KEBANYAKAN individu yang ingin menjaga dan menurunkan berat badan, kini
lebih senang memilih amalan diet, mengurangkan atau langsung tidak
mengambil sebarang makanan berkarbohidrat khususnya, nasi dalam menu
harian.
Malahan, ada yang sanggup membiarkan diri `sengsara', menahan lapar
sehingga lesu tidak bermaya kerana berpantang, tidak mengambil nasi
walaupun diketahui ia makanan rutin di kebanyakan negara di Asia, termasuk
Malaysia.
Tetapi berbeza dengan peragawati yang namanya sedang melonjak naik,
Amber Chia, 23, dan pelakon siri drama Cina televisyen popular,
Homecoming, Susan Wong, 45, walaupun menjaga berat badan dan mengamalkan
diet, pengambilan nasi tidak pernah diketepikan atau diabaikan.
Kedua-dua wanita berkenaan, berpendapat mengambil makanan berkhasiat dan
seimbang termasuk nasi adalah penting.
Keprihatinan kedua-dua personaliti itu terhadap kesihatan juga
menyebabkan Jasmine Food Corporation Sdn Bhd melantik mereka sebagai duta
produk beras baru, NutriRice dan SunBrown serta Moly AAA yang dilancarkan
di ibu negara, baru-baru ini.
Chia dilantik menjadi duta produk Moly AAA iaitu beras wangi Thai yang
bertekstur lembur sederhana dan wangi.
Wong bersama George Teoh yang berlakon sebagai suami beliau dalam siri
Homecoming akan menjadi duta untuk NurtriRice, beras perang wangi Thai dan
juga SunBrown iaitu beras perang wangi tempatan.
Wong berkata, amalan mengambil makanan berkhasiat memang sentiasa
dititikberatkan terutama, apabila menyediakan makanan untuk keluarga. Di
samping itu, beliau sentiasa memastikan setiap ahli keluarga tidak
mengabaikan pengambilan makanan seimbang.
Beliau berkata, mengambil makanan berkhasiat dan seimbang penting demi
memastikan, tahap kesihatan baik dan tidak mudah dihidapi penyakit.
"Jika saya memasak lauk ayam, kulitnya pasti dibuang kerana ia
mengandungi lemak yang tinggi dan tidak elok untuk kesihatan. Selain itu,
pengambilan gula dalam makanan dikurangkan. Untuk amalan makanan seimbang,
saya biasanya menyediakan sayur, makanan berprotein seperti ikan dan
sebagainya manakala untuk karbohidrat, sudah tentu nasi menjadi sumber
utama. Lagipun, nasi sumber karbohidrat yang mudah diperoleh dan sudah
menjadi makanan rutin dalam masyarakat di negara ini," katanya.
Wong berkata, dirinya tidak percaya dengan amalan protein tanpa makanan
berkarbohidrat.
Beliau pernah mencuba mengamalkan diet dengan tidak makan nasi, kira-
kira 10 tahun lalu berkata. Ketika diet seumpama itu, berat badannya
memang turun tetapi keadaannya sungguh lesu dan muka pula begitu pucat.
Bagi Chia, pengambilan nasi dalam menu harian adalah satu kemestian yang
jarang sekali ditinggalkan walaupun berada di luar negara. Lazimnya, nasi
diambil sekurangkurangnya sekali dalam sehari sama ada pada waktu makan
tengah hari atau malam.
Beliau berkata, makanan itu memang sukar `dipisahkan' dalam menu harian
kerana pengambilannya sudah menjadi kebiasaan sejak kecil.
"Memang ramai yang kata, pengambilan nasi boleh menyebabkan gemuk kerana
ia mengandungi karbohidrat.
Walau apa pun pandangan, nasi tetap makanan kegemaran saya sejak dulu.
Jika tidak mengambil nasi sehari, saya tidak bertenaga dan seperti ada
yang tidak kena. Apabila luar negara pula, seandainya dua tiga hari tidak
berpeluang mengambil nasi, balik ke Malaysia, saya mesti mencarinya," kata
Chia turut berpendapat, pengambilan kadar karbohidrat tidak boleh
diabaikan apabila mengamalkan diet.
Bagaimanapun, katanya sebagai peragawati sudah tentu berat badan
sentiasa dijaga. Justeru, kadar pengambilan nasi sehari akan dihadkan dan
beliau juga memastikan, menu makanan harian sentiasa seimbang, termasuk
mengambil lebih buah-buahan serta sayur-sayuran.
Sumber : Jasmine
Bukan sebarangan diari...
Friday, October 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi ZULAIKHA 012-2604959
No comments:
Post a Comment