JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Thursday, May 23, 2013

CIRI2 KRIM KOSMETIK YG ADA MERKURI

Untuk dikongsi bersama...

Assalammualaikum untuk semua readers yang cantik cun melecun!
Hehe untuk entry kali ini lebih specific to female jadi I puji readers yang cun melecun sahaja lah, yang handsome kacak bergaya lain kali I puji. Memandangkan sebelum ini I bagitahu tentang 5 kosmetic beracun yang tidak selamat digunakan, ramai juga yang bertanya tentang apakah kesan sampingan barangan kosmetic bermerkuri, macam mana nak bezakan, dan segala yang berkaitan dengan merkuri.
Ciri-ciri krim kosmetik bermerkuri
1. Melekit-lekit : Tapi ada sesetengah krim yang campurkan dengan bedak sejuk supaya nampak lebih cair. Tektik lettew.
2.  Tidak homogen : Maksudnya cenggini, kalau kita biarkan krim itu, kita nampak ada lapisan minyak akan terpisah dengan lapisan padat.
3. Bau logam merkuri: Bau lain macam, tapi ada sesetengah product yang kononnya bijak dah mengolah bau dengan bau perfume yang lebih menyengat untuk menghilangkan bau merkuri. Sebab itu sebaiknya jika mencari product kecantikan, cari product yang tidak berbau apa apa. Kalau nak bau wangi pakai perfume lah buat apa pakai krim muka wangi- wangi? Bajet ada orang nak kiss kau sambil berkata wanginya bau pipi?
4. Krim berwarna yang mencolok: Biasanya untuk mengcover balik warna merkuri, mereka akan tambah dengan bahan pewarna. Tipikal warna mereka gunakan, warna tekstil kuning atau warna putih yang mengilat.
5. Panas dan gatal apabila di-seletkan dekat kulit lengan.
6. Pada awal pemakaian menyebab kulit kemerahan apabila terkena cahaya matahari. Cheh waktu itu bajet macam kulit kita dalam proses pemutihan lah padahal anda tertipu. Kulit anda sedang berlakuirritation.
7. Warna putih tak sekata, putih pucat tak macam putih normal.
8. Kulit berubah warna putih dalam waktu yang singkat! Seperti dalam iklan dipasaran, INGINKAN KULIT PUTIH DALAM MASA 1 MINGGU? haa semakin cepat kulit korang putih, semakin banyak kandungan merkuri yang digunakan
9. TIDAK TIMBUL JERAWAT SAMA SEKALI. Itu pasal krim mereka laris dipasaran. Korang bajet kulit korang berkesan lah dengan krim tersebut? Dah lah kulit putih, licin tanpa jerawat pula. Sebenarnya lapisan kulit epidermis kita dah rosak, kulit sudah tidak mengandung protein & melanin yang berfungsi utk melindungi sinar UV matahari sehingga  kuman/ bakteria  tidak akan menyukai kulit yang telah tercemar merkuri termasuk nyamuk sekalipun! Bayangkan!
10. MENGHALUSKAN DAN MENGECILKAN RUANG PORI PORI. Ini lagi satu kesan korang tertipu. Sebenarnya, kulit korang dah menipis dan lapisan kulit bahagian paling atas dah berhapus dek kerana merkuri tersebut. Tengok sepintas lalu seolah-olah pori pori mengecil dan menghaluskan kulit.
11. Bila tiba-tiba kita stop krim bermerkuri, akan timbul pula jerawat-jerawat kecil dan rasa gatal. Itu kesan sampingan apabila berhenti penggunaan krim bermerkuri, sebab itu orang bajet krim itu terbaik buat mereka. -_-
12. Warna putih pada kulit lama kelamaan akan menjadi kelabu, dan akhirnya kehitaman (jeragat mula menguasai).
Sekarang lah waktunya kita ubah kosmetik yang kita gunakan!
Muka macam nak kena lempang.
BAHAYA KOSMETIK BERMERKURI.
1. Gangguan saraf : Alzheimer, Parkinson serta gangguan-gangguan ringan seperti insomnia, pelupa, tekanan emosi, gementar, gangguan penglihatan.
2. Memperlambat pertumbuhan janin : Merkuri tidak akan dapat disingkirkan oleh ginjal dan akan bertahan dekat situ sekaligus bila kita hamil, akan effect dekat janin kita. Risiko mendapat anak autism/ pertumbuhan anak terencat menjadi tinggi.
3. Wajah menjadi lebih rosak : Timbulnya tompokan hitam dan jeragat yang teruk dikemudian hari.
4. Kerosakan buah pinggang : Seperti yang I cakap tadi, merkuri akan terkumpul di ginjal sehingga menyebabkan bau urine pon menjadi besinggggg *orang jawa kata* sekaligus merosakkan buah pinggang.
5. Resiko penyakit kanser: Terutamanya kanser kulit, payudara, serviks dan paru-paru.
Jangan rosakkan diri sendiri demi mengejar kecantikan. Jom share dekat semua orang!

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.