For Makeup Service, Contact Ika 012-2604959

Monday, January 17, 2011

Kenapa Diet Tak Berkesan?

Diet Tak Berkesan, Kenapa?

Berat dah bertambah? Dah ikut macam macam tips tapi berat tak turun turun jugak? Ini masalah normal untuk yang nak diet tapi tak tahu cara diet yang betul. Ramai yang ingat kalau diet kena kurangkan semaksima mungkin total makanan yang kita consumed setiap hari. Ni ke cara diet yang betul? SALAH!

Antara sebab kenapa diet kita tak berkesan:-

1. Kurangkan waktu makan, bukannya kuantiti makanan.

Cuba kita tengok, tak ramai yang berani makan 4-5 kali sehari kalau on diet. Matlamat diorang, kurangkan waktu makan seminima habis. Kalau dulu makan 4kali tapi time diet kena makan sekali je. Tapi menu kena betul betul mewah nasi ayam, chiken chop, mee kari, Big Mac & etc. Diet ke ni, kalau sekali makan dah macam 2hari tak jumpa makanan?

Sebetulnya kita tak boleh skip waktu makan. Makan 4-5 kali sehari tapi dalam portion yang sikit.

2. Katakan tak pada nasi

Nasi sumber karbo utama so, kalau kurang ambil karbo berat boleh turun. Tak ambil nasi, tapi makan McD dan makanan tak berkhasiat lain, asalkan bukan nasi gerenti boleh kurus punyalah!

Kurang karbo tak menjanji kan kurus. Bila tak ada sumber karbo dalam badan, protien yang akan dibakar bukannya lemak. So, tak semestinya tak makan nasi boleh kurus macam Paris Hilton =p

3. Pengambilan kalori yang terlalu rendah

Perempuan perlukan 1800 kalori sehari. Lelaki pulak perlukan 2200 kalori. Memang kalau kita makan kurang dari jumlah ni berat akan turun. Tapi lama lama metabolisma kita akan jadi rendah. Kalori payah nak terbakar. Lepas tu naik 10 kali atas penimbang pon berat tetap sama. Silap hari bulan berat makin naik.

So, kena kurangkan kalori tapi tingkatkan metabolisma. Kalau metabolisma tinggi, once berat turun memang payah nak naik!

4. Tidak Bersenam

Diet tapi tak bersenam!. Normal lah tu kan? Puncanya, sebab sibuk, malas dan malu. Bersenam ni mempercepatkan proses kita nak kurus. Bila bersenam, kalori akan terbakar. Lagi banyak kalori yang dibakar lagi cepat badan kita toned up. Tapi kalau asyik bersenam depan tv sambil makan pringles & tengok slot akasia memang cepatlah berat naik.

Bersenam one of the way nak tingkatkan metabolisma. Metabolisma tinggi, kalori mudah terbakar jadi berat akan turun. Tapi ingat, fitness tak boleh tinggal, kena konsisten. Kalau tinggal kemungkinan nak gemok balik tu ada.

5. Makan Salad Semata mata

Bagi yang amalkan diet dengan hanya makan salad memang bagus & sihat cara korang ni. Tapi ramai yang tersalah langkah.Mereka lebih suka makan salad dengan Sos Thousand Island atau pon Mayonis. Korang kena tahu, kandungan lemak dalam 2 benda ni memang sangat tinggi.

Sebetulnya, rebus atau stim je sayur sayur tu. Lepastu, taburkan secubit dua garam. Tak pon boleh try letak sos tiram sikit.

6. Makan ubat kurus yang tak di sahkan.

Semua orang nak kurus cepat kan? Tapi sekurang kurang nya refer lah doktor dulu. Kebanyakan ubat kurus ada pro and contrasnya. Selalu ubat ubat kurus ni memang akan menampakkan kesan, tapi bila kita dah berhenti makan selera makan membuak buak. Badan pon bagai di pam pam jadinya.

Pil diet ni banyak yang berunsurkan dadah yang ransang otak kita untuk tak rasa lapar dan tak rasa nak makan. Kalau terlebih makan, memang bahayakan diri and nyawa.

Bukan semua bernasib baik dapat badan macam Megan Fox, Paris Hilton semua. Sebab kita datang dari lain lain genetik. Tapi bukan bermaksud, kalau dah gemuk, seluruh keturunan kita pon akan gemuk jugak. Depends dengan gaya hidup and pemakanan kita jugak. So, make sure diet dengan betul. Nanti berat tak turun sakit lain pulak yang datang.

Sumber

2 comments:

Mia-Ina said...

setuju dgn pe yg diperkatakan,,suke entry ni ieka

anisyafrina said...

suke gak.. baru perasan sy diet dengan cara kurgkan waktu makan.. Lepas tu bile dapat makan, waaa! Selera bukan maen... kene ubah ni! TQ for info :)

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.