JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Tuesday, January 11, 2011

Tubuh Sihat, Langsing dan Cantik



Diri anda adalah apa yang anda makan. Ramai yang tidak menyedari bahawa pemilihan pemakanan yang berkhasiat adalah amat penting bagi memastikan kesihatan yang baik dan terhindar dari pelbagai penyakit. Punca pelbagai penyakit adalah dari pengambilan pemakanan. Oleh itu mulailah hari ini, kawal pengambilan makanan. Buat pilihan yang bijak agar tubuh badan sihat, langsing dan bergaya.

Elakkan pengambilah makanan seperti berikut :-
  • Terlalu banyak lemak dan kolestrol
Kurangkan makanan berlemak dan berkolestrol seperti daging merah, telur, mentega dan keju. Makanan ini mengandungi sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi jika diambil berlebihan ia akan menyebabkan kegemukan dan mengakibatkan pelbagai penyakit. Makanan ini mengandungi lemak dan kolestrol yang berlebihan yang akan meningkatkan risiko penyakit darah tinggi dan sakit jantung.
  • Terlalu banyak makanan berproses
Kurangkan makanan yang berproses seperti snek iaitu kentang goreng dan kerepek. Makanan seperti ini mengandungi banyak lemak dan kolestrol jika diambil berlebihan dan kerap kali akan mengakibatkan kegemukan. Malah akan menyebabkan risiko pelbagai penyakit. Selain itu makanan seperti kek, ais krim dan coklat mengandungi banyak gula dan sejumlah kalori. Bukan sahaja mengakibatkan kegemukan malah akan mengakibatkan risiko kerosakan gigi.
  • Terlalu banyak gula
Makanan bergula memang sedap seperti kuih muih, kek dan kadang kala dari lauk pauk. Gula juga boleh didapati dari minuman seperti kopi, teh dan paling popular bagi masyarakat Malaysia iaitu teh tarik. Kandungan gula yang berlebihan akan menambah kalori yang akan mengakibatkan kegemukan. Kandungan gula yang berlebihan ini juga adalah punca kepada penyakit kencing manis, dan serangan jantung.
  • Terlalu banyak garam

Makanan segera seperti makanan tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng mengandungi terlalu banyak garam. Makanan yang terlalu banyak garam akan mengakibatkan penyakit darah tinggi dan masalah terlalu banyak air di bawah kulit.
  • Terlalu sedikit serat


    Pengambilan terlalu sedikit serat akan melambatkan proses perjalanan makanan ke saluran penghadaman. Kelambatan proses makanan melalui ke saluran makanan akan mengakibatkan serangan kanser. Pengambilan lebih serat dapat melancarkan bahan beracun melalui usus besar dan mempercepatkan pengeluaran dari tubuh. Ini boleh mengelakkan dari kanses usus besar.
    • Bahan penambah rasa
    Bahan penambah rasa, penambah warna dan bahan pengawet akan menyebabkan kanak- kanak terlalu aktif. Selain itu ia akan mengakibatkan alergi, kerosakan buah pinggang dan otak. Penambah rasa ini banyak terdapat di dalam makanan dalam tin, minuman ringan, makanan segera, makanan rendah lemak dan sos.
    • Terlalu banyak kafein
    Kafein terdapat dalam minuman kopi, teh, coklat dan minuman kola. Kandungan kafein yang terlalu banyak akan menyebab perasaan cemas, letih dan tidak nyenyak tidur. Ia juga punca kenaikan paras gula yang tinggi pada penghidap kencing manis, juga boleh mengakibatkan kanser pancreas dan kanser pundi.
    • Alkohol
    Elakkan pengambilan alkohol kerana alkohol akan memberi kalori dan tidak memberi sedikit zat yang lain. Malah ia akan menghapuskan vitamin dan zat galian di dalam tubuh. Alkohol akan menyebabkan gastrik, pedih ulu hati, serangan jantung, gangguan otot, masalah sistem saraf, mati pucuk dan banyak lagi.
    Pokok pangkalnya cuba elak mengambil makanan yang berlebihan. Kawal pengambilan pemakanan anda. lebih elok lagi makan masakan yang di masak sendiri. Sudah pasti makanan itu lebih bersih dan tidak tercemar. Hidup akan ceria, sihat dan langsing dengan pemilihan makanan yang bijak. Tepuk dada tanya selera.

    No comments:

    Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

    Borang Tempahan Produk

    Name:
    Email Address:
    No. Telefon / Contact No.
    Alamat / Address
    Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
    Kaedah Pembayaran / Method of Payment

    1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

    2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

    3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

    4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

     


    This contact form was created by Freedback.