.
Berat badan mudah naik bagi sesetengah orang, jadi diet seperti ini sering diamalkan. Sayur-sayuran menjadi sahabat baik. Lauk kegemaraan seperti ikan atau dada ayam tanpa kulit. Biasanya, makan secara perlahan-lahan agar mudah rasa kenyang. Juga banyak minum air putih.



Fakta: Makan dengan perlahan memberi peluang kepada otak untuk mengirimkan signal sudah kenyang. Cara begini membantu menggelakkan anda daripada makan berlebihan.



Komen Pakar: Pola pemakanan yang sihat, lengkap dengan air, karbohidrat, protein, lemak dan serat. Namun, masih kurang pengambilan protein tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan sehingga kekurangan keperluan vitamin dan mineral. Cuba variasikan sumber protein dengan menambah pengambilan makanan seperti kekacang. Nutrien makanan harus seimbang kerana tubuh amat memerlukannya. Apatah lagi protein tumbuhan yang kaya dengan isoplavon sebagai antioksidan, fitestrogen sebagai sumber estrogen dari tumbuhan yang digunakan untuk meningkatkan kadar estrogen dalam tubuh dan fitesterol. Perhatikan juga cara memasak. Kurangkan menggoreng makanan. Makan tiga sudu sudah cukup kerana pengambilan sayur-sayuran sudah cukup banyak. Tambahan, sayur dan buah juga mengandungi karbohidrat yang tinggi serat.



Kelolaan: Khairun Nisa Ishak, Sumber : Majalah Mingguan wanita, Bil: 1286, 11-17 Julai 2008.

4 Tips Imam Syafie

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3.. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3.. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

Sumber : Terdelete..hehehe..
Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.