JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Monday, May 1, 2017

Sabah Trip 2017 : Tentatif Hari Pertama dan Hari Kedua


TENTATIF 4 HARI 3 MALAM
KUNDASANG - RANAU - KOTA KINABALU

Hari Pertama
6.30 pagi - flight dr KL

9.00 pagi - Tiba di KK. Kereta sewa tunggu di airport. Ambil kereta sewa dan terus ke Kundasang. Guna GPS.
On the way ke Kundasang, jumpa Muzium Rumah Terbalik dan Jambatan Tamparuli.Boleh singgah masuk.Tapi Kakak Ika n husband tak berapa minat muzium..We love nature more haha! Boleh juga singgah balik nanti dr Kundasang ke KK.

12.00 tengahari - tiba di Kundasang.Jalan2 sekitar pekan Kundasang dan Kundasang War Memorial (Tiket RM2 sorg) Kemudian, makan tengahari.

2.00 ptg - Check in Crystal Hill Resort. Rehat dan Solat

3.00 ptg - Desa Dairy Farm Tiket RM5 sorg. Tgk lembu, makan aiskrim, minum susu, amek gambar.

5.00 ptg - ke pekan Kundasang. Tapau dinner. Beli KFC je hahaha.. 6 ptg dah mula gelap. Balik ke resort. Malam tak berani keluar. Jalan sgt curam dan kabus tebal. Bahaya.

Hari kedua
5.30 pagi - Solat Subuh dan lepak di balcony bilik. Nikmati pemandangan puncak Gunung Kinabalu.. Hanya boleh dilihat dalam 3 ke 4 jam sahaja. Kemudian, kabus tebal akan menyelubungi puncak tersebut. Mmg tak nampak langsung selepas jam 9 pagi... waktu terbaik jam 6.00 - 7.00 pagi.. masyaallah cantik sgt2..

7.30 pagi - check out dan turun Sarapan di pekan Kundasang. Boleh order mee sup. Sejuk2 hirup sup meme ohsem!! Amek port di luar.. Sarapan sambil mata menjamu puncak Kinabalu.

8.30 pagi - Kami ke Desa Dairy Farm sekali lagi!! Kononnya nak amek gambar puncak Kinabalu berlatarbelakang ladang lembu yg menghijau.tapi nasib kurang baik, sampai2 je, kabus dah tutup sepenuhnya puncak Kinabalu..huhu.. (Slot pagi ni anda boleh ke Poring Hot Water kalau x nak dtg semula ke Desa Dairy Farm.Kami tidak ke Poring)

10.00 pagi - Kg Tagal Luanti, Ranau Sabah. Fish Massage.. boleh massage kaki atau whole body.. haha!

12.00 tghari - Sabah Tea. Sebelah Fish Spa je.. Boleh lunch kat sini dan amek gambar.Byk port menarik.Tapi kami tak makan sbb dah kenyang minum susu. Haha.. Selesai je terus gerak pulang ke KK.

2.00 pm - on the way ke KK, singgah ke Pekan Nabalu. Beli souvenior kat sini ok!Lebih murah dari Pasar Filipin. Keychain, Fridge magnet, tshirt harga tak dpt kt Pasar Filipin..

3.00 pm - Sampai KK, terus ke GAYA CENTRE HOTEL dan check in. Kereta park tepi jalan je depan hotel.

4.00 pm - rehat sekejap, pg toilet dan solat.Keluar semula, guna kereta.. kang malam kang nak kena pulang..haha..pusing2 bandar KK. Pergi Jesselton Point (Jeti) utk beli tiket ke pulau..kemudian ke pasar filipin. Apa lagi? Shopping laa... ikan kering, seaweed, ikan bilis dan pelbagai hasil laut.. sebelah pasar kering, ada jual souveniors.. nak beli brooches atau mutiara semua ada.. shopping awal sbb kereta masih ada boleh angkut brg. Dah habis shopping, boleh dinner terus makan seafood..kat area pasar tu juga..pilih je laa gerai mana2..makan sambil nikmati matahari terbenam..

10.00 malam - pulang kereta sewa. Masuk hotel dan zzzzZZZZ..

Hari ketiga nak pg pulau dari pagi sampai ptg.. make sure u have a good rest.. driver pun mesti penat hahaha..

Ok hari ketiga dan keempat kite sambung next entry yaaahh...

Sabah Tea @ Ranau Sabah

Fish Spa @ Kg Tagal Luanti, Ranau


Pemandangan puncak gunung Kinabalu dari Crystal Hill Resort terrace :)


Bagi anak lembu minum susu @ Desa Dairy Farm

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.