For Makeup Service, Contact Ika 012-2604959

Monday, May 1, 2017

Sabah Trip 2017 : Kos 4 hari 3 malam

Kos 4 hari 3 malam
Kota Kinabalu - Kundasang - Ranau

My beloved husband...


😍 Flight AA Return 2 org - RM517.00 (food + assign seat + 1x baggage 15kg + insurance)
😍 Crystal Hill Resort Kundasang , 2 hari 1 malam - RM150 
😍 Gaya Centre Hotel , 3 hari 2 malam - RM320.00
😍 Sewa kereta myvi 2 hari - RM200
😍 Teksi balik ke airport - RM30
Total RM1217.00

Kos di atas boleh dikurangkan lagi.. utk flight, anda boleh tolak food and seat. Utk baggage, sy amek utk flight pulang sahaja.. Sbb nak memborong kan.. Belum tentu kurang 7kg utk masuk cabin.. Kalau anda tak berapa gemar nak shopping, baggage tu tak payah la amek.. Dah jimat kat situ... Untuk tempat tinggal, byk tempat lain yg tawarkan harga lebih murah..boleh survey...tapi nak ikut tempah hotel dan resort yg sama juga digalakkan sbb tidak akan mengecewakan anda hehehe..

😍 Crystal Hill Resort Kundasang ; pemandangan puncak gunung kinabalu yg sgt memukau..bygkan boleh tgk dr balcony bilik anda sahaja!!kat sini dah jimat masa dah sbb anda tak perlu nak pergi ke pitstop sightseeing semata2 nak ambil gambar..puncak kinabalu boleh nampak dlm jam 6.00 pagi hingga 9 pagi sahaja..bangun awal laa dehhh hehe...

😍 Gaya Centre Hotel Kota Kinabalu ; Hotel ni terletak berhadapan dgn Pulau Gaya dan laut.. Sebelah nya ada Suria Sabah Mall.. Dah mcm pavi dah mall ni.. Kalah EC Mall oopss!!! Hotel ni sangat2 strategik krn terletak di tgh2 antara Jesselton Point (Jeti ke Pulau2) dan Pasar Filipin.. Haaa kat sini dah tak perlu nak sewa kereta.. Sbb boleh jalan kaki je.. tak jauh mana pun.. Kakak Ika yg gemuk ni pun relax aje tak mengah kahkahkah... Sewa kereta utk ke Kundasang je.. dah sampai KK, kau jalan kaki je bahhh...nak balik airport, naik teksi je..depan hotel ni teksi beratur tunggu kau naik aje hahaha... tambang RM30...hotel ni ada free breakfast buffet tau.. utk 2 org dan 2 hari.. jimat dah kat situ lebih2 lagi hari nak pg pulau.. makan laa sepuas2 nya..hehe

😍 Sewa kereta Humaira (H/P 017 818 2728) Good service, punctual, kereta myvi baru mmg best! Sampai airport je runner dah tunggu..dpt je kereta terus henjut ke Kundasang. Drive sendiri laa yer hehe..Masa return kereta, suruh dia tunggu depan hotel pukul 10 malam..Tepat 10 malam dia dah ada.. Sewa 2 hari RM200.. Kalau include driver, tak tau la berapa.. cuba contact no. di atas..
Hotel dan resort mcm tiket flight, booking lebih awal lebih murah harga dapat...

untuk Air Asia, pandai2 la korg cari tarikh tambang murah.. kite dulu pun puas membelek.. 6 bulan sebelum tarikh dah book siap bayar.. Ohh yaaAirAsiaGo.com harga agak murah dr website yg lain tapi dgn syarat kena bayar terus by debit/credit card..
Ini utk kos utama.. Kos utk jalan2 dan makan, nanti kite buat next entry.. Semoga bermanfaat yaa.. 


No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.