For Makeup Service, Contact Ika 012-2604959

Tuesday, February 19, 2013

Makanan yg Perlu Dielakkan Ketika Diet

Bila kita berdiet tidak semestinya kita perlu menolak semua makanan ... Jangan rungsingkan kepala kita. Sebenarnya diet ni mudah dan simple :)

Diet adalah makanan yang perlu kita makan dan makanan yang kita tidak perlu makan.

Mudah kan :)

Apa? Susah juga?

Ok, biar saya jelaskan…. Apa yang kita perlu kisah dalam sesuatu makanan adalah kuantiti gula, creamer, kafein, garam, lemak tepu, trans fat, minyak dan kalori. Jika semua yang saya sebut mengandungi kuantiti yang tinggi, so, kurangkan dan kalau boleh elakkan. Gantikan makanan tersebut dengan makanan yang lebih berkhasiat dan seimbang.

Di bawah saya sediakan contoh makanan yang perlu dielakkan

Minuman ringan/berkarbonat

Minuman ringan memang sangat sedap. Lebih-lebih lagi bila di minum ketika sejuk. Awas!! Minuman ringan mengandungi kafein dan gula yang sangat tinggi.

Cara yang terbaik adalah gantikan minuman ringan dengan jus buah-buahan….jangan letak gula dalam jus pula ya :)

Kopi di kedai

Selalu kita pesan, Mamak!! Kopi ‘o’ kurang manis satu… Anda pasti kah kopi yang anda minum di kedai betul-betul selamat?

Biar saya beritahu anda kebanyakkan kedai memilih kopi yang mengandungi creamer, kafein, gula dan penambah perisa yang banyak supaya kopi menjadi lebih sedap.

Jika kita mahukan kopi seelok-eloknya kita bancuh sendiri. Anda boleh mencampurkan kopi dengan gula atau creamer dalam kuantiti yang sedikit. Cara ini lebih selamat.

Kek dan Muffin

Kek dan muffin telah menjadi makanan harian untuk rakyat Malaysia. Memang makanan ini sedap dan ringkas. Tahukah anda apa yang terkandung di dalam kek dan muffin?

Kebanyakkan makanan ini mengandungi lemak tepu, gula dan bahan-bahan perasa yang tinggi. Jadi, elakkan daripada makan kek dan muffin terlalu kerap.

Makanan bergoreng

Tidak kisah lah mee goreng atau bihun goreng. Bila sebut perkataan bergoreng kita perlu berhati-hati, lebih-lebih lagi makanan bergoreng dari kedai.

Kebiasaannya kedai akan menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu yang banyak dan ditambah pula dengan telur yang banyak supaya sedap.

Lebih elok kita menggoreng sendiri kerana kita dapat mengawal bahan-bahan yang kita letakkan di makanan bergoreng kita.

Makanan segera

Makanan segera seperti McD, KFC dan lain-lain lagi mengandungi kalori yang tinggi. Memang sedap. Saya sendiri akui. 

Tahukah anda setiap set hidangan makanan segera mengandungi kalori sehingga 2000 kalori. Jumlahnya sangat besar.

Tapi jika kita terasa nak makan makanan segera juga, cuba kurangkan. Makan sebulan sekali sahaja :)

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.