JAMU SERI PEMIKAT

JAMU SERI PEMIKAT
Untuk order, whatsapp Ika 012-2604959

Thursday, May 27, 2010

Tips Tingkatkan Metabolisma Badan

ADA orang tetap kekal kurus walaupun makan banyak, sebaliknya ramai mengalami masalah pertambahan berat badan meskipun hanya makan sekali sehari.Orang yang kekal kurus dikatakan mempunyai kadar metabolisme tinggi dan proses pencernaan bagi mendapatkan tenaga berlaku dengan cepat, manakala individu gemuk sebaliknya.Namun pendapat ini bukan 100 peratus tepat kerana semuanya bergantung kepada gaya hidup, tabiat pemakanan dan kekerapan bersenam.

Hakikatnya, jika kita makan banyak melebihi tenaga diperlukan, kita pasti mengalami masalah pertambahan berat badan. Jika kurang makan tetapi banyak menggunakan tenaga, berat badan akan berkurang.Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Keperluan kalori atau tenaga setiap orang berbeza mengikut gaya hidup masing-masing.Contohnya lelaki dewasa yang aktif berusia antara 20 hingga 39 tahun dengan berat 55 kilogram memerlukan 2,530 kalori sehari, manakala wanita dewasa sederhana aktif pula memerlukan 2,000 kalori sehari.

Jika anda tidak aktif, keperluan tenaga harian adalah jauh lebih rendah. Walaupun faham mengenai perkara ini, ia sukar dijadikan sebahagian daripada amalan. Malah, mengira kalori setiap kali hendak makan juga tidak dianggap sebagai amalan praktikal.Metabolisme membabitkan tiga perkara asas. Pertama ialah kadar metabolik asas yang merangkumi keperluan kalori harian untuk membolehkan badan berfungsi dengan baik. Biasanya setiap orang menggunakan sehingga 75 peratus daripada tenaga harian untuk tugas ini.Kedua ialah pencernaan dan penyerapan makanan.

Kira-kira 10 peratus daripada kalori harian digunakan untuk proses ini. Ketiga ialah aktiviti fizikal harian seperti bersenam pula akan membakar baki tenaga yang ada. Berapa banyak tenaga dibakar bergantung kepada tahap aktiviti dilakukan.Secara semula jadinya, beberapa faktor akan memperlahankan metabolisme, iaitu:

Umur — Metabolisme akan menjadi perlahan dengan peningkatan umur pada kadar lima peratus selepas 40 tahun. Apabila kita bertambah tua, keanjalan otot juga merosot dan paras lemak badan meningkat. Otot lebih aktif berbanding tisu lemak dan ini sebabnya apabila otot berkurang, kadar metabolisme juga menurun.

Jantina — Secara umumnya metabolisme lelaki lebih cepat berbanding wanita kerana saiz badan mereka yang besar dan mempunyai kurang lemak badan.

Masalah hipotiroidisme — Kelenjar tiroid yang kurang aktif akan memperlahankan metabolisme dan masalah ini boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan.

Genetik — Sesetengah orang memang beruntung dilahirkan dengan kadar metabolisme cepat.Jika anda mempunyai kadar metabolisme perlahan, usah bersedih kerana ia berlaku kepada kebanyakan orang.

Walaupun ada banyak produk kesihatan dan pil yang mendakwa boleh mempercepatkan kadar metabolisme, ia bukan kaedah terbaik.Memang tidak salah untuk mencuba produk seperti ini, tetapi kita perlu berhati-hati dan sebaik-baiknya dapatkan pandangan pakar terlebih dulu sebelum menggunakannya.Mengamalkan gaya hidup kurang bergerak dikatakan menjadi penyumbang utama kepada kadar metabolisme perlahan. Perkara ini dialami kebanyakan orang di seluruh dunia, termasuk penduduk di negara kita.Rata-rata memberikan alasan sibuk dan tiada masa untuk bersenam. Tanpa semangat dan keazaman kuat, bersenam adalah tugas yang sangat berat untuk dilakukan, walaupun ramai tahu manfaatnya.

Tidak kira berapa umur kita, beberapa cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kembali paras metabolisme, iaitu melalui:

Pemakanan — Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 1,000 kalori setiap hari. Seperti badan, proses metabolisme memerlukan tenaga daripada makanan. Jika anda mengamalkan diet kurang daripada 1,000 kalori sehari, secara automatik badan memperlahankan kadar metabolisme untuk menjimatkan tenaga.Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap empat hingga lima jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar metabolisme akan meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga.
Pastikan anda mengambil sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan.

Ada yang menyarankan supaya mengambil protein setiap kali makan. Protein dikatakan mampu meningkatkan kadar metabolisme lebih baik berbanding karbohidrat dan lemak. Bahkan pengambilan protein pada kadar sederhana mampu membantu mengekalkan dan membina jisim otot.

Buat senaman aerobik empat hingga lima hari seminggu; sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Senaman aerobik adalah perlakuan berulang-ulang seperti berjalan cepat, berlari, berenang, berbasikal atau menari.Buat senaman angkat berat. Tidak perlu pergi ke gimnasium, mengangkat dumbel sudah memadai. Jika tiada, gantikan dengan botol mineral yang berisi air.
Minum banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ia membantu meningkatkan kadar metabolisme, proses pencernaan dan perkumuhan bahan toksin daripada badan.

Tidur secukupnya. Tidur memberi peluang badan berehat dan memperbaiki kerosakan tisu. Ia juga membuatkan kita berasa lebih bertenaga untuk melakukan tugas harian dan meneruskan senaman.

No comments:

Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959

Borang Tempahan Produk

Name:
Email Address:
No. Telefon / Contact No.
Alamat / Address
Nama Produk dan Kuantiti / List of product and quantity
Kaedah Pembayaran / Method of Payment

1. Harga produk tidak termasuk kos pos.Harga pos bergantung pada berat produk.

2. Penghantaran akan dibuat sehari selepas tarikh pembayaran.

3. Maklumat cara pembayaran akan diberi melalui emel selepas borang tempahan ini dihantar.

4. UNTUK MEMUDAHKAN LAGI URUSAN JUAL BELI, SILA ADD SAYA DI FACEBOOK.. pekantp at gmail dot com atau hubungi 012-2604959

 


This contact form was created by Freedback.