Pantang Larang:
1. Jangan cuba membuat perubahan terlalu besar & drastik. Jika anda berharap mendapatkan hasil yg terlalu besar & terlalu cepat, percayalah, anda akan kecewa.
2. Tempatkan pola pemikiran yg sederhana dalam perubahan yg cuba anda lakukan. Cara ini akan mengurangi rasa keterpaksaan & mampu memotivasikan anda dalam waktu yg cukup lama.
3. Pastikan keadaan tubuh anda. Adakah anda tergolong dalam kumpluan 'underweight'? 'normal'? ataupun 'overweight'? Dari situ anda akan mengetahui samada anda perlu menurunkan berat badan ataupun tidak.
4. Perhatikan amalan pemakanan & aktiviti fizikal anda. Imbas kembali apa yg anda makan setiap hari agar dapat mengetahui pola makan & jumlah kalori yg anda ambil mahupun yg keluar dari tubuh anda.
5. Disiplin diri sendiri & ikut jadual pemakanan yg telah anda buat. (Lebih baik jika anda berunding terlebih dahulu dengan doktor peribadi untuk menetapkan cara @ pola makan terbaik).
Syarat Pemakanan:
Pola pemakanan yg tidak sihat adalah pencetus 'trend' berat badan berlebihan di Amerika. Statistik menunjukkan masyarakat Amerika masa kini mengambil 23 peratus gula lebih banyak dibandingkan tahun 1970. Minuman ringan merupakan sumber utama bahan makanan yg banyak mengandungi gula namun sangat digemari oleh masyarakat di sana. Pada tahun 2000, pengambilan lemak jauh lebih banyak jika dibandingkan pada tahun 1970 iaitu meningkat lebih dari 24 peratus. Ini belum lagi ditambah dengan bahan makanan lain yg diambil secara berlebihan. Berdasarkan fakta & statistik tersebut, terdapat banyak nasihat2 yg disebarkan tentang cara @ pola makan yg lebih baik spt:
1. Makanlah di satu tempat yg tetap (di meja makan). Bukan ketika sambil menonton @ ketika melayan panggilan di telefon.
2. Alihkan terus pinggan jika anda sudah kenyang & jangan menunggu hingga perut benar2 penuh untuk berhenti makan.
3. Makanlah kerana benar2 lapar, bukan kerana anda berasa bosan @ tertekan. Jika membeli belah, jangan biarkan perut kosong sehingga memaksa anda makan lebih dari biasa.
4. Pilihlah jenis minuman yg tidak banyak mengandungi kalori spt soda diet, air putih, @ segelas susu rendah lemak.
5. Bagi anda yg sudah terbiasa dgn makanan2 yg manis, cuab ganti gula anda dgn gula campuran @ pemanis rendah kalori. Pastikan pemanis itu sesuai dgn keperluan anda.
6. Cubalah menggantikan roti tawar dengan roti gandum & beras putih dengan beras perang, ayam goreng dgn ayam panggang @ kukus, air manis dgn jus buah segar, & kentang besar ukuran besar dgn kentang goreng ukuran yg lebih kecil.
Sumber
Bukan sebarangan diari...
Sunday, August 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959
No comments:
Post a Comment